NUFFNANG ADS

Wednesday, February 29, 2012

Rumah milik Nabil kena pecah


Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 minit pagi ini, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah itu melalui sebuah daripada bilik rumah itu yang kini didiami keluarga bapa saudaranya.

Menurut bapa saudara Nabil, Rahmat Abdul Latiff, 55, kejadian disedarinya sebaik pulang ke rumah itu selepas menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat membeli belah berhampiran.

Katanya setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000.

"Kejadian ini yang pertama berlaku di rumah ini dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tuesday, February 28, 2012

Mawi - Ekin dapat anak sulong 'puteri'


Selepas tiga tahun melayari alam rumah tangga dan dua kali mengalami keguguran kandungan, akhirnya isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan oleh Ekin atau nama sebenarnya Nor'ashikin Rahmat, 33, di Hospital Pakar An-Nur Hasanah di Bangi dekat sini pada pukul 4 pagi.

Ekin dan bayinya kini dalam keadaan selamat dan sihat.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang kini berusia 31 tahun ketika dihubungi melahirkan rasa cukup teruja kerana dapat bergelar seorang bapa.

"Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pagi tadi (semalam). Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya yang turut berada di sisi Ekin sewaktu melahirkan anak sulung mereka.

Konsert Erykah Badu di Malaysia batal


Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini menerusi mesej Twiteer.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Rais kerana tindakan beliau yang pantas untuk membatalkan konsert Badu.

"Datuk Seri Rais Yatim dilaporkan telah mengumumkan pembatalan ini dalam laman sosial beliau hari ini. Beliau telah menulis dalam status twitter beliau, "konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia”.

"Dewan Pemuda Pas sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPKK yang diketuai oleh Datuk Seri kerana mengambil langkah drastik dalam memperjuangkan agama Islam supaya tidak dipermain-mainkan oleh orang lain," kata Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Monday, February 27, 2012

Bagai pinang dibelah dua

Pengarah filem Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU bersama pelakon Lisa Surihani ketika majlis resepsi perkahwinan mereka di Pusat Konveksyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan pada Khamis lepas.

Sunday, February 26, 2012

Difitnah rogol anal tiri, Wan Shades saman blogger

WAN SHADES (duduk tengah) berasa malu dan terhina apabila menjadi bahan fitnah dalam blog hiburan terkenal tanah air.


Nama bekas penyanyi utama kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd. Ali atau lebih dikenali sebagai Wan Shades, 39, kembali menjadi sebutan ramai. Bukan kerana dia muncul dengan lagu baharu tetapi angkara dituduh merogol anak tirinya selama tujuh tahun.

Berita tersebut mulai tersebar luas apabila sebuah pengendali blog hiburan terkenal menerbitkan artikel berjudul Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun, yang secara jelas merujuk kepada dirinya.

Terkejut dan malu dengan tuduhan tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Diucap Selamat Tinggal itu ketika bersama Shades itu, nekad mahu mengambil tindakan menyaman pengendali blog hiburan tersebut.

" Saya terpaksa ambil tindakan undang-undang untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan" tegasnya.

Saturday, February 25, 2012

Ana Raffali sah bergelar isteri


Penyanyi popular Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali sah bergelar sebagai isteri Ahmad Aznaim Abdullah, 30, tepat pada jam 11.55 pagi tadi, pada majlis yang berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati di sini.

Pasangan Ana-Ahmad Aznaim dinikahkan oleh bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,412.

Pada majlis itu, Ana, 26, turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang.

Penyanyi Tolong Ingatkan Aku ini mengumumkan tarikh nikah mereka akhir bulan lalu. Ana mengenali Ahmad Aznaim sejak 2005.

Pada sidang media akhir bulan lalu, Ana berkata: "Naim ialah seorang jurugambar dan kami berkenalan melalui sepupu saya. Secara kebetulan, saya memang minat bidang fotografi."

“Disebabkan minat yang sama, kami semakin serasi. Namun, ketika itu Naim tidak mengetahui bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu,” katanya.

Katanya, sikap Naim yang penyabar membuatkan dia tertarik dengan jejaka pilihannya itu dan secara tidak langsung membuka hatinya untuk lebih serius dalam hubungan tersebut pada 2008.

Friday, February 24, 2012

Raja Azura beri peluang untuk hidup bersama

Penampilan dan wajah terbaharu Kak Engku yang kini mahu melangkah menghadapi masa depan dengan penuh positif.


Gara-gara Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau dikenali dengan nama Kak Engku, 40, dikatakan masih mesra dengan bekas suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 39. Malah, kemesraan itu dikatakan sehingga ke tahap intim apabila mereka berdua berjalan sambil berpimpin tangan di khalayak umum sebelum ini.

Sejak berpisah dengan Adzmin dan kemudian memikul tanggungjawab untuk membesarkan tiga orang anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq, 10, Megat Luqman Hakim, 9, serta Puteri Mia Maizurah, 6, kerjaya Kak Engku sebagai anak seni semakin melonjak, malah dia kini merupakan antara penyampai radio yang cukup popular bersama stesen radio Sinar FM.

Ditemui pada majlis pengumuman pengacara Anugerah Bintang Popular ke-25 (ABP 25) baru-baru ini, Kak Engku tenang menjawab persoalan status terkini dirinya dengan bekas suaminya itu di samping info terbaharu mengenai dirinya.

Kak Engku, " Walaupun hubungan kami sebagai pasangan suami isteri sudah berakhir, tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh lagi berhubungan sesama sendiri. Ketika ini kami hanyalah sekadar teman baik dan tidak lebih daripada itu. Lagipun kami pernah hidup bersama selama sembilan tahun serta mempunyai tiga orang anak yang semakin meningkat remaja. Maka, ia sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membesarkan anak bersama-sama.

" Sebenarnya dahulu saya pernah beri peluang kepada suami agar kami dapat bersatu semula sebagai pasangan suami isteri. Saya akui memang bersedia untuk menerimanya semula dalam kehidupan saya. Namun, kini saya serahkan segala-galanya kepada Allah. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu terlalu mengharap sangat dan buat masa ini biarlah kami terus kekal dalam keadaan sebegini " jelasnya.

Sambunya. " Dalam usia saya sekarang yang sudah mencecah 40 tahun, rasanya lebih baik kalau saya menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan anak-anak sahaja tanpa memikirkan untuk mencari pengganti atau sebaliknya ".

Thursday, February 23, 2012

Yusry selesai ijab kabul pernikahan Lisa


Setelah setahun menyulam cinta, Yusry Abdul Halim sah menjadi suami pelakon, Lisa Surihani dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.10 malam ini.

Majlis dimulakan dengan upacara membalas pantun mengikut tradisi Melayu lama di Ballroom Hotel Marriot di sini.

Pasangan dinikahkan oleh Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Lisa menerima sebentuk cincin dan seutas rantai sebagai tanda upacara membatal air sembahyang manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.

Pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa, sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat.
Siti Amira Ahmad (ibu) menjirus air bunga ke atas anakanya Lisa Surihani.


Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa.

Namun kedua pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran.

Lisa mengenakan busana baju kurung moden rekaan, Cosry berwarna 'Off White' sementara Yusry mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan samping direka oleh Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah diuruskan oleh DZMS Events tampak meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage yang bertemakan Winter Garden.

Wednesday, February 22, 2012

Anak penyanyi Amir Ukay’s meninggal dunia


Anak penyanyi Amir Ukay’s - Muhammad Imran,15, menghembuskan nafas terakhir waktu solat Maghrib semalam, ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang.

“Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya," katanya.

Jelas Amir, Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006.

“Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu.

"Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru,” katanya.

Amir berkata, sepanjang hayat, arwah pernah menjalani tiga kali pembedahan kerana masalah jantung.

Tambah Amir, semasa arwah kecil, doktor pernah memberitahu penyakit Imran agak kompleks dan tidak ada penawarnya, malah bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan.

Malah dia sering berdepan masalah kesihatan tidak menentu.

“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” ujarnya yang turut memberitahu bekas isterinya berada di London di saat putera kesayangan mereka meninggal.

Jenazah anaknya dikebumikan malam tadi di Masjid Attaqwa Taman Tun Dr Ismail.

Sementara itu, vokalis kumpulan Ukay’s yang terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, ini turut mempunyai seorang lagi anak yang merupakan saudara kembar Imran.

Tuesday, February 21, 2012

Detik-detik Terakhir Latif Ibrahim Sebelum meninggal




Latif Ibrahim atau nama sebenarnya, Abdul Latif Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 5.50 petang, semalam, berikutan masalah komplikasi jantung yang dihidapinya sejak awal 90-an lagi.

Malah penyakitnya itu semakin serius sejak awal tahun ini dan terpaksa berulang alik ke hospital. Kali terakhir, Allahyarham dimasukkan ke Unit Koronari, IJN, pada Sabtu lalu dan terpaksa bergantung kepada mesin hayat sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Allahyarham turut meninggalkan seorang balu, Masria Mahadan, 54, serta dua anak, Mohd Hazriqk, 35 dan Haznally, 34.

Masih tidak dapat menerima hakikat pemergian sang ayah, Haznally menganggap, pemergian itu adalah sesuatu yang amat perit sepanjang hayatnya.

Katanya, keperibadian dan kasih sayang ayahnya terhadap keluarga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

“Saat-saat terakhir papa, dia memang banyak senyum. Setiap kali selepas makan nasi, dia akan senyum. Papa juga sempat cium tangan mama dan beritahu dia terlalu sayangkan mama.

“Semasa dia sihat, setiap hari, dia akan menunggu kepulangan saya dan mama dari kafeteria kami. Dia cakap, “Alhamdulillah, selamat sampai juga akhirnya”.

“Kalau kami keluar bersiar-siar dan mengunjungi pusat membeli-belah, dia akan berada di tengah-tengah antara saya dan mama. Dia akan pegang tangan kami.

Terlalu banyak kasih sayang yang dia curahkan kepada kami sekeluarga. Sebab itulah kami terlalu sedih, saya terlalu sayangkan papa,” katanya dalam nada sebak.
Haznally berkata, paling menyedihkan apabila hajat arwah untuk memiliki cucu juga tidak kesampaian.

“Arwah terlalu teringin menimang cucu. Tapi tak ada rezeki kerana saya sudah empat kali keguguran.

“Jadi, untuk menghilangkan rasa sunyi, dia menganggap cucu saudaranya sebagai cucu sendiri. Saya sentiasa beri harapan untuknya, tetapi tidak kesampaian,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan, pada jam 10.30 pagi semalam, di AU4, Keramat, Kuala Lumpur.

Bukan sahaja diiringi ratusan sanak saudara, malah jenazah Latif turut mendapat penghormatan terakhir daripada rakan-rakan artis yang seangkatannya.

Antara yang hadir, Datuk DJ Dave, Datuk Malek Redzuan, Datuk Mustafa Maarof, Kapten Mohd Noor, Datuk Aziz Sattar, Liza Abdullah, Bagio Damasutra dan ramai lagi.

Monday, February 20, 2012

Penyanyi veteran Latiff Ibrahim meninggal dunia




Penyanyi era 80-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.06 petang tadi.

Allahyarham Latiff, 62, yang sebelum ini dimasukkan ke IJN 18 Disember lalu berikutan serangan jantung, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, beliau meninggal dunia pada pukul 5.57 petang di Unit Rawatan Koronori (CCU) IJN, dengan anggota keluarga berada di sisi Allahyarham.

Anaknya, Hazriq Latif berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah Taman Keramat malam ini.

"Kami tidak dapat beritahu apa-apa kerana masih bersedih dengan pemergian ayah," kata Hazriq yang enggan mengulas lanjut.

Latif Ibrahim, yang terkenal dengan lagu Nora, Mengharap Kasih Mu dan Mengenang Dikau Kembali, ialah abang kepada penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim.

Allahyarham merupakan artis yang pernah menyuburkan industri filem negara melalui lakonan filem Hapuslah Air Mata Mu (1976), Dendang Perantau (1979), Sumber Ilhamku (1979), Bintang Pujaan (1981) dan Senja Merah (1982).

Allahyarham dimasukkan ke IJN pada Sabtu lepas dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 3, Keramat esok.

Sunday, February 19, 2012

"Semuanya akan saya dedahkan di mahkamah.." - Jimmy

Jimmy Shanley



" Bila dah masuk mahkamah biarlah saya cakap dalam mahkamah sahaja, bukan di luar," tegas Jimmy Shanley ketika diminta mengulas mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya.

Media minggu lalu ada menyebut tuntutan tebus talak itu, kononnya Jimmy meminta agar dipulangkan kembali wang hantaran selain menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka.

"Bukan saya yang menghebahkan cerita tu. Saya pun tak tahu macam mana cerita tu boleh keluar. Apa yang penting, saya tak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Kalau saya ulas, esok lusa adalah jawapan lain keluar dalam suratkhabar. Tak habis-habis berbalas kenyataan. Padahal kes dah masuk mahkamah. Kalau nak tahu apa kesudahannya, datanglah mahkamah pada 23 Februari ni.

"Semuanya akan saya dedahkan dalam mahkamah. Kalau melibatkan sebarang tuntutan semuanya diuruskan oleh peguam saya. Kalau nak tahu apa-apa yang saya tuntut kenalah tunggu mahkamah bersidang nanti.

"Kalau tak puas hati atau apa sahaja perasaan boleh cakap dalam mahkamah. Jangan nak kecoh-kecoh," kata Jimmy lagi.

Kemelut yang melanda Jimmy masih tidak berkesudahan. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Jimmy dalam perbicaraan sebelum ini memang cukup panas dan menarik perhatian ramai.

Ramai yang percaya Jimmy cukup kuat untuk menghadapi masalah yang begitu besar apatah lagi ada kalanya kebenaran itu mencalar maruah mereka berdua.

"Masalah saya ni tak besar mana kalau nak dibandingkan dengan masalah orang lain. Apapun sejadah juga yang menjadi peneman saya bila dalam keadaan begini.

"Sesusah-susah saya menghadapi masalah, saya masih lagi boleh beli itu ini, boleh pergi umrah dan buat macam-macam. Ada orang yang lebih berat ujian sampai saya sendiri tak sanggup nak lihat.

"Sebab itu saya anggap kemelut yang melanda saya ni tak besar mana. Saya harungi sahaja ujian yang diberi. Saya reda sebab itu membuatkan saya lebih tabah," ujarnya lagi.

Saat ditanya, apakah kes mahkamah ini memberikan kesan kepada kerjayanya, Jimmy menegaskan dia tidak mencampur aduk antara kerjaya dan masalah peribadi.

Dia yang masih bergelar Wajah Eksklusif Astro itu bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan untuk mengendalikan rancangan baru yang sedang dalam perancangan.

"Alhamdulillah pihak pengurusan faham dan tahu apa yang berlaku. Mereka menyokong kerjaya seni saya dan itu cukup bermakna buat saya. Rezeki pun tak putus-putus asalkan kita berusaha dan bersyukur dengan apa yang ada," kata Jimmy.

Saturday, February 18, 2012

Misha Omar bertunang dengan juruterbang ??

WALAUPUN Misha sempat bercinta dengan lelaki lain, namun hatinya kembali kepada Firos untuk hidup bersama sebagai suami isteri.


“Misha Omar nak bertunang, Insya-Allah. Kami jemput media ambil gambar eksklusif Misha dan bakal ahli keluarga baharu kami Ahad ini. Sudi?”, soal Mimie Omar pengurus Misha yang juga kakaknya.

Faktanya, Misha akan bertunang dalam masa terdekat manakala berkahwin sekitar hujung tahun ini.

“Bagaimanapun semuanya bergantung atas perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar Misha.

Ah, jejaka yang akhirnya berjaya mengajak penyanyi Bunga-Bunga Cinta dan Pulanglah itu bukan lelaki asing dalam dirinya.

Cinta mereka pernah kandas-sambung-kandas dan akhirnya dicantum semula sebelum sebulat suara tidak perlu terlalu ego untuk cuba menidakkan jodoh antara mereka.

Jejaka itu, Firos Ezzwan Rossly, 30, seusia dengan si manis Misha. Dibesarkan di Subang Jaya, Selangor, Firos merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).

Bukan lelaki berkerjaya hebat atau kerabat diraja yang dikejar Misha, sebaliknya jejaka tersebut dipilih kerana dia mempunyai aura tersendiri.

“Dia tawarkan saya sesuatu yang tidak pernah saya fikir. Dia tawarkan saya untuk menjadi pelengkap kepada anak angkat saya, Adam Emir yang akan mencecah usia 7 tahun pada tahun hadapan.

“Dia mahu memimpin Adam ke sekolah sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang mempunyai ibu dan bapa. Tawaran itu terlalu mahal untuk saya lepaskan,” ujar Misha.

Bukan sekadar tawaran itu sahaja. Misha mengaku, sejak mengenali Firos lima tahun lalu, dia adalah sahabat, kekasih, bekas kekasih dan kini bakal menjadi tunangan yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya.

“Saya ada banyak sisi hitam dalam hidup. Dia sentiasa ada di sisi saya, walaupun satu ketika dahulu (tahun lalu) sewaktu kami berpisah, dia terpaksa mendengar luahan hati dan cerita cinta saya yang memang pada waktu itu hampir berkahwin dengan seseorang. Dia gigih bertahan!” tambahnya lagi sambil ketawa mengekeh.

Friday, February 17, 2012

Melia Aimellia jawab tomahan liar

wajah yang dikatakan Melia Aimellia yang tersebar di internet.


Melia Aimellia - Jika sebelum ini, gadis bertubuh genit ini pernah didakwa hamil dan menggugurkan kandungan, kini namanya kembali panas apabila video bogel dikatakan miliknya, tersebar di beberapa portal hiburan.

Tidak mendiamkan diri, Melia menafikan bahawa gadis dalam video itu dirinya.

"Saya rasa ia super impose yang dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan saya.

"Saya akui agak terkilan kerana ada pihak suka melihat saya jatuh dalam industri ini dengan melemparkan pelbagai cerita buruk, walaupun saya bukanlah sepopular pelakon lain," kata Melia Aimellia pelakon Karipap-Karipap Cinta,

Melia atau nama penuhnya, Noor Melia Aimiellia Zaidi, turut menjelaskan persoalan mengenai persamaan cincin dalam gambar screenshot video yang tersebar di portal hiburan itu.

"Saya pernah memakai cincin hitam yang diberi bekas teman lelaki. Tetapi cincin itu saya buang selepas siri jelajah Festival Filem Malaysia (FFM24) yang lalu, atas sebab kami sudah berpisah.

"Saya juga ada menghubungi portal hiburan itu dan mereka sendiri tidak dapat memastikan bila video itu diambil kerana tidak mengetahui sumber yang menyebarkan video tersebut.

"Jadi sepatutnya, orang lain tidak boleh menilai hanya kerana cincin itu. Lagipun wajah wanita dalam screenshot itu jauh berbeza dari saya. Saya tidak kisah mengenai hati dan perasaan saya, tetapi kesianlah pada keluarga yang turut mendapat tempias," katanya.

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan ini, Melia tidak menolak jika isu ini menjejaskan maruah dan kerjayanya dalam bidang seni.

Dalam pada itu, Melia juga sempat mengulas mengenai dakwaan hamil dan menggugurkan kandungan sebelum ini kerana risau menjejaskan maruahnya. Jelas Melia, spekulasi itu tersebar apabila ada seorang dari produksi drama lakonannya menegur bentuk badannya yang kelihatan berisi ketika itu.

"Mungkin ada pihak yang dengar dan mengambil serius mengenai perkara itu. Tetapi sejujurnya saya tidak pernah hamil. Cuma badan berisi kerana terlebih makan," katanya.

Walaupun diduga pelbagai cerita negatif, Melia berkata, dia tidak berhasrat berundur dari bidang yang sudah diceburi sejak tiga tahun lalu.

Katanya, dia percaya rezeki yang diberikan ALLAH SWT dan tidak sesekali berputus asa dengan mudahnya kerana kontroversi seperti itu.

Thursday, February 16, 2012

Nora J hidup bahagia bersama Johan tanpa gosip

Nora J bersama suami Johan Nawawi


Mula mencipta nama pada 1994 menerusi album pertamanya yang berjudul Sandiwara, pemilik nama Wan Norafizah Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora J ini dilihat masih selesa berada dalam industri seni biarpun tidak sepopular dulu.

Bahkan isteri kepada komposer terkenal, Johan Nawawi, ini tidak pernah dihimpit sebarang kontroversi sama ada mengenai kehidupan peribadi, mahu pun pergolakan rumah tangga, sepanjang 20 tahun perkahwinannya.

Bercerita mengenai rahsia perkahwinan mereka, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, mereka tidak pernah mempunyai sebarang rahsia untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga yang dibina.

Baginya, sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara yang paling penting dalam sesebuah rumah tangga itu.

"Sedar tak sedar sudah 20 tahun kami bersama, sebenarnya memang tiada sebarang rahsia. Cuma bila ada yang bertanya 'resepi' kebahagiaan kami, saya cuma memberitahu bahawa antara satu-satu pasangan itu perlulah mempunyai persefahaman.

"Ada kalanya apabila berlaku masalah antara kami, kami lebih senang duduk bersama, berbincang dan menyo­kong antara satu sama lain. Selain itu apa yang paling penting kami sentiasa menitik beratkan pegangan agama dalam kehidupan.

"Insya-Allah selain sifat bertolak ansur, pegangan agama yang ada membantu kami menjalinkan hubungan dengan lebih tenang," katanya.

Menurut Nora, walaupun mereka sama-sama terlibat dalam industri seni, tetapi mereka tidak mempunyai masalah untuk meluang­kan masa bersama.

"Baik saya mahupun Johan sudah faham karier masing-masing. Biasanya kalau dia sibuk, saya akan menguruskan keluarga sepenuhnya begitu juga sebaliknya.

"Malah anak-anak juga sudah faham kerjaya ibu dan bapa mereka. Cuma apabila hari minggu kami tetap mencari masa untuk bersama," katanya.

Tuesday, February 14, 2012

Ana Raffali: Tema perak putih berserta 9 dulang hantaran


Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali bersyukur persiapan­ perkahwinannya dibantu seisi keluarga, saudara mara, bakal mentua dan rakan-rakan terdekat.

Hanya menunggu 11 hari sahaja lagi sebelum menamatkan zaman bujang, Ana kini sudah sibuk menyediakan persiapan perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada 25 Februari ini di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Menurut Ana, persiapan untuk majlis tersebut setakat ini sudah siap hampir 75 peratus, malah hantaran turut disediakan sendiri.

“Alhamdulillah. Setakat ini semua persiapan­ berjalan lancar. Malah, Ana turut berterima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara, bakal suami dan keluarga bakal mentua serta rakan-rakan terdekat yang banyak membantu Ana menyiapkan persediaan perkahwinan.­

“Ana sendiri akan menggubah hantaran kerana bagi Ana, adalah lebih manis gubahan itu hasil tangan Ana sendiri dan akan meninggalkan memori buat dia,” katanya yang ditemani bakal suami, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim semasa mengedarkan kad jemputan kahwin di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Memilih warna tema perak putih untuk sembilan dulang hantaran yang akan diberikan kepada bakal suaminya, Ana bakal tampil dengan dua persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail dan Safura Azali.

Di samping itu, anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini juga bakal menggayakan kasut rekaan Neelofa.

Menurut Ana, idea untuk menggunakan khidmat Neelofa sudah lama difikirkan memandangkan mereka sudah lama saling mengenali sebelum ini.

“Ana kenal Neelofa sejak zaman persekolahan lagi memandangkan kakak Neelofa merupakan rakan baik Ana. Jadi, bakat Neelofa dalam mereka bentuk kasut sudah lama Ana tahu dan untuk majlis perkahwinan ini, Ana ingin menggunakan khidmat Neelofa kerana Ana percaya bakat yang ada padanya,” katanya yang memilih baju berwarna kelabu pada majlis tersebut.

Monday, February 13, 2012

Farhan AF4 bertunang dengan penuntut luar negara

FARHAN bergambar dengan seluruh ahli keluarganya pada majlis pertunangannya 12 Februari lalu.


KALI pertama Farhan Akademi Fantasia (AF4), 28, dan Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, dipertemukan pada majlis sambutan hari jadi Farhan yang ke-22 pada tahun 2006. Mereka tidak menyangka perkenalan itu boleh menimbulkan bibit-bibit cinta seterusnya membawa mereka ke fasa perhubungan yang lebih serius iaitu pertunangan.

Masakan tidak, hubungan cinta yang terjalin erat selama dua tahun kemudiannya dipisahkan antara benua dek kerana kekasih hati terpaksa melanjutkan pelajaran ke United Kingdom selama hampir empat tahun.

Tidak gentar dengan dugaan sebegitu, pemilik sebenar nama Nur Farhan Azizan, begitu setia menunggu sang kekasih. Sebaliknya, kekasih hati nun jauh pula resah gelisah meninggalkan buah hati yang semakin mencipta nama di Malaysia.

"Kami dipertemukan oleh Kak Nur iaitu salah seorang rakan kelab peminat saya ketika sambutan hari jadi saya pada tahun 2006. Rashdan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 2008. Selama tiga tahun kami menjalinkan percintaan jarak jauh, banyak kesukaran yang kami hadapi. Dia risaukan saya kerana saya artis. Takut ada skandal tetapi saya jaga semuanya dan tahu batas-batas dalam perhubungan," ujarnya kemudiannya terus disunting Rashdan setelah pulang dari United Kingdom kira-kira empat bulan lalu.

Lantas setelah hampir tujuh tahun menyulam cinta akhirnya Farhan dan Rashdan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari lalu di Flora Amwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pertunangan mereka sekali gus melenyapkan teka-teki media bahawa teman lelaki yang beberapa kali mengikutnya ke majlis-majlis hiburan yang disangkakan pengurus Farhan rupa-rupanya seorang pengurus akauntan di Petronas.

Ditanya mengenai cabaran sepanjang percintaan jarak jauhnya, Farhan mengaku pernah berdepan pergaduhan sehingga menyebabkan mereka tidak berhubung selama dua bulan.

Namun, semuanya kembali baik tatkala Rashdan menghubunginya semula.

"Selama dia berada di sana pelbagai sistem komunikasi telah kami gunakan. Antaranya, Yahoo Messenger, Skype, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi demi mengeratkan lagi hubungan. Namun, adat bercinta jarak jauh kami juga berdepan dengan pergaduhan dan terputus hubungan selama dua bulan," ujarnya yang manis dalam persalinan kelabu dan ungu hasil rekaan Syarakim ketika ditemui selepas majlis pertunangannya.

Mengikat tali pertunangan selama setahun, ungkap Farhan, mereka memerlukan masa kira-kira setahun untuk memberi masa kepada masing-masing mengukuhkan karier sementelah tunangnya baru sahaja memulakan tugasnya sebagai pengurus akauntan.

Sunday, February 12, 2012

Kak Pah Jadi Kerabat KRU

Sharifah Aini bersama Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Syed Muhammad Gaddafi Syed Ali (kanan) beramah mesra dengan anak-anak penghuni Rumah Titian Kasih, Kuala Lumpur selepas majlis pelancaran Hari Ibu Bersama Sharifah Aini.


Kini penyanyi tersohor itu akan bernaung di bawah label KRU Music yang diterajui oleh tiga beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim.

Kata Sharifah Aini yang mesra dengan panggilan Kak Pah, KRU Music merupakan syarikat rakaman kedua setelah 37 tahun menjadi penyanyi di bawah label EMI.

"Itupun sebab EMI tutup, kalau masih ada, sudah tentu Kak Pah masih menjadi artis EMI. Kak Pah bersedia menjadi artis KRU Music sebab tertarik dengan keupayaan dan bakat mereka.

"Semuanya bermula pada program Mentor. Kak Pah ada cakap pada Edry, minta dia buat lagu ala-ala Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.

"Kak Pah ingat, dia lupa perbincangan kami. Rupa-rupanya lepas itu dia telefon dan kami berbincang," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Hasil daripada beberapa perbincangan di kediaman beliau, akhirnya penyanyi terkenal itu sah menjadi artis naungan KRU Music untuk jangka waktu dua tahun.

Untuk permulaan, Kak Pah sedang menunggu lagu-lagu ciptaan Edry sebelum menjalani rakaman vokal pada waktu terdekat ini.

"Siapa sangka, Kak Pah boleh bekerjasama dengan budak-budak muda ini.

"Kak Pah percaya kepada kebolehan Edry. Kalau kita tengok, kebanyakan lagu ciptaannya popular dan Kak Pah yakin dia boleh memberi lagu terbaik untuk Kak Pah rakam.

"Selain lagu ciptaan Edry, Kak Pah juga bercadang nak rakam semula lagu sedia ada mengikut gaya sendiri seperti lagu Gerimis Mengundang nyanyian Slam," katanya tersenyum.

Pada masa sama Sharifah Aini turut bercerita tentang program Istimewa Bersama Sharifah Aini yang bakal dijaya bersama Orkestra RTM.

Katanya, sudah lama dia tidak bekerjasama dengan RTM dan apabila dipanggil untuk menjayakan program tersebut, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

"Terakhir Kak Pah dipanggil RTM untuk buat program tahun baru 2010 bersama artis lain.

Saturday, February 11, 2012

Pelakon muda Wawa dari Sabah

WAWA.


Baru-baru ini, pelakon baharu yang muncul dengan filem Sumpahan Kum Kum bersama Fezrul Khan dan Shima Anuar ini terhambat bercinta dengan pelakon terkenal Shaheizy Sam. Sudah memang sifatnya bersahaja, Wawa menjawab selamba:

"Memang saya teringin nak bercinta dengan dia. Tapi, bercinta hanya dalam filem."

Wanita muda dari Lahad Datu, Sabah itu memulakan langkah dalam bidang lakonan pada Ogos tahun lalu.

"Waktu itu saya datang Kuala Lumpur untuk makan angin sahaja. Tak sangka profil yang dihantar mendapat perhatian untuk diberi watak dalam drama bersiri remaja, Klik," katanya sambil memberitahu selama ini dia tidak pernah berlakon untuk mana-mana syarikat produksi.

Wajah yang sedap dipandang ini punya rezeki tersendiri. Daripada hanya mencuba nasib kemudian berlakon beberapa adegan untuk filem, kini dia sudah terbabit dengan enam buah filem. Antaranya ialah Ajinomoto, Budak Pailang, Hantu Dalam Botol Kicap, Seram Sejuk dan Tiga Temujanji.

"Syukur alhamdulillah kerana daripada pengalaman dan ilmu kosong tentang lakonan, saya diberikan peluang dan kepercayaan oleh sutradara," ujarnya manja.

"Dekat rumah, saya cakap seorang diri dan tengok balik lakonan saya. Itu cara saya menaikkan kualiti lakonan. Saya turut bertanyakan orang tentang lakonan saya," ujarnya Wawa atau nama sebenarnya, Nurhawa Zainal Abidin.

Wanita muda berusia 20 tahun ini juga terlibat dengan drama bersiri bertajuk Cinta Buat Emelda dan berlakon sebagai teman wanita pelakon Fizo Omar.

"Saya bawakan watak teman wanita yang betul-betul gilakan teman lelakinya. Zalida iaitu karakter saya memang obses dengan teman lelaki dan ini juga satu cabaran buat saya," ujarnya tentang lakonan dalam drama bersiri 24 episod tersebut.

Menamakan Que Haidar, Erra Fazira dan Wan Maimaunah sebagai rujukan utamanya, Wawa mengaku dirinya masih mentah soal lakonan.

"Saya masih muda, banyak lagi yang perlu dipelajari. Sekaranglah masanya untuk saya berusaha memantapkan skil lakonan," ucap pelakon manis ini.

Friday, February 10, 2012

Hijrah Ana Raffali demi Muslimah sejati



ANA RAFFALI - yang sebelum ini tampil imej sopan kini semakin ayu apabila mengenakan hijab.

Pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku ini membuat keputusan untuk bertudung litup pada sambutan Maulidur Rasul lalu.

Menganggap penghijrahannya itu bukan satu percubaan atau trend, Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, menyifatkan keinginan bertudung lahir daripada hatinya sendiri.

Tambahnya, keputusan yang dibuat itu bukan disebabkan desakan keluarga atau orang terdekat, tetapi ia atas keinginan menjadi Muslimah lebih baik.

“Soal bertudung ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main dan juga bukan merupakan percubaan atau fesyen. Ia timbul atas keinginan untuk cuba menjadi Muslimah lebih baik.

“Alhamdulillah, keputusan saya untuk bertudung menerima sokongan daripada keluarga dan orang terdekat.

“Malah, saya sudah mula mengenakan tudung semasa mengedarkan kad jemputan kahwin kepada bekas pensyarah di universiti. Jadi, keluarga mahupun bakal suami tidak terkejut dengan keputusan itu,” katanya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari ini.

Mengaku pernah berkongsi hasrat mengenakan tudung kepada ibunya, Ana berkata, keluarga dan bakal suaminya, Aznaim Abdullah, 30, tumpang gembira dengan perubahan dilakukan.

Menurutnya, sukar menggambarkan perasaannya ketika itu tatkala ‘seruan’ untuk penghijrahan tersebut berlaku.

“Apa yang boleh saya katakan adalah timbulnya satu dorongan atau keinginan yang begitu kuat untuk mengenakan hijab sewaktu tengah hari ketika saya hendak keluar makan,” katanya yang ketika itu berada di studio bagi menyiapkan kerja-kerjanya.

Penyanyi yang berusia 27 tahun ini juga berhasrat mendalami lebih banyak ilmu agama selepas ini.

Berpendapat setiap insan akan melalui fasa peralihan dalam kehidupan mereka, Ana bersyukur menerima sokongan daripada bakal suaminya untuk berhijrah ke arah kebaikan.

“Sebelum ini pun, saya dan bakal suami sering berbincang mengenai perkara berilmiah bagi melengkapkan diri kami dengan ilmu.

“Insya-Allah selepas berkahwin, kami masing-masing akan terus mendalami ilmu agama bagi melengkapkan diri dan cuba menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” katanya yang semakin sibuk menyediakan persiapan untuk perkahwinan.

Thursday, February 9, 2012

On Air rancangan realiti Astro Ria



Memandangkan sudah terlalu banyak pelbagai rancangan realiti televisyen yang menjadi santapan penonton, maka pihak Astro telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan sebuah program untuk mencungkil bakat dalam bidang pengacaraan.

Diterbitkah khusus untuk saluran Astro Ria, dikenali dengan judul On Air, ia adalah sebuah rancangan mencari bakat baharu sebagai seorang pengacara yang bukan hanya terhad kepada televisyen, seluruh entiti industri penyiaran termasuk radio.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, biarpun rancangan tersebut baru pertama kali diperkenalkan, tetapi ia telah mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

“Sebelum ini kami sudah mengadakan sesi uji bakat di tiga buah lokasi iaitu di Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Kehadiran orang ramai untuk mencuba nasib menyertai rancangan On Air ini sangat memberangsangkan.

“Apa yang menariknya rancangan ini mendapat sambutan yang baik daripada bukan Melayu, terutamanya kaum Cina dan India yang turut tidak ketinggalan untuk sama-sama hadir pada uji bakat yang diadakan,” ujarnya ketika ditemui pada sesi uji bakat yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Raqim, peserta yang terpilih hingga ke peringkat akhir akan menjalani kursus melalui silibus yang ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam pelbagai genre pengacaraan.

Jelasnya, dalam tempoh 10 minggu para peserta akan diberi tunjuk ajar, pendedahan serta tugasan tertentu yang berlandaskan format televisyen iaitu berita, majalah dan hiburan.

“Biarpun matlamat utama rancangan On Air adalah untuk mencari perintis dalam dunia pengacaraan, namun sasaran kami bukanlah sekadar untuk melahirkan seorang pengacara semata-mata.

“Pada masa yang sama, para peserta yang terpilih ini akan turut dilatih dengan kerja-kerja di belakang tabir supaya kami dapat membentuk pengacara yang serba boleh dan tidak terlampau mengejar glamor,” ujarnya.

Merupakan rancangan yang julung-julung kalinya diadakan oleh Astro, On Air turut menampilkan dua orang ikon dalam bidang pengacaraan iaitu Aznil Nawawi dan Suhaimi Sulaiman.

Selain itu, kedua-duanya turut dibantu oleh beberapa orang pengacara terkenal lain sewaktu sesi uji bakat seperti Datin Normala Samsudin, Dang Suria, Sarimah Ibrahim dan Wan Zaleha Radzi.

Sudah memulakan siaran pada 1 Februari lalu, ia akan disiarkan pada pukul 9 malam setiap hari Rabu di saluran Astro Ria sebanyak enam episod yang mengimbas kembali rakaman semasa sesi uji bakat sehinggalah pemilihan 14 orang peserta.

Wednesday, February 8, 2012

'Saya belum bersara ....' - Faizal

Faizal bergambar bersama isteri dan anaknya.


Benar-benar menguji ketabahan juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal sehinggakan ada pihak menganggap penyanyi dan pelakon kelahiran Marang, Terengganu itu sudah bersara.

Semalam, Faizal yang pernah berlakon dalam dua filem serta popular menerusi lagu Lihatlah tampil untuk memberi penjelasan mengenai kehidupan yang dilaluinya selama tiga tahun lalu.

Jelas Faizal atau nama penuhnya, Mohammad Faizal Ramly, 28, kehilangannya dalam dunia hiburan bukanlah disebabkan dia sudah bersara atau mahu mengelak daripada gosip yang menimpanya.

"Saya masih seperti dahulu dan masih seorang artis. Lagipun, tiada sebab untuk saya bersara daripada dunia hiburan kerana ia adalah periuk nasi saya," jelasnya di Hotel Sumai di sini semalam.

Tuesday, February 7, 2012

Fitnah: Nora Danish bercinta dengan Khairul Fahmi


Nora Danish Mohd Hanif, 29, sering berdepan dengan gosip-gosip nakal mengenai kisah peribadinya. Ada sahaja yang ingin menyelak diari kehidupan ibu tunggal jelita itu sejak dia bercerai dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, pada tanggal 12 Ogos 2008.

Satu persatu gosip mengenai dirinya keluar di dada akhbar. Daripada cerita mengenai bekas suaminya Jejai menghadiahkannya kereta mewah baru-baru ini, gosip percintaannya dengan kerabat yang berasal dari Terengganu dan terkini dengan pemain bola sepak kacak Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23.

Wartawan berjaya menghubungi Nora Danish semalam dan seterusnya merungkai segala gosip yang membelenggu diri ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu.

Kata Nora, Selepas gosip itu keluar saya menerima terlalu banyak mesej dan panggilan bertanyakan hal saya dan Apek. Saya terkilan kerana berita mengenai saya dan Apek saling berkenalan dan pernah bertemu sama sekali tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus. Saya simpati dengan nasib Apek kerana sering dikaitkan dengan ramai wanita termasuk diri saya sedangkan perkara tersebut tidak benar.

Nora memberitahu,Orang yang menulis atau yang menyebarkan cerita itu sengaja mereka-reka cerita. Malah, mereka tidak pernah tanya saya sendiri mengenai perkara itu.

"Saya jarang tengok perlawanan bola sepak tetapi bila saya tengok perlawanan sengit dan hebat Malaysia menentang Indonesia saya terus minat. Daripada situ, saya mula kenal Apek dan Safee Sali sebagai pemain bola sepak yang bagus.

"Selepas itu, saya ada tulis Tweet mengenai dua pemain itu. Malah, pernah pergi bersama teman-teman menonton perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura pada 28 Julai lalu. Mungkin, daripada situ mereka mula menyebar cerita sedangkan saya dan Apek tidak pernah berkenalan dan bertemu.

Monday, February 6, 2012

Vanida Pengacara Chef Cilik Komplete Nutri





Aktres terkenal Vanida Imran kembali ke lapangan pengacaraan. Kali ini, Vanida menjadi pengacara untuk program masakan keluarga Dumex Chef Cilik Komplete Nutri yang akan mula bersiaran pada 13 Februari depan.

Meskipun program Nona dan Chef Cilik merupakan program yang berbeza, namun menurut isteri kepada aktor Rashidi Ishak itu, kedua-dua program itu memberi satu pengalaman baharu kepadanya.

“Saya sangat seronok mengacarakan program Chef Cilik, ia sangat berbeza dengan Nona kerana program ini melibatkan kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka.

“Kalau untuk Nona saya kena kawal diri dan nada suara juga dijaga tetapi dalam program ini, adakalanya saya harus menjerit kerana ia sebuah pertandingan masakan,” katanya yang memotong rambut sebaik sahaja menamatkan tugas bersama Nona.

Vanida yang juga duta kepada produk Dumex memberitahu, cabaran utama yang harus ditanganinya dan juga pihak produksi adalah kanak-kanak.

Katanya bukan mudah untuk mengawal kanak-kanak yang berusia enam hingga 11 tahun ketika rakaman program dijalankan selama dua minggu.

“Biasalah kanak-kanak, mereka cepat bosan dan tidak boleh duduk diam. Sebab itu setiap kali rakaman, harus dilakukan dengan cepat jika tidak ada yang mata mula kuyu dan mula mengusik semua benda di sekeliling mereka.

“Ada masanya saya layan dan marah mereka seperti anak sendiri untuk memastikan mereka kekalkan mood untuk memasak,” balasnya.

Uniknya ujar Vanida, daripada 27 pasukan yang berentap, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

“Siapa kata kanak-kanak lelaki tidak boleh memasak kerana kebanyakan mereka yang menyertai program ini adalah lelaki, saya sendiri terkejut,” ungkapnya.

Bercerita lanjut mengenai program Chef Cilik, Ketua Kandungan Jenama, Jualan Media Astro, Haris Ismail berkata, peserta program sebanyak 13 episod itu dipilih berdasarkan uji bakat yang dijalankan secara tertutup oleh pihak produksi.

Sunday, February 5, 2012

Pelakon Singapura Julang Nama Di Malaysia

Adi Putra


Pelakon yang berasal dari Singapura Adi Putra mencipta nama dan meletakkan profilnya sebaris dengan pelakon Malaysia sedia ada.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan, peminat seakan lupa bahawa jejaka ini sebenarnya berasal dari tanah sebarang dan sudah berjaya dalam industri seni di Malaysia.

Mempunyai daya penarik dan personaliti tersendiri, Adi Putra dilihat cukup selesa mencipta nama sejak mula bertapak dalam bidang lakonan sekitar tahun 2002.

Biarpun sudah mendirikan rumah tangga, nyata pelakon berkulit hitam manis ini masih mempunyai aura. Adi membuktikan status yang disandangnya tidak pernah menyekat rezekinya untuk terus bergiat aktif sebagai seorang pelakon.

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Adi Putra yang turut tercalon bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Drama Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular tahun 2011 kini sibuk menjalani penggambaran filem KL Gangster 2 bersama aktor tampan, Aaron Aziz.

Menurut Adi Putra, bersyukur kerana filem KL Gangster yang ditayangkan tahun lalu memberikan impak besar kepadanya sepanjang bergelar pelakon.

“Alhamdulillah, filem ini telah berjaya menaikkan nama saya menerusi watak Jai. Kepercayaan dan peluang yang diberikan pengarah, Syamsul Yusof untuk menjayakan filem ini memberikan ruang kepada saya untuk memberikan kelainan dalam setiap watak yang dibawa,” katanya.

Melihatkan kepada penampilan barunya yang berambut perang mungkin ramai yang terkejut kerana Adi tidak pernah mewarnakan rambutnya seperti itu sebelum ini.

Ditanya kepada empunya diri mengenai perkara itu, Adi berkata, apa yang dilakukan hanyalah kerana kariernya semata-mata.

“KL Gangster 2 memerlukan saya kelihatan sebegini dan mungkin dengan penampilan ini akan menyerlahkan lagi watak Jai nanti. Saya harap ia mampu memberikan kelainan yang lebih dramatik,” akuinya.

Nora Danish bercinta dengan Penjaga gol Khairul Fahmi


Perkenalan empat mata Nora dan Khairul sudah berlaku dan berlanjutan dengan beberapa pertemuan


INDAH juga perkhabaran yang dibawa sanga bayu. Ini cerita pasal janda bergetah si Nora Danish. Bukan apa, - cukup senang hati kalau tengok wanita tabah ini sedang diulit bahagia. Tumpang senyum sekaki.

Sejauh mana kebenarannya? belum lagi nampak dengan mata. Tapi ada khabar yang membisikkan bahawa usikan antara Nora dan pemain bola sepak, Khairul Fahmi yang kacak itu bukan hanya berlaku di laman sosial Twitter dan diusik teman-teman. Rupanya dengar khabar, pasangan ini sudah bertemu dan berkenalan.

Ada teman yang memberitahu bahawa perkenalan empat mata Nora dan Apek sudah berlaku dan berlanjutan dengan beberapa pertemuan. Teringin juga hendak terserempak dan senyum-senyum dekat pasangan ini. Dua-dua pun sama cantik sama kacak. Tapi nak pandang dari jauh sahaja sebab tak mahu kacau sesi perkenalan dua hati.

Friday, February 3, 2012

Konsert 'kota singa' Alleycats

ALLEYCATS seperti yang dikenali dahulu merupakan sebuah kumpulan legenda dengan himpunan lagu-lagu malar segar.


AKHIRNYA kumpulan legenda Alleycats bakal mengadakan konsert di kota singa itu pada 14 April depan.

Konsert Alleycats yang bertemakan Istimewa Buat Singapura itu diadakan buat menghargai peminat Alleycats di sana. Malah, konsert anjuran Raistar Entertainment itu juga diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-43 kumpulan Alleycats bertapak dalam industri hiburan tanah air.

Bagi vokalis utama kumpulan Alleycats, Datuk Arumugam, peluang mengadakan konsert di Singapura setelah 35 tahun sememangnya ditunggu-tunggu olehnya.

“Kali terakhir saya mengadakan konsert secara besar-besaran di Singapura adalah pada tahun 1976 iaitu kira-kira 35 tahun lalu di National Theater. Kini bangunan itupun sudah tiada. Saya sangat teruja dan menunggu saat untuk beraksi di negara itu sekali lagi dan peluang itu akhirnya tiba bila pihak Warner Music dan Raistar Entertainment merealisasikannya,” ujarnya yang bakal mengadakan Konsert Istimewa Buat Singapura itu di dewan konsert Esplanade.

David akui, sememangnya untuk mengadakan konsert besar di dewan Esplanade adalah sukar kerana terdapat satu jawatankuasa khas yang akan memilih artis-artis yang layak untuk mengadakan persembahan di situ.

Bagi David, ia merupakan satu pengikhtirafan besar bahawa Alleycats mampu mengadakan persembahan di sana seterusnya memperkenalkan Esplanade kepada semua orang.

Ditanya mengenai persembahannya nanti, David memberitahu, dia akan menyampaikan lebih 20 buah lagu hit Alleycats seperti Hingga Akhir Nanti, Sekuntum Mawar Merah, Nota Terakhir dan lain-lain selama dua jam.

David juga tidak menolak jika ada peminat yang memintanya menyampaikan lagu yang mereka inginkan.

“Saya tiada masalah untuk menyanyikan beberapa buah lagu yang diminta pada konsert itu nanti. Malah, saya akan buat tinjauan lagu apa yang peminat Singapura suka dan akan cuba menyanyikan lagu tersebut nanti,” tuturnya ketika ditemui pada sidang media Alleycats Istimewa Buat Singapura di pejabat Universal Music, Petaling Jaya.

Sementara itu, menurut Pengarah Konsultan Raistar Entertainment, Fahmi Rais, pihaknya berbesar hati dapat membawa Alleycats ke Singapura kerana kumpulan itu mempunyai ramai peminat.

Ujar Fahmi, mereka akan memilih artis yang mampu membuatkan tiket dijual habis dan melalui satu tinjauan yang dilakukan, rata-rata ramai yang ingin melihat Alleycats beraksi di Singapura.

“Dewan ini boleh memuatkan seramai 1,600 orang dan kami yakin Alleycats mampu menarik seramai 1,600 peminatnya untuk hadir menyaksikan persembahan memandangkan Alkumpulan itu merupakan sebuah kumpulan legenda dan rangkaian lagu-lagunya adalah malar segar.

“Persembahan yang akan diadakan di Esplanade itu juga adalah satu pengiktirafan buat kumpulan tersebut kerana pihak pengurusan itu tidak sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana artis membuat persembahan di situ melainkan mereka benar-benar mempunyai pengaruh kuat,” ujarnya.

Watie dan Joey sudah berkahwin !!!


Pasangan Watie dan Joey akhirnya mengesahkan bahawa mereka telah pun bernikah selepas Aidilfitri tahun lepas.

Kenyataan Watie di dalam sebuah akhbar menjelaskan pernikahan ini dirahsiakan kerana menghormati permintaan Joey dan keluarga. Namun, difahamkan mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada tahun ini bagi meraikan sahabat-handai dan peminat mereka.

Pasangan bahagia ini juga bercadang untuk menimang cahaya mata dengan secepat mungkin bagi melengkapkan rumahtangga yang dibina.

Thursday, February 2, 2012

Aliff Aziz berhijrah dari Singapura ke Kuala Lumpur

Aliff Aziz



Penyanyi remaja yang popular dengan lagu Sayang Sayang dan Kalau Cinta, Aliff Aziz, sanggup meninggalkan negara kelahirannya Singapura dan menetap di Malaysia bermula Januari lalu selepas menamatkan program khidmat negara selama dua tahun.

Di kala usia 21 tahun, Aliff sudah mula berdikari dan hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Akuinya, meskipun terasa sunyi tanpa kehadiran keluarga, katanya, langkah berhijrah ke Kuala Lumpur merupakan keputusan yang tepat untuk kelangsungan kerjayanya.

"Memang terasa sunyi dan sedih juga bila teringatkan keluarga tetapi bagi saya keputusan ke Kuala Lumpur memang tepat dan tidak boleh ditangguhkan kerana dua tahun saya dalam program khidmat negara banyak perkara tertangguh. Sekarang saya memang berpusat di Kuala Lumpur seratus peratus.

"Sebelum ini saya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Singapura tetapi sekarang tidak lagi. Saya hanya akan pulang ke Singapura setiap tiga bulan sekali. Kalau ikutkan jarak di antara Kuala Lumpur dan Singapura bukannya jauh sangat, jika saya rindu sangat dengan keluarga, saya boleh balik bila-bila masa bergantung pada jadual," katanya yang ingin membawa ibu bapanya ke Kuala Lumpur jika kerjayanya sudah stabil.

Tambahnya, bagi mengelakkan terasa sunyi, dia akan mengisi masanya dengan bekerja sahaja.

"Saya habiskan masa dengan bekerja, sebab tujuan utama ke Kuala Lumpur adalah untuk kerja. Jadi, saya harus fokus dan serius. Saya rasa sejak tinggal sendirian, saya semakin matang dan berdikari. Biarlah saya susah sekarang untuk saya senang pada kemudian hari.

"Alhamdulillah, keluarga saya faham dan memberi kebenaran meskipun terdapat kebimbangan di hati mereka. Ibu saya berpesan, tinggal di negara orang, harus ingat asal usul dan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung," tuturnya.

Kontroversi fotonya sebelum ini benar-benar mematangkan dirinya, kini apabila tinggal sendirian ke mana sahaja langkah kakinya, Aliff lebih berhati-hati.

"Saya kena jaga tingkah laku dan saya akan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara atau pergi ke mana-mana. Niat saya kini hanya untuk bekerja, jika berlaku juga kontroversi yang di luar jangkaan, kalau benar itu kesalahan saya, tidak boleh cakap apa lagi, memang saya kena tanggung sendiri," katanya tanpa cuba mengelak.

Wednesday, February 1, 2012

Tymer: Kami tiada hubungan cinta - Jamal



Nyata terpancar kerisauan di wajah penyanyi pujaan ramai Jamal Abdillah sekiranya menjadi bahan gosip di media massa apabila dia bakal sering dilihat bersama seorang gadis manis.

Justeru sebelum sesuatu gosip yang kurang enak timbul, Jamal cepat-cepat membuat penjelasan.

Katanya, gadis bernama Tymer itu merupakan seorang pemain saksafon yang kini mengiringi persembahannya termasuk program Mutiara Kasih yang bakal berlangsung di JB Expo, The Zone Regency Hotel Johor Bahru, 12 Februari ini.

Menurut Jamal, sebelum ini seorang pemuzik lelaki sering menjayakan persembahan bersamanya tetapi disebabkan kekangan kerja, dia terpaksa menggunakan khidmat Tymer.

"Tymer merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dia boleh main saksafon dan keyboard. Saya sebenarnya mula guna khidmat dia sewaktu konsert di Ipoh, baru-baru ini.

"Malah dia juga akan muncul membuat persembahan bersama saya dalam salah satu segmen untuk program Mutiara Kasih yang akan saya jayakan pertengahan bulan ini," jelasnya.

Tegas Jamal, dia perlu membuat penjelasan mengenai dirinya dengan Tymer kerana tidak mahu dibebani dengan gosip cinta yang hanya akan memeningkan kepala.

"Wayang pun saya malas hendak menonton kerana tidak mahu memeningkan kepala, inikan pula kalau diri dijadikan bahan gosip," tambahnya.

Kerana itu tegas Jamal, awal-awal lagi dia sudah memberi amaran agar tiada yang akan menggosipkan dirinya dengan Tymer.

Lebih-lebih lagi katanya, tahun ini dia mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya dengan imej bersih.

"Alhamdulillah, semenjak kebelakangan ini rezeki saya sentiasa ada. Sebab itu saya kena bekerja keras untuk memastikan penampilan saya setiap kali persembahan tidak membosankan.

"Macam program Mutiara Kasih ini, bagi saya merupakan satu projek skala besar. Jarang saya mendapat peluang begini.

"Di luar Kuala Lumpur, mungkin orang jarang menonton persembahan saya, bolehlah saya bawa konsep Kuala Lumpur ke sana. Kalau untuk di ibu kota yang saya perlu memikirkan konsep baru," katanya.

Pada persembahan di Johor Bahru nanti, Jamal akan mendendangkan kira-kira 28 lagu termasuk lagu-lagu medley Tan Sri P.Ramlee seperti Tidurlah Permaisuri, Getaran Jiwa, Putus Sudah Kasih Sayang, Tunggu Sekejap dan Jeritan Batinku yang akan diiringi oleh Tymer. Jamal sendiri akan bermain gitar.

Jamal yang sudah 33 tahun dalam bidang seni berkata, sempena program anjuran SNZ Event Management bersama A & A World Vacation, satu majlis gotong royong turut diadakan sehari sebelum malam persembahan.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2