NUFFNANG ADS

Tuesday, March 16, 2010

SEGMEN TERJAH: SENIMAN MINTA DIHENTIKAN

Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).



SEJAK disiarkan pada awal Januari ini, program Terjah menerima banyak maklumbalas negatif sehingga ada yang menyarankan program itu dihentikan segera.

Di mana silapnya dan kenapa? Persoalan itu berlegar-legar di fikiran penerbitnya, Nas Ahmad. Namun, bekas wartawan Melodi itu tidak mampu memberikan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ apabila ditanya sama ada program itu akan berhenti siaran.

Nas sebaliknya menyarankan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), pihak yang meminta Terjah dihentikan itu untuk tampil berbincang dengannya bagi menegakkan keadilan.

“Menyentuh tentang aduan yang diterima oleh Seniman, sebagai persatuan yang profesional, saya harap mereka dapat memanggil kita untuk membincangkan perkara ini.

“Namun, saya juga ada terbaca respons sebanyak 50 peratus penonton yang menyokong manakala sebahagiannya tidak. Saya menganggap mereka tidak memahami program yang berbentuk realiti.

“Lagipun, visi kami adalah menyampaikan maksud sebalik perkara yang disiarkan iaitu dipanggil reverse psychology. Dalam masa yang sama, Terjah sebenarnya cuba menegur artis secara psikologi,” jelas Nas kepada mStar Online.

Jumaat lalu, Seniman memaklumkan dalam satu sidang media khas anjuran persatuan itu bahawa mereka menerima aduan program Terjah berbentuk provokatif.

Menurut Ketua Biro Aduannya, Jehan Miskin, soalan yang diajukan oleh wartawan Terjah terlalu keterlaluan, banyak menghina daripada membina, tidak selaras dengan budaya Malaysia dan tidak mendidik.

“Kami meminta jasa baik pihak stesen televisyen untuk menghasilkan program yang lebih membina,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Yusof Kelana menganggap saranan supaya Terjah menghentikan siarannya sekadar untuk mencapai kebaikan bersama.

“Kami berharap, pihak wartawan dapat memberikan kerjasama. Ini hanya suatu pandangan. Jadi, sebab itu kami terpaksa luahkan apabila mendapat banyak emel aduan,” ujarnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2