NUFFNANG ADS

Monday, March 29, 2010

Persandingan Umie Aida Di Kuala Lumpur

MAJLIS persanding Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Hotel One World Bandar Utama, Kuala Lumpur, 28 Mac.

Friday, March 26, 2010

Dr Fazley Dapat Cahayamata ke 2


Perunding motivasi, penulis, usahawan, pengacara, penyanyi, pelakon dan juga model terkenal, Fazley yang bakal memasuki usia 32 tahun menerima perkhabaran gembira apabila isterinya, Azrene Soraya selamat melahirkan putera kedua mereka, pagi Ahad lalu (21/3). Anak kedua itu diberi nama Fieradz atau nama timangannya Piyash. Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara menerusi pembedahan.

Thursday, March 25, 2010

BENJY: Ditangkap semula selepas 5 minit

BENJY ditahan semula oleh polis selepas membayar wang jaminan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kegembiraan seniwati Azean Irdawaty bertemu semula dengan anak kesayangannya, Benjy setelah dua minggu terpisah kerana ditahan reman berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah di sebuah kondominium pada 12 Mac lalu hanya mampu bertahan selama lima minit.

Ini kerana pelakon lelaki itu ditangkap semula oleh polis sejurus dia membayar jaminan RM2,000 di luar kaunter pembayaran jaminan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini semalam.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, sebelum itu dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki syabu jenis metaphetamine seberat 0.24 gram.

Tertuduh dengan tenang bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di APM, A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B persimpangan Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang 11 Mac lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Hafizza Sauni membebaskan tertuduh dengan jaminan RM2,000 dan menetapkan 8 April untuk sebutan kes.

Benarkah Jimmy Pengacara AF 8 Bertunang??


Tiada siapa yang boleh mengesahkan pengacara AF 8 Jimmy Shanley sudah melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya.

Gambar majlis tersebut tersebar di internet dan sama-sama kita tunggu pengesahan berita tersebut dari mulut Jimmy sendiri.

Monday, March 22, 2010

Siti Nurhaliza sertai AIM ke 17

(Foto terbaru Siti Nurhaliza)



Dalam diam-diam, Dato' Siti Nurhaliza telah menghadiri majlis sidang media Anugerah Industri Musik ke 17 (AIM) baru-baru ini.

Dato' Siti berpakaian simple, cuma penampilan dari sudut lain ada perbedaan sedikit.

Sidang media Anugerah Industri Musik itu menyenaraikan pencalonan artis-artis dalam pertandingan tersebut yang terdiri daripada artis baru dan lama.

AIM 17 tersebut akan disiarkan secara langsung pada 2 Mei ini menerusi saluran NTV7, bagaimanapun 4 episod Prelud AIM 17 akan bersiaran pada setiap Khamis bermula 8 April, jam 8.30 malam di saluran yang sama.


Berikut adalah senarai 5 finalis bagi 24 kategori yang dipertandingkan.


Artis Baru Terbaik

Azlan & The Typewriter
Bunkface
Prema Yin
Tomok
Yuna

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Faizal Tahir (Bercinta)
Hazami (Survivor)
Jamal Abdillah (Tak Hilang Cinta Di Dunia)
Riz (Kehilangan Kamu)
Vince Chong (Buah Hati)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)
Dayang Nurfaizah (Hilang)
Jaclyn Victor (Bertamu Di Kalbu)
Juwita Suwito (Sejak Hadirmu)
Yuna (Dan Sebenarnya)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)
DJ Fuzz & Malique feat Salam (Cerita Kedai Kopi)
InTeam (Allahu Rabbi)
Rabbani (Kejora Sinar Zaman)
Ruffedge (Pemuja Dari Jauh)

Kulit Album Terbaik

Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)
Aida/Nizam Rahmat (Liyana Jasmay – Liyana Jasmay)
Ong Chen Han (All About Rynn – Rynn Lim)
Rewan Ishak (The Great Battle – Sevencollar T-Shirt)
Anthony Ho (Kronologi Cinta – Vince Chong)

Rakaman Album Terbaik

Akasha (Into…Akasha)
Ayu (Inspirasi)
Dayang Nurfaizah (Dayang Live)
Hattan (Inderawala)
Prema Yin (Eyo Eyo)

Video Muzik Terbaik

Fiqir-Fiqir (Ahli Fiqir)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Oh! Sizuka (Pop Shuvit)
Eyo Eyo (Prema Yin)

Lagu Pop Etnik Terbaik

Dusta Berkalang (Aiman)
Penangan Rindu (Ghazal)
Barangkali (Mawi)
Enjut (Noraniza Idris)
Inang Anak Perantau (Saujana)

Album Nasyid Terbaik

Syukran (Hafiz Hamidun)
Allahu Rabbi (InTeam)
Suatu Perjalanan (Marjan)
Mahabbah ( Rabbani)
Nota Cinta (Saujana)

Lagu Nasyid Terbaik

Allahu Rabbi (InTeam)
Dia Muhammad (InTeam)
Kejora Sinar Zaman (Rabbani)
Mahabbah (Rabbani)
Syahadah (Rabbani)

Album Rock Terbaik

Adrenalin (Faizal Tahir)
Rasa (Flop Poppy)
Mencari Konklusi (Hujan)
Prolog 2009 (Maximus)
Rasopariso (XPDC)

Lagu Rock Terbaik

Kelibat Si Penyair (Azlan & The Typewriter)
Situasi (Bunkface)
Bencinta (Faizal Tahir)
Mencari Konklusi (Hujan)
Drama King (Meet Uncle Hussain feat Black)

Album Pop Terbaik

Tahajjud Cinta (Dato Siti Nurhaliza
CTKD (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Dayang Live (Dayang Nurfaizah)
Aku Stacy (Stacy)
Kronologi Cinta (Vince Chong)

Lagu Pop Terbaik

Pergi (Aizat)
Masih Jelas (Hafiz)
Permaisuriku (Jay Jay)
Cinta Ada (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Dan Sebenarnya (Yuna)

Album Hip Hop Terbaik

Irama Berirama (Ahli Fiqir)
Jian (Altimet)
1212 (Colabr8)
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)
The Turning Point (Point Blanc)

Lagu Hip Hop Terbaik

Chantek (Altimet)
Syukur (Altimet)
Sayang-sayang (Altimet, DJ Fuzz)
Masih Hip Hop (DJ Fuzz & Malique feat Daly & Altimet)
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)

Album Inggeris Tempatan Terbaik

Yeah (Amanda Imani)
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)
Running (Hazami)
The Turning Point (Point Blanc)
The Great Battle (Sevencollar T-Shirt)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Prom Queen (Bunkface)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Survivor (Hazami)
Deeper Conversation (Yuna)

Album Cina Tempatan Terbaik

Stardom (Andrew Tan)
One & Only-Jeanie (Jeanie Lee)
I’m Karen (Karen Kong)
All About Rynn (Rynn Lim)
Thomasjack (Thomasjack)

Lagu Cina Tempatan Terbaik

Stardom (Andrew Tan)
Na Han (JK Chen Jia Kai)
Insane (Jovi Theng)
Tian Shan (Karen Kong)
Sunrise (Vinx Lim Yi Xin)

Album India Tempatan Terbaik

Paarthu (Diwan)
SMS (Emergency)
Neethikku Poraatnam (Masta Clan)
Life Is A Mystery (Shruthi)
Saran Z Ennavaley (Saran Z)

Lagu India Tempatan Terbaik

Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)
Thuli Thuli Mazhai Thuli (Preeta Prasad)
Uyirile Ondrage Kalantida (Sidharthan)
Talattu Paade (Sitharthan)
Megathul (Sivakumar A/L Jayabalan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Teruskanlah (Agnes Monica)
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti)
Madu Tiga (Muhammad Dani)
Terlanjur Cinta (Rossa feat pasha Ungu)
Nuansa Bening (Vidi Aldiano)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Aubrey Suwito (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Acis (Hafiz)
Aubrey Suwito (Juwita Suwito)
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Greg Henderson (Prema Yin).

Sunday, March 21, 2010

Yanie Mentor TV3 meninggal dunia



Berita baru terima mengatakan bahawa pemenang tempat ketiga musim pertama rancangan realiti Mentor terbitan TV3, Sitti Surianie Jul Karim atau lebih dikenali sebagai Yanie telah meninggal dunia petang semalam di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Yanie yang kini berusia 25 tahun telah terlantar sakit selama 4 bulan.

Berita ini telah ditulis sendiri oleh Ning Baizura selaku mentor Yanie di Twitter beliau ( Klik sini ) semalam

Ning kata dia mendapat berita ni daripada suami Yanie sendiri, Ifrin Abdul Manan pada pukul 4 petang.

Saturday, March 20, 2010

Pelakon Kacak Azizan Nin Berkahwin




KUALA LUMPUR: - Pelakon kacak Azizan Nin 36, telah bernikah dengan pilihan hatinya Fazilah Hani Harun (30) pada majlis yang dilangsungkan di Masjid Negara di sini.

Dengan sekali lafaz, Zizan sah bergelar suami kepada Hani, personaliti bertudung yang juga wartawan penyiaran dan penyampai berita Bahasa Malaysia Edisi 7 di saluran ntv7.

Dengan berwalikan bapanya, Datuk Harun Hashim di hadapan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim. Pada majlis pernikahan yang dihadiri 150 tetamu membabitkan keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM651 kepada pihak perempuan serta tujuh dulang hantaran iaitu sebentuk cincin berlian, beg tangan jenama Gucci, kasut Jimmy Choo, alat solek jenama Mac, telekung, sejadah dan sirih junjung.

Manakala, pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang mengandungi sebentuk cincin berlian, senaskhah al-Quran, set wangian, sejadah, kasut, tali pinggang dan dompet (jenama Gucci), kemeja, barangan penjagaan badan Lab Series, manisan dan kurma.

Bagaimanapun, pasangan ini sepakat merahsiakan jumlah wang hantaran kerana hanya untuk pengetahuan keluarga masing-masing.

Wednesday, March 17, 2010

BIODATA : Eira Syazira



PROFIL

NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira

NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi
TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada enam beradik
KARIER: Pelakon dan penyanyi
TEATER: Lorong 2/90 dan Bangsawan Lela Manja
FILEM: Bisikan Remaja, Ngangkung
DRAMA: Puluhan antaranya Gerak Khas, Sembilu, Ibu Kota Cinta, Kaca, Lesen, Meniti Bara, Senja Kala, Dosa Haniza, Seteguh Kinabalu, Elly, Ku Milikmu, Embun Mutiara & Cinta Balqis.

Tuesday, March 16, 2010

SEGMEN TERJAH: SENIMAN MINTA DIHENTIKAN

Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).



SEJAK disiarkan pada awal Januari ini, program Terjah menerima banyak maklumbalas negatif sehingga ada yang menyarankan program itu dihentikan segera.

Di mana silapnya dan kenapa? Persoalan itu berlegar-legar di fikiran penerbitnya, Nas Ahmad. Namun, bekas wartawan Melodi itu tidak mampu memberikan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ apabila ditanya sama ada program itu akan berhenti siaran.

Nas sebaliknya menyarankan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), pihak yang meminta Terjah dihentikan itu untuk tampil berbincang dengannya bagi menegakkan keadilan.

“Menyentuh tentang aduan yang diterima oleh Seniman, sebagai persatuan yang profesional, saya harap mereka dapat memanggil kita untuk membincangkan perkara ini.

“Namun, saya juga ada terbaca respons sebanyak 50 peratus penonton yang menyokong manakala sebahagiannya tidak. Saya menganggap mereka tidak memahami program yang berbentuk realiti.

“Lagipun, visi kami adalah menyampaikan maksud sebalik perkara yang disiarkan iaitu dipanggil reverse psychology. Dalam masa yang sama, Terjah sebenarnya cuba menegur artis secara psikologi,” jelas Nas kepada mStar Online.

Jumaat lalu, Seniman memaklumkan dalam satu sidang media khas anjuran persatuan itu bahawa mereka menerima aduan program Terjah berbentuk provokatif.

Menurut Ketua Biro Aduannya, Jehan Miskin, soalan yang diajukan oleh wartawan Terjah terlalu keterlaluan, banyak menghina daripada membina, tidak selaras dengan budaya Malaysia dan tidak mendidik.

“Kami meminta jasa baik pihak stesen televisyen untuk menghasilkan program yang lebih membina,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Yusof Kelana menganggap saranan supaya Terjah menghentikan siarannya sekadar untuk mencapai kebaikan bersama.

“Kami berharap, pihak wartawan dapat memberikan kerjasama. Ini hanya suatu pandangan. Jadi, sebab itu kami terpaksa luahkan apabila mendapat banyak emel aduan,” ujarnya.

Saturday, March 13, 2010

Peserta Akademi Fantasia 8


Inilah dia pelajar Akademi Fantasia musim kelapan menunjukkan lapan jari selepas berakhirnya konsert pertama mereka di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Friday, March 12, 2010

Biodata Memey Suhaiza



NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi

TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PROFESION: Model, pengacara, pelakon

STATUS: Bujang
DRAMA TV: Antaranya – Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa, Pontianak Air Jernih.

PENGACARAAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5

CATATAN:

Pelakon baru Memey Suhaiza yang pernah digosipkan dengan Norman Hakim.

Thursday, March 11, 2010

KESAL: ARTIS LUPA HUKUM AGAMA ???



Perbuatan bermain dengan anjing oleh artis yang beragama Islam sungguh memalukan umat yang mempercayai tuhan itu " ALLAH ".

Nampaknya orang kita bila sudah bergelar artis (kes terpencil) boleh mengenepikan hukum agama malah perbuatan tersebut seolah-olah meniru gelagat artis negara tetangga.

Apa yang dimaklumkan perbuatan yang dilakukan oleh artis Sharifah Sofia bermain dengan anjing yang bukan piharaannya itu seperti dia bermain dengan kucing..

Menurut kenyataan melalui email ;

" Tiada masalah rasanya bagi pihak kami jika aktress berbakat ini menyentuh anjing dalam keadaan kering. Tetapi mungkin tidak manis pada pandangan masyarakat."

ulasan admin's;
Dalam hukum Islam tidak ada perkataan yang berwarna merah - hukum tetap hukum siapa yang melakukan tetap haram kerana anjing juga mempunyai air liur dan dikhuatiri berlaku dengan tidak disedari.

Oleh itu, pihak yang berkuatkuasa mengenai Islam negara ini haruslah bertindak segera memberi khidmat nasihat kepada artis ini sebelum ianya merebak lebih jauh kepada golongan tersebut sebelum terlambat.

Merujuk pada email itu lagi, gambar ini dirakam sendiri oleh ahli keluarga Sharifah Sofia & dihantar sendiri oleh Sharifah Sofia kedalam dunia internet.

Monday, March 8, 2010

Umie Aida nikah di Mekah

Asmah Mohd. Ali menyuapkan manisan kepada anaknya, Umie Aida semasa majlis berinai di Bukit Kiara, malam tadi.


KUALA LUMPUR : -- Pelakon terkenal, Umie Aida, 37, atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad hari ini mengumumkan tarikh kelahiran kakaknya, pelakon dan pengarah Erma Fatima, pada 14 Mac ini sebagai tanggal diijab kabul.

Pelakon filem Embun itu memilih dinikahkan di Masjidil Haram, Mekah sekitar pukul 8 pagi (waktu Mekah) dengan duda beranak dua yang juga seorang usahawan, Datuk Paduka Khairuddin Hassan, 47, berwalikan abangnya, Ahmad Reduan.

Umie kelihatan berseri mengenakan busana berwarna hitam pada majlis berinai di kediaman barunya, di I-Zen, Kiara 2, Mont Kiara malam ini.

Pelakon itu bakal berangkat ke tanah suci pada 11 Mac ini dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 18 Mac ini.

Menurut Umie, pemilihan Masjidil Haram adalah sebagai memenuhi hasrat suci yang menjadi lokasi impian perkahwinannya.

Selain itu, kata Umie memilih tarikh lahir kakaknya bukan sekadar berkongsi kegembiraan bersama keluarga malah, sebagai hadiah menerima seorang adik ipar kepada Erma pada hari lahirnya itu.

"Alhamdulillah, syukur setakat ini segala perjalanan majlis pernikahan saya berjalan lancar.

"Insya-Allah saya akan dilangsungkan pernikahan saya pada tarikh ulang tahun kelahiran kakak saya iaitu Erma pada 14 Mac ini."

Fasha: Dakwaan tak berasas



KUALA LUMPUR - Pelakon kontroversi, Fasha Sandha menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dia menjadi punca rumah tangga pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang dikatakan bergolak.

Meskipun mempunyai rekod buruk didakwa sebagai punca penceraian seorang usahawan, Datuk Shafik Rizaal Saaban atau Datuk S pada 2007 dan rumah tangga Nora Danish dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli pada 2008, Fasha menegaskan, dakwaan tersebut tidak berasas.

"Saya menafikan dakwaan tersebut (menjadi punca rumah tangga Zamarul dan Diana bergolak) dan saya rasa orang mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku sekarang ini.

Sunday, March 7, 2010

Mila difitnah Syarikatnya gulong tikar



Artis Akademi Fantasia Mila difitnah dengan dakwaan syarikatnya telah ditutup kerana mengalami pelbagai masalah.

Menurut Mila dia tahu dan kenal siapa orang yang bertanggungjawab memburukkan nama syarikatnya.

“Dia cuba menjatuhkan nama dan syarikat saya kerana dia adalah bekas pekerja saya sendiri,” kata Mila kepada wartawan baru-baru ini.

Fitnah yang disebarkan itu Kononnya kata Mila, syarikat bernama Mila LuvCorperation yang baru berusia setahun jagung itu sudah ditutup dan tidak lagi beroperasi.

“Yang sebenarnya tiada istilah tutup atau bankrap seperti yang dikhabarkan itu,” kata Mila dengan tegas.

Friday, March 5, 2010

Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami.



Dalam diam-diam Haliza Misbun telah menyiapkan filem pertama terbitan syarikatnya, Big Productions, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami.

Produk sulongnya itu mendapat reaksi positif dari pihak penapisan yang tidak memotong walau satu pun adegan, sebaliknya diberikan tanda lulus bersih dengan mendapat kategori 'U' (untuk tontonan umum).

Padahal, dalam cerita itu Haliza bukan main seksi lagi. Dalam beberapa adegan, jelas menampakkan bahagian-bahagian tertentu susuk tubuhnya. Misalnya, adegan mandi bunga di mana beliau berkemban (seperti dalam gambar yang tertera), tapi semua itu tidak dipotong.

Sudah tentulah adegan kemban itu bukan sekadar hiasan atau untuk menjadi bahan pelaris filem kerana,ia berkait rapat dengan kisah andartu.

'Mandi bunga adalah perkara biasa bagi orang perempuan, apa lagi yang lambat kahwin. Orang tua-tua percaya ia akan mempercepatkan jodoh,' kata Haliza tentang adegan tersebut kepada media.

Malahan, beliau sendiri mengaku selalu mandi bunga, sejak dulu hingga kini. 'Saya sudah banyak kali mandi. Mula-mula mak saya bawak, selepas itu saya sendiri pergi, bukan di spa tapi dengan orang yang mengamalkan perubatan tradisional. Kerana saya percaya, mandi bunga ini bukan soal jodoh saja, ia ada kaitan dengan tenaga kerana kita mandi menggunakan bunga-bungaan pelbagai warna dan bau yang harum memberikan kesegaran dan tenaga.

'Pokoknya, saya memang percaya mandi bunga akan membuat kita segar, berkeyakinan dan nampak berseri.

'Sebelum saya buat filem ini, saya mandi bunga dan saya dapat melihat hasilnya, wajah saya lain. Kalau tak percaya, bila tayangan pada 20 Mei ini tengoklah, wajah saya lain dari drama yang saya lakonkan sebelum ini,' jelas Haliza yang memberikan kepercayaan kepada MIG milik David Teoh untuk memasarkannya.

'Sama ada akan sampai ke Singapura tayangannya atau tidak, saya tidak tahu, semuanya terserah kepada David kerana saya tahu beliau lebih arif tentangnya,' ucap pelakon terkenal ini yang bakal memasuki usia 37 tahun pada 14 Mei akan datang.

Thursday, March 4, 2010

Kes Nabil : Saman akan diteruskan



Pengarah dan Penerbit Bersama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM)Aminah Raphor bertegas akan meneruskan tindakan untuk membawa kes Nabil ke Mahkamah.

Menurutnya, walaupun Nabil sudah minta maaf, kesalahan yang dilakukan oleh pelakon komedi Ahmad Nabil Ahmad tidak akan dimaafkan kerana telah melanggar kontrak dengan produksi SDAF Pictures Sdn Bhd.

Dalam kontrak tersebut ada menggariskan tidak membenarkan membuat sabarang kenyataan media yang boleh menjejaskan kewibawaan syarikat dan produknya.

Sementara itu pada 14 Februari lalu, Nabil hanya membuat permohonan maaf terbuka dalam dua akhbar mingguan, termasuk Berita Minggu tetapi tidak secara terus kepada mereka selaku pengeluar filem berkenaan.

Monday, March 1, 2010

Yatt Haryati Dah Ada Cahayamata



pelakon Yatt Haryati telah selamat bersalin mendapat cahayamata perempuan pada jam 6.13 pagi kemaren.

Bayinya diberi nama Suci Hanania Malika Bt. Abdul Mutalib semasa dilahirkan seberat 3.24 kilogram demikian laporan dalam Facebook mereka.

Kami mengucapkan tahniah dengan kehadiran bayi anugerah Tuhan itu menambahkan lagi seri rumahtangga serta ceria-ceria disamping cahayamata.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2