Monday, April 30, 2012
Jimmy ditawar jaga anak bersama
Nursuhaila Eliani Suhaimy, isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menawarkan hak penjagaan bersama anak mereka kepada selebriti itu dan bersedia untuk berbincang lanjut mengenai hal itu.
Tawaran itu dikemukakan Nursuhaila, 26, selaku plaintif melalui peguamnya, Sa’adiah Dindi di hadapan Hakim Mawardi Che Man di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Dalam prosiding itu, Jimmy, 32, atau nama sebenarnya, Jimmy Norjahan Salleh ketika ditanya Mawardi mengenai tawaran berkenaan berkata, beliau mahu menjaga anaknya, Zahrah Shanley berusia 10 bulan sepenuhnya.
“Ini kerana Nursuhaila adalah seorang ahli perniagaan berjaya yang sentiasa sibuk. Isnin hingga Jumaat saya boleh menjaga Zahrah kerana Sabtu dan Ahad saya bekerja,” katanya.
Terdahulu, peguam defendan, Mohd Noor Aizan Md Idrus berkata, pihaknya belum memutuskan apa-apa kerana hak jagaan bersama itu baru diberitahu pihaknya semalam, malah perlu dibincang secara teliti bersama Jimmy.
“Kami belum bersetuju kerana ia baru diberitahu hari ini (semalam) dan ia dibincangkan bersama nanti. Kalau diikutkan plaintif mahu anaknya dijaga seminggu, manakala Jimmy seminggu.
“Bagaimanapun, persetujuan belum dibuat berkenaan hal itu dan ia masih boleh dirunding,” katanya.
Mawardi turut menasihatkan supaya tawaran hak penjagaan yang ditawarkan plaintif dapat dibincangkan dengan baik kerana anak adalah hasil perkongsian hidup bersama.
“Tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) perlu diteliti lebih rasional oleh defendan kerana ia akan membabitkan aib Nursuhaila kerana anak sepatutnya tidak perlu mengetahui hal peribadi yang berlaku antara mereka sebelum ini jika dibicarakan nanti,” katanya.
Terdahulu, Jimmy yang hadir bagi mendengar perbicaraan kes tuntutan hadanah, tidak dapat diteruskan memandangkan pihak plaintif gagal memfailkan tuntutan mengikut tarikh yang dikeluarkan defendan pada 27 Februari lalu.
Rita enggan cerai
“Alasan Aidil tak masuk akal. Kalau ada pergaduhan yang boleh menyebabkan kami bercerai tak apa juga, tapi memang tiada. Sebelum dia keluar dari rumah empat bulan lalu, semuanya elok saja,” kata pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior, Rita Rudaini Mokhtar.
Aktres itu berkata demikian selepas tidak bersetuju dengan permohonan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil atau nama sebenar Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Rita berkata, dia tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan Aidil pada prosiding semalam yang mengatakan dia mahu bercerai kerana mereka sudah tidak serasi dan tiada persefahaman.
“Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, saya tidak bersetuju dengan permohonan cerai itu,” katanya yang anggun berjubah hitam dan bertudung biru.
Bagaimanapun, Rita mengakui masih menyayangi perkahwinan mereka, namun sekiranya Tuhan menetapkan mereka berpisah, dia akur.
Sunday, April 29, 2012
Afdlin tuntut hak...
Afdlin Shauki meluahkan rasa kecewanya apabila filem terbaharu arahannya Berani Punya Budak dipinggirkan oleh sesetengah pawagam tempatan.
Perkara itu berlaku dikatakan untuk memberi laluan dan memberikan sokongan yang lebih kepada filem Hollywood, The Avengers yang kebetulan ditayangkan sehari selepas filem aksi komedi tempatan itu mula ditayangkan di pawagam.
Berkongsi minggu yang sama permulaan tayangan dengan filem mega Hollywood yang ditunggu-tunggu itu pada minggu lalu, sebagai pengarah Berani Punya Budak, Afdlin sedar saingan yang cukup besar untuk filemnya dalam menghadapi The Avengers.
Namun, dia cukup kecewa apabila filemnya itu ditayangkan pada waktu tidak munasabah serta diberikan dewan tayangan yang kecil berbanding dengan filem Hollywood itu.
Tidak mahu melatah tanpa sebarang bukti kukuh, kata Afdlin, dia kini sedang mengumpulkan segala fakta dan bukti sebelum mengambil tindakan yang seterusnya.
Gambar pra perkahwinan Awal-Scha
foto pra perkahwinan schawal.
SELEPAS pasangan sensasi, Fasha Sandha dan Jejai selamat mendirikan rumahtangga Jumaat lalu, ramai yang sudah tidak sabar melihat giliran Awal Ashaari dan Scha Al Yahya pula.
Bakal disatukan sebagai suami isteri 4 Mei ini, persiapan pasangan sejoli ini kini berada di tahap akhir. Ini termasuklah sesi fotografi pra perkahwinan mereka yang dirakamkan jurugambar terkenal, Saiful Nang dan sudah disebarkan di Internet.
Dalam gambar yang berkonsepkan Best Man Win ini, pasangan yang digelar Schawal ini kelihatan sama padan dengan persalinan ala tentera dan gadis Melayu. Lebih menarik ialah lokasi penggambaran di stesen keretapi simbolik sempena pertemuan Awal dan Scha daripada dua arah berbeza.
Saturday, April 28, 2012
Saya mangsa keadaan - Zahida Rafik
Menerusi peguamnya, Datuk Seri Shafee Abdullah, Zahida sudah pun menghantar surat saman kepada Zuraida Kamaruddin, pihak yang didakwanya sengaja menyebarkan fitnah untuk mengaibkan dirinya.
Zahida Rafik, 37, ternyata tidak perlukan pencapaian dalam lakonan untuk diburu sensasi. Dua minggu kebelakangan ini, kisah skandal Zahida yang dikaitkan dengan seorang pemimpin bertaraf menteri tidak habis-habis dikorek dan dicari akar punca.
Impak paling hebat untuk jelitawan seperti Zahida, menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sendiri memberi kenyataan akhbar menafikan dakwaan satu pihak bahawa dirinya menaja hidup pelakon itu sehingga sanggup berhabis sehingga RM1.5 juta sebagaimana yang didakwa.
Pucuk dicita ulam mendatang, berdasarkan satu maklumat bahawa Zahida akan membuat penampilan sempena satu majlis pelancaran koleksi Nur of Alexandaria dan program amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di Galaxy, Ampang, Sensasi Bintang tidak melepaskan peluang turun padang.
Biarpun sangat berhati-hati memberikan komen atas segala kontroversi, pelakon Kuliah Cinta dan Senario The Movie itu sedikitpun tidak menunjukkan reaksi marah mahupun melenting.
"Saya okey sahaja, saya tenang dan saya masih kuat berdepan semua ini atas sokongan keluarga dan pasukan saya (Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah) ini," katanya sambil menidakkan rasa malu untuk bertemu masyarakat.
Tindakannya berdiam diri dan tidak melayan pertanyaan media selama ini juga dibuat atas nasihat peguamnya sendiri, Datuk Seri Shafee Abdullah.
Ditanya, sanggupkah dia berdepan segala pembongkaran sekiranya kes itu nanti dibicarakan di mahkamah, Zahida juga tidak berkerut dahi. Tiada sebab untuk dia merasa gentar kerana yakin, semua cerita yang seolah-olah meletakkan dirinya dilihat sebagai perempuan simpanan itu hanyalah fitnah semata-mata.
"Apa yang saya tahu, saya membuat laporan polis berhubung pemandu peribadi saya, Noor Azman Azemi, 38, yang melarikan duit saya sebanyak RM200,000. Tiba-tiba, saya pula didakwa dengan macam-macam cerita, saya terkejut dan tidak tahu-menahu mengenai isu yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan. Berdasarkan latar belakang pihak yang membuat tuduhan, saya tidak menolak ini semua ada motif politik dan saya yang menjadi mangsa keadaan," katanya yang berkali-kali menafikan ada ada hubungan intim dengan menteri yang dimaksudkan.
Kata Zahida, dia hanya mengenali pemimpin itu sebagai menteri, tidak lebih daripada itu.
"Kami tidak pernah mempunyai sebarang hubungan peribadi. Sudah tentu saya tahu dia seorang menteri dan sebagai selebriti, dia pula orang kenamaan, kami ada bertembung dalam majlis-majlis tertentu tapi setakat itu sahaja. Lagipun sehingga sekarang saya masih solo dan masih belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki," tegasnya.
Bertanyakan Zahida tentang jalan hidupnya yang tidak habis dikaitkan dengan kisah skandal, hidup ditaja dan sekali gus melibatkan maruah seorang wanita, Zahida reda terhadap apa yang berlaku.
SIARAN RADIOKITA HARI INI-29.4.2012
SIARAN RADIOKITA HARI INI-29.4.2012- KEUDARA JAM 2.00/14:00
WAKTU MALAYSIA.
Insyaallah Radiokia (Internet Radio) akan keudara lagi hari ini.
Lagu-Lagu yang akan disiarkan:
LAGU POPULER:
Hazama AF9 - cinta teragung
Jamal Abdillah - Waktu Kerinduan
khalifah - aku anak kampung
Imuda - An Evening In Parit
SLAYANK - CintaKu Calypso
Saleem -Trilogi Cinta cinta 3 segi
01 Wan Lebor @ Pak Ude - Surya Band
INFO PETUA TRADISIONAL:
1. Petua menjaga kulit muka/wajah (sambung dari minggu lepas)
2. Petua/tip mengurus badan kepada yang gemuk/gedek, boleh mendengar petua ini.
SABAHAN:
ELMar - Main Tapuk
Nick Eletrica - Nirakan
INDONESIAN:
Ayu Ting Ting - Sik Asik
Super Girlies - Hip Hip Hura
Boy Shandy - Nurjani ( Minang)
Pucuk Pisang ( Lagu Banjar )
Qosidah terbang jidor gondang legi wahdana
Yen Rustam - Gadih ( Minang)
# Bersama Putera Idris & O.P,
LIVE dari Studio Radiokita
Perak Darul Ridzuan
nota:
1. kepada yang menggunakan Radiokita tool bars, sekiranya tidak dapat mendengar sila tutup browser/pelunsur anda dan buka semula.
2. untuk mendengar 'klik terus mendengar' SILA KLIK LINK INI PADA JAM 2.OO PTG/14.00 WAKTU MALAYSIA.
http://cp.internet-radio.org.uk/tunein.php/radiokita/playlist.asx
3. Siaran Radiokita boleh juga didengar melalui blog radiokita (blog ini)
Friday, April 27, 2012
Fasha-Jejai sah suami isteri
Fasha Sandha sah menjadi isteri Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Dengan dua kali lafaz, pelakon sensasi, Fasha Sandha selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam tadi.
Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Moiddeen .
Fasha yang cantik dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini, dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal,
Saidatulnisa sempat melahirkan rasa gembira dan terharunya.
"Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami," kata pelakon TV Wanita Popular 2011 ini dipetik MH Online.
Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu diadakan di Tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara di sini dengan dihadiri lebih 300 tetamu.
Pada majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.
Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.
Thursday, April 26, 2012
Zahida hantar surat saman kepada Zuraida
Zuraida
Pelakon kontroversi, Zahida Mohamed Rafik yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Zahida bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tindakan samannya itu sebaliknya menyatakan dia akan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk menguruskan perkara tersebut.
Zuraida sebelum ini didakwa pernah mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Shafie Apdal.
Johan, Hafiz kongsi kegembiraan
SELAIN Hafiz dan Johan, dua lagi artis residen Astro yang diraikan Astro baru-baru ini termasuklah Aaron (belakang, kiri) dan Zizan (depan, kiri).
DINOBATKAN sebagai paling popular, pastinya sesuatu di luar jangkaan buat dua orang artis pujaan ramai iaitu penyanyi Hafiz AF dan Johan.
Ketika ditemui pada majlis meraikan kejayaan artis residen Astro, Hafiz menyifatkan pemilihannya sebagai penyanyi lelaki popular baru-baru ini sebagai penghargaan paling bermakna buat dirinya.
“Pada Januari lalu, lagu nyanyian saya iaitu Awan Nano telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) 26. Kemudian pada bulan ini saya dipilih pula sebagai penyanyi paling popular berdasarkan pemilihan peminat.
“Sudah tentu saya sangat gembira dengan kejayaan yang diraih dan menganggap ia merupakan bonus buat diri saya pada tahun ini. Sebenarnya, saya sendiri tidak sangka kerana sedar perlu bersaing dengan ramai penyanyi lain,” ujarnya.
Menurut Hafiz, memandangkan kini dirinya menjadi pilihan peminat, dia mahu terus fokus pada kerjayanya sekarang dan tidak mahu terlalu leka dengan kejayaan yang diperoleh.
Ditanya tentang aktiviti seninya ketika ini, Hafiz memberitahu dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada penyertaannya dalam program Mania memandangkan hadiah yang ditawarkan kepada juara cukup lumayan.
Sudah tentu sasaran saya mahu mencul juara kerana mahu mendapatkan hadiah sebanyak RM500,000. Jadi, sekali lagi saya mengharapkan sokongan daripada peminat agar saya berjaya dalam rancangan tersebut,” ujarnya.
Menurut Hafiz, pada bulan Februari lalu dia telah pergi ke Indonesia selama dua minggu dalam usaha untuk mengembangkan karier nyanyiannya serta merakamkan single terbaharunya dan mempromosikan lagu Awan Nano di negara tersebut.
“Semasa di sana saya telah pergi ke beberapa buah stesen radio di Jakarta dan Yogyakarta. Saya akui agak sukar untuk menarik minat pendengar mereka, tetapi bersyukur apabila lagu saya tetap tercalon dalam carta lagu dalam sebuah stesen iaitu Pesona FM,” ujarnya.
Tuesday, April 24, 2012
Zahida nampak lebih tenang, terus terima sokongan rakan dan peminat
Artis Zahida Rafik, yang terus mendapat perhatian khususnya selepas penafian oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal semalam, kelihatan menerima segala yang berlaku ke atasnya dengan tenang.
Berdasarkan perbualan menerusi ruang mikro Twitter sejak pagi tadi, Zahida nampak tenang berbanding semalam selepas ‘melepaskan’ rasa geram ke atas mesej-mesej kurang menyenangkan
Hari ini dia menerima semua situasi yang telah dilemparkan kepadanya sebelum ini.
Wartawan mendapati, kesemua rakan laman sosial Twitternya kini lebih cenderung kepada kata-kata yang lebih positif dan menyenangkan ramai pihak lain.
Dia menjawab mesej Twitter pertama hari ini, yang diterima daripada @shah_rizal1” dengan antara lain berkata, “hi!! Morning 2 u 2 dear! Tq n have a gud day 2! Cheers!”
Cindyindahouse, salah seorang rakan Twitternya yang memberi kata-kata semangat seperti akan sentiasa menyokongnya dan turut berkata bahawa semua ini pasti akan berlalu juga satu hari nanti. Dia turut meminta supaya Zahida jangan terlalu risau akan hal ini.
Kata-kata seorang lagi peminatnya, yang dikenali sebagai Azrul Abu Hassan, turut memberi sokongan dan nasihat kepada Zahida, dengan antara lain berkata seperti “kamu tahu kebenarannya, dan sesungguhnya Tuhan itu bersama orang yang benar.”
Zahida lebih tenang dalam menjawab semua pertanyaan dari peminat-peminatnya.
Dia meneruskan semangatnya untuk terus menjawab segala persoalan dan pertanyaaan dari mereka.
Bukan itu sahaja, Zahida juga mendapat sokongan daripada peminatnya yang lain seperti memberi kata-kata semangat dan menyuruh supaya Zahida lebih kuat dan tabah, tidak kira apa pun yang terjadi.
Tidak ketinggalan, yang turut menyokongnya juga iaitu Mutalib Hassan yang turut menghantar mesej kepadanya “assalamualaikum… dah tidur ke? Selamat malam, semoga esok ada sinar. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Harap bersabar,” katanya lagi.
Melalui tindak balas ini, Zahida kini nampak lebih berfikiran secara terbuka kerana dia kini sudah boleh menerima segala yang menimpa dirinya.
Zahida turut memberi komen dan tindak balas yang baik terhadap peminatnya yang selalu menyokonganya dari belakang.
Semalam, Zahida menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya.
“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida.
Monday, April 23, 2012
Lisa lebih selektif bukan sebab Yusry
Aktres manis Lisa Surihani mengakui kehidupannya kini berjalan normal seperti pasangan berkahwin yang lain. Malah sehari selepas pulang daripada berbulan madu ke Eropah pada Mac lalu, dia dan Yusry terus kembali bekerja.
Lisa yang dihubungi wartawan baru-baru ini bercerita tentang perkembangan terkininya, selain memberitahu selepas bernikah, dia mahu menjadi lebih selektif terhadap tawaran berlakon yang datang kepadanya.
" Sekarang saya sedang dalam penggambaran filem terkini saya iaitu Dendam Orang Mati yang dijadualkan berakhir pada 8 Mei ini. Ia merupakan filem arahan Jason Chong dan menjadi filem seram serius yang pertama buat saya. Saya memegang watak Lena, seorang gadis yang baru tersedar dari koma dan menjadi amnesia, tetapi dalam masa yang sama telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam. Selain saya, filem ini turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Miera Liyana dan Mustapha Kamal.
" pada pertama kali ditawarkan watak ini, saya tidak yakin mampu membawanya kerana ia agak kompleks, apatah lagi saya perlu berlakon sebagai orang yang hilang ingatan dan perlu tidak terlalu 'berlakon'. Watak Lena itu sendiri telah menjadi cabaran yang besar buat saya. Oleh kerana agak risau, saya telah meminta aktres Fauziah Nawi untuk membantu saya selama dua minggu bagi menyelami watak tersebut. Walaupun saya tidak yakin pada mulanya, namun saya memegang prinsip bahawa saya perlu mencuba sesuatu yang baharu kerana jika saya tidak mencuba, saya tidak akan tahu kemampuan saya. Jadi saya kena cuba sesuatu yang baharu dan melakukannya dengan baik.
" Jangan salah faham, saya menjadi semakin selektif selepas bernikah adalah atas kemahuan saya sendiri. Sejujurnya, Yusry sangat menggalakkan saya bekerja, malah tak ada larangan dalam saya bekerja dan saya diberi keizinan oleh Yusry untuk terus aktif." tegasnya.
Ain optimis, percaya kemampuan pengarah OMK
Nama Nurul Ain Nordin atau Ain antara pelakon baru yang baru berjinak-jinak dalam bidang seni. Malah mungkin masih ada yang belum mengenali gadis berusia 23 tahun ini.
Pernah mewujudkan kontroversi dalam industri hiburan dengan gambar berkemban yang mendedahkan bahagian belakangnya, Ain mengakui kesilapannya sehingga mengambil keputusan menarik diri sebagai artis residen outLOUD Studios.
Tidak memandang ke belakang lagi, Ain melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan syarikat produksinya sendiri, Star Scope Production Sdn Bhd dan seterusnya mengarahkan filem, Oh Mak Kau (OMK).
Biarpun masih ada pihak meragui keupayaannya, namun pemilik Diploma Teknologi Kreatif Artistik Perfileman dari UiTM Shah Alam ini optimis bahawa dia mampu mengarah filem pertamanya.
“Saya memang belajar dalam bidang pengarahan. Tahun 2007, saya bekerja di belakang tabir sebagai pembantu pengurus produksi untuk beberapa syarikat. Saya juga pernah jadi penolong pengurus produksi untuk telefilem Maisarah.
“Selain itu, saya berpengalaman mengarah program 13 episod berjudul Setulus Kasih yang dihasilkan dengan kerjasama Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk siaran RTM nanti,” katanya.
Menganggap peluang yang datang, tidak mampu untuk dilepaskan, Ain mahu membuktikan kebolehannya untuk berdiri di atas kaki sendiri.
“Saya bukannya gila kuasa untuk mengarah dan berlakon dalam masa yang sama. Memandangkan kami tidak punya bajet yang besar, jadi saya pilih untuk mengarahkan filem ini sendiri.
“Lagi pun, bukan senang mendapat peluang untuk mengarah. Jadi bila peluang ini datang, tidak mungkin saya lepaskan begitu sahaja. Saya anggap ini rezeki saya dan semua yang terbabit nanti.
“Saya pilih untuk buat filem komedi kerana genre ini dekat dengan kita. Cuma jangan letakkan harapan terlalu tinggi namun saya harapkan sokongan peminat terhadap ‘bayi sulung’ saya ini. Saya boleh terima kritikan tapi biarlah ia membina dan tak menyentuh keluarga saya,” katanya.
Pernah mewujudkan kontroversi dalam industri hiburan dengan gambar berkemban yang mendedahkan bahagian belakangnya, Ain mengakui kesilapannya sehingga mengambil keputusan menarik diri sebagai artis residen outLOUD Studios.
Tidak memandang ke belakang lagi, Ain melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan syarikat produksinya sendiri, Star Scope Production Sdn Bhd dan seterusnya mengarahkan filem, Oh Mak Kau (OMK).
Biarpun masih ada pihak meragui keupayaannya, namun pemilik Diploma Teknologi Kreatif Artistik Perfileman dari UiTM Shah Alam ini optimis bahawa dia mampu mengarah filem pertamanya.
“Saya memang belajar dalam bidang pengarahan. Tahun 2007, saya bekerja di belakang tabir sebagai pembantu pengurus produksi untuk beberapa syarikat. Saya juga pernah jadi penolong pengurus produksi untuk telefilem Maisarah.
“Selain itu, saya berpengalaman mengarah program 13 episod berjudul Setulus Kasih yang dihasilkan dengan kerjasama Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk siaran RTM nanti,” katanya.
Menganggap peluang yang datang, tidak mampu untuk dilepaskan, Ain mahu membuktikan kebolehannya untuk berdiri di atas kaki sendiri.
“Saya bukannya gila kuasa untuk mengarah dan berlakon dalam masa yang sama. Memandangkan kami tidak punya bajet yang besar, jadi saya pilih untuk mengarahkan filem ini sendiri.
“Lagi pun, bukan senang mendapat peluang untuk mengarah. Jadi bila peluang ini datang, tidak mungkin saya lepaskan begitu sahaja. Saya anggap ini rezeki saya dan semua yang terbabit nanti.
“Saya pilih untuk buat filem komedi kerana genre ini dekat dengan kita. Cuma jangan letakkan harapan terlalu tinggi namun saya harapkan sokongan peminat terhadap ‘bayi sulung’ saya ini. Saya boleh terima kritikan tapi biarlah ia membina dan tak menyentuh keluarga saya,” katanya.
Sunday, April 22, 2012
Rubiah Suparman punya kemahiran tersendiri.
Walaupun industri kita mengalami lambakan muka baru, namun kehadiran mereka tidak semestinya melenyapkan artis yang telah lama mencipta nama dalam bidang seni. Rubiah Suparman, 65, nama yang tidak asing lagi dalam industri tempatan. Walaupun kehadirannya dalam industri hanya seketika, namun impak yang diberi sangat besar.
Tidak pernah menyangka kebolehannya dalam bidang lakonan, Rubiah menganggap pengalaman dalam lakonan memberikannya seribu satu kenangan. Mengakui sudah tawar hati untuk kembali berlakon, Rubiah kini hanya menumpukan perhatian kepada restoran miliknya, Restoran Puteri, yang ditubuhkan sejak 1984 lagi.
Menurut Rubiah, walaupun dirinya pernah bergelar pelakon, namun minatnya dalam bidang masakan telah mengubah hala tuju perjalanan hidupnya.
“Saya menubuhkan Restoran Puteri di Brickfield pada tahun 1984. Ketika itu, saya masih berlakon. Namun, atas cadangan suami dan sahabat karib saya, Habsah Hassan, saya cuba menguruskan restoran ini.
“Setelah melihat kejayaan restoran itu, saya komited menubuhkan cawangan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Sehingga kini, saya menambah dua lagi cawangan di Sungai Penchala dan Shamelin Perkasa, Cheras.
“Alhamdulillah, setakat ini, sambutan daripada pengunjung amat membanggakan. Kini, saya memiliki hampir 40 pekerja untuk menguruskan restoran tersebut,” katanya yang berjaya mempertahankan restoran itu hampir 28 tahun.
Menurut Rubiah, menu yang sentiasa mendapat sambutan daripada pengunjung ialah masakan Melayu seperti ikan bakar, sup cendawan dan siput sedut. Bijak menguruskan masa yang ada, Rubiah juga berjaya menghasilkan empat buku masakannya sejak empat tahun lalu.
“Saya hasilkan buku masakan untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat. Tiada apa yang istimewa kerana ianya lebih tertumpu kepada masakan tradisional Melayu. Saya hanya bukukan resipi masakan lauk pauk dan kuih muih yang senang dibuat dan tidak memerlukan bahan yang sukar.
“Jika ada kelapangan masa dan peluang, saya ingin hasilkan buku terbaru. Buat masa terdekat ini, saya sibuk menguruskan perniagaan terlebih dahulu,” katanya yang menghasilkan buku masakan, Resipi Kuih Muih Melayu, Lauk Pauk Malaysia, Singapura, Indonesia, Resipi Turun Temurun dan Selera Ramadhan.
Saturday, April 21, 2012
Rakan kesal laporan dakwa Bob Kuman meninggal dunia
Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial hari ini disahkan palsu.
Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
"Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
"Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.
Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini merupakan satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
"Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku," katanya.
Friday, April 20, 2012
Ally Iskandar Impikan Dua Orang Anak
Ketika menyaksikan persembahan protege Mentor untuk musim yang keenam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini,
Wartawan sempat menemubual pengacara Mentor 6 iaitu Ally Iskandar untuk berkongsi mengenai kehidupannya setelah bergelar suami orang. Katanya dia kini sedang bergembira apatah lagi dengan kehadiran isteri tercinta yang pulang bercuti selama seminggu.
"Alhamdulillah, kehidupan rumah tangga kami bahagia biarpun kami berjauhan. InsyaAllah, Farah akan mengakhiri pengajiannya pada hujung tahun ini. Oleh sebab itulah kami terpaksa merancang keluarga memandangkan dia masih berada dalam sesi pengajian.
"Sekiranya dia berbadan dua pun, kebarangkalian untuk Farah menangguhkan pengajian adalah besar, jadi sebaiknya biarlah Farah menghabiskan pengajiannya terlebih dahulu sebelum kami merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga," kata Ally yang mengimpikan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Waris P. Ramlee dibela
MUHD. KHAIRUN (kanan) menyatakan sesuatu kepada
Surijaningsih dan dua anaknya iaitu Zaidee Nasir (kiri) dan Zakaria di
Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur semalam.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itu yang berlaku kepada menantu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, Surijaningsih Bakar, 43, apabila nasib dia sekeluarga dibela pelbagai pihak.
Pihak terbabit terdiri daripada Pergerakan Pemuda UMNO, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Universiti Limkokwing yang bertindak membantu keluarga tersebut dengan pelbagai cara.
Ia dibuktikan apabila Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO melunaskan baki tunggakan cukai pintu kediaman warisan P. Ramlee itu yang terletak di Taman Setapak Jaya di sini sebanyak RM5,766.50.
Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya berjaya mengumpulkan dana tersebut dalam sehari iaitu sejurus berita mengenai nasib malang wanita tersebut dilaporkan media.
“Dana yang berjaya dikumpul daripada masyarakat dan biro aduan sendiri kita gunakan untuk melunaskan tunggakan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Surijaningsih semalam.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itu yang berlaku kepada menantu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, Surijaningsih Bakar, 43, apabila nasib dia sekeluarga dibela pelbagai pihak.
Pihak terbabit terdiri daripada Pergerakan Pemuda UMNO, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Universiti Limkokwing yang bertindak membantu keluarga tersebut dengan pelbagai cara.
Ia dibuktikan apabila Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO melunaskan baki tunggakan cukai pintu kediaman warisan P. Ramlee itu yang terletak di Taman Setapak Jaya di sini sebanyak RM5,766.50.
Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya berjaya mengumpulkan dana tersebut dalam sehari iaitu sejurus berita mengenai nasib malang wanita tersebut dilaporkan media.
“Dana yang berjaya dikumpul daripada masyarakat dan biro aduan sendiri kita gunakan untuk melunaskan tunggakan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Surijaningsih semalam.
Tuesday, April 17, 2012
David
Teoh
“Bukan janji, tetapi pasti saya sudah melangsaikan semua bayaran lakonan yang dibintangi Bob Kuman.
“Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa,” kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan pelakon, Bob Kuman, 40, yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.
Media semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.
Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan pelakon itu sambil memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.
Monday, April 16, 2012
Bob Kuman dakwa produksi tak kisah
Keadaan terkini Bob Kuman.
“Saya terkilan dengan sikap syarikat produksi yang enggan mengambil tahu masalah kesihatan saya sehinggakan hutang tertunggak di sebuah hospital swasta pun terpaksa dilangsaikan pihak lain,” kata pelakon dan pelawak, Husin Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali dengan Bob Kuman.
Itu kekesalan diluahkan Bob selepas dia yang juga pelakon drama TV Jangan Pandang Belakang Congkak kini bertarung dengan penyakit bengkak kaki selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama berkenaan di Hulu Langat penghujung 2010.
Akibat insiden terbabit, Bob sesak nafas selepas miang buluh memasuki saluran pernafasan dan hidungnya mengalami pendarahan yang banyak, namun menurutnya, pihak produksi langsung tidak mempedulikan sehingga dia berkejar ke hospital di ibu kota sendirian.
“Selepas keluar hospital saya dikehendaki melunaskan bayaran RM6,500, namun kerana tiada wang saya berhutang seketika sebelum membayarnya sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, selepas beberapa minggu saya membayarnya dan kini masih berhutang lebih RM3,000.
“Apa membuatkan saya kecewa adalah produksi mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai majikan. Biarpun dalam keadaan sakit saya masih berusaha menamatkan lakonan terakhir, namun produksi hanya melepaskan batuk di tangga dan langsung tidak menjenguk saya apa lagi menanggung kos rawatan,” katanya.
Kisah penderitaan di tanggung Bob semalam, didedahkan dalam blog milik personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidik sebelum tersebar di beberapa blog hiburan lain.
Bob ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, dekat sini, semalam memberitahu ketika itu dia hanya mempunyai RM76 di dalam akaun Maybank miliknya.
“Bukan saya tiada duit ketika itu, cuma ada masalah teknikal bersama pihak bank menyebabkan akaun saya dibekukan kerana terlalu banyak transaksi dalam masa sehari. Atas keprihatinan Mazidul menyiarkan masalah saya di blog, banyak sumbangan diterima, terima kasih semua,” katanya.
Sunday, April 15, 2012
Mahu pinang Yuna, Qi akui semakin serius
Dua tahun menyulam cinta bersama penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna, Qi yang juga merupakan bekas pemain drum kumpulan OAG mengakui sudah memandang serius terhadap hubungan itu.
“Hubungan kami sehingga hari ini masih berada dalam keadaan yang baik walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya yang semakin meningkat naik. Saya memahami kerjayanya tambahan pula kami berada dalam bidang yang sama. Walaupun terpisah jauh, ia tidak menghalang kami berhubung sama ada melalui panggilan telefon mahupun internet,” ujarnya yang semakin serius menjalinkan hubungan dengan Yuna.
Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan terhadap hubungan percintaan itu, Qi mengatakan bahawa dia sememangnya sudah mempunyai hasrat untuk meminang gadis pujaannya itu.
“Niat sudah lama ada, cuma keadaan kami yang sibuk dengan kerjaya masing-masing masih belum sesuai untuk saya melakukannya. Mungkin dalam masa satu atau dua tahun lagi kami akan berbincang mengenainya. Saya harap, orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat kami berdua,” katanya.
Siapa tidak kenal dengan bekas pengacara program popular Jalan-Jalan Cari Makan, Qushairi Razali atau lebih dikenali dengan panggilan Qi yang kini semakin aktif bergiat dalam bidang lakonan. Mengakui dirinya kini semakin berani dan mulai serius dalam lakonan, Qi bagaimanapun sedar dirinya masih mentah dalam bidang itu dan perlu banyak belajar dan untuk memperbaiki persembahannya dalam menghayati watak yang ditawarkan kepadanya.
Baginya, pengacaraan dan lakonan merupakan dua bidang berlainan, oleh itu dirinya perlu bekerja kuat untuk memberikan yang terbaik dalam menjalani karier sebagai pelakon.
“Sejak ceburkan diri dalam lakonan, saya dapat rasa keseronokannya. Dari lakonan saya dapat merasai banyak karekter dan situasi yang belum pernah saya alami sebelum ini. Saya bersyukur, kerana sentiasa diberi tunjuk ajar oleh pengarah dan pelakon lain yang berpengalaman yang sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk menjadi seorang pelakon yang hebat,” katanya.
Terbaru, selebriti kacak ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri, Friday I’m In Love arahan Faizul Rashid yang bakal ditayangkan di slot Aurora TV9 pada 19 April ini.
Dayang kerap tertinggal telefon
SAMA ada sedar atau tidak, nama Dayang Nurfaizah kini tidak sehangat
dahulu. Biarpun begitu, ada nilai eksklusif terpancar setiap kali
kelibatnya melintas depan mata.
Popular menerusi lagu-lagu hit seperti Dayang Sayang Kamu, Seandainya Masih Ada Cinta dan Erti Hidup, Dayang sebenarnya tidak menyepi. Dia sebaliknya masih ligat.
"Jika ada yang kata saya mendiamkan diri, mungkin saya hanya diam dengan pihak media sahaja. Tetapi kerjaya seni masih berjalan seperti biasa. Lagipun rancangan hiburan (nyanyian) di televisyen kini semakin berkurangan. Jadi sedikit sukar untuk nampak saya di televisyen," ujarnya yang tampil bergaya elegan menghiburkan peminat menerusi Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.
Seperti kata pepatah yang menyebut, diam-diam ubi berisi, Dayang juga begitu. Tanpa banyak bunyi, Dayang bakal tampil dengan single keempat berjudul Perlukan Cinta tidak lama lagi. Single itu sebenarnya dipetik daripada album Sayang & Cahaya yang memuatkan 12 buah lagu. Itu pertaruhan terbaharu Dayang setelah empat tahun tidak menghasilkan sebarang album.
"Insya-Allah pada minggu hadapan saya akan melancarkan lagu single keempat berjudul Perlukan Cinta.
"Selain itu permintaan mengadakan persembahan di seluruh negara tidak pernah putus. Mei nanti saya akan mengadakan persembahan di Dewan Orkestra Philharmonik bersama Anuar Zain," ujar wanita berusia 30 tahun itu.
Popular menerusi lagu-lagu hit seperti Dayang Sayang Kamu, Seandainya Masih Ada Cinta dan Erti Hidup, Dayang sebenarnya tidak menyepi. Dia sebaliknya masih ligat.
"Jika ada yang kata saya mendiamkan diri, mungkin saya hanya diam dengan pihak media sahaja. Tetapi kerjaya seni masih berjalan seperti biasa. Lagipun rancangan hiburan (nyanyian) di televisyen kini semakin berkurangan. Jadi sedikit sukar untuk nampak saya di televisyen," ujarnya yang tampil bergaya elegan menghiburkan peminat menerusi Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.
Seperti kata pepatah yang menyebut, diam-diam ubi berisi, Dayang juga begitu. Tanpa banyak bunyi, Dayang bakal tampil dengan single keempat berjudul Perlukan Cinta tidak lama lagi. Single itu sebenarnya dipetik daripada album Sayang & Cahaya yang memuatkan 12 buah lagu. Itu pertaruhan terbaharu Dayang setelah empat tahun tidak menghasilkan sebarang album.
"Insya-Allah pada minggu hadapan saya akan melancarkan lagu single keempat berjudul Perlukan Cinta.
"Selain itu permintaan mengadakan persembahan di seluruh negara tidak pernah putus. Mei nanti saya akan mengadakan persembahan di Dewan Orkestra Philharmonik bersama Anuar Zain," ujar wanita berusia 30 tahun itu.
Saturday, April 14, 2012
SIARAN RADIOKITA HARI INI 'LIVE'
SIARAN RADIOKITA HARI INI-15.4.2012- KEUDARA JAM 2.00/14:00
WAKTU MALAYSIA.
Lagu-Lagu yang akan disiarkan:
LAGU POPULER:
Hazama AF9 - cinta teragung
Jamal Abdillah - Waktu Kerinduan
Imuda - An Evening In Parit
SLAYANK - CintaKu Calypso
Saleem -Trilogi Cinta cinta 3 segi
01 Wan Lebor @ Pak Ude - Surya Band
INFO PETUA TRADISIONAL:
1. Petua menjaga kulit muka/wajah (sambung dari minggu lepas)
2. Petua/ tip mengurus badan kepada yang gemuk/gedek, boleh mendengar petua ini.
SABAHAN:
ELMar - Main Tapuk
Nick Eletrica - Nirakan
INDONESIAN:
Ayu Ting Ting - Sik Asik
Super Girlies - Hip Hip Hura
Boy Shandy - Nurjani ( Minang)
Pucuk Pisang ( Lagu Banjar )
Qosidah terbang jidor gondang legi wahdana
Yen Rustam - Gadih ( Minang)
# Bersama Putera Idris & O.P,
LIVE dari Studio Radiokita
Perak Darul Ridzuan
nota:
1. kepada yang menggunakan Radiokita tool bars, sekiranya tidak dapat mendengar sila tutup browser/pelunsur anda dan buka semula.
2. untuk mendengar 'klik terus mendengar' SILA KLIK LINK INI PADA JAM 2.OO PTG/14.00 WAKTU MALAYSIA.
http://cp.internet-radio.org.uk/tunein.php/radiokita/playlist.asx
3. Siaran Radiokita boleh juga didengar melalui blog radiokita ini.
Friday, April 13, 2012
Muka diinjak anak VIP ?
Penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan anak VIP di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini awal pagi semalam.
Mikael Adam berkata sebelum kejadian pada jam 3.50 pagi itu, dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta.
“Sebaik keluar, saya terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga saya terjatuh sebelum badan dan muka saya dipijak.
“Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala bagi mengelakkan kecederaan lebih parah,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Menurutnya, akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri.
Thursday, April 12, 2012
TV3 Mohon Maaf Siar Adegan Bogel
Foto hiasan.
Stesen TV nombor satu negara, TV3 telah memohon maaf kepada penonton
terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem 'Into The Wild' yang
disiarkan pada 24 Mac lalu.
TV3 dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berita menyatakan pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.
Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon filem ini, Emile Hirsch.
TV3 dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berita menyatakan pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.
Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon filem ini, Emile Hirsch.
Debaran Super Spontan malam esok!
Program komedi terbaru di Astro Warna, Super Spontan masih belum ada penyingkiran.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, pihaknya menggunakan kelainan itu bagi menambahkan lagi debaran peserta.
“Setiap ahli dalam kumpulan yang mendapat undian terendah perlu memilih seorang peserta lain untuk disingkirkan.
“Namun, siapa bakal tersingkir hanya akan diumumkan seminggu kemudian kerana kita mahu mereka rasai debaran,” katanya yang ditemui selepas episod kedua Super Spontan di Studio Finas, Hulu Kelang.
Di hujung episod itu, Beruang Comel dianggotai Reza Salleh, Johan, Sathiya, Bell, Shahrul, Yasmin Hani, Cat Farish dan Ropie berjaya mendapat undian 53 peratus mengatasi Angsa Ganas diwakili Rashid Salleh, Zizan, Nana, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke dan Rahim R2 yang mendapat 47 peratus.
Kekalahan Angsa Ganas membuatkan semua ahlinya perlu memilih seorang peserta lain untuk disingkirkan.
Sementara, kejayaan Beruang Comel membolehkan mereka memenangi RM5,000 untuk disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin (Peyakin).
Sebelum itu, di awal rancangan episod minggu lalu, pengacara Adibah Nor mengumumkan Shahrul (Shiro) dari Beruang Comel mendapat undian terbanyak untuk disingkirkan ahli kumpulannya.
Bagaimanapun, Shahrul bernasib baik kerana produksi tidak melakukan penyingkiran.
Mengulas hal itu, Bob berkata, mereka mahu memberi peluang kepada peserta menyesuaikan diri.
“Dua minggu pertama ini kita anggap sebagai permainan ‘pemanas badan’ kerana ada peserta pertama kali menyertai rancangan itu.
“Saya harap tiadanya penyingkiran memberi ruang semua peserta memantapkan persembahan,” katanya.
Pada penghujung musim, hanya seorang peserta dinobatkan juara sekali gus membawa pulang hadiah RM100,000 serta sebuah kereta Toyota Camry 2.0 G.
Menampilkan barisan selebriti mewakili dua kumpulan iaitu Angsa Ganas
dan Beruang Comel, pengumuman peserta tersingkir dibuat malam esok.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, pihaknya menggunakan kelainan itu bagi menambahkan lagi debaran peserta.
“Setiap ahli dalam kumpulan yang mendapat undian terendah perlu memilih seorang peserta lain untuk disingkirkan.
“Namun, siapa bakal tersingkir hanya akan diumumkan seminggu kemudian kerana kita mahu mereka rasai debaran,” katanya yang ditemui selepas episod kedua Super Spontan di Studio Finas, Hulu Kelang.
Di hujung episod itu, Beruang Comel dianggotai Reza Salleh, Johan, Sathiya, Bell, Shahrul, Yasmin Hani, Cat Farish dan Ropie berjaya mendapat undian 53 peratus mengatasi Angsa Ganas diwakili Rashid Salleh, Zizan, Nana, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke dan Rahim R2 yang mendapat 47 peratus.
Kekalahan Angsa Ganas membuatkan semua ahlinya perlu memilih seorang peserta lain untuk disingkirkan.
Sementara, kejayaan Beruang Comel membolehkan mereka memenangi RM5,000 untuk disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin (Peyakin).
Sebelum itu, di awal rancangan episod minggu lalu, pengacara Adibah Nor mengumumkan Shahrul (Shiro) dari Beruang Comel mendapat undian terbanyak untuk disingkirkan ahli kumpulannya.
Bagaimanapun, Shahrul bernasib baik kerana produksi tidak melakukan penyingkiran.
Mengulas hal itu, Bob berkata, mereka mahu memberi peluang kepada peserta menyesuaikan diri.
“Dua minggu pertama ini kita anggap sebagai permainan ‘pemanas badan’ kerana ada peserta pertama kali menyertai rancangan itu.
“Saya harap tiadanya penyingkiran memberi ruang semua peserta memantapkan persembahan,” katanya.
Pada penghujung musim, hanya seorang peserta dinobatkan juara sekali gus membawa pulang hadiah RM100,000 serta sebuah kereta Toyota Camry 2.0 G.
Wednesday, April 11, 2012
"Aku akan cari kau sampai dapat." - Dira Abu Zahar
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada pukul 2.30 pagi di sebuah kelab malam di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dua minggu lalu sehingga membabitkan insiden pijak muka dengan kasut tumit tinggi.
Sejurus selepas kejadian itu, Dira seorang pengacara dan pelakon meluahkan sesuatu di akaun Twitternya yang berbunyi:"Aku akan cari kau sampai dapat."
Ramai mendakwa kenyataan itu ditujukan kepada individu yang terlibat dengan pergaduhan itu yang telah bertindak membuat laporan kepada pihak polis.
Dalam masa yang sama, Dira juga enggan memberikan komen lanjut berhubung perkara itu apabila ditanya oleh wakil media dan menyerahkan perkara itu untuk siasatan pihak berkuasa.
Seminggu selepas itu, pengacara Melodi itu tidak muncul di program yang bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad itu sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa dia direhatkan daripada mengacarakan program hiburan itu.
Menjawab spekulasi dan kontroversi yang berlaku, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, tampil menjelaskan perkara yang sebenar.
"Tiada apa perkara yang membuatkan saya perlu lari. Saya tak bersalah pun, apa yang mampu saya kongsi, akan saya kongsi. Semakin saya lari orang akan suspek saya yang bersalah.
"Buat masa sekarang kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan saya fikir adalah lebih baik untuk tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
"Saya tiada masalah pun dan tak perlu rasanya untuk saya melatah sangat serta tiada alasan pun untuk saya marah sesiapa," ujarnya ketika sesi fotografi di butiknya, Red Garage, Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur, petang semalam.
Rozita nafi manipulasi Zain
MESRA. Rozita diiringi Zain pada acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular 2011, Ahad lalu.
Di sebalik sering dikaitkan Rozita Che Wan, 38,dengan lelaki muda termasuk Shahir AF7 dan Zain Saidin, terbaharu kecoh seketika dunia seni tempatan apabila ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki itu dikatakan telah bernikah dengan suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.
Biarpun Rozita, Siti Nurhaliza dan Datuk K masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa perkara itu tidak benar sama sekali, namun persoalan itu masih menjadi perbualan hangat masyarakat.
Pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang malam Ahad lalu, Rozita dilihat intim di samping aktor muda yang sering digosip dengannya, siapa lagi kalau bukan Zain Saidin. Mereka dilihat beriringan mesra pada acara karpet merah.
Malah, selepas sahaja tamat majlis tersebut Rozita dikatakan terus pulang untuk mengejar penerbangan ke Itali untuk bercuti. Mungkinkah untuk melarikan diri daripada pihak media?
Tuesday, April 10, 2012
Kad jemputan perkahwinan Fasha dan Rizal Ashram sedia untuk diedarkan.
Majlis perkahwinan pelakon Fasha Sandha, 28, dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April ini, sebagaimana tercatat dalam kad undangan perkahwinannya yang akan mula diedarkan dalam masa terdekat.
Fasha yang dinobatkan Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) buat kali keenam, Ahad lalu berkata, majlis perkahwinannya akan diadakan secara tertutup membabitkan anggota keluarga serta kenalan rapat sahaja.
“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.
“Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,” katanya semalam.
Awal bulan lalu, Fasha selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya mengesahkan mengenai perkahwinannya dengan Rizal selepas gambar mereka berdua menghadiri kursus perkahwinan tersebar di portal berita hiburan di Internet.
Namun, ketika itu pelakon yang baru pulang dari Paris selepas selesai penggambaran drama Seindah Sakura, masih enggan memaklumkan mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Sementara itu, Rizal ketika ditanya perasaannya menjelang persiapan majlis perkahwinan mereka berkata, dia hanya inginkan sebuah majlis sederhana, tetapi meriah.
“Persiapan kami lakukan perlahan-lahan memandangkan jadual kerja masing-masing yang padat namun alhamdulillah semuanya hampir selesai. Insya-Allah kami akan mengedarkan kad dalam masa terdekat,” kata usahawan berusia 36 tahun yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang melengkapkan hidupnya.
Ketika ditanya mengenai khabar angin mengatakan pasangan glamor ini akan mengadakan majlis resepsi gilang gemilang sama ada di Jakarta atau Pulau Bali, Indonesia pada Jun depan, Rizal berkata: “Biarlah kita lakukan mana yang wajib dulu. Majlis bersanding atau majlis lain kemudian,” katanya.
Tak wajar pertikai anugerah Aaron Aziz - Siti
Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.
Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar.
“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan.
"Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.
“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugera Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen Persada Johor di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Kira-kira 1,500 tetamu yang terdiri di kalangan pekerja berjawatan setiausaha terhibur dengan aksi persembahan dan nyanyian memukau diva nombor satu tanah air itu.
Antara lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi tersohor itu adalah Cindai, Medley Balada menghimpunkan tajuk Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Percayalah dan Bukan Cinta Biasa menerima tepukan gemuruh semua tetamu.
Siti berkata, semua karyawan di negara ini diharapkan supaya saling bergabung dan bersaing secara sihat dalam industri seni dan hiburan tanah air sekali gus mempertingkatkan kualiti masing-masing.
"Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri,” katanya.
Media melaporkan kenyataan Zed Zaidi dalam akaun Twitternya yang tidak berpuas hati dengan kejayaan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz selepas merangkul anugerah ABPBH 2011 di Genting Highlands, kelmarin.
Luahan berkenaan menimbulkan kontroversi berikutan kenyataannya yang lebih bangga jika artis tempatan merangkul artis berprestij berkenaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tanah air.
Ismail Haron meninggal dunia
Penyanyi veteran Singapura, Ismail Haron meninggal dunia, semalam. Penyanyi popular mendapat jolokan Tom Jones Singapura itu meninggal dalam tidur kira-kira jam 2 petang di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura. Beliau berusia 65 tahun dan masih bujang.
Beliau popular era 70-an menerusi paduan duet bersama diva Anita Sarawak menerusi lagu Menunggu Nasi Minyak dan Kesah Dol dan Minah.
Menurut pengurusnya, Maria Sata, beliau terkejut menerima panggilan daripada kakaknya, Halimah Haron dimaklumkan Ismail meninggal dunia. Bagaimanapun belum ada pengesahan sebarang implikasi penyakit daripada doktor.
“Beliau memang kurang sihat dan demam sejak dua tiga hari lalu. Sepanjang saya tahu, beliau tidak pernah menghidap apa-apa penyakit. Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada seni suara tempatan di Singapura dan Malaysia. Saya menghormati beliau kerana berpendirian tegas dan serius mempersiapkan diri sekiranya mendapat undangan persembahan di mana-mana saja.
“Beliau bukan jenis suka membaca lirik di depan mata atau ‘standboard’ sebaliknya lebih suka mempersiapkan diri menghafal lagu sebaik mungkin. Malah, beliau akan membuat persiapan seminggu sebelum menyanyi untuk memastikan persembahannya ‘tip-top’.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat,” kata Maria sewaktu dihubungi di Singapura yang bertindak sebagai pengurusnya sejak 2008.
Antara rakan dan sahabat menziarahi beliau semalam adalah rakan seangkatan seni suara seperti Rahimah Rahim, Aziz Ahmad dan Mahani Mohamad.
Upacara pengebumian akan disempurnakan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Singapura, jam 10 pagi ini.
Maria berkata, Allahyarham yang berusia 66 tahun tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di negara itu. Beliau merupakan anak keempat daripada 12 beradik.
Ismail dilahirkan di Killiney Road, Singapura pada 13 Mei 1946. Beliau pernah menganggotai kumpulan Valiants yang bertukar nama sebagai The Guys dan merakam empat lagu dalam bahasa Inggeris.
Monday, April 9, 2012
Aaron, aktor kedua Singapura raih Bintang Paling Popular
PENGHIJRAHAN Aaron Aziz dari Singapura ke Malaysia lapan tahun lalu, hanyalah dengan niat mencari rezeki untuk menyara keluarganya.
Namun siapa sangka, Aaron kini berada di puncak populariti setelah dinobatkan Bintang Paling Popular 2011, Anugerah Bintang Popular (ABP) yang diadakan di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.
Lebih manis, kemenangan Aaron menyaksikan aktor itu menjadi artis kedua Singapura yang merangkul gelaran tersebut, selepas Datuk M Nasir pada tahun 1994.
Menjangkakan Zizan atau pun Shaheizy Sam yang akan membawa pulang gelaran itu, Aaron berkata, dia berasa gembira, namun kesal dengan satu perkara.
“Saya rasa kesal sebab tak puas memberi ucapan selepas diumumkan sebagai pemenang semalam. Kalau boleh saya mahu diberi masa lebih dari 30 saat.
“Jadi, di kesempatan ini, saya mahu menyampaikan ucapan terima kasih tidak terhingga buat isteri saya; Diana, keluarga saya, rakan-rakan, rakan-rakan media, produksi Ombak Rindu, produksi KL Gangster, produksi Badai Semalam, dan Lord Tailor,” katanya yang ditemui selepas tamat rancangan tersebut.
Aaron berkata, biarpun tidak menjangka sebarang kemenangan, namun, ‘hint’ yang diberikan oleh beberapa rakan membuatkan dia tidak terkejut dengan kemenangan ini.
“Kemenangan ini memang di luar jangkaan kerana saya tahu, bukan mudah untuk mendapat undian ramai. Saya lebih suka diberi kejutan, tetapi sejak seminggu lalu, ramai kawan-kawan yang bertemu saya, mengatakan saya akan menjadi Bintang Paling Popular.
“Saya tak rasa apa-apa debaran, cuma isteri saya yang rasa gemuruh sehingga tidak boleh tidur. Saya sendiri tak tahu apa perasaan saya sekarang. Cuma saya rasa bersyukur yang tak terhingga,” katanya.
Aaron berkata, gelaran yang diraihnya bukan menjadi peluang buatnya mendabik dada. Sebaliknya, Aaron sudah merasakan tekanan kerana selepas ini tumpuan akan dialihkan kepadanya.
“Menang gelaran ini, saya rasa tanggungjawab saya semakin berat. Namun saya tetap akan menjadi Aaron yang dulu. Tentang tawaran pula, saya tak akan memilih. Cuma saya lihat juga kesesuaian watak dan skrip yang diberikan.
“Namun, paling penting, apa yang saya harapkan, nama saya tidak tenggelam dan terus hilang selepas mendapat anugerah ini,” katanya.
Tambah Aaron, hadiah paling bermakna yang diharapkan kini adalah mendapat status penduduk tetap (PR) di negara ini.
Sunday, April 8, 2012
Aaron Aziz dinobatkan Bintang Paling Popular
Aaron menang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium).
Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.
Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff.
Lima tahun tercalon sebagai calon Top 5 untuk kategori Pelakon Lelaki TV Popular, namun kemuncak kerjaya Aaron dilihat begitu ketara sejak tahun lalu.
Nora Elena, drama bersiri di TV3 yang sebenarnya menjulang nama Aaron sebelum mencipta fenomena menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.
Melalui filem ‘box office’ berkenaan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berganding dengan pelakon wanita hebat, Maya Karin dan Lisa Surihani.
Melalui filem ‘box office’ berkenaan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berganding dengan pelakon wanita hebat, Maya Karin dan Lisa Surihani.
SENARAI PEMENANG ABPBH 2011
Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
Anugerah Khas:
Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid
Saturday, April 7, 2012
RADIOKITA KE UDARA HARI INI JAM 2 PETANG
SIARAN RADIOKITA HARI INI-8.4.2012- KEUDARA JAM 2.00/14:00
WAKTU MALAYSIA.
Lagu-Lagu yang akan disiarkan:
LAGU POPULER:
Hazama AF9 - Balada Pemuzik Jalanan
Zizan Razak Feat Kaka - Bawaku Pergi
P.Ramlee - Dimanakan Ku Cari Ganti
Aishah - Kau Pergi Tanpa Pesan
SLAYANK - Reggae CintaKu
Saleem - Wanitaku
Khalifah - lagu untuk adinda
Flybaits - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta
( Online Request Permintaan daripada: nuar
untuk : yad(aini)-tidak disebutkan berada dimana.
SABAHAN:
Janrywine - Macam Di KK
Nick Eletrica - Cikgu Jubaidah
INDONESIAN:
Dian Marshanda - Sareydut- Bukan Alamat Palsu
Bunga Seroja - OST Laskar Pelangi
Julia Perez - Jupe Paling Suka 69
Anasben - Hilang Tak Berkesan (minang)
Lepai jo Bundo - Mayang Saruni (ninang)
# Bersama DJ Melati,
dari Studio Radiokita
Kota Kinabalu, Sabah.
nota:
1. kepada yang menggunakan Radiokita tool bars, sekiranya tidak dapat mendengar sila tutup browser/pelunsur anda dan buka semula.
2. untuk mendengar 'klik terus mendengar' SILA KLIK LINK INI PADA JAM 2.OO PTG/14.00 WAKTU MALAYSIA.
http://cp.internet-radio.org.uk/tunein.php/radiokita/playlist.asx
Dira disiasat polis
Dira Abu Zahar dipetik sebagai selebriti yang menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu.
Dia menafikan khabar angin itu dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan ke atas setiap persoalan yang ditujukan kepadanya.
Dira bagaimanapun ada menjelaskan, dia belum bersedia berbuat demikian kerana kes berkenaan sudah berada dalam siasatan pihak polis.
Pengadu, Hamizah Abd. Hamid, 29, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Seperti juga Dira yang menganggap berdiam diri sebagai lebih baik, Hamizah, wanita yang mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut.
Dia bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis.
"Saya tengah kusut memikirkan perkara ini. Buat masa ini biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan.
"Apa pun, orang yang salah harus menerima hukuman setimpal. Apabila saya sudah bersedia, saya sendiri akan beritahu perkara sebenar kepada anda," jelas Hamizah menerusi satu SMS yang dikirimkan kepada wartawan.
Hamizah dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang berikutan cedera disepak di bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah bertarikh 1 April 2012.
Memandangkan kejadian berlaku di daerah Dang Wangi, kertas siasatan laporan berkenaan dihantar untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Balai Polis Dang Wangi.
"Ya, kami memang menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah yang mendakwa dipukul oleh seorang pengacara program televisyen popular, Melodi," jelas Aminuddin kepada Sensasi Bintang.
Fida Berbaik Dengan Mamat, Akui Dilamar
Ekoran kemesraan semula Fida dan Mamat iaitu bekas anggota Sepah di Twitter, wartawan terus menghubungi empunya diri, Fida untuk mendapatkan penjelasan mengenai perhubungan mereka yang dahulunya tegang.
"Sebenarnya kami bertemu 'Apa Saja FBI' baru-baru ini tanpa pengetahuan Fida. Selepas pertemuan tersebut kami berdua masih berhubung. Bagi Fida apa yang lepas biarlah berlalu, tak elok disimpan lama-lama," katanya yang sudah empat bulan tidak berhubung dengan bekas kekaksihnya itu.
Dalam masa sama, Fida yang kini popular menerusi drama 'Makbul' di TV2 mengakui sudah dilamar oleh seseorang yang pernah dikenalinya sebelum ini.
"Fida terkejut pada awalnya kerana dia bertanya mengenai soal lamaran apapun Fida kena fikir baik-baik dan perlu mengenalinya dengan lebih dalam lagi," ujar Fida yang enggan mendedahkan lelaki yang melamarnya itu.
Thursday, April 5, 2012
Martabat industri nasyid
Industri nasyid semakin dilupakan golongan muda yang lebih gemar mengikut aliran muzik semasa.
Justeru, bagi memastikan industri nasyid tidak berkubur begitu sahaja,
Al Meswak Mu’min Sdn Bhd mengambil inisiatif menganjurkan Program
Bintang Nasyid Mu’min (BNM) setiap tahun sejak ia di wujudkan pada 2007.
Menurut Pegawai Eksekutif Operasi, Zaihal Hazri Abdul Halim, tujuan utama penganjuran memberi edutainment iaitu hiburan dan pendidikan kepada peserta terlibat dan juga orang ramai.
“Alhamdulillah, sejak tahun pertama penganjuran, ia mendapat sambutan menggalakkan, bukan sahaja peserta terlibat, bahkan penaja sehingga ke Jabatan Pelajaran sudi memberi kerjasama.
“Jika sebelum ini kita membuka penyertaan kepada pelajar sekolah rendah, kali ini kita buka pula pada pelajar sekolah menengah.
“Insya-Allah, pihak Mu’min terfikir membuat pertandingan secara terbuka di mana semua peringkat boleh menyertainya tahun depan,” katanya yang ditemui selepas selesai Pertandingan Bintang Nasyid Mukmin peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam, Ahad lalu.
Zaihal berkata, pada pertandingan tahun ini, peserta terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 13 hingga 18 tahun terdiri daripada pelajar sekolah menengah.
“Seperti musim lalu, BNM 2012 akan mengembara ke seluruh pelosok Semenanjung Malaysia bagi memilih dan mencari kumpulan nasyid terbaik yang akan dicungkil dan diketengahkan ke peringkat kebangsaan.
“Program ini turut memberi peluang lebih 150 kumpulan di seluruh negara menyertainya di beberapa lokasi terpilih,” katanya.
Selepas ini, Mu’min akan bergerak ke Green Town Mall, Ipoh pada 7 April, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang (21 April); Giant Alor Setar (5 Mei); C Mart, Perlis (19 Mei) dan KB Mall, Kota Baru (16 Jun).
“Selain itu kita juga turut mengadakan sesi saringan di Mydin Mall Kuala Terengganu (30 Jun) dan East Coast Mall, Kuantan (7 Julai),” katanya yang menjangkakan pertandingan peringkat akhir akan diadakan September ini.
Konsert amal Jamal Abdillah di Seremban 27 April
Raja Pop, Jamal Abdillah, akan mengadakan konsert amal di The Royale Bintang Resort & Spa di sini pada 27 April ini.
Beliau akan membuat persembahan selama dua jam dalam konsert yang bertujuan mengutip derma bagi Rumah Seri Kenangan di sini, kata pengarah jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban, Zalifah Azura Mohd Basri.
Tiket berharga RM80, RM150 dan RM300 boleh didapati di pejabat jualan hotel itu mulai sekarang.
"Mereka yang membeli tiket RM300 boleh menyertai Jamal pada satu jamuan lewat malam selepas konsert itu," kata Zalifah Azura.
Mereka yang ingin membuat tempahan atau membeli tiket boleh menghubungi pejabat jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban menerusi talian 06-7666888 / 06-7666208 / 06-7666666.
Tuesday, April 3, 2012
Konsert gabungan rock, dangdut
IFA RAZIAH
SERAMAI 126 artis dan penyampai radio dari stesen radio Suria FM dijadualkan muncul sepanjang tiga hari berlangsung Karnival Ziarah For Peace 2012 buat julung-julung kali di Taiping, Perak.
Selain dipenuhi gerai jualan, karnival yang bermula dari 6 hingga 8 April anjuran syarikat Project Ziarah bersama Majlis Perbandaran Taiping itu yang bakal diadakan di Taman Tasik Taiping menampilkan pelbagai acara menarik seperti bola sepak jalanan, hari bertemu pelanggan, pertandingan memasak, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.
"Satu acara menarik iaitu pertandingan karaoke terbuka pula bakal berlangsung selama tiga hari dari 6 hingga 8 April yang dihoskan oleh Roslan Shah dan Ifa Raziah. Sesiapa yang mahu menyertai pertandingan karaoke tersebut, boleh membuat pendaftaran di tapak lokasi karnival pada hari Jumaat, 6 April ini," ujar pengurus Project Ziarah, Mohd. Zamri Nordin.
Tambahnya, karnival tersebut akan dimeriahkan lagi dengan kemunculan 126 artis dan penyampai radio Suria FM yang akan berkampung selama tiga hari di Taiping, khusus untuk karnival tersebut.
Paling menarik, sebuah konsert yang bakal menggabungkan irama rock dan dangdut iaitu Konsert Rock & Dangdut bakal berlangsung sebagai salah satu acara rasmi karnival tersebut.
"Antara artis yang bakal membuat persembahan untuk Konsert Rock & Dangdut pada hari Sabtu, 7 April ini ialah Bandi Amuk, May, XPDC, Ayu Cendana dan Sheeda, " katanya.
Namun beritahunya, senarai keseluruhan artis yang terbabit sepanjang karnival tersebut akan diumumkan terlebih dahulu pada suatu majlis makan malam pada hari Jumaat, 6 April ini.
Ujarnya lagi: "Majlis pelancaran karnival yang bertemakan Malaysia Destinasi Keamanan dijadualkan akan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu, 7 April ini.
Aaron kecewa namanya dipermainkan
“Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa.
“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.
Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.
Wartawan yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan.
Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.
Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.
Monday, April 2, 2012
Mamat Khalid berhutang dengan artis?
NAMA dan reputasi pengarah terkenal, Mamat Khalid tercalar baru-baru ini apabila dia dikatakan masih berhutang dengan kru dan pelakon filem arahannya, Rock Ooo Rimba Bara (Rock 2) yang telah selesai penggambarannya dan kini filem tersebut dalam proses adunan.
Filem Rock 2 yang diterbitkan oleh Grand Brilliance itu sepatutnya dijalankan dengan bajet RM1.2 juta, bagaimanapun, produksi filem itu telah terlebih bajet sebanyak RM131, 292 dan perkara tersebut diakui sendiri oleh Mamat Khalid ketika dihubungi semalam.
Bukan itu sahaja, Mamat Khalid yang cukup terkenal dengan filem pecah panggung, Hantu Kak Limah Balik Rumah itu juga didakwa telah membayar cek tendang kepada salah seorang pelakon filem tersebut.
"Ya, memang ada baki bayaran yang perlu dijelaskan kepada pelakon dan kru penggambaran Rock 2. Bagaimanapun ada sesetengah kru dan pelakon saya sudah bayar, setengahnya masih belum habis bayar kerana dalam produksi. Semua kru dan pelakon dibayar secara berperingkat.
" Pihak Grand Brilliance telah memberi wang secukupnya seperti yang dijanjikan dan memang salah saya yang menyebabkan produksi terlebih bajet, jadi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melunaskan semua baki bayaran yang masih tertunggak menggunakan wang sendiri. Apa yang ingin katakan, semua kru dan pelakon akan mendapat wang mereka, antara cepat atau lambat sahaja" jelas Mamat.
Sunday, April 1, 2012
Lelaki bergelar Datuk Seri pikat Fouziah Gous
Pelakon jelita, Fouziah Gous akhirnya menjawab persoalan media mengenai hubungan cintanya apabila mengaku sedang intim dengan seorang ahli korporat berstatus duda dan memegang gelaran Datuk Seri.
Bercakap kepada sebuah portal berita, Fouziah mengenali kekasihnya itu sejak beberapa tahun dan hanya mula menjalin hubungan yang lebih serius sejak beberapa bulan yang lalu bagi mengenali hati budi masing-masing.
“Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.
“Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.
“Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini,” katanya.
Aktres yang kini berusia 29 tahun itu sering dilihat bertemankan kekasihnya itu di beberapa majlis hiburan yang berlangsung sejak kebelakangan ini dan ia menimbulkan gosip mengenainya.
Sehingga kini, media yang sememangnya sangat mengenali Datuk Seri yang dimaksudkan itu dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang mesra media.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...
LOGO RADIOKITA

LOGO