NUFFNANG ADS

Monday, May 28, 2018

Syafiq Kyle rayu padam video?


EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu.

Ini berikutan beberapa screenshot yang memaparkan aktor berusia 26 tahun itu menghantar mesej (direct message) kepada seseorang di Instagram dan meminta individu terbabit memadamkan segala video yang telah dimuat naik.

Dalam perbualan itu, Syafiq turut meminta maaf dan meminta individu terbabit membalas mesej-mesej yang telah dihantar sebelum ini.

"Aku tahu ini awkward (janggal), aku tahu apa aku dah buat. Dengan rasa rendah diri aku merayu kat kau delete semua video-video tu," antara mesej yang dihantar.

Bagaimanapun ada yang mendakwa mesej perbualan itu sengaja direka untuk memburukkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, sejak malam tadi tular video berdurasi tujuh minit yang dikatakan memaparkan aksi naib juara Hero Remaja itu melakukan aksi tidak senonoh menerusi panggilan video bersama seseorang bernama Mira.

Sehingga kini, Syafiq masih mengunci mulut mengenai perkara ini dan kebanyakan peminat juga masih menantikan jawapan serta tidak kurang juga yang memberikan sokongan moral pada pelakon yang kini muncul menerusi drama Nur itu.

Sunday, May 27, 2018

Konspirasi video jatuhkan Syafiq Kyle?


SEJAK semalam, pengguna laman Twitter dan media sosial heboh mengenai video lucah yang dikatakan melibatkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle.

Bahkan, video yang didakwa memaparkan aksi aktor berusia 26 tahun itu membuat panggilan video sambil melakukan aksi tidak senonoh turut dijual menerusi aplikasi WhatsApp.

Bukan itu sahaja, lebih memburukkan keadaan sebuah akaun Twitter diwujudkan atas nama @sykyle turut meminta pengguna laman itu retweet teaser sehingga 200 kali sejak 1 pagi tadi.

Dan dalam masa sejam, posting tersebut sudah mendapat retweet lebih 180 kali.

"Nah Syafiq kasi teaser... Korang RT la banyak-banyak untuk full version. Syafiq tunggu," tulis pengguna akaun palsu terbabit.

Bagaimanapun setakat ini baik Syafiq mahupun pihak pengurusannya masih belum memberi sebarang komen lanjut mengenai penyebaran video tersebut.

Malah Syafiq menerusi akaun Twitter miliknya memaklumkan dia akan memasuki set penggambaran drama Mentari esok.

Rata-rata pengikut Twitternya tidak mempercayai video tersebut dilakukan oleh Syafiq dan mendakwa ia sebagai konspirasi untuk menjatuhkan aktor yang kini muncul dengan watak Ustaz Adam dalam drama Nur.

Wednesday, May 23, 2018

Ieda Moin pasrah 4 tahun jadi ibu tunggal


BIARPUN sudah lebih empat tahun bergelar ibu tunggal, pelakon dan penyanyi, Ieda Moin pasrah dan mengaku gembira dengan kehidupannya kini.

Biarpun perlu mengambil peranan sebagai ibu dan bapa kepada anak tunggalnya, Nurdhia Dania, 10, Ieda kini semakin dapat menyesuaikan diri, malah cuba menjadi yang terbaik buat anaknya.

“Alhamdulillah kehidupan kami dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan saya gembira dengan apa yang saya miliki sekarang.

“Dalam tempoh empat tahun ini semuanya berjalan lancar kerana bekas suami juga banyak membantu dari segi keperluan anak dan dia tidak pernah lepas tangan walaupun tahu saya mampu menyediakan sendiri.

“Tidak seperti kebanyakan pasangan bercerai yang lain, hubungan kami masih lagi baik, malah boleh bersahabat sehingga ke hari ini kerana anak,” ujar Ieda.

Ditanya tidakkan dia berhasrat mencari pengganti, Ieda nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, menyerahkan soal itu kepada jodoh.

Biarpun kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki yang sering dilihat menemaninya, kata Ieda, dia belum merancang untuk ke fasa seterusnya.

“Memang saya kini sedang berkawan rapat dengan seseorang dan dia juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan anak saya.

“Bagaimanapun buat masa ini saya belum mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius.

“Bukan saya tidak bersedia, tetapi saya menyerahkan soal jodoh ini kepada Allah. Kalau sudah ditetapkan begitu, saya terima sahaja dengan hati yang terbuka,” akuinya jujur.

Dalam perkembangan lain, Ieda yang ditemui di majlis pelancaran drama Air mata Di Bumi Matador pada Selasa, bakal muncul dengan beberapa drama dan program terbaharu sepanjang Ramadan ini.

“Kalau ikutkan saya nak rehat sahaja sepanjang Ramadan ini, tetapi banyak pula tawaran bagus yang datang dan sukar untuk ditolak.

“Selain drama Air mata Di Bumi Matador yang bakal menemui penonton mulai 30 Mei ini, saya juga muncul dalam drama Geng Tadarus dan musim terbaharu program Kecoh Raya di TV2, selain teleraya Opocot Melatah Raya di saluran Astro,” ujar ini yang sebelum ini aktif sebagai penyanyi menerusi duo Moin.

Monday, May 14, 2018

Puteri sulung Ziela Jalil selamat bertunang


ANAK sulung kepada pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil, iaitu, Puteri Julia Nabilah, 25,  mengikat tali pertunangan pada 12 Mei lalu

Menerusi perkongsian di akaun Instagram anak beranak itu, Julia yang juga seorang doktor,  mengikat tali pertunangan dengan Dr. Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi.

"Wrapping up Mother’s Day with 2 of the most amazing mums i have the privilege of having :) Mama and of course my future MIL," tulis Julia di salah satu foto yang dimuat naiknya.

Bukan itu sahaja, Julia juga turut berkongsi sekeping gambar bersama tunangnya dengan kapsyen : "I like me better when I’m with you".

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut, bila pasangan ini akan melangsungkan perkahwinannya.

Tuesday, May 1, 2018

Tam Spider timang anak perempuan


PENYANYI dan komposer Tam Spider telah dikurniakan seorang anak perempuan semalam.

Menurut isterinya, Aida Mustafa, 36, dia dan bayi dalam keadaan sihat walafiat.

"Saya masuk hospital lebih kurang jam 10 pagi, kemudian jam 12 lebih masuk bilik pembedahan dan lebih kurang jam 1, selamat bersalin.

"Oleh kerana dua anak terdahulu lahir dengan menggunakan kaedah pembedahan, untuk anak ketiga ini pun kena bedah juga.  Tak apalah yang penting anak selamat dan segalanya berjalan lancar.   

"Alhamdulilah abang Tam, dah ada tiga anak lelaki Alif, 24, Afiq, 8, Aqil, 5, dan kali ini dapat pula anak perempuan, syukur," katanya.

Ditanya bilakah dia akan berkongsi wajah anak dan nama, Aida memberitahu dia serahkan kepada suaminya yang kini sedang sibuk dengan persiapan Mentor Otai final pada Ahad ini.

"Ikut abang Tam je.  Tunggu abang Tam selesai Mentor kut," jelasnya ringkas.

Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 45, sebelum ini mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan.   Dan impian itu telah pun dimakbulkan.  Tahniah untuk Tam dan Aida.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2