NUFFNANG ADS

Sunday, April 28, 2013

Ziana Zain tidak lagi amalkan suntikan kolagen


Dari raut wajahnya, pasti tiada siapa menyangka usia penyanyi kesayangan ramai ini sudah mencecah ke angka 45 tahun.

Berketerampilan menarik juga antara faktor pelantun lagu Madah Berhelah ini sentiasa kelihatan awet muda.

Di sebalik semua itu, ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui dia sebenarnya seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.

Atas dasar mahu tampak menawan sentiasa, isteri kepada Armin Zaharin Mohd Zamberi ini pernah membuat pengakuan mengambil suntikan kolagen pada wajahnya suatu ketika dahulu.

Namun, setelah sedar akan kesannya, insan seni yang dikenali sebagai Ziana Zain ini akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi mengamalkan suntikan kolagen tersebut.

"Saya antara wanita yang sangat mengambil berat mengenai kecantikan, apabila usia meningkat, kulit wajah dan bentuk badan kita turut menerima kesan.

"Ketika itu saya mulai risau dan tidak dapat menerima perubahan yang berlaku terhadap diri, jadi saya mencuba pelbagai inisiatif untuk memastikan diri kekal cantik seperti kini," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran duta produk kecantikan Safi Rania Diamond baru-baru ini.

Jelas Ziana, pengambilan suntikan kolagen memang memberi kesan ketara kepada kulit wajahnya.

"Bagaimanapun, selepas mengetahui kesan jangka panjangnya, saya jadi bimbang dan terus meninggalkannya.

Saturday, April 27, 2013

Penyanyi Syurga Idaman Meninggal dunia


DATIN Arziza Mohamat, 63, isteri kepada penyanyi irama Pop Yeh Yeh, Datuk A. Rahman Hassan, meninggal dunia pada jam 11.26 malam tadi.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Zuhur.

Arziza dirawat di Hospital Kuala Lumpur berikutan beberapa komplikasi penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita kematian disampaikan oleh anaknya yang juga seorang pelakon dan pengarah, Khir Rahman menerusi laman mikro Twitter.

“Salam... 11.26 malam tadi, emak saya dah tak ada. Kembali ke rahmatullah di GH. Innalillahiwainnailaihirojiun, ” tulis Khir.

Friday, April 26, 2013

‘Tiada siapa paksa saya bertudung ’- Memey Suhaiza

MEMEY bersama Norman di sebuah restoran.

“Alhamdulillah, penampilan saya yang kini bertudung dibuat seikhlas hati bukan paksaan mana-mana pihak ataupun dipengaruhi Abby untuk menyertai parti politik.

“Saya berhijrah untuk menutup aurat sekarang atas kerelaan dan keikhlasan hati. Pun begitu, saya memang tidak sangka secepat ini diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah.

“Tak dinafikan, abang Norman pun pernah minta saya memakai tudung sebagai hadiah sempena hari jadinya pada Januari lalu. Namun ketika itu saya masih belum bersedia.

“Bagaimanapun abang cukup memahami dan dia juga tidak pernah memaksa saya.

Jadi saya sangat bersyukur kerana akhirnya diberi peluang oleh Allah untuk berubah ke arah kebaikan dengan menutup aurat,” kata pelakon, Memey Suhaiza, 24.

Kata-kata isteri kepada Norman Hakim itu sekali gus menolak dakwaan beberapa pihak yang menuduh perubahannya yang bertudung sejak minggu lalu mengikuti jejak langkah pelakon, Abby Abadi, 34 untuk menyertai PAS.

Wednesday, April 24, 2013

Memey Suhaiza bertudung


Ahad lalu pelakon Memey Suhaiza membuat kemunculan di khalayak ramai dengan tampil bertudung litup ketika menghadiri acara hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim.

Beberapa keping gambarnya bertudung turut dimuat naik ke laman Instagram miliknya, sehingga ramai peminat yang menyangka bahawa isteri kepada pelakon Norman Hakim itu sudah mengikut jejak langkah beberapa artis yang kini sudah bertudung.

Bagaimanapun, Memey yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini memberitahu, dia tidak mahu peminat salah sangka apabila menganggap dirinya kini sudah bertudung.

Sebaliknya, pelakon yang baru dikurniakan cahaya mata, Mohamed Darwisz Hakim itu menyatakan sehingga kini dia masih lagi belum bertudung sepenuhnya, tetapi masih dalam proses percubaan untuk memakai tudung.

Tuesday, April 23, 2013

Monohara takut mewarnakan rambut


Pengalaman kakaknya, membuatkan model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, menjadi takut untuk mewarnakan rambut.

Menurutnya, penyebab utama kerosakan rambut adalah dengan mewarnai. Maka kerana itu dia akan cuba mengelak dari mewarnakan rambutnya.

"Saya lebih suka memiliki rambut yang natural kerana kelihatan terserlah keayuan, gadis yang berambut hitam.

"Cara ini juga dapat menghindarkan rambut rosak," Kata Monohara.

Monday, April 22, 2013

Adira difitnah hubungan cinta sejenis


Adira atau Siti Adira Suhaimi, 21, barangkali tidak asing lagi dalam industri nyanyian di Malaysia.

Sejak memenangi naib juara Akademi Fantasia musim kelapan, nama Adira terus menyinar sebagai penyanyi yang cukup berbakat.

Namun, jika diselak diari seni gadis yang berasal dari Ranau, Sabah ini, lebih banyak kisah peribadinya yang menjadi tatapan berbanding karier nyanyiannya.

Pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta sejenis sehingga menyebabkan pergaduhan antara kekasihnya, Hafiz dan sekali gus meranapkan hubungan cintanya, Adira kemudiannya dikatakan bercinta dengan AG Coco dan terbaru, penyanyi Aliff Aziz.

Namun, semua hubungan cintanya gagal bertahan lama dan kini Adira sudah kembali sendiri.

Tidak melatah dengan segala cerita yang timbul, Adira mengakui kadangkala merasa sedikit ralat kerana lebih banyak kisah cinta dari kariernya bermain di dada media.

Namun, dia melihat dari sudut positif dan menganggap masih ada pihak yang mengambil tahu akan dirinya biarpun hanya melalui kisah cinta.

"Bukan semuanya saya kongsi dengan peminat dan masyarakat. Ada yang saya simpan sendiri kerana terlalu peribadi untuk dikongsi.

"Saya sebenarnya tidak selesa bila kontroversi dan hal peribadi diberi perhatian berbanding karier. Tapi saya faham, orang tidak akan berhenti bercakap.

"Asalkan tidak keterlaluan, saya tidak kisah. Paling penting, peminat dan keluarga setia berdiri di belakang saya sejak dahulu lagi," jelasnya

Sunday, April 21, 2013

Bob terima pingat


Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kedua, Bob telah dikurniakan pingat Ahli Bintang Sarawak, baru-baru ini.

Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop, 32, berkata, dia bersyukur kerana terpilih untuk dikurniakan pingat itu dan akui ianya sebagai satu penghargaan yang bernilai buat dirinya.

“Secara jujurnya, saya menyertai bidang ini atas dasar minat dan tidak pernah terfikir untuk menerima pingat seperti ini.

“Alhamdulillah, saya amat gembira dan terharu dengan pengiktirafan ini dan selepas ini saya akan lakukan yang terbaik ,”katanya yang bakal tampil dengan album terbarunya, tahun ini.

Friday, April 19, 2013

Azean Irdawaty semakin lemah

seniwati Azean Irdawaty

“Keadaan kesihatannya bertambah serius. Sejak dua bulan lalu, ubatnya sudah habis dan kini badan menjadi semakin lemah untuk bergerak dan bercakap,” kata pelakon Khairil Benjamin Ibrahim, 35, atau Benjy mengenai perkembangan kesihatan ibunya, seniwati Azean Irdawaty Yusoef.

Menurutnya, pergerakan ibunya semakin terbatas dan hanya berehat di rumah sebelum menunggu pembedahan membuang tumor dalam kepala di Hospital Sungai Buloh pada 22 April ini.

“Kesan tumor memberi tekanan pada otaknya sehingga dia banyak berdiam diri. Mungkin otak dia tidak dapat menerima maklumat apabila orang bercakap dengannya dan sukar untuk bercakap semula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, wang untuk menampung kos pembedahan itu masih belum cukup walaupun hanya menunggu masa. “Saya sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk membayar kos pembedahan ini. Saya faham persatuan artis turut mempunyai ramai artis lain yang ingin dibantu, tetapi jika ada yang mahu menghulurkan bantuan, saya bersyukur,” katanya.

Thursday, April 18, 2013

Emma kekasih Zizan?

Zizan Razak dan Emma Maembong

 PENGAKUAN pelawak, pengacara, Zizan Razak bahawa dirinya kini sudah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29, baru-baru ini, mengundang teka-teki siapakah gerangan wanita bertuah itu.

Apatah lagi, Zizan mengambil langkah untuk merahsiakan gadis tersebut dengan alasan dia sendiri masih belum meluahkan perasaannya.

Namun, Zizan mengakui gadis tersebut telah menghadiahkan telefon bimbit iPhone 5 sempena ulang tahun kelahirannya itu.

Bagaimanapun, kehadiran artis baru, Emma Maembong pada majlis hari jadinya itu menyebabkan ramai pihak berpendapat Emma adalah permaisuri yang berjaya menakluki hati pelakon Hantu Kapcai itu.

Mengakui Zizan mempunyai ciri-ciri lelaki lelaki idaman iaitu pandai membuat lawak, namun Emma menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan rapat sahaja.

"Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan.

"Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.

"Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu.

“Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya,” katanya.

Mengakui bahawa dia kini masih lagi belum berpunya, Emma tidak menolak jika berkahwin dalam usia muda dan semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi.

Wednesday, April 17, 2013

Misha Omar masih tunangan Firos Ezzwan Rossly


"SAYA masih lagi tunangan Firos Ezzwan Rossly dan hubungan kami tetap bahagia tanpa sebarang masalah!"

Itulah kenyataan yang keluar daripada mulut penyanyi Samihah@Aisah Omar atau lebih sinonim dengan panggilan Misha Omar saat diajukan pertanyaan mengenai status hubungan dengan tunangnya itu.

Misha yang ditemui pada majlis pelancaran teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada minggu lalu, menyatakan terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan tentang hubungannya dengan Firos apabila mereka sekali lagi mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan.

Penyanyi itu berkata, setelah perbincangan dilakukan, dia dan Firos terpaksa menangguhkan lagi perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini setelah tertangguh pada tahun lalu.

"Kalau ikut perancangan kami sepatutnya diijabkabulkan pada September 2012, tetapi tidak terlaksana kerana Firos agak sibuk menjalani kelas penerbangan untuk membawa pesawat Airbus.

"Kami kemudian telah sepakat untuk berkahwin pada tahun ini. Namun, melihat kepada jadual kerjaya masing-masing yang sangat padat akhirnya kami merasakan perlu menangguhkan sekali lagi perkahwinan kami," ujarnya yang mengikat tali pertunangan dengan Firos pada 21 Februari 2012.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Firos, penyanyi itu menafikan sekeras-kerasnya mereka sedang berantakan. Sebaliknya, cinta dan kasih antara mereka berdua masih lagi kekal seperti sedia kala.

Menurut Misha, dia sendiri tidak menyangka keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya itu telah menyebabkan timbul dakwaan yang menyatakan hubungan mereka sudah pun berakhir.

"Apa yang boleh saya cakap memang tiada rezeki kami untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Dakwaan yang menyatakan hubungan kami sudah putus pula memang tidak berasas.

Thursday, April 11, 2013

Enot digantung tidak bertali


IBARAT digantung tidak bertali, pelakon dan pelawak terkenal Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, sukar untuk menyatakan status terkini dirinya.

Ini kerana proses penceraian dengan suami keduanya, Zainul Abidin Mat Noor, 42, belum bertemu titik noktah.

Pada awal bulan Mac lalu, Enot nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya itu di Jabatan Agama Islam Kajang, Selangor.

Namun, proses penceraian mereka masih berlangsung memandangkan Zainul menghilangkan diri sejak sebulan lalu dan dia sudah dua kali gagal hadir ke mahkamah.

Enot dan Zainul mendirikan rumah tangga pada 21 November 2008 selepas mula berkenalan di set penggambaran drama komedi Odah Drebar.

Sebelum itu, Enot pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan bercerai pada tahun 2007 setelah dikurniakan dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 12, dan Ariana Qaseh Qistina, 6.

Wednesday, April 10, 2013

Ada ‘Bunian’ rumah Mawi


“Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.

“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya.

Menurut Mawi, ketika itu dia tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34 ke ibu kota atas urusan kerja.

Bagaimanapun, selepas kepulangannya, dia diceritakan semula kejadian itu semalam oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika berusia setahun.

Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan.

Mahali Jasuli bercinta dengan Pelakon Tasha


 “Kami baru saja kenal lima bulan lalu. Bagaimanapun tiada hubungan istimewa kerana kami dalam proses mengenali hati budi,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, 24 menjawab hubungannya bersama pelakon sensasi, Tasha Shilla, 27.

Mahali yang juga penyarung jersi Selangor berkata, dia mengenali Tasha November tahun lalu dan dijemput menghadiri sambutan hari jadi pelakon terbabit Januari lalu menerusi kelab peminatnya.

“Dari situlah hubungan kami rapat, tetapi hanya sebagai kawan. Saya akui kami sedang mengenali hati budinya, tetapi hubungan itu belum ke tahap yang lebih serius,” katanya.

Kata Mahali, dia mengharapkan semua pihak tidak memperbesarkan persahabatan mereka kerana komitmennya kini terhadap perjalanan karier bola sepak tempatan.

“Kami diperkenalkan selepas saya menyatakan kepada media artis kegemaran saya adalah Tasha Shilla.

Monday, April 8, 2013

Jimmy diberi hak bersama anak


Bekas isteri Jimmy Shanley berjaya mendapat hak jagaan penuh anak tunggal mereka, Zahra Rania manakala selebriti itu pula dibenarkan hak lawatan bermalam Selasa hingga Khamis setiap minggu oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.

Hakim Syarie Mawardi Che Man memutuskan demikian selepas menolak bantahan Jimmy, 33, berhubung kelayakan Nursuhaila Eliani Suhaimy untuk menjaga bayi berusia setahun sembilan bulan itu.

Beliau dalam perintah yang dikeluarkan semalam berkata, Jimmy atau nama sebenar Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh juga dibenarkan menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha dengan Zahra Rania secara bergilir dengan Nursuhaila, 25, mulai tahun ini.

Plaintif iaitu Nursuhaila yang tidak hadir di mahkamah semalam kerana berada di luar negara memfailkan hadanah (hak jagaan anak) pada 18 Oktober 2011 namun Jimmy bertindak sebagai defendan membantah kelayakan anak pengasas produk kecantikan, Datin Muniroh Kassim untuk menjaga anak mereka.

Empat perkara yang dipertikai oleh Jimmy ialah plaintif didakwa merokok, minum arak, berhibur di kelab dan berjudi melalui dua bukti iaitu khidmat pesanan ringkas (SMS) dan dua salinan rakaman video yang dikemukakan kepada mahkamah semasa sesi perbicaraan.

Sam Paling Popular


Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) menjadi milik Shaheizy Sam sekali lagi selepas menang untuk tahun 2010 lalu. Berserta dengan kemenangan itu, Sam membawa pulang hadiah Nissan 370Z Coupe dan barang kemas Habib Jewel bernilai RM150,000.

Sementara itu, anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular masing-masing menjadi milik Aiman Hakim dan Wawa Zainal.

Black dan RJ pula menang kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular dan penyanyi kontroversi, Shila Amzah membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular. Manakala Hafiz Suip pula menang Penyanyi Lelaki Popular.

Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular pula diberikan kepada Aaron Aziz dan Nabila Huda. Untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular, kemenangan berpihak kepada Shaheizy Sam dan Yana Samsudin.

Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Komedi Wanita Popular pula dianugerahkan kepada Zizan Razak dan Didie Alias. Pengacara TV Lelaki Popular dan Pengacara TV Wanita Popular ialah Datuk Aznil Nawawi dan Fara Fauzana.


Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular pula menjadi milik Faizal Ismail dan Fara Fauzana.

Malam tadi juga, ABPBH2012 mengangkat legenda muzik rock negara, Search sebagai penerima Anugerah Sepanjang Hayat.

Majlis anugerah berprestij yang bertemakan Ledakan Geometri itu diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan bersiaran langsung di TV3.

ABPBH2012 dihoskan Zizan Razak dan Fara Fauzana. Antara artis yang membuat persembahan ialah Datuk M Nasir, Ziana Zain, Najwa Latif, Ainan Tasneem dan Sham Kamarul.

Sunday, April 7, 2013

Najwa Latiff berduet dengan penyanyi dari Taiwan

Najwa Latiff dan Wang Lee Hom

PENYANYI Cinta Muka Buku, Najwa Latiff berpeluang berduet dengan penyanyi dan pelakon terkenal dari Taiwan, Wang Lee Hom ketika konsert Music Man 2, baru baru ini.

Ternyata persembahan tersebut memukau bukan sahaja penonton konsert, bahkan di laman YouTube dengan nyanyian mantap mereka.

Menyampaikan lagu dalam Bahasa Mandarin yang berjudul, Ni Bu Zhi Dao De Shi, persembahan Najwa mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Bukan itu sahaja, Lee Hom turut memukau dengan nyanyian Getaran Jiwa dalam Bahasa Melayu begitu lancar dan bersahaja sambil bermain piano.

Sesiapa yang mendengar nyanyian mereka pasti terpikat dan kagum dengan kebolehan dua penyanyi berlainan negara itu.

Thursday, April 4, 2013

Amarra Sofea Rose buah hati Azad, Eira

Eira memotong rambut Amarra semasa majlis cukur jambul dan aqiqah anaknya itu.


Awal tahun ini pasangan selebriti, Azad Jazmin Lohn Louis dan Eira Syazira, menerima kehadiran puteri sulungnya, Amarra Sofea Rose, pada 11 Januari lalu.

Bakal memasuki usia tiga bulan, Amarra yang dilahirkan dengan berat 4.2 kilogram (kg), kini menunjukkan perkembangan tumbesaran yang positif.

Malah, momen indah dalam meniti kehidupan bergelar 'mummy dan daddy' digunakan sepenuhnya oleh Eira dan Azad.

"Kami sama-sama menguruskan Amarra. Biasalah, untuk kelahiran pertama, banyak perkara baru yang kami belajar dan cuba memahami mengenai cara penjagaan.

"Namun, saya bersyukur kerana Amarra tidak banyak ragam. Kalau saya keluar bekerja, Azad akan ambil alih tugas menjaga Amarra. Kami akan bergilir-gilir menjaganya.

"Tapi, jika kami sama-sama bekerja, saya tinggalkan Amarra kepada pengasuh," katanya yang baru sahaja mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah Amarra pada 31 Mac lalu.

Pada 11 Januari lalu, Eira atau nama sebenarnya, Syazira Shuhaimi, 29, selamat melahirkan Amarra melalui kaedah pembedahan di Hospital Columbia Asia, Puchong.
Azad dan Eira selamat diijabkabulkan pada 16 September 2011 di kediaman keluarga Eira di Putrajaya.

Wednesday, April 3, 2013

Yasmin diragut kali kedua


“Saya masih trauma dengan apa yang berlaku. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan nasib baik saya sempat menyelamatkan beg tangan saya,” kata pengacara dan pelakon, Yasmin Hani Ismail Richardson yang mengalami kejadian diragut pada 1 April lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Persiaran Surian di Sunway, di sini, jam 9.45 pagi itu membuatkan dia trauma untuk memandu seorang diri.

Dia yang ketika itu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama bersiri, Kisah Cinta Uda dan Dara terpaksa bergelut beberapa saat dengan peragut yang menaiki motosikal sebelum peragut melarikan diri.

“Ini pengalaman kedua saya diragut. Dulu, saya diragut ketika melintas jalan, tetapi kali ini saya sempat menarik beg tangan saya yang diletakkan di kerusi sebelah pemandu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pelakon popular drama bersiri Pucuk Muda Kerabu Taugeh ini menyatakan peragut terbabit bertindak menumbuk dan memecahkan cermin keretanya yang ketika itu berhenti menunggu lampu isyarat.

Tuesday, April 2, 2013

Aaron Aziz disahkan hidap pneumonia


Aktor kacak yang merupakan pengacara bagi program realiti, Fear Factor Selebriti Malaysia mengalami masalah kesihatan ketika menjejakkan kaki di bumi Cape Town, Africa di awal penggambaran tahun lalu.

Gara-gara tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas penggambaran filem arahan Ahmad Idham, dan terpaksa memakai pakaian basah seharian selepas memandu kereta terjun ke dalam kolam.

Tambahan pula cuaca di Cape Town mengalami perubahan setiap masa menyebabkan keadaan Aaron bertambah teruk.

Sempat menjalani penggambaran bagi episod pertama, Aaron kemudiannya ditahan di wad kerana disahkan menghidap pneumonia atau paru-paru berair.

“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor menahan saya di wad kerana keadaan ketika itu sangat teruk dan tidak berdaya.

“Saya sempat tidur semalaman di wad, namun tidak selesa dengan keadaan wad yang dipenuhi warga emas, saya minta keluar dari hospital,” kata Aaron sambil ketawa.

Selepas keluar dari wad, Aaron mengambil keputusan berehat di hotel dan diberikan cuti selama seminggu.

“Lima hari tidak dibenarkan bekerja dan saya kembali mengacara semula dalam episod keempat.

“Inilah kali pertama saya diserang penyakit pneumonia, sebelum ini tidak pernah menghidap apa-apa penyakit kronik,” tutur Aaron.

Monday, April 1, 2013

Erra Fazira buat laporan Polis

ERRA Fazira membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, malam tadi.


Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira berada dalam keadaan trauma selepas dua lelaki yang tidak dikenali masuk ke halaman rumahnya di Damansara, dekat sini, dipercayai untuk mencuri kereta.

“Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu. Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.

“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan. Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.

“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2