Saturday, April 30, 2011
Yusry, Lisa dating ada berteman...
Bila wartawan nampak Yusry dan Lisa sedang berjalan menuju ke meja sambil masing-masing berteman. Lisa ditemani ibunya, manakala sutradara muda itu ditemani seorang kawan.
Pandangan semua orang di kedai makan tersebut seperti magnet terus tertumpu kepada pasangan baru ini. Maklumlah sama cantik sama padan.
Wartawan curi-curi pandang juga pasangan itu berbual. Nak lihat wajah berseri orang yang khabarnya dilamun bunga-bunga cinta. dari pandangan sipi-sipi, Yusry tersenyum-senyum memandang terus ke wajah Lisa.
Tak tahulah kalau si Lisa tengah bercerita hal kelakar atau memang Yusry jenis lelaki yang sangat mengagumi kecantikan kaum hawa. Tapi pandangan itu sesuatu sangat. Macam ada bunga-bunga sahaja di keliling Yusry.
Kami doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Jangan jadi macam sesetengah artis yang cuba cover line dan takut untuk mengaku ada kekasih hati kerana takut saham jatuh.
Soal hati memang tak siapa boleh menipu. Apa-apa pun semoga Lisa dan Yusry berbahagia hendaknya.
Friday, April 29, 2011
Siti Sarah disahkan hamil
Shahmira Mohamed atau Shuib dan Siti Sarah Raisuddin pastinya antara pasangan suami isteri yang sangat beruntung. Biarpun usia perkahwinan mereka baru dua bulan, tetapi dikhabarkan Siti Sarah sudah pun disahkan mengandung.
“Alhamdulillah, memang kini saya telah mengandung dan usia kandungan saya pula hampir mencecah usia dua bulan. Tentunya ini adalah saat yang sangat dinantikan.
“Lagipun saya dan Shuib tidak pernah merancang sama ada mahu ada anak cepat atau lambat. Kami sendiri tidak kisah kalau dikurniakan anak terlalu awal,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media filem Man Sewel Datang KL yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di Hulu Klang, Selangor Selasa lepas.
Menurut Siti Sarah, dia sendiri tidak sedar dirinya sudah berbadan dua sehinggalah dia mengalami keletihan dan muntah-muntah ketika menjalani penggambaran filem tersebut baru-baru ini.
“Pada mulanya saya ingatkan perut saya masuk angin, tetapi setelah menjalani pemeriksaan, kami berdua mendapat berita yang sangat gembira apabila saya telah disahkan mengandung,” ungkapnya.
Ketika ditanya apakah makanan yang paling dia mengidam setelah mengandung, Siti Sarah memberitahu ketika ini dia sangat gemar memakan buah oren.
Jelasnya, sebelum ini dia bukanlah penggemar utama buah tersebut, namun semenjak mengandung dia perlu memakan buah oren atau minum jus oren pada setiap pagi.
“Saya sangat bersyukur kerana layanan suami terhadap saya juga bertambah baik. Bukannya sebelum ini tidak baik, tetapi kini dia memang benar-benar menjaga dan mengambil berat terhadap diri saya.
“Malah, sekarang ini pun kalau tak ada sebarang undangan nyanyian, saya akan ikut dia pergi jalani penggambaran atau pun latihan Maharaja Lawak kerana dia risau untuk tinggalkan saya keseorangan di rumah,” jelasnya.
Menurutnya lagi, tentang tarikh kelahiran pula, doktor menjangkakan dia akan melahirkan anak pada bulan Disember ini.
Thursday, April 28, 2011
Kes khalwat Razak 30 Jun
PETALING JAYA - Nasib pelakon, Abdul Razak Ahmad yang menghadapi tuduhan khalwat lima tahun lalu akan diketahui di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 30 Jun depan.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad menetapkan tarikh itu semalam selepas Abdul Razak (gambar) yang diwakili peguam syarie, Mohd. Azman Karim mengemukakan hujahan balas.
Sehubungan itu, Wan Mahyuddin memerintahkan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor, Shafezan Rusli memfailkan hujahan jawapan selewat-lewatnya pada 26 Mei ini.
Menurut beliau, mahkamah berusaha menyelesaikan kes khalwat itu secepat mungkin kerana ia telah berlarutan sejak 2006.
"Jika semua pihak bekerjasama, mahkamah akan memberi keputusan sama ada Abdul Razak dibebas atau dipanggil membela diri," ujar beliau.
Abdul Razak yang bersongkok hitam hadir di mahkamah.
Menurut kertas pertuduhan, Abdul Razak, 44, didakwa berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak dengan Selamah Sahudin, 43, di nombor A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.
Wednesday, April 27, 2011
KSPP pentaskan Siti Zubaidah esok
SITI LELA MAYANG ZULKIFLI bertanggungjawab menjadi Siti Zubaidah dan Sultan Zainal Abidin dilakonkan oleh Muhammad Fikrie Mat Adan.
Lagenda Melayu Siti Zubaidah mengesahkan wanita yang merupakan isteri kepada pemerintah Sultan Zainal Abidin, Raja Muda negara Kembayat itu juga pernah difilemkan sekitar tahun 1961 dan dipentaskan di Istana Budaya 11 tahun yang lalu.
Kali ini Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) pula yang akan mementaskan teater muzikal Siti Zubaidah yang akan dipersembahkan selama dua hari bermula esok, (29 April).
Penerbit persembahan, Hartini Abdullah berkata, pementasan teater berkenaan dilakukan bagi memberi penghormatan dan semangat kaum wanita yang dilihat relevan pada hari ini.
Menurutnya, meskipun kisah wanita berkenaan pernah difilemkan dan dipentaskan sebelum ini, namun pementasan yang dibuat oleh KSPP ini agak berbeza dari sudut olahan ceritanya.
“Menariknya, semua yang terlibat dalam pementasan muzikal ini adalah terdiri daripada artis budaya KSPP termasuklah para pelakon, koreografer, pereka kostum dan set,” ujarnya.
Menurutnya lagi, muzikal yang akan dipentaskan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur itu diarahkan oleh Zahari Hamzah yang juga bertindak sebagai penulis skrip, Azizi Abdul Rahman (pengarah muzik) serta dua orang koreografer iaitu Jefri Mokhtar dan Rozilah Abdul Rahman.
Sementara watak sebagai Siti Zubaidah dilakonkan oleh Siti Lela Mayang Zulkifli, Sultan Zainal Abidin (Muhammad Fikrie Mat Adan), Puteri Sajarah (Wan Farahani Wan Yusoff), Permaisuri Kuning (Shalinda Ismail) dan Puteri Rukiah (Ayu Syahira Sulaiman).
Tuesday, April 26, 2011
Imam Muda pikat peserta negara jiran
ZULFADLI AWANG (kiri) dan Mujahid Suhaimi mewakili negara masing-masing, Brunei dan Singapura dalam program Imam Muda musim kedua.
Baru-baru ini Astro Oasis telah memperkenalkan 10 orang calonnya program realiti pencarian Imam Muda menerusi siaran secara langsung dari Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya, penyertaan kali ini menampilkan dua orang peserta dari negara jiran iaitu Mujahid Suhaimi, 20, dari Singapura serta Zulfadli Awang, 24, dari Brunei Darussalam.
“Kami di Astro berasa amat teruja apabila menerima penyertaan daripada negara jiran. Selain dapat memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi seorang Imam Muda yang terunggul, kami mampu melahirkan generasi baru sebagai pelapis bagi tokoh-tokoh agama kelak,” ujar Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar.
Pada musim kali ini, mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz sekali lagi diberi mandat untuk menjadi Mudir (pengetua) dan dibantu oleh empat orang Murshyid (mentor) yang merupakan dua orang pensyarah dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan dua wakil dari JAWI.
Tambah Izelan lagi, secara keseluruhannya, kualiti peserta yang hadir pada sesi temu duga meningkat berbanding musim lalu sekali gus cabaran bagi calon juga sukar.
Sementara itu, bagi calon dari Singapura, Mujahid, walaupun dibesarkan dan bersekolah di Singapura, pemuda ini pernah menuntut di sekolah tahfiz di Kelantan sejak berumur 15 tahun.
“Saya sudah biasa menjadi imam di beberapa tempat sebelum ini. Saya sertai program ini adalah untuk menimba ilmu dan apabila keluar kelak, saya dapat berdakwah dan menyebarkan ilmu Islam khususnya di negara saya sendiri.
“Rasa takut dan berdebar muncul apabila melihat semula cabaran-cabaran musim lepas. Namun, sokongan keluarga membuatkan saya berani untuk mencuba,” tutur anak muda ini yang juga pernah mewakili sekolahnya di Singapura dalam sukan gimnastik.
Monday, April 25, 2011
Isteri Shaharuddin Tambi Tuntut Cerai
KUALA LUMPUR : “Saya masih sayangkan isteri. Walaupun dia minta cerai, namun sebagai suami bertanggungjawab, saya tidak akan melakukan demikian kerana memahami emosinya yang terganggu disebabkan menderita kanser rahim,” kata pelakon drama, Shaharuddin Tambi, 54, di dalam Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.
Shaharuddin berkata demikian ketika ditanya Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin berhubung tuntutan cerai dikemukakan isterinya, Nor’aini Muhammad, 51, dan tidak bersetuju dengan tuntutan berkenaan.
Sebaik kes disebut kira-kira jam 11.45 pagi, Shaharuddin yang memakai kemeja biru dan bersongkok mengaku ada menerima saman yang difailkan plaintif (Nor’aini).
Ketika prosiding berlangsung, Shaharuddin kemudian membuat pengakuan yang dia masih menyayangi isterinya dan tidak berniat langsung untuk bercerai. “Isteri saya menghidap kanser rahim dan doktor memaklumkan dia terpaksa menjalani pembedahan kerana ia berada di peringkat bahaya. Disebabkan hal itu, Nor’aini terpaksa menjalani pembedahan, namun doktor memberitahu ada kesan perubahan emosi.
“Apa yang diperkatakan doktor ternyata benar dan doktor menasihatkan saya supaya menerima kenyataan dan bersabar dengan perangainya selepas pembedahan berkenaan,” katanya. Shaharuddin memaklumkan mahkamah, isterinya memerlukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bergantung sepenuhnya kepada ubatan, bagaimanapun isterinya enggan untuk mematuhi nasihat seperti yang diarahkan doktor.
Terdahulu, Nor’aini memberitahu mahkamah dia memfailkan tuntutan cerai berdasarkan tiada lagi persefahaman dan tidak dapat pembelaan sewajarnya sebagai isteri daripada defendan.
Nor’aini turut disoal Shaiful bila kali terakhir mereka bersama sebelum dia kemudian menjawab dua hari lalu.
Shaiful Azli kemudian memerintahkan pasangan itu pergi menjalani sesi kaunseling di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Beliau kemudian menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula bagi mendengar laporan daripada sesi kaunseling itu dan keputusan bagi menentukan masa depan perkahwinan mereka. Shaiful Azli mengakhiri prosiding dengan menasihati pasangan terbabit supaya berusaha untuk memperbaiki hubungan suami isteri, terutama selepas 33 tahun hidup bersama.
Sunday, April 24, 2011
Belum ada tarikh kahwin - Yusry
"Saya rimas kalau gosip itu tidak benar. Dulu masa gosip dengan Maya, banyak kali saya cakap bahawa saya dengan dia hanya kawan biasa sahaja. Kes Kilafairy lagi saya tidak tahu macam mana boleh timbul isu itu sebab memang tidak benar sama sekali," tegas Yusry.
Namun berbeza pula dengan gosip cintanya bersama Lisa Surihani, Yusry tanpa segan silu mengaku yang dia kini sedang berkawan rapat dengan Lisa.
Malah, sebagai lelaki, Yusry mengaku yang dia tertarik dengan karakter dan personaliti Lisa.
"Sudah hampir dua bulan saya rapat dengannya dan dalam proses mengenali hati budi. Kalau dulu saya hanya berborak di BBM (BlackBerry Messenger) dan tidak tahu perangai sebenarnya tetapi sekarang saya tahu dia seorang wanita yang matang walaupun usianya jauh lebih muda daripada saya," katanya.
Tambah bekas suami kepada penyanyi dan pelakon Erra Fazira itu, dia selesa berada di samping Lisa kerana meskipun Lisa seorang wanita yang sopan santun tetapi dia memiliki pengetahuan yang luas.
"Kalau berjumpa, rancak juga kami berbual. Saya boleh sembang macam-macam dengan dia, walaupun nampak ayu tetapi dia boleh bersembang mengenai bola, kebetulan saya pula peminat pasukan Manchester United, jadi lagi seronoklah kami bersembang," ucapnya.
Sungguhpun begitu tegas Yusry, masih terlalu awal untuk berbicara lebih jauh mengenai hubungannya dengan Lisa kerana mereka baru sahaja berkawan.
"Untuk bercakap lebih-lebih saya rasa belum lagi kerana kami baru dua bulan berkawan rapat. Saya juga tidak akan berselindung kalau saya benar-benar suka seseorang wanita kerana saya bukannya lagi artis yang kena menjaga pasaran," katanya dalam tawa.
Apabila disoal adakah keluarganya mengetahui mengenai hubungannya dengan Lisa, jawab Yusry: "Keluarga saya tahu tetapi saya belum lagi bawa Lisa jumpa keluarga saya tetapi mereka pernah terserempak dengannya dalam beberapa acara. Ibu saya juga tidak mengawal dengan siapa saya berkawan kerana saya bukannya muda lagi.
"Saya juga tidak tetapkan bila saya mahu berkahwin lagi, belum ada tarikhnya (ketawa). Jika benar saya sudah bertemu dengan wanita yang benar-benar sesuai untuk dijadikan isteri, saya tidak akan tunggu lama-lama, saya akan kahwin terus."
Saturday, April 23, 2011
Tiada peminat istimewa
PARIT: “Mana ada... lelaki mungkin takut nak mendekati saya selepas menyaksikan klip video yang saya hasilkan,” itu reaksi spontan Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, apabila ditanya kemungkinan ada lelaki cuba mendekatinya untuk dijadikan pasangan hidup selepas akhbar ini mendedahkan klip video gila-gila diciptanya dalam laman web Youtube.
Cikgu Syida yang masih bujang mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web sosial berkenaan.
Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.
Sejak enam hari lalu, klip video berkenaan menerima tambahan 100,000 pelayar sebaik kisahnya dipaparkan diakhbar pada 17 April lalu, menjadikan keseluruhan 112,841 pelayar sehingga petang semalam selain laman web peminatnya dikunjungi lebih 40,000 peminat.
Dia yang dihubungi wartawan semalam menegaskan, tiada peminat ‘istimewa’ cuba mendekatinya, sebaliknya ramai memuji dan menghormati ‘kerjaya’ baru dilakukannya.
“Saya tidak menyangka bakal memperoleh populariti setaraf ‘selebriti’, namun pada masa sama akan tetap meneruskan hobi ini selagi tidak menyalahi undang-undang serta mencemarkan profesion perguruan.
“Malah, saya percaya lambat laun ia akan diterima semua golongan masyarakat,” katanya yang kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang, Bota Kiri.
Katanya, dia tidak menyangka menerima ramai kawan baru, malah hampir 5,000 peminat mengunjungi laman web peminatnya dalam sehari.
Dia juga terkejut, dalam tempoh enam hari semua klip video mimingnya terus menerima kunjungan pelayar Internet daripada serata dunia.
Cikgu Syida, anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, mula menghasilkan miming lagu pertamanya bertajuk ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.
Friday, April 22, 2011
Zizan, Juliana penyiasat imej
Kelainan yang ditampilkan program itu adalah penceritaan bual bicara diolah menjadi seperti sebuah drama yang mana Ayu dan Tampan menjadi penyiasat imej bagi sebuah syarikat majalah.
Misi mereka adalah untuk menjejak pelanggan-pelanggan yang telah berjaya transformasi imej mereka setelah mendapat bantuan pakar.
Demikian snopsis satu lagi program siri kecantikan yang diberi judul Ayu dan Tampan - Penyiasat Imej. dikendalikan oleh dua pengacara muda Zizan Nin dan Juliana Ibrahim yang memegang watak sebagai Ayu dan Tampan.
Justeru Zizan dan Juliana diberi mandat besar untuk membantu kelancaran program tersebut dengan bertemu pelanggan sebenar yang pernah menggunakan produk kecantikan dan kesihatan tersebut.
“Ini ialah pengalaman yang menarik kerana penceritaannya yang memasukkan unsur drama dan bukan seperti program-program yang disiar mereka sebelum ini.
“Kami sebagai penyiasat imej akan diberi tugasan oleh bos kami iaitu seorang datin muda dan untuk mendapatkan tugasan. Kami akan keluar bertemu pelanggan untuk mengetahui pengalaman mereka.
“Menariknya, Ayu dan Tampan sering bertengkar untuk menjadi yang terbaik,” tutur Zizan yang juga pernah mengendalikan program Pakar Kejelitaan musim ketiga tidak lama dahulu.
Lain pula dengan Juliana yang sedikit teruja, kerana katanya ini merupakan pengalaman sulung dia mengacarakan program kecantikan.
“Ini bermaksud mereka sudah boleh menerima saya sebagai seorang hos yang matang bagi mengendalikan program dewasa. Setelah lama berehat untuk menjaga keluarga, saya gembira diberi peluang di dalam projek seumpama ini,” bicara Juliana yang sebelum ini terkenal dengan mengacara program kanak-kanak, Chicky Hours.
Tambahnya lagi, program ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi terhadap diri kerana selama ini dia tidak begitu endah mengenai pemakanan oleh kerana mempunyai susuk tubuh yang kecil.
“Sebelum ini, saya kurang menitik-beratkan soal pemakanan kerana sosok tubuh saya yang kecil. Tetapi selepas mengendalikan program ini, saya mula mengambil berat dan tahu bahawa walaupun saya kurus, saya harus bijak menjaga pemakanan,” katanya yang memiliki berat badan sebanyak 41 kilogram.
Sementara itu, program tersebut juga menawarkan peluang kepada pelanggan mereka yang bertuah untuk menjadi model penghias muka depan majalah untuk individu yang inginkan perubahan imej.
Peraduan tersebut terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai masalah rambut, berat badan atau kulit. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Chen Mayee atau Tong Wen Hui di talian 016-3209570 dan 017-3226140.
Thursday, April 21, 2011
Benjy masih belum sedar
KUALA LUMPUR: Pelakon yang sedang menjalani perbicaraan membabitkan kes dadah, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, atau lebih dikenali sebagai Benjy dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dibawa ke Hospital Pakar Damansara di sini, Selasa lalu.
Benjy dikatakan menggunakan mesin pernafasan selepas dia dilaporkan sukar bernafas kerana diserang penyakit asma kronik dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Difahamkan, Benjy yang masih dalam pemantauan pihak berkuasa sementara menanti perbicaraan dilaporkan rebah di kediamannya di Petaling Jaya di sini, kerana sukar bernafas kira-kira jam 6 pagi menyebabkan dia gagal hadir ke mahkamah, kelmarin.
Rentetan itu, Benjy dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.
Ibunya Azean Irdawaty Yusoef ketika dihubungi, berkata anak lelakinya itu masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital berkenaan.
“Setakat ini saya belum tahu keadaan sebenar Benjy. Saya dimaklumkan doktor memberinya ubat pelali supaya Benjy dapat tidur dan berehat.
Semangat bola Erra, Awal
Mengakui mereka tidak mencari keserasian, sebaliknya atas dasar hormat menghormati antara satu sama lain, keserasian tersebut terbit secara semula jadi.
Pengacara bersama Erra Fazira tidak memberikan masalah besar kepada Awal Ashaari meskipun ia merupakan kolaborasi pertama mereka berdua dalam sebuah rancangan televisyen.
Digandingkan bersama dalam musim kedua rancangan realiti televisyen pencarian bakat-bakat baharu dalam arena bola sepak, Tiger Futbol Starz, Awal dan Erra tidak kekok berkolaborasi.
Bagi Awal, sikap profesional yang ditunjukkan antara dia dan Erra lebih memudahkan lagi kerja mereka apatah lagi masing-masing mempunyai sifat merendah diri dan saling melengkapi.
“Tidak sukar bekerja bersama Erra walaupun ia merupakan kali pertama kami mengacara bersama. Ia tidak sukar kerana kami saling menghormati dan atas perbincangan bersama, semua perkara dapat diselesaikan dalam masa singkat,” kata Awal.
Walaupun dilihat mempunyai kelebihan berbanding Awal kerana pernah mengacarakan rancangan tersebut pada musim pertama, Erra dengan rendah diri menyatakan bahawa mereka mempunyai kelebihan masing-masing.
Erra yang mengagumi Awal kerana pengalamannya yang luas dalam bidang pengacaraan tidak menolak kekuatan Awal dalam musim ini.
Bagi saya, Awal lagi bagus kerana dia mempunyai pengalaman mengacara yang lebih berbanding saya walaupun saya mengacarakan sendiri pada musim pertama dahulu.
“Walaupun ia kolaborasi pertama kami, ia tidak memberikan apa-apa masalah, bahkan lebih serasi kerana kami sentiasa berbincang bersama. Oleh kerana semua pesertanya lelaki, mereka lebih selesa untuk berkongsi rahsia dengan Awal,” kata Erra yang ditemui sejurus sidang akhbar Tiger Futbol Starz baru-baru ini.
Wednesday, April 20, 2011
Zahiril mahu kahwin tahun ini
Desas-desus majlis pertunangan antara aktor Zahiril Adzim dan pengacara program Wanita Hari Ini, Shera Ayob bertebaran.
Pasangan merpati dua sejoli itu yang mula rapat sejak terlibat sama dalam filem seram Sesuatu Yang Tertinggal dilihat sudah tidak segan untuk melihatkan kemesraan seperti pasangan kekasih yang lain di depan khalayak ramai.
Ke mana sahaja langkah Zahiril dalam acara hiburan pastinya ditemani Shera. Saat disoal status hubungan, kedua-duanya tersipu malu, namun yang pasti cinta sedang mekar di hati kedua-duanya.
Zahiril ketika ditemui selepas beraksi di pentas teater berjudul Short Eyes di The Actor Studio pada pertengahan Mac lalu enggan bercerita lanjut mengenai isu pertunangan. Namun, ditemui sekali lagi selepas tayangan perdana filem seram pertama lakonannya, Senjakala baru-baru ini, Zahiril mula membuka mulut.
Katanya, dia bakal bergelar tunangan orang pada 1 Mei ini, malah kad jemputan untuk majlis tersebut juga sudah mula diedarkan kepada pihak media.
"Ya, saya akan bertunang pada 1 Mei ini di kediaman keluarga Shera di Ipoh, Perak," akuinya.
Soal persediaan untuk majlis pertunangannya itu, jelas Zahiril, pihaknya tidak membuat persediaan yang besar kerana majlis akan berlangsung di kediamaan keluarga Shera, jadi sudah pastilah sebelah pihak perempuan yang lebih sibuk membuat persiapan.
"Persiapan saya tidak berapa hebat sebab saya hanya menghantar rombongan sahaja. Cuma selesai sahaja penggambaran drama lakonan terbaru saya iaitu Juvana, saya akan bercuti sehinggalah majlis pertunangan itu nanti," jelasnya.
Jejaka berusia 27 tahun itu memberitahu meskipun perkenalan antaranya dan Shera belum menjangkau masa setahun, tetapi dia yakin dengan pilihannya.
Menurut Zahiril lagi, perkenalan yang lama bukan penentu kepada sesuatu hubungan.
"Saya kenal diri saya selepas kegagalan dalam beberapa hubungan cinta daripada saya kecil hinggalah dewasa.
Konsert Double Trouble terakhir
PENGARAH Pelancongan Negeri Melaka, Abdul Kadir Mohd. Idris (dua dari kanan) menyampaikan buku pelancongan Melaka kepada Amy Search sambil diperhatikan oleh penganjur konsert Abalimalimo, Alim Alimon (tengah) pada sidang akhbar konsert Legenda Double Trouble.
Tahun ini mereka akan bergabung pentas sekali lagi dalam konsert yang diberi nama Lagenda Double Trouble pada 27 Mei depan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Menurut vokalis band Search, Amy, yang ditemui pada sesi sidang media yang diadakan baru-baru ini, Konsert Lagenda Double Trouble yang dianjurkan AB Alim Alimon (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka itu merupakan konsert terakhir yang menggabungkan Search dan Wings.
“Kalau ikutkan lima buah konsert tahun lalu sudah cukup, tetapi kali ini apabila konsert ini mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Melaka rasa sayang pula jika tidak buat.
“Apa yang boleh saya katakan, Konsert Lagenda Double Trouble ini merupakan konsert terakhir dalam siri jenama Double Trouble. Jadi, buat peminat kalau ingin saksikan gabungan Search dan Wings buat kali terakhir jangan lepaskan peluang untuk ke Melaka,” katanya.
Tambahnya, Search dan Wings bersetuju untuk melakukan Konsert Lagenda Double Trouble kerana mereka diberi kebebasan untuk memberi yang terbaik buat peminat yang akan menghadiri konsert itu.
“Bajetnya agak besar, jadi kami boleh minta semua yang terbaik bukan sahaja daripada segi sistem bunyi tetapi segalanya. Apa yang boleh saya janjikan jika dulu ada peminat yang kecewa dengan masalah sistem bunyi di Sunway Lagoon, masalah itu tidak akan berulang di Melaka,” ujarnya.
Bagi memastikan semua perkara berjalan dengan lancar, kata Amy, dia bersama anggota Search yang lain akan terlibat 100 peratus dari awal perancangan konsert sehinggalah ke peringkat akhir.
“Kami sendiri yang pilih sistem bunyi dan peralatan. Kami pastikan apa yang kami pilih itu sama dengan apa yang akan digunakan pada hari konsert. Saya tidak mahu masalah yang sama berulang, kalau boleh saya mahu konsert terakhir Double Trouble akan meninggalkan kenangan yang terbaik buat peminat Search dan Wings,” tuturnya lagi.
Monday, April 18, 2011
Misteri hantu Karak 26 Mei
YUSRY (tengah) bersama barisan pelakon filem seram pertama arahannya, Karak. Turut bergambar sama adalah Norman dan Edry Abdul Halim (kanan).
Bakal menjengah pawagam 26 Mei depan, Karak tidak terkecuali daripada menerima sentuhan magis pengarah tersohor, Yusry Abdul Halim yang buat julung-julung kalinya mengarahkan filem seram.
Berkisarkan tentang perjalanan empat sekawan yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan sebelum mereka mengalami kesesakan yang luar biasa sehingga nekad untuk mencari jalan alternatif.
Tanpa disedari, keputusan nekad yang diambil menyebabkan mereka berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan.
Bercerita dengan lebih lanjut mengenai Karak, menurut Norman, filem tersebut digarap berdasarkan kisah yang biasa didengari berkenaan dengan lebuh raya tersebut.
“Kami jahitkan cerita yang pernah berlaku di kawasan tersebut dan kisah yang menjadi buah mulut orang.
“Dalam filem ini juga, ada 10 entiti paranormal yang akan dipersembahkan. Selain itu, kami juga ada membuat beberapa kajian untuk digarap menjadi sebuah filem,” katanya yang ditemui pada sidang akhbar filem itu di ibu negara.
Ditanya tentang motif sebenar KRU Studios menerbitkan naskhah seram, Norman memberitahu, ia bertujuan untuk mempelbagaikan genre filem terbitan produksinya.
Ujarnya lagi, selain Magika, pihaknya juga akan menerbitkan filem bercorak komedi, penggunaan binatang sebagai objek utama selain genre yang pernah dihasilkan sebelum ini.
“Kalau semua filem yang diterbitkan bercorak sama seperti aksi, seram dan komedi, orang akan jemu,” jelasnya sambil memberitahu jumlah kos yang dikeluarkan untuk Karak adalah antara yang paling rendah iaitu RM1.5 juta.
Sunday, April 17, 2011
Kesah pelakon Kiah Perkasam
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kiah Perkasam Rozita Che Wan pernah menyatakan mahu bersara kerana ingin mendirikan rumah tangga tetapi telah dinafikan sekeras-keras oleh empunya diri.
Pada masa itu, dia mengaku mempunyai seorang kekasih yang juga teman lamanya yang bertugas di Singapura dan pernah dilamar jejaka tersebut untuk berkahwin.
Bagaimanapun, apabila memasuki tahun 2011 pelakon berkenaan tiba-tiba membuat pusingan U apabila dilihat terus berlakon dan hasratnya untuk bersara seperti telah dilupakan.
Apatah lagi, kisah percintaan dengan kekasihnya itu terus tenggelam, sebaliknya dia dikaitkan pula dengan juara Akademi Fantasia 8, Shahir.
Gosip yang melanda kedua-dua artis berkenaan semakin hangat diperkatakan apabila masing-masing dilihat bertemu di sebuah tempat bersama dan ditemani pengurus selepas berlangsungnya Anugerah Bintang Popular 2010 pada 3 April lalu.
Terbaharu, dikhabarkan Rozita dan Shahir bergandingan bersama-sama dalam sebuah telemovie berjudul Summer Camp terbitan Astro.
“Memang saya dan Shahir berlakon bersama dalam telefilem berkenaan. Namun saya sendiri tidak ada masalah langsung untuk berlakon bersamanya biarpun kami kerap digosipkan sebelum ini.
“Sebagai seorang pelakon, saya perlu bertindak secara profesional dan tidak kisah untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja asalkan mendapat tawaran dan watak yang sesuai,” jelasnya.
Tambah Rozita, dia turut menolak andaian sekiranya gandingan dia dan Shahir dalam telemovie berkenaan akan menguatkan lagi gosip tentang hubungan istimewa mereka berdua.
“Berlakon bersama-sama tidak bermakna kami ada menjalinkan sebarang hubungan istimewa. Sebaliknya, hubungan kami berdua tidak lebih daripada hubungan sesama rakan artis sahaja.
“Lagipun ingin saya tegaskan yang sekarang ini saya masih lagi solo dan tiada masa nak fikirkan soal cinta kerana begitu sibuk dengan aktiviti lakonan,” jelasnya.
Menurutnya, secara jujur dia memang mempunyai hasrat untuk menamatkan zaman jandanya. Bagaimanapun, dia tidak tahu bila untuk kembali mendirikan rumah tangga kerana masih belum menemui lelaki yang sesuai.
“Sekarang ini saya cukup selesa menjalani kehidupan yang dilalui sekarang ini di samping membesarkan dua orang anak. Jadi soal jodoh saya tidak terlalu memikirkannya,” ujarnya lagi.
Saturday, April 16, 2011
Sabariah setia tunggu Ameng
Keluarga Ameng.
Sampai akhir hayat saya sekalipun, saya akan tetap tunggu Ameng. Sebusuk-buruk mana sekalipun dan sejahat-jahat mana sekalipun, dia tetap suami saya, bapa kepada anak saya, Haikal. Dia suami dan bapa yang baik,” itu kata-kata seorang isteri yang masih menebal traumanya, Sabariah Zakariah, 41.
“Saya kenal Ameng sejak 1992. Dia tidak jahat seperti sangkaan sesetengah pihak.."
Tambah Sabariah, Ameng berpesan, supaya dia selalu ingatkan anak mereka, Wan Amar Haikal.
“Selalu ingat dan kenal akan ayahnya. Pesanan Ameng juga, supaya saya kerap memutarkan apa sahaja klip video karaoke lagu-lagu nyanyian Ameng ketika bersama Spring mahupun solo.
“Dia juga pesan, supaya saya tidak terlalu memikirkan tentang dirinya, takut memudaratkan saya pula. Kalau datang melawatnya di Penjara Kluang, Johor, tolong bawa Haikal bersama,” kata Sabariah.
Hari-hari kelam Sabariah bermula seawal dia dan Ameng ditangkap pada 1 Februari lalu di sebuah hotel di Taman Melaka Raya berikutan tuduhan memiliki dadah.
Sejak saat itu, lebih dua bulan mereka merengkok di dalam penjara di Sungai Udang, Melaka dan dipisahkan oleh dua blok bangunan yang berbeza.
Pada Rabu lepas, Ameng dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh mahkamah. Ameng mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah dan memasukkan bahan itu ke dalam badannya pada awal Februari lalu. Dakwaan ke atas Sabariah digugurkan, dan dibebaskan daripada sebarang hukuman.
“Sehari sebelum keputusan dibacakan, peguam ada datang berjumpa saya. Katanya, saya mungkin akan dibebaskan jika Ameng membuat pengakuan atas semua dakwaan.
Friday, April 15, 2011
Waran tangkap Norman, Memey
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Norman Hakim dan tunangnya, Memey yang dituduh berkhalwat tiga tahun lalu, berikutan kegagalan pasangan itu hadir di mahkamah tanpa alasan kukuh untuk perbicaraan kes mereka, semalam.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Salehan Yatim yang mengeluarkan perintah itu berkata, waran tangkap berkenaan hanya berkuat kuasa pada tarikh prosiding berikutnya iaitu 20 Mei depan.
Ini bermakna, jika Norman, 35, dan Memey atau nama sebenarnya Suhaizah Suhaimi, 23, tidak hadir pada tarikh berkenaan yang ditetapkan untuk pihak pembelaan memfailkan hujahan balas, mereka boleh ditangkap.
Terdahulu, peguam Munirah Abu Bakar yang mewakili pasangan itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia menerima panggilan telefon daripada Norman pagi semalam memberitahu tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat tanpa memberikan sijil cuti sakit. Selain itu, Munirah memaklumkan Norman turut mewakili pihak Memey memaklumkan pelakon itu tidak dapat hadir dalam prosiding semalam kerana berada di luar ibu negara. Berikutan itu, pendakwa syarie, Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan berkenaan kerana mereka sepatutnya mendahului kes mahkamah berbanding perkara lain.
“Kami (pihak pendakwaan) tidak boleh menerima alasan itu kerana mereka sepatutnya perlu mendahulukan mahkamah, justeru pohon waran tangkap dikeluarkan kepada mereka pada tarikh akan datang,” katanya.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon dan Memey didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang di sini, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Thursday, April 14, 2011
Adam doakan semoga Farah bahagia...
Bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF), Adam AF atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman telah mengeluarkan kenyataan merestui Farah Diana Anuar atau Farah AF yang bakal bergelar isteri pada tahun ini,
Pelantun lagu Haruskah itu ditemui pada majlis pelancaran Media - KRU TV yang berlangsung di Laundry Bar eCurve, Mutiara Damansara kelmarin. Dalam nada tenang dia berkata: "Semoga jodoh Farah kekal hingga akhir hayat dan menjadi isteri yang mithali."
Menganggap hubungannya bersama Farah sebagai sudah menjadi tinggalan sejarah, Adam turut mendoakan Farah dan bakal suaminya dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan aman dan sentosa.
Di pihak Farah pula, ternyata tiada selain satu perkataan boleh menggambarkan dirinya selain daripada kebahagiaan.
Mekarnya kuntuman senyuman di bibir Farah saat ditemui pada sidang akhbar program kelolaannya, Rasa Halal Vietnam di Damansara, Petaling Jaya, Selangor Khamis lalu telah memberi 1001 jawapan bahawa si gadis manis itu sedang diulit bahagia dengan cintanya terhadap jejaka yang berasal dari Pulau Pinang itu.
Gadis manis berusia 26 tahun itu sebenarnya sangat bijak menyembunyikan hubungan cintanya daripada pengetahuan umum.
Wednesday, April 13, 2011
Isteri Raisuddin mengaku 'bercinta bak kekasih'
Raisuddin Hamzah melihat Siti Fatimah Suberi berbual dengan Norazmi Mohd. Arif ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: - ''Kami bercinta seperti pasangan kekasih dan sudah mengenali selama enam bulan sejak kali pertama bertemu ketika dia (Raisuddin) datang ke kedai ayah.''
Pengakuan itu dibuat isteri kedua penyanyi Raisuddin Hamzah, Siti Fatimah Suberi dalam perbicaraan kes pembubaran perkahwinan mereka yang difailkan oleh bapa wanita tersebut, empat tahun lalu.
Prosiding didengar di hadapan Hakim Syarie, Zainor Rashid Hassin di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
Siti Fatimah, 23, dan Raisuddin, 54, diwakili oleh peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif manakala bapa Siti Fatimah, Suberi Abdullah, 51, diwakili oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie.
Ketika pemeriksaan utama Norazmi, Siti Fatimah berkata, dia dan Raisuddin merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan bapanya kerana telah menjangka hubungan itu tidak akan direstui Suberi atas sebab-sebab peribadi.
Siti Fatimah turut mengaku dalam tempoh perkenalan itu dia berniat serta merancang untuk berkahwin di Songkhla, Thailand.
Katanya, pernikahan berlangsung pada 2 Januari 2007 tanpa paksaan mana-mana pihak di luar pengetahuan keluarganya.
Menurutnya, dia tidak bersetuju permohonan bapanya kerana yakin bahawa pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak.
Katanya, dia mempunyai surat-surat pengesahan perkahwinan daripada Konsulat Malaysia di Songkhla dan Pejabat Agama Islam Gombak Timur.
Wanita itu bukan sahaja menafikan cadangan untuk menjodohkan dia dan anak lelaki Raisuddin seperti didakwa Suberi sebelum ini malah mendakwa dia tidak mengenalinya.
Namun, Siti Fatimah mengaku dia mengenali anak seorang doktor tetapi tidak pernah merancang untuk berkahwin kerana menganggap lelaki itu sahabatnya.
Mahkamah menangguhkan kes tersebut pada 25 Mei ini kerana dokumen pernikahan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak tidak seragam.
Paduan Sheila dan Glenn Fredly memukau
Paduan suara daripada ikon dua negara, Glenn Fredly dan Datuk Sheila Majid menjadikan Minggu Setiausaha yang dibawa oleh Neo Magik Sdn. Bhd. (Neo Magik) kelihatan eksklusif dengan gaya yang tersendiri.
Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara itu turut diserikan lagi dengan pengacara Harith Iskander yang sentiasa sarat dengan lawak jenaka yang cukup menghiburkan.
Tampil membuat persembahan terlebih dahulu, kelibat Glenn bukan hanya diiringi dengan alunan muzik, malah turut mengundang jeritan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.
Penyanyi kelahiran Ambon, Indonesia itu yang tampil ringkas mengenakan jean, kemeja putih dan bertopi putih dilihat cukup teruja untuk membuat persembahan di hadapan penonton yang terus melaungkan namanya.
Bermula dengan lagu Kau dan diikuti dengan Linda, Glenn turut mendendangkan lagu secara medley iaitu Mobil Mama dan Cukup Sudah.
Pada satu ketika, tindakan Glenn mengundang salah seorang penonton wanita ke pentas menimbulkan suasana ‘tegang’ daripada khalayak apatah lagi bila Glenn dilihat menatap wajah wanita itu sambil melantunkan lagu Terserah dengan penuh emosi.
Glenn turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang hadir dan menikmati persembahannya.
“Saya sangat gembira dan teruja membuat persembahan di hadapan anda semua. Buat pengetahuan anda, ini adalah kali pertama saya dijemput untuk mengadakan persembahan pada minggu setiausaha dan ia sungguh hebat sekali,” laung penyanyi berusia 36 tahun itu.
Tuesday, April 12, 2011
Kejutan daripada Francesca di Minggu Setiausaha
Semasa ditemui baru-baru ini, Fran nampaknya begitu berahsia tentang pemilihan lagu-lagu untuk persembahannya Minggu Setiausaha pada 28 dan 29 April ini.
“Tiada tema untuk persembahan saya pada Minggu Setiausaha nanti, cuma apa yang pasti peminat akan benar-benar terhibur,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, kata pelantun lagu Sekadar Di Pinggiran itu, Fran, akan menyanyikan sepuluh hingga 12 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popular miliknya dan juga beberapa lagu Inggeris popular selama satu jam setengah.
Bagaimanpun, penyanyi berketurunan Serani kacukan Ceylon-Scotland dan Cina itu mengakui masa yang ditetapkan tidak akan menjadi alasan untuknya menolak permintaan peminat yang menginginkannya menyanyikan lagu-lagu popularnya.
“Persembahan saya nanti lebih spontan dan tidak dirancang. Saya juga akan turun ke pentas untuk bersama-sama menyanyi dengan peminat,” katanya.
Lebih mengujakan, figura hebat itu turut digandingkan dengan pelakon komedi terkenal, Harith Iskander pada persembahan itu nanti.
Terkenal dengan tagline ‘Halus...’ untuk iklan Nescafe, Harith memberitahu, persembahannya juga akan memberi kejutan dan dia teruja untuk membuat persembahan nanti.
Dalam nada bergurau, Harith yang baru sahaja selesai berlakon Lat The Musical di Istana Budaya turut memberitahu supaya penonton nanti jangan terkejut jika dia menyanyi, manakala Fran pula akan membuat aksi komedi.
Bercerita tentang perkembangan terbarunya, Fran memberitahu, beliau masih lagi menjadi duta untuk Organisasi Kebajikan Antarabangsa World Vision di Malaysia untuk kali keenam berturut-turut iaitu dari tahun 2006 hingga 2011.
“Saya juga telah merakamkan lagu tema World Vision iaitu Tomorrow dan single terbaru Tiada Gementar Lagi,” katanya.
Monday, April 11, 2011
Marsha muncul dalam Kum Kum The Series.
Marsha Lea Milan Londoh ataupun nama komersialnya, Marsha Londoh, kini bersedia untuk muncul dalam siri seram, Kum Kum The Series.
Marsha yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Kum Kum yang berlangsung di Restoran Marche, The Curve, Damansara, memberitahu cabaran yang dihadapi dalam menjayakan drama bersiri bukan sahaja melibatkan komitmen dari segi fizikal sahaja tetapi juga memerlukan persediaan mental yang tinggi.
Sementelah ini pertama kali dia mencuba watak ‘hitam’ yang tentunya akan membuka pintu baru buatnya sebagai pelakon.
Gadis kelahiran Tamparuli, Sabah yang berusia 26 tahun itu mengakui bukan mudah untuk membawa watak-watak yang berunsur misteri, paranormal dan seram. Lebih mencabar lagi, lakonan yang ditonjolkan itu dapat dijiwai oleh para penonton yang menyaksikannya.
“Dalam drama seram dan mistik, Kum Kum The Series ini, saya memegang watak sebagai Mawar. Mawar merupakan seorang gadis yang kurang berkeyakinan diri dan amat mempercayai serta mudah terpengaruh dengan dunia ilmu hitam sehingga ia memakan dirinya sendiri,” katanya.
Menurut Marsha lagi, drama bersiri itu adalah terbitan seorang pengarah tempatan yang cukup popular iaitu Michael Ang. Ini juga merupakan peluang kedua dia duduk di bawah pengarahan Micheal.
“Umumnya, saya sering muncul dengan watak sebagai penggoda dalam mana-mana drama sebelum ini. Jarang sekali dapat mempersembahkan watak yang lebih berat dan menuntut bakat lebih tinggi.
“Jujurnya, ia bukan senang untuk saya membawakan watak ini, tetapi saya berusaha keras untuk merealisasikan apa yang dimahukan pengarah dengan baik.
“Dalam masa yang sama juga, saya bersyukur kerana berpeluang bereksperimen watak Mawar. Saya rasa sungguh teruja kerana ia membantu saya memperlihat kredibiliti lebih baik kepada umum bahawa saya juga boleh membawakan watak sukar seperti ini,” ujarnya yang mula menjalani penggambara siri tersebut sekitar pertengahan Februari lalu di beberapa kawasan termasuk Kuang, Selangor.
Sesi penggambaran yang mengambil masa daripada pagi hingga malam, diakui memang memenatkan. “Terutama apabila saya harus bermekap tebal dan perlu sentiasa dalam konti yang sama daripada siang hingga ke malam,” katanya.
Sama seperti produksi-produksi unsur seram yang lain, Kum Kum The Series turut menerima beberapa gangguan sepanjang sesi penggambaran yang diadakan di Hulu Langat, Selangor.
Sunday, April 10, 2011
Siti ditohmah jadi Oprah
SITI mengajak beberapa setiausaha naik ke atas pentas untuk ‘bermain’ dan mengiringi persembahannya.
Baru sahaja selesai musim pertama program bual bicara sendiri yang diberi nama Siti, di Astro Ria sejak ia mula bersiaran pada 12 Februari lalu, pelbagai reaksi diterima oleh Datuk Siti Nurhaliza. Ada yang suka dan ada juga yang mengkritik.
Ada yang melontarkan tohmahan dengan mengatakan Siti tidak boleh mengacara, bahkan melontarkan kata-kata sinis bahawa penyanyi kesayangan ramai itu mengeluarkan soalan-soalan yang tidak bernas dan berangan mahu menjadi seperti pengacara hebat, Oprah Winfrey.
Sudah begitu ‘masak’ dengan asam garam dunia hiburan dan kata-kata pedas yang dilemparkan kepadanya, Siti saat ditanya tentang perasaannya, memberi jawapan dengan cara yang begitu profesional.
“Selepas tengok episod demi episod, sebenarnya program bual bicara Siti lebih kepada konsep serius. Insya-Allah, untuk musim kedua nanti, Siti akan tampil dengan konsep berbeza.
“Namun begitu, perkara ini (untuk musim kedua program Siti) masih dalam perbincangan dengan pihak Astro,” katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha Nostalgia Siti Nurhaliza yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Konvensyen, Matrade, Kuala Lumpur.
Sementara itu, menyaksikan persembahan minggu setiausaha Siti selama dua jam bagaikan terasa seperti beberapa minit. Semuanya gara-gara aksi nakal Siti yang semakin pandai mengusik peminat-peminatnya.
Anggun menyarung busana hitam, Siti bukan sahaja mengusik peminat-peminat yang hadir, tetapi juga buah hati pengarang jantungnya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.
Menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu sambil menatap wajah Khalid, Siti dengan spontan mengajukan mikrofon ke bibir Khalid untuk menyambung nyanyian tersebut.
Selain mengusik para peminatnya, persembahan minggu setiausaha yang merupakan kerjasama kali ketujuh Siti dengan Hotel Quality, Kuala Lumpur itu sarat dengan nostalgia apabila dia bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu miliknya, tetapi juga lagu-lagu malar segar penyanyi lain seperti Alleycats.
Sesuai dengan tema nostalgia, Siti tampil dengan lagu-lagu hit beliau termasuk Jerat Percintaan, Biarlah Rahsia, Cinta Luar Biasa, Destinasi Cinta dan Ku Mahu.
Antara lagu lain, Siti turut menyanyikan lagu-lagu Inggeris lama seperti Because Of You, My All, I Will Always Love You dan juga lagu-lagu dari Alleycats seperti Hingga Akhir Nanti dan Seribu Bintang.
Minggu setiausaha tersebut turut dihiburkan dengan keletah Dee yang sememangnya dikenali dengan komedi spontan. Selain itu, Adam AF2 pula telah dipilih sebagai artis pembukaan bagi majlis tersebut.
Siti Nordiana muncul dengan lagu terbaru
HAMPIR dua tahun penyanyi manis bernama Siti Nordiana ini tidak keluar dengan sebarang produk solo. Terakhir, naskhah Benang Emas, sebuah album duet bersama arwah Achik dikeluarkan pada 2007.
Bagi menunjukkan kehadirannya dalam bidang nyanyian, Siti Nordiana yang mesra dipanggil Nana kini tampil dengan album terbarunya, Semakin Jelas.
“Kemunculan album baru saya adalah untuk memberitahu peminat tentang perkembangan suara saya selepas sekian lama tidak muncul dengan album baru,” katanya yang muncul dengan imej berani.
Lapan lagu dihadiahkan iaitu dua buah lagu baru serta enam buah lagu yang belum pernah dikeluarkan.
Dia mencuba memberi penjelasan melalui lagu pertama, Tak Tahan, genre pop alternatif menjadi taruhannya. Tampil lain dengan lagu ini, ia tidak canggung didengar dan diadunkan dengan baik oleh suara Nana yang sudah ada ciri khas dan dikenali umum.
“Saya berharap agar pembaharuan yang dilakukan dapat menarik minat golongan generasi baru agar dapat menerima dan membantu menyokong karier saya,” ujarnya dalam temu ramah terbaru dengan Sensasi Bintang.
Lagu baru di trak kedua, Semakin Jelas nukilan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Ireani Yaacob juga merupakan sebuah material enak didengar dan suara Nana bertambah baik melalui lagu ini. Genre balada memang sudah sebati dengan Nana tetapi melalui lagu ini, suara penyanyi ini kedengaran lebih mahal. Sesuai dengan tajuk yang diberikan, ini adalah sebuah penjelasan kepada peningkatan kualiti vokal Nana. Syabas.
Enam buah lagu ialah Pujuklah Jiwa, Zapin Berzapin, Cintaku Suci Teguh Di Hati dan sebuah lagu duet bersama Syura, Joget Pilihan Jiwa.
Saturday, April 9, 2011
Jimmy digantung tak bertali.....?
KEBIASAANNYA, isteri sering digantung tidak bertali, tetapi gelora yang berlaku dalam mahligai impian pengacara popular, Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Shuhaimy, berlainan benar ragamnya.
Mereka yang bernikah pada 1 Oktober lalu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari. Akibat berselisih pendapat dalam soal hidup berkelamin, Suhaila meninggalkan Jimmy.
Walaupun dipujuk dan dirayu oleh Jimmy, Suhaila sebaliknya masih enggan tinggal bersama Jimmy malah dia berkeras mahu menetap di rumah ibu bapanya.
Biarpun berjaya dihidu media, perkara itu hanya dibenamkan Jimmy di dasar hati.
Tiga bulan tempoh diberikan, Suhaila tidak juga lembut hati sedangkan dalam rahimnya sudah tumbuh segar benih daripada hubungan suci bersama Jimmy. Akhirnya Jimmy bersuara.
Jimmy yang selama ini cukup dikenali sebagai pengacara yang gila-gila dan bersifat remaja bertukar menjadi lelaki matang.
Dia tidak putus asa menagih kasih Suhaila yang kini hamil enam bulan.
Jimmy nekad memfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.
Suhaila sebelum ini meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga mertuanya pada 28 November lalu.
Dia tidak mahu memperjudikan nasib anak yang bakal lahir serta enggan melepaskan talak secara sia-sia terhadap wanita yang diangkat menjadi isteri.
Keluh resah Jimmy tidak terhingga. Jimmy, anak yatim piatu, hanya mahukan kasih sayang biarpun terpaksa berdepan spekulasi dan fitnah.
Friday, April 8, 2011
Ani Maiyuni kembali ke persada musik
Tampil sebagai artis di bawah naungan Cherry Talent & Management sejak awal Mac lalu,pelantun irama dangdut, Ani Maiyuni memberitahu, single tersebut dijangka akan menemui peminat selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.
“Buat masa ini sudah ada beberapa orang komposer yang terlibat. Kami sedang dalam proses perbincangan untuk genre lagu, tetapi tidak semestinya saya telah melupakan dangdut andai kata single saya itu bukan genre tersebut.
“Saya akan cuba kekalkan konsep lagu yang catchy. Material secara asasnya sudah ada, cuma saya tidak mahu terburu-buru. Lagipun hanya sebuah lagu (baharu) sahaja akan dihasilkan ,” katanya yang ditemui pada sesi fotografi, baru-baru ini.
Penyanyi berusia 33 tahun itu turut bersedia untuk menerima tawaran daripada mana-mana komposer baru yang mempunyai koleksi lagu yang sesuai untuk diberikan kepadanya.
“Sekarang banyak komposer baru dan saya sendiri tidak begitu mengenali mereka. Kadangkala ada yang sudah mempunyai simpanan lagu-lagu, tetapi masih belum jelas siapakah penyanyinya.
“Mereka boleh tampil dan berbincang dengan saya dan juga pihak pengurusan. Saya teringin untuk bekerjasama dengan komposer baru jika mereka mempunyai lagu yang sesuai dengan saya. Jika sesuai, saya sedia terima walaupun mereka masih baru,” ungkap Ani yang turut mahu membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
Berbicara tentang dirinya, Ani menafikan dakwaan lenyap ditelan persada musik, katanya, dia masih lagi aktif dan giat memenuhi undangan nyanyian.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu: “Selama ini orang ingat saya diam (tidak aktif), tetapi sebenarnya tidak. Cuma saya belum ada kisah yang sesuai untuk ditampilkan.
“Apabila kerjaya saya sudah diuruskan oleh pihak pengurusan, barulah saya cari peluang untuk berjumpa semula dengan rakan wartawan dan menceritakan perkembangan terbaru saya,” ungkap Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman.
Bersyukur dengan ikatan bersama Cherry Talent & Management, Ani turut meluahkan rasa yakin dengan kemunculan semula dalam industri hiburan.
Thursday, April 7, 2011
Cerai bukan punca Nadia kembali
SEPANJANG menjadi ibu tunggal, Nadia menyara hidup dengan mengurus motel miliknya yang terletak di Sipitang, Sabah.
SELEPAS mengambil keputusan berhenti menyanyi sebaik sahaja mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1999, penyanyi bersuara serak basah, Nadia Ali kini tekad untuk muncul semula dalam industri seni suara selepas 13 tahun menyepikan diri.
Pelantun lagu Salam Untuk Kekasih itu ketika aktif menyanyi sempat melahirkan tiga buah album sebelum diminta oleh bekas suaminya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.
“Album pertama saya keluar pada tahun 1996 dan dalam masa dua tahun aktif menyanyi, saya sempat melahirkan tiga album sebelum terus berhenti selepas berkahwin.
“Sejak saya berhenti, saya memang tidak berhubung dengan mana-mana media sehingga sekarang,” ujarnya yang sudah hampir setahun bercerai dengan suaminya selepas berkahwin hampir 11 tahun.
Menolak penceraian adalah punca dia menyanyi semula, sebaliknya Nadia memberitahu, kehadirannya kini bertitik tolak daripada semangat padu para peminat ketika dia dijemput mengadakan sebuah persembahan di Sabah pada tahun lalu.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, apabila dia diminta untuk melantunkan lagu hitnya, hatinya cukup tersentuh kerana tidak menyangka dirinya masih diingati meskipun sudah berbelas tahun tidak mengadakan muncul di khalayak sebagai seorang penyanyi.
“Bila saya menyanyi, saya dapati peminat saya masih ramai. Dari situlah semangat saya datang dan mereka minta saya untuk muncul semula dengan menghasilkan album baru.
“Jujurnya, keputusan untuk muncul semula adalah kerana peminat yang tidak jemu menyokong saya,” luah penyanyi kelahiran Tawau, Sabah itu.
Sepanjang bergelar ibu tunggal, Nadia atau nama sebenarnya Zarina Mohd. Ali memberitahu, dia menguruskan motel miliknya yang terletak di Sipitang iaitu di kawasan pedalaman yang berhampiran dengan sempadan antara Brunei dan Sarawak.
Wednesday, April 6, 2011
Fasha Sandha masih 'Solo'
KISAH percintaan pelakon jelita Fasha Sandha sering dilanda gelora. Pernah menjalinkan hubungan cinta penuh sensasi dengan Rizal Ashram Ramli atau nama ringkasnya, Jejai, namun ikatan itu sudah putus pada Januari tahun ini.
Namun, desas-desus dan khabar angin di Internet menyatakan bahawa pelakon drama Chinta itu kini kembali berbaik semula dengan bekas suami pelakon comel, Nora Danish itu.
Walau sering dilanda kontroversi, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu masih mampu memenangi hati peminatya apabila menewaskan pelakon jelita lain termasuklah Lisa Surihani, Tiz Zaqiah, Scha Alyahya dan Noorkhiriah dalam undian sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010.
Wartawan berkesempatan menemu bual Fasha berikutan gosip yang tersebar itu untuk bertanya kepada empunya diri.
Fasha Sandha: Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan kemenangan saya dalam ABP kali ini. Ia adalah kemenangan kelima saya dalam ABP sejak 2005. Terima kasih kepada peminat dan penyokong saya semua. Saya tidak meletakkan harapan untuk menang lagi pada kali ini kerana saya menjangkakan Lisa Surihani menang anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada tahun ini. Apa pun saya bersyukur kerana masih diberi rezeki ini.
Ada desas-desus di kalangan peminat dan media menyatakan Fasha sudah kembali bercinta bersama Jejai. Apa komen Fasha?
" Saya tak setuju dengan desas-desus itu. Saya memang tak berbaik kembali dengan dia. Itu sahaja komen saya." tegas Fasha.
Macam mana dengan kisah cinta Fasha sekarang? Sudah ada pengganti ke?
" Tiada pengganti. Saya masih single (solo) dan hati saya belum dimiliki sesiapa. Buat masa ini saya hanya ingin fokus kepada kerjaya lakonan dan salun (Chinta Hair Salun & Beauty) yang baru dibuka. Tidak perlu fikirkan mengenai hal itu lagi." sambungnya.
Tuesday, April 5, 2011
Tolong jangan fitnah lagi - Linda Jasmine
SUDAH dua minggu berturut-turut pasangan Linda Jasmine dan Que Haidar berasa terganggu dengan rantaian gosip kurang enak tentang syarikat milik mereka, Linda Jasmine Performing Arts Studio yang terletak di Ampang, Selangor dikatakan bangkrap.
Hal 'kain dalam' syarikat itu pun mula terlondeh satu-persatu. Malah paling terbaru, Linda dikatakan hamil tiga bulan.
Sedikit sesak nafas dengan berita-berita yang dianggap satu fitnah oleh mereka, Linda menjelaskan pergeseran fakta tentang gosip yang dianggap Linda tidak seharusnya terjadi.
Saya menafikan dakwaan bisnes saya bangkrap. Sepanjang tujuh tahun ia ditubuhkan, saya rasa bisnes saya berjalan lancar. Memang benar, sudah nama pun bisnes, jadi memang ada turun naik. Itu saya mengaku.
Tentang tak bayar gaji pekerja, saya mahu orang melihat isu ini dengan minda yang terbuka. Syarikat yang mengikat kontrak kepada kontrak macam syarikat saya, selalunya dibayar lambat oleh klien. Malah ada bayaran tidak saya terima sehingga setahun.
Namun, saya adalah orang yang profesional dan berpegang kepada polisi saya untuk tidak menghebohkan hal dalaman syarikat.
Benda yang kecil, jangan dibesar-besarkan. Mana ada syarikat yang sempurna tanpa ada waktu gawat misalnya. Saya juga kecewa apabila media tidak bertanya kebenaran kepada saya, tetapi terus menulis.
Polis rakam keterangan Badul
KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) sudah memanggil pelawak veteran terkenal, Armaya Aman Ramli, 63, atau popular dengan panggilan AR Badul pagi semalam untuk dirakamkan keterangan berhubung laporan seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pelawak berkenaan.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata pelawak terbabit hadir ke IPPKKL jam 10.45 pagi untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya.
Media semalam melaporkan pelawak terbabit menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dia mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.
Monday, April 4, 2011
‘10 sen pun tak mahu’
SHAH ALAM: Pengacara Jimmy Shanley, berkata isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah melahirkan hasrat untuk bercerai pada pertemuan terakhir mereka di luar rumah keluarga mentuanya di Sungai Buloh, dekat sini, November tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengikut kemahuan isterinya dan sejak itu mereka terputus hubungan sehinggalah Nursuhaila hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. “Selepas itu terus tiada hubungan. Panggilan telefon tidak berjawab. Mesej tidak berbalas. Jumpa pun tak mahu.
“(Nursuhaila) pergi umrah pun tidak meminta izin saya atau memohon maaf. Saya kata pada dia solat itu wajib, mentaati suami itu wajib. Pergi umrah itu sunat.
“Kalau dahulukan perkara sunat. Susahlah,” katanya selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini menangguhkan sebutan semula kes perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya pada 25 Mei depan. Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di mahkamah sama, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.
Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas mereka bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil enam bulan dan tinggal di rumah keluarganya.
Jimmy berkata, dia sanggup mengenepikan ego dan perasaan malu dengan memfailkan permohonan itu dalam usaha menyelamatkan rumah tangganya.
Pengendali program Itu Dia di Astro Ria berkata, dia tidak mahu mengakhiri mahligai perkahwinan mereka dengan perpisahan kerana ia hanya akan memperjudikan masa depan anak yang bakal dilahirkan.
“Saya tidak mahu 10 sen pun daripada dia. Kalau boleh saya mahu kami bersama-sama menjaga anak itu. Tetapi kalau dia sudah tidak berminat, saya hendak buat macam mana,” katanya. Jimmy yang pernah mengacarakan Trek Selebriti berkata, sebagai suami, dia memahami perasaan wanita mengandung yang ada kala emosional dan sedia memaafkan kesalahan pasangannya.
“Bagaimanapun, sebagai manusia biasa, walau sekaya, secantik, sebijak mana pun isteri, suami masih di tempat pertama. Jika dia ingkar perintah suami, dia mengingkari perintah Allah,” katanya.
Menurutnya, peristiwa itu boleh dianggap sebagai dugaan hidup yang merapatkan dirinya dengan Allah dan pada masa sama boleh dijadikan pengajaran kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. “Kita percaya kepada qada dan qadar tapi kalau tuan punya badan tidak mahu berubah, saya hendak buat macam mana,” katanya.
Sementara itu, Nursuhaila dilihat bergegas keluar dengan ditemani pengawal peribadi sebaik prosiding selesai. Pada prosiding semalam, Jimmy diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus manakala Nursuhaila diwakili peguam syarie, Saadiah Din.
Sunday, April 3, 2011
Lagu terakhir Seri Bayu
PORT DICKSON: “Ayah (Seri Bayu) sempat menghasilkan sebuah lagu berjudul ‘Sebelum Aku Pergi’ untuk saya,” kata penyanyi remaja, Nazira Abdul Ghani, ketika ditemui pada majlis pengebumian komposer dan penulis lirik terkenal itu.
Nazira yang juga anak angkat kepada Seri Bayu berkata, dia mengenali arwah ketika menyertai pertandingan karaoke di Tasik Idaman, Bangi, Selangor, empat bulan lalu.
“Saya disapa arwah ayah yang turut menyaksikan pertandingan itu. Dia menyatakan kagum dengan suara saya, malah berjanji menggilap saya menjadi penyanyi popular,” kata anak bongsu lima beradik itu.
Menurutnya, arwah ayah angkatnya itu meminta untuk tinggal bersama keluarganya di Kampung Teluk Pelanduk, di sini, dengan alasan suka dengan suasana kampung dan mudah mendapat ilham mencipta lagu.
Nazira berkata, arwah seperti dapat menjangka hayatnya tidak lama apabila begitu tergesa-gesa menyiapkan lagu untuk rakaman album.
“Ketika keluarga saya dan arwah ke Shah Alam berjumpa seorang komposer lagi bagi pembikinan video klip lagu Sebelum Aku Pergi, dia beria-ia minta disiapkan pada Mei, apabila ditanya kenapa tidak bulan April, dia hanya tersenyum saja. “Rupa-rupanya arwah seperti mengetahui ajalnya dan tidak mahu albumnya disiapkan dalam tempoh berpantang 44 hari,” katanya.
Kelmarin, komposer dan penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaluddin Sulik menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson di sini, kira-kira jam 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron dihidapinya sejak 2004 lalu.
Isterinya yang juga seorang penyanyi, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 27, atau Erema, turut kelihatan walaupun sebelum ini rumah tangga mereka bermasalah dan kes itu masih dalam perbicaraan mahkamah.
“Saya masih sah isteri arwah dan reda dengan pemergiannya,” kata Erema yang mengetahui berita kematian suaminya itu kira-kira jam 9 malam kelmarin.
“Kali terakhir berjumpa arwah ketika hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Ogos lalu. Namun, kami kerap berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanya khabar antara satu sama lain,” kata ibu kepada seorang anak perempuan berusia lapan tahun itu.
Jenazah Seri Bayu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Pelanduk, di sini, semalam kira-kira jam 2 petang.
Pemenang ABPBH 2010
SHAHEIZY Sam bersama trofi Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular yang dimenanginya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 di Arena of Stars, Genting Highlands malam tadi.
Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil.
Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Amy Search sebagai pengetua AF9
Saturday, April 2, 2011
Seri Bayu meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Komposer dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, 44, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi.
Menurut anak angkat Allahyarham, Sarina Abdul Ghani, 29, Seri Bayu meninggal pada pukul 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron yang dihidapinya sejak tahun 2004.
"Arwah kritikal sejak tiga hari lalu sebelum dia dimasukkan ke Hospital Port Dickson semalam (kelmarin),'' katanya ketika dihubungi semalam.
Sarina berkata, usaha mereka untuk menghubungi keluarga dan anak Seri Bayu gagal.
Badul nafi dakwaan mencabul remaja 13 tahun
KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelawak terkenal, A.R. Badul menafikan dia terlibat dengan laporan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa menjadi mangsa cabul baru-baru ini.
Badul atau nama sebenarnya, Armaya Arman Ramlie, 63, ketika dihubungi semalam berkata, dia tidak tahu dirinya dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral itu seperti yang dilaporkan akhbar dan laman portal kelmarin.
“Saya belum membaca akhbar lagi. Saya tak tahu hal (cabul) ini,” katanya yang pernah membintangi filem Si Badul (1978), Panglima Badul (1979) selain sitkom Puteri di TV3.
Friday, April 1, 2011
Pelawak cabul pelajar diburu
KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.
Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.
Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
“Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.
“Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya,” katanya.
Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.
“Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.
“Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.
“Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu,” katanya.
Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.
“Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa,” katanya.
Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.
Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.
Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.
Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.
Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...