NUFFNANG ADS

Monday, February 28, 2011

Ady Putra dampingi Shah Rukh Khan




WALAUPUN hanya satu babak, pelakon popular, Ady Putra, 30, bangga apabila diberi peluang menjayakan watak sebagai peguam kepada hero Bollywood pujaan ramai, Shahrukh Khan bagi filem Don 2 yang menjalani penggambarannya di Melaka baru-baru ini.

Bagi sekuel filem Don itu, Ady membawa watak sebagai peguam yang telah membantu Shahrukh Khan membebaskan diri daripada hukuman penjara.

“Saya tidak pernah terlintas langsung untuk bergandingan dengan Shahrukh Khan. Ini adalah satu pengalaman manis buat saya.

“Malah terlibat dalam pembikinan filem yang berskala besar ini, saya anggap sebagai takdir dalam perjalanan kerjaya lakonan saya yang kini semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan,” katanya yang menjalani penggambaran babak di penjara yang dirakamkan di Sungai Udang, Melaka.

Don 2 mengisahkan lakonan Shahrukh Khan sebagai Don iaitu anggota polis yang menyamar dalam sindiket penyeludupan dadah manakala Priyanka Chopra melakonkan watak teman wanita Don sebagai Roma.

Ady sebelum ini terkenal dengan beberapa drama antaranya Chinta, Akukah Tanggang? dan filem tempatan seperti Anak Halal, Histeria dan Haq bangga apabila terpilih oleh produksi Bollywood walaupun bakal muncul satu babak sahaja.

“Dapat berlakon bersama Shahrukh Khan sudah membuktikan ia satu penghormatan untuk pelakon tempatan. Saya sendiri tidak sangka apabila terpilih, oleh itu peluang yang diberikan ini digunakan sebaik mungkin untuk melebarkan kerjaya seni saya.

“Pemilihan saya ini diharap dapat membuka mata masyarakat di luar sana untuk melihat bakat saya malah dalam masa yang sama mengetengahkan bakat pelakon Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar drama terbaru slot Seram TV3, Mantera Anjasmoro di Garden Cafe, One Utama baru-baru ini.

Dia yang teruja menceritakan pengalamannya bekerja dengan produksi luar itu berkata, meskipun tampil hanya untuk satu babak sahaja, ia dianggap satu pengalaman yang sukar diperoleh oleh pelakon lain.

“Babak yang akan dipaparkan kepada penonton ialah babak yang dirakamkan di penjara. Lebih istemewa babak itu dilakukan terus tanpa sebarang latihan.

“Walaupun teknik penggambaran mereka sedikit berbeza namun penggambaran itu berlaku dengan mudah sahaja,” ujarnya.

Katanya lagi, penggambaran filem yang mengambil masa dua hari itu cukup memberi impak kepada perjalanan filem tersebut kerana wataknya itu yang menyebabkan Don dibebaskan dari penjara.

Maher terus pikat peminat di Malaysia

MAHER ZAIN mengikat silaturahim antara Lebanon dengan Malaysia melalui lagu kerohaniannya.


(for preview)Untuk download lagu-lagu

Maher Zain sila klik link ini


MAHER ZAIN dan Malaysia kini adalah satu ‘ikatan’ yang sinonim. Dalam tempoh enam bulan, Maher sudah dua kali berada di bumi Malaysia kerana sambutan yang cukup hangat di kalangan pencinta muzik ketuhanan yang semakin moden.

Penerimaan khalayak terhadap kacak penampilannya, merdu mendayu vokalnya memuji Allah yang dibalut dalam irama pop komersial menjadikan Maher satu fenomena luar biasa di Malaysia.

Justeru tidak hairan apabila Maher mampu memikat hati peminatnya dengan konsert dua hari berturut-turut yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada hujung minggu lalu, sekali gus mengumpul lebih 12,000 peminatnya untuk ‘bersatu’ memuji Allah S.W.T dalam konsert tersebut.

Pada hari pertama konsert Maher Zain Live In Concert berlangsung, kemunculan penyanyi kelahiran Lebanon itu sememangnya ditunggu-tunggu para penonton yang menanti seawal 6 petang bagi menyaksikan sendiri artis pujaan mereka dengan lebih dekat.

Bahkan, persembahan Maher dianggap mempunyai kelas tersendiri kerana turut diiringi barisan pemuzik orkestra antarabangsa yang menyajikan alunan muzik mengasyikkan.

Fenomena Maher Zain seakan tidak terpadam dalam memori peminat di negara ini malah aura Maher dibuktikan melalui kehadiran penonton daripada pelbagai peringkat umur walaupun harga tiket sekitar RM53 hingga RM297.

Dibawakan oleh In Team Records Sdn. Bhd. dan Fiero Sdn. Bhd. serta kolaborasi dengan pihak Awakening Entertainment, konsert berkenaan turut mempersembahkan Irfan Makki dari Kanada, Mesut Kurtis dari Macedonia dan grup Nasyid tempatan, Inteam sebagai artis undangan.

Melenyapkan seketika ingatan terhadap persembahan pembukaan oleh Inteam yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Dia Muhammad dan lagu medley Kasih Kekasih, Nur Kasih, Rabiatul Adawiyah dan Setanggi Syurga.

Sunday, February 27, 2011

The Wanted diminati gadis Malaysia

THE WANTED, dari kiri: Siva Kaneswaran, Nathan Sykes, Max George, Jay McGuiness dan Tom Parker.


Download (for preview)

The_Wanted_All_Time_Low.



PENTAS seni hiburan antarabangsa suatu ketika dahulu pernah dimeriahkan dengan kehadiran begitu banyak kumpulan muzik remaja terkenal sekitar akhir tahun 90-an.

Nama-nama seperti Take That, Westlife, N Sync dan Backstreet Boys adalah antara kumpulan yang menjadi kegilaan ramai remaja di seluruh dunia.

Biarpun kini era kegemilangan kumpulan muzik remaja seperti tenggelam, tetapi masih terdapat lagi beberapa buah kumpulan baru yang telah ditubuhkan.

Antaranya adalah The Wanted, sebuah kumpulan yang berasal dari United Kingdom dan kini sedang mengecap populariti di negara tersebut. Ia dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Max George, Siva Kaneswaran, Jay McGuiness, Tom Parker dan Nathan Sykes.

Ditubuhkan pada tahun 2009, kelima-lima anak muda ini telah bergabung setelah melalui satu sesi uji bakat yang dijalankan oleh Jayne Collins.

Menariknya tentang kumpulan ini, kesemua ahlinya mempunyai latar belakang tersendiri. Max misalnya adalah bekas pemain bola sepak dan pernah mewakili pasukan Preston North End di England.

Sementara, Siva yang merupakan jejaka kacukan Ireland-Sri Lanka adalah seorang model, Jay pula berbakat dalam bidang tarian sementara Tom adalah pelajar universiti dalam bidang Geografi dan Nathan adalah ahli paling muda iaitu baru berusia 17 tahun dan sering membuat persembahan nyanyian sejak kecil.

Setelah ditubuhkan, kumpulan tersebut terus tidak menoleh ke belakang lagi dengan menghasilkan single pertama mereka yang berjudul All Time Low.

Ternyata lagu yang dihasilkan oleh Steve Mac dan Ed Drewett itu terus mengungguli carta UK Singles pada minggu pertama ia diperdengarkan di corong radio.

Kemudian pada November 2010, mereka telah menghasilkan sebuah album yang mengandungi 13 buah lagu termasuk hit mereka, Heart Vacancy dan Lose My Mind.

Biarpun masih agak baru lagi dalam persada hiburan, tetapi kumpulan itu juga turut meraih beberapa kejayaan. Antaranya, menang untuk kategori Kumpulan Terhangat di 4Music Awards serta tercalon dalam kategori Kumpulan Terbaik di Anugerah Virgin Media Music.

Saturday, February 26, 2011

Pelakon Daphne peluk Islam

Daphne Eleanor Iking.



KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdedah kepada agama ini dan kerana keindahannya, saya tertarik untuk menjadi seorang Muslimah,” kata pelakon dan personaliti terkenal, Daphne Eleanor Iking.

Sebelum ini, gosip mengenai bintang filem Belukar berusia 32 tahun itu memeluk Islam menjadi tajuk hangat di laman web hiburan tempatan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Daphne menjelaskan kepada media, dia memeluk Islam awal bulan lalu selepas mempelajari selok- belok agama itu, Disember lalu.

“Selepas memeluk agama Islam, saya membuat keputusan berkahwin dengan lelaki pilihan hati, iaitu Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe. Majlis resepsi dilakukan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah 8 Januari lalu.

“Majlis perkahwinan itu hanya dilakukan kecil-kecilan. Bagi saya, tidak perlu mengadakan majlis besar- besaran kerana yang penting adalah keutuhan rumah tangga berkenaan dan bukan majlis perkahwinan,” katanya, semalam.

Menurut Daphne, dia dan Joe adalah rakan kongsi dalam perniagaan.

Katanya, sejak mengenali hati budi masing-masing, mereka tertarik antara satu sama lain dan membuat keputusan menamatkan hubungan yang terjalin ke jenjang pelamin.

“Suami saya bersikap rendah diri dan tidak mahu terlalu menonjol di khalayak ramai mahupun media. Malah, saya mencintainya kerana sifatnya yang lemah lembut dan penyayang,” katanya.

Siti Sarah-Shuib Sepah selamat diijabkabul



KUALA LUMPUR - Selepas bertunang secara diam-diam pada 16 November tahun lalu, penyanyi Siti Sarah Raisudin, 27, dan pelawak kumpulan Sepah, Shahmira Mohamed, 27, atau Shuib akhirnya selamat diijabkabulkan semalam.

Siti Sarah dinikahkan sendiri oleh bapanya Raisudin Hamzah sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nizar Mohd. Nadzir.

Pasangan itu yang ditemui sejurus majlis akad nikah selesai tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur untuk menjalani kehidupan berumahtangga selepas lebih setahun bercinta.

"Saya bersyukur apabila bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami diri saya dan bertanggungjawab. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik.

Friday, February 25, 2011

Zaefrul: 'Ini semua salah faham'




KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sudah bebas daripada semua tuduhan dan kejadian yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham,” kata pelakon drama popular, Zaefrul Nadzarine Nordin, 45, atau Zaefrul ketika mengulas mengenai insiden dia ditahan pihak berkuasa selepas terbabit dalam kes ugutan terhadap dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), minggu lalu.

Zaefrul dan dua lagi rakannya berusia lewat 30-an yang ditahan bagi membantu siasatan selepas menyerah diri dibebaskan Selasa lalu selepas pihak berkuasa melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu selain berpuas hati dengan keterangan serta kerjasama diberikan mereka sepanjang tempoh berkenaan.

Menceritakan bagaimana kejadian itu bermula, Zaefrul berkata, dia dipanggil kedua-dua pegawai penyiasat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menggunakan sindiket nikah palsu untuk perkahwinannya yang kedua.

“Dua pegawai terbabit mendakwa mahu bertemu di sebuah kafe di Danau Kota sebelum saya pergi bertemu mereka ditemani tiga rakan kira-kira jam 11.20 malam Ahad lalu.

“Bagaimanapun, keadaan bertukar tegang apabila seorang daripada rakan saya bercakap sesuatu yang kurang enak kepada dua pegawai penyiasat itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak menyangka seorang daripada tiga rakannya itu mengambil tindakan itu dan dia kesal dengan apa yang terjadi.

“Selepas mengetahui dua pegawai itu membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan, saya tampil menyerah diri di Balai Polis Kepong.

“Jika tidak bersalah, kenapa perlu takut dan selepas siasatan dilakukan saya dibebaskan. Ini jelas membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.

Menurut Zaefrul, dia berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap kejadian yang menimpanya itu.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya menggunakan sindiket nikah palsu didalangi pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berkahwin, Zaefrul mendakwa dia tidak terbabit sama sekali.

“Tidak semua yang dipanggil untuk proses siasatan terbabit dalam sesuatu kes yang sedang disiasat itu. Saya hanya dipanggil menyalurkan maklumat kepada mereka.

“Saya harap penjelasan ini dapat membersihkan semula imej yang tercalar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan pembebasan ketiga-tiga lelaki termasuk Zaefrul yang ditahan pihaknya bagi membantu siasatan membabitkan kes ugutan terhadap dua pegawai SPRM.

Thursday, February 24, 2011

Bunkface tanpa Sam

Sam



SEJAK tertubuhnya band baru The Azenders, vokalis band Bunkface Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom dikatakan bakal menarik diri daripada Bunkface. Malah berita itu dilihat semakin hangat apabila hanya dua ahli Bunkface iaitu Farouk Jaafar (Youk) dan Ahmad Farhan Hashim (Paan) yang kelihatan pada majlis pelancaran program terbitan RTM Xpresi Kembara yang berlangsung di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.

Bahkan pada majlis tersebut, Youk dan Paan turut membawa seorang penyanyi baru naungan Bunkface Production Sdn. Bhd. iaitu Myo yang dikhabarkan bakal menggantikan tempat Sam andai dia meninggalkan Bunkface kelak.

Paan dan Youk menegaskan Sam masih lagi ahli Bunkface dan berita dia meninggalkan Bunkface hanyalah khabar angin.

“Itu hanya khabar angin, Sam masih bersama Bunkface. Dia tidak dapat hadir ke majlis ini kerana dia kini sibuk dengan promosi band The Azenders yang merupakan projek sampingan Sam,” ujar Paan.

Disoal lagi, sampai bilakah keadaan ini akan berlarutan dan adakah benar jodoh mereka bersama Sam akan berakhir tidak lama lagi?

Jawab Youk: “Saya tidak tahu jodoh kami sebagai sebuah band akan bertahan sampai bila. Kemungkinan untuk Sam keluar daripada Bunkface saya tidak tahu bila. Tetapi sekarang apa yang boleh saya cakap dia masih bersama kami.”

Bagaimanapun Youk tidak menafikan wujud perselisihan faham antara mereka dan perkara itu bertambah berat apabila Sam memberi lebih tumpuan kepada The Azenders.

Wednesday, February 23, 2011

Pelakon lelaki popular dicekup JAIS



HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam.

TV3 sahkan Zizan, Dira sebagai pasangan hos baru Melodi



KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai Zizan Raja Lawak, 27, dan Dira Abu Zahar, 27, bakal menjadi pengacara rancangan hiburan sensasi Melodi ternyata benar setelah pengurusan TV3 mengesahkannya semalam.

Penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar berkata, pemilihan Zizan dan Dira dibuat bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid Senario yang sudah enam tahun mengendalikan rancangan itu.

“Tidak dinafikan kehebatan dan keserasian gandingan Fara dan Wahid sepanjang enam tahun mengacarakan Melodi, tetapi kami merasakan pertukaran pengacara adalah salah satu langkah strategik yang wajar dilakukan.

“Kami yakin dan percaya dengan bakat yang dimiliki oleh Zizan dan Dira serta gandingan mereka berdua mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bagaimanapun tegas Azman, dia tidak mahu penonton setia rancangan tersebut salah faham dan menganggap telah timbul masalah di antara pihak penerbit dengan Fara dan Wahid.

Raisuddin ke Mahkamah Tinggi Syariah


PENYANYI dan pelakon, Raisuddin Hamzah dan isterinya Siti Fatimah Suberi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung kes pengesahan perkahwinan mereka di Shah Alam, 23 Feb.

Tuesday, February 22, 2011

Emma Akma ganti Ani Maiyuni

DARI KIRI: Mas Muharni, Md. Hussin dan Emma Akma merupakan teraju utama pementasan bangsawan Siti Zulaikha di Melaka.



SETELAH seminggu Raja Azrey atau nama sebenarnya, Raja Azri Raja Kamaruzzaman yang menerajui pementasan bangsawan Siti Zulaikha membuat sidang media tergempar, semalam, pihak penganjurnya iaitu Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia tampil memberi penjelasan yang mengejutkan.

“Secara rasminya, kumpulan yang diterajui oleh Raja Azrey tidak akan ke Melaka pada 26 dan 27 Februari di Panggung Sari, Taman Budaya Ayer Keroh, Melaka nanti untuk melakukan persembahan.

“Sebaliknya, kumpulan di bawah arahan saya sendiri akan membuat persembahan tersebut dan akan diterajui oleh Emma Akma sebagai teraju utama iaitu Siti Zulaikha,” ujar Muhammad Rizan Tohid yang menggantikan Raja Azrey selaku peneraju dan pengarah Siti Zulaikha.

Muhammad Rizan mendakwa pembatalan tersebut dilakukan kerana Raja Azrey meletak jawatan sebagai pengarah pada minggu lalu.

Sehubungan itu, sebagai peneraju Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, Muhammad Rizan menjelaskan sudah menjadi tanggungjawabnya meneruskan pementasan tersebut.

Ketika mengadakan sidang akhbar tergempar di Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Lumpur iaitu lokasi berlangsungnya latihan kumpulan di bawahnya, dia menjelaskan kemelut tersebut disebabkan beberapa faktor.

“Apa yang terjadi sebenarnya, memang terdapat dua kumpulan (selain kumpulan Raja Azrey) yang menjalani latihan bangsawan Siti Zulaikha.

“Tetapi kumpulan yang diarahkan saya akan melakukan persembahan di Semarak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) , bukan di Melaka. Kumpulan Raja Azrey sememangnya akan membuat pementasan di Melaka,” katanya.

Namun katanya, apabila terlalu banyak isu yang timbul dan klimaksnya Raja Azrey meletakkan jawatan dan semua tenaga produksi termasuk pelakon utamanya, Ani Maiyuni menarik diri, Muhammad Rizan memutuskan untuk menggantikan kumpulan Raja Azrey bagi pementasan di Melaka.

“Bukan sahaja melibatkan masalah teknikal dan pengurusan, malah kunci utama ialah pelakon kumpulan asal (kumpulan Raja Azrey) gagal menggunakan lenggok bahasa bangsawan supaya Siti Zulaikha benar-benar asli sepertimana dipersetujui pihak penganjur,” katanya.

Namun, apabila Raja Azrey tidak dapat memenuhi permintaan penganjur untuk menjelmakan bangsawan secara asli, ia memberi impak kepada semua pihak yang terbabit.

Muhammad Rizan memberitahu, dia telah berusaha membetulkan dialog pelakon-pelakon kumpulan Raja Azrey selama dua minggu, namun mereka gagal melakukannya dengan baik.

“Saya faham susah payah pelakon yang telah menjalani latihan selama sebulan itu namun ia tidak menepati apa yang dikehendaki.

“Apabila Raja Azrey meletak jawatan dengan mengatakan dia tidak lagi mampu menerajui Siti Zulaikha, saya mengajak para pelakon kumpulan Raja Azrey untuk bersama-sama menjayakan pementasan tersebut,” jelasnya.

Namun, mereka menarik diri dengan alasan tidak mampu membawa watak seperti yang diinginkan Muhammad Rizan.

Mengenai dakwaan Raja Azrey bahawa pihaknya tidak pernah datang ke latihan yang dijalankan oleh Raja Azrey, katanya itu adalah tidak benar.

Tegas Muhammad Rizan, sepanjang sebulan lebih latihan kumpulan Raja Azrey dijalankan di Bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, dia sentiasa hadir walapun tidak setiap hari.

“Sebab itu saya tahu ada yang tidak kena dan perlu diperbetulkan terutama dialog pelakon-pelakonnya,” tegasnya.

Monday, February 21, 2011

Fazura bimbang tak dapat visa

DUTA Lux tahun 2000, Amy Mastura memakaikan mahkota kepada Fazura sebagai simbolik pelantikan Fazura sebagai duta terbaru Lux.



“SAYA bimbang tentang visa. Hingga kini, saya masih menunggu,” begitu ungkapan ringkas aktres cantik Fazura. Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu sebenarnya melahirkan kegusarannya tentang pemergiannya ke Mekah menjelang 3 Mac ini.

Dia sebenarnya bakal menjalani penggambaran selama dua minggu untuk dua drama arahan pengarah terkenal, Erma Fatima iaitu Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu.

Apa yang ketara, riak risau pada wajahnya itu silih berganti dengan keterujaan pada dirinya yang dalam masa yang sama berkesempatan untuk mengerjakan umrah di sana nanti.

“Saya harap, semuanya berjalan lancar. Janganlah ada apa-apa halangan. Rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan umrah semasa Umie Aida bernikah di Mekah dulu, masih berbekas.”

“Jadi kali ini walaupun saya pergi kerana kerja, saya bersyukur kerana awal tahun saya dimulakan dengan pergi ke Mekah, saya harap ia berjalan lancar,” katanya.

Menganggap tahun 2011 penuh dengan aura positif buat dirinya, Fazura menegaskan bahawa dia akan lebih memilih dan hanya melakonkan watak yang berbeza daripada apa yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Sebab itu saya terima tawaran untuk berlakon dalam dua drama arahan Erma, Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu yang masing-masing memaparkan watak yang bakal mencabar dan memberi pengalaman baru buat saya,” ungkapnya.

Di Mekah nanti, kata Fazura dengan mata bersinar-sinar, dia mahu berdoa agar segalanya menjadi terbaik buat dirinya serta keluarga.

Bab jodoh, ungkap Fazura, sudah tentu dia mendoakan agar diberikan jodoh yang terbaik memandangkan umurnya yang semakin meningkat.

“Namun, itu tidak membuatkan saya meletakkan batas masa yang tertentu. Apa yang pasti, bukan dalam masa terdekat ini,” tegasnya.

Sunday, February 20, 2011

Aznil Nawawi Mahu tembus rantau Asia

Aznil Haji Nawawi



PADA lima tahun pertama penglibatannya sebagai wartawan penyiaran, Aznil Nawawi tidak pernah terfikir dia akan menjadi orang popular atau seorang bintang.

Pada hematnya juga, dia beranggapan akan terus menjadi orang di belakang tabir yang menjadi pemecah idea pada sesuatu program yang bakal diterbitkan. Bukan menjadi perhatian umum di hadapan kaca televisyen. Namun segalanya berubah apabila dia mula menjadi hos program seperti Pop Kuiz dan Melodi sekitar awal 90-an.

Aznil kini adalah satu jenama penting dalam dunia penyiaran terutama dalam bidang pengacaraan.

Bercakap tentang kembara seni selama 21 tahun, kata Aznil apa yang dilewatinya sepanjang tempoh tersebut adalah satu perjalanan yang penuh dengan keterujaan. Sehingga hari ini, pada usia 48 tahun, dia masih belum lelah atau mahu berhenti daripada dunia yang amat dicintainya ini.

"Dulu saya tidak pernah terfikir akan menjadi peneraju kepada sesuatu program. Saya fikir orang penyiaran tidak akan popular atau menjadi terkenal, sebab saya adalah salah seorang tenaga kerja untuk sesebuah program sahaja.

"Tapi ia telah berubah apabila saya mula diberi kepercayaan untuk berada di depan kaca televisyen dan bertanggungjawab untuk mengendalikan sesebuah program. Daripada situ, saya terus bergerak dan Alhamdulillah, sehingga hari ini, saya sudah menghasilkan banyak program sendiri dengan saya juga masih diterima baik oleh khalayak," kata Aznil.

Benar apa yang diluahkan Aznil. Nama-nama program seperti Macam-Macam Aznil, Tom Tom Bak, Jangan Lupa Lirik dan Serasi Bersama misalnya adalah antara produk yang dihasilkan olehnya. Bersama produk sendiri, anak kelahiran Datuk Keramat, Kuala Lumpur ini juga cukup sinonim sebagai hos program realiti Akademi Fantasia.

Dalam masa yang sama, popularitinya juga membawa dia masuk ke dalam dunia radio sebagai deejay ERA dan sebagai pelakon. Hampir semua cabang seni yang ada telah 'disapu bersih' oleh Aznil.

Aznil ketawa dengan perhitungan yang dibuat. Tetapi kemudian dia berkata, semua pekerjaan yang dilakukannya itu adalah rekod peribadi buat dirinya. Aznil mengaku sengaja mencipta sebanyak mungkin rekod agar dia sentiasa bergerak dan tidak statik pada satu kedudukan. Semuanya demi kecintaan yang cukup mendalam terhadap bidang seni.

"Saya harus terus mencipta rekod untuk diri sendiri sebagai pendorong buat saya terus bergerak ke hadapan. Saya mahu melawan limitasi diri agar setiap yang saya lakukan itu berbaloi.

Saturday, February 19, 2011

Diana akui masih berhubungan dengan Farid

Diana Danielle



KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu ambil pusing mengenai persepsi orang ramai terhadap hubungan saya dengan Farid Kamil. Namun, saya ingin jelaskan kami masih berkawan baik walaupun sudah berpisah,” kata pelakon, Diana Danielle mengenai isu mengatakan dia dan bekas kekasihnya itu bergaduh.

Dia mengulas pelbagai khabar angin melanda mereka sejak memutuskan hubungan cinta bulan lalu.

Malah, ada juga yang mendakwa dia dan pengarah serta aktor berkenaan sering bergaduh dan berhutang sesama sendiri.

Tidak mahu memanjangkan cerita, Diana mengambil keputusan untuk tidak lagi membincangkan perkara itu.

Katanya, meskipun hubungan itu sudah berakhir, hakikatnya mereka masih berkawan baik.

“Ia hanya khabar angin. Hubungan kami masih utuh sebagai kawan dan isu bergaduh tidak pernah berlaku. Cukuplah sampai di sini dan tiada apa yang harus saya terangkan kerana ia tidak benar,” katanya.

Menurut bintang muda ini, dia sudah jemu diajukan pelbagai soalan berkaitan Farid.

Namun, dia menganggap peminat berhak membuat pelbagai spekulasi mahupun pelbagai cerita mengenainya.

“Mereka tidak tahu cerita sebenar mengenai saya dan Farid. Rasanya, tidak perlu dipanjangkan lagi hal ini kerana terbukti ia sekadar khabar angin,” kata Diana.

Friday, February 18, 2011

RM35,000 Ana Raffali bukan untuk kahwin

Ana Raffali



BERJAYA membawa pulang RM35,000 dan sebuah trofi setelah lagu Tolong Ingatkan Aku yang menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) baru-baru ini, Ana Raffali berjanji mahu membuat sebuah majlis kenduri kesyukuran untuk peminat, pihak media dan juga orang ramai yang banyak membantunya dalam karier nyanyian.

Jelas Ana, dia mahu berkongsi rezeki yang diperolehinya itu bersama penyokong yang sentiasa percaya pada bakatnya.

Akui Ana, itu sahaja agenda yang bermain dalam fikirannya buat masa ini. Dia langsung tidak terfikir menggunakan wang kemenangan itu untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat seperti yang didakwa.

“Saya mahu buat kenduri kesyukuran dengan menjamu peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini. Ini adalah tanda terima kasih saya kepada mereka. Ikut perancangan, saya nak buat dua majlis, satu untuk mereka yang menjadi tulang belakang kejayaan saya di AJL dan satu lagi bersama peminat.

“Mengenai isu kahwin pula, saya rasa apa yang saya capai pada hari ini masih belum cukup membantu keluarga. Banyak yang perlu saya usahakan lagi bagi membantu keluarga. Saya bukannya daripada keluarga yang mewah. Ayah saya seorang pesara dan ibu pula hanya suri rumah,” terang Ana ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai teman lelaki, Ana tidak menafikan dia mempunyai seseorang yang rapatnya dengan dirinya. Malah, Ana mengakui dia merahsiakan tentang teman lelaki sebelum ini atas nasihat pihak pengurusan.

“Bukan sengaja mahu menyembunyikan kepada peminat, tetapi pihak pengurusan saya menasihatkan supaya bercerita soal karier sahaja. Lagipun, individu yang dikatakan ‘teman lelaki’ itu sebenarnya adalah teman yang rapat dengan saya dan dia banyak menyokong saya sebelum saya dikenali umum,” ujarnya yang akan melancarkan kelab peminat tidak lama lagi selepas mendapat sambutan dalam laman sosial Facebook.

Katanya lagi, dia akan menggunakan nama ‘The Marhaens’ untuk kelab peminatnya kerana ia bermaksud rakyat jelata.

“Nama itu memang sesuai digunakan sebagai simbolik kepada peminat-peminat saya. Tetapi saya tidak pasti sama ada akan ramai atau tidak peminat yang akan menyertai kelab peminat itu,” katanya yang mempunyai 142,000 rakan dalam Facebook miliknya.

Thursday, February 17, 2011

Sasha: Bukan serang, bukan perang




SUDAH lama tidak kedengaran cerita tentang artis wajah kacukan yang satu ini. Dahulu, dia lebih dikenali sebagai penyanyi bersama kumpulan pop wanita Elite.

Namun, kini selepas bergelar isteri kepada Salyo Priyanto dan ibu kepada Adam Aryasenna Notosoemarsono, setahun enam bulan, karier Sasha Saidin lebih terarah kepada bidang lakonan dan pengacaraan.

Namun, buat pertama kali dalam sejarah kerjaya Sasha sebagai anak seni, dia dihambat gosip yang kurang enak. Kononnya dia tidak sehaluan dengan orang produksi dalam program wanita kelolaannya berjudul Bella yang bersiaran di ntv7.

Malah, gosip itu turut keluar di Internet yang mendakwa ibu Sasha telah menyerang penerbit program tersebut di pejabat selepas Sasha mengadukan perasaan tidak puas hatinya itu.

Sasha yang ditemui pada majlis penyampaian cek program Serasi Bersama baru-baru ini menjelaskan kedudukan sebenarnya dalam program Bella.

"Saya bukan disingkirkan tetapi saya yang mengambil keputusan untuk mengundur diri kerana tidak menandatangani kontrak.

"Sebenarnya ini hanyalah isu kecil, saya tidak sangka pula ia menjadi besar. Saya tidak bergaduh atau berperang dengan siapa-siapa, saya tidak tahu cerita itu datang dari mana, cuma saya rasa lebih baik untuk saya undur diri," katanya.

Disoal lagi, jika tidak timbul sebarang masalah, masakan Sasha mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada program yang turut dikendalikan oleh Elaine Daly dan Daphne Iking itu sedangkan dia telah bersiaran sebanyak enam episod itu.

"Saya tidak pernah berkecil hati tetapi sukar untuk saya menerimanya apabila terdapat orang yang mengarahkan saya untuk menjadi seseorang yang bukan saya di hadapan kamera.

"Saya telah beritahu pihak produksi yang personaliti saya begini, jika mahu sama dengan pengacara yang lain nanti tidak ada yang istimewanya. Bila mereka tidak dapat terima personaliti saya, saya tidak kisah.

"Oleh itu, daripada jadi hipokrit baik saya undur diri, tambahan ketika itu mereka minta saya untuk tandatangani kontrak dan saya tidak menandatanganinya.

Wednesday, February 16, 2011

Ally juga pilih Gadis Melayu 1

Ally dan Nur Aishah memegang tepak sirih hantaran peminangan mereka.



PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairul Noormaidah Zali atau Aida, kini seorang lagi peserta GM1 disunting pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar Mohd Mardzi.

Ally Iskandar, 35, memilih Nur Aishah Zainal, 26, sebagai pilihan hatinya dan pasangan ini selamat bertunang pada 11 Februari lalu. Malah, majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup yang dihadiri sanak-saudara kedua-dua pihak.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran program baru, Sejuta Impian di Sri Pentas, TV3, semalam, Ally berkata, dia tidak berniat menyembunyikannya daripada media, tetapi menghormati permintaan keluarga.

“Saya minta maaf kepada semua pihak kerana tidak mengundang untuk menghadiri majlis pertunangan itu kerana bukan saja wakil media, tetapi rakan sekerja juga tidak mengetahuinya kecuali bos saya.

“Justeru, tak dinafikan saya terkejut apabila majlis pertunangan itu keluar dalam ruangan gosip. Saya tertanya-tanya juga siapa yang memaklumkannya, tetapi selepas membaca dan turut ditulis mengenai tema merah hitam majlis itu, saya faham.

“Barangkali maklumat itu diberikan pihak yang terbabit menguruskan majlis pertunangan itu. Bagaimanapun, saya tidak berniat untuk menyembunyikannya,” katanya.

Menurutnya, dia mula mengenali Nur Aishah pada 2008 dan mereka mula serius sejak tiga bulan lalu.

Tidak memaklumkan jumlah wang hantarannya, Ally yang ditanya mengenai kriteria Nur Aishah yang juga pemenang tempat kedua GM1 berjaya menambat hatinya, sekadar memaklumkan dia menerima gadis itu seadanya dan mahu sentiasa berada di sisi Nur Aishah.

“Kalau diikutkan saya seorang yang cerewet dalam memilih teman. Bagaimanapun, Nur Aishah ini lain orangnya kerana saya tidak pernah mempersoalkan apa-apa mengenai wanita sepanjang berada di sampingnya. Bahkan, saya ingin selalu bersamanya,” katanya.

Tuesday, February 15, 2011

NABIL: Tak mabuk, tak lari




KONTROVERSI hitam penyebaran gambar panas bersama seorang gadis pantas membuatkan khalayak mula memandang serong terhadap dirinya. Selepas kontroversi itu, Nabil akui bukan mudah untuknya membersihkan imej buruk yang terpalit ke atas dirinya.

Sepi seketika daripada kisah sensasi, namanya tiba-tiba kembali diperkatakan. Dia dikatakan salah seorang pengunjung sebuah pusat hiburan yang berjaya meloloskan diri sebaik sahaja pihak polis membuat serbuan minggu lalu.

Menyedari dirinya adalah individu yang dimaksudkan itu, pelakon komedi berkenaan lantas menjawab segala persoalan yang timbul kerana tidak mahu peminat terus memberikan persepsi buruk terhadapnya.

“Memang saya hairan kenapa nama saya telah dikaitkan dengan kontroversi berkenaan. Saya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki di pusat hiburan yang dimaksudkan itu.

“Apa yang saya tahu kejadian tersebut berlaku pada 29 Januari yang lalu. Sedangkan pada tarikh itu saya berada di rumah dan tengah memasang perabot yang baru dibeli di Ikea,” tegasnya ketika diminta memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Ketika diberitahu terdapat rakaman melalui kamera litar tertutup di pusat hiburan itu, dia menjelaskan tidak ada apa yang perlu dirisaukan olehnya kerana dia bukanlah juara Raja Lawak tersebut.

Bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa kesalnya dengan tuduhan yang dilemparkan ketika dia sedang berusaha untuk memulihkan kembali namanya yang sudah tercalar sebelum ini.

Menurutnya, selepas berlaku kontroversi yang mengaibkannya, dia sedaya upaya untuk mengelak agar tidak lagi dikaitkan dengan sebarang cerita-cerita panas membabitkan dirinya.

“Bayangkan semasa kecoh mengenai cerita saya berciuman dengan seorang gadis, hampir sebulan saya tidak keluar ke mana-mana kecuali ke set penggambaran.

“Keadaan itu membuatkan saya agak sedikit tertekan tetapi masih lagi boleh dikawal. Kalau nak diikutkan kata hati, dah lama saya ambil keputusan untuk berhenti sahaja daripada menjadi artis,” luahnya.

Pada masa yang sama, dia juga tidak menafikan bahawa segala kontroversi yang timbul telah menyebabkan perjalanan hidup dan kariernya sedikit terjejas.

Namun dia menganggap segala yang berlaku itu adalah asam garam dalam kehidupan sebagai seorang artis. Ujarnya, dia sangat bersyukur kerana peminat masih lagi memberi sokongan terhadap dirinya walaupun kerap dilanda dengan pelbagai kontroversi.

Monday, February 14, 2011

Ameng, isteri didakwa miliki dadah

Ameng serta isterinya, Sabariah Zakaria di Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.


MELAKA:--- Selepas 14 hari direman, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng bersama isterinya, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memiliki dadah.

Ameng , 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail yang memakai kemeja berwarna coklat dan seluar panjang kelabu, mengaku bersalah di hadapan Hakim Zaharah Hussain.

Isterinya, Sabariah Zakariah, 41, yang bertudung pula mohon dibicarakan atas dua pertuduhan itu.

Mereka didakwa secara bersama atas tuduhan memiliki 122 gram kanabis dan satu gram methamphetamine di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya di sini lebih kurang pukul 5.20 petang, 1 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Sementara pertuduhan kedua terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 12 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama iaitu denda tidak lebih RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ameng merayu supaya hakim melepaskan Sabariah daripada dua pertuduhan itu.

''Saya merayu supaya isteri dilepaskan kerana dia tidak tahu-menahu, malah dia juga sering menasihati saya supaya tidak terlibat dengan dadah.

''Semua ini adalah kesalahan saya. Kami ada seorang anak berusia tiga tahun yang menghidap asma yang kini hilang selera makan kerana terlalu rindu serta amat memerlukan belaian ibunya,'' katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin yang mendengar rayuan tertuduh kemudian memberitahu, rayuan Ameng yang meminta isterinya dilepaskan adalah terpulang kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk menentukannya.

Ifa yang tidak mencadangkan ikat jamin memohon tarikh sebutan baru ditetapkan sementara menunggu laporan kimia bagi menentukan berat bersih dadah.

Zaharah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes.

Sunday, February 13, 2011

Konsert Sheila Majid 25 Years lebih hebat !!

SHEILA bersama barisan tenaga produksi Konsert Sheila Majid 25 Years, Radiance Cellebration Live In Jakarta termasuk suaminya sendiri, Acis (dua dari kanan).




JAKARTA: -- KEKECEWAAN berganti gembira. Duka bertukar suka. Jika sebelum ini konsert solonya yang dijadualkan berlangsung pada 23 September lalu di Jakarta terpaksa di tunda atas alasan keadaan ketegangan politik yang masih belum reda antara Indonesia dan Malaysia, namun konsert itu akhirnya menjadi suatu realiti.

Malah, halangan tersebut sebelum ini langsung tidak mematahkan semangat Datuk Sheila Majid apabila penganjur konsert tersebut, TIS Communication telah mengumumkan lebih awal tarikh muktamad iaitu esok, 15 Februari ini.

Lega dengan keputusan itu, Sheila dan tenaga produksinya mampu tersenyum kembali dan berganding bahu menyempurnakan setiap lagu yang ingin didendangkan kelak.

"Kesempurnaan sebanyak 20 buah lagu yang bakal dipersembahkan telah pun diteliti dengan mendalam sepanjang bermulanya sesi latihan dua minggu lalu.

"Saya mahu konsert ini menjadi hadiah amat bernilai kepada seluruh peminat dan individu yang pernah terlibat dengan kerjaya seni saya," katanya dengan reaksi penuh gembira.

Di sebalik keriangan setelah sekali lagi melakar sejarah penuh makna dalam kerjaya seninya itu, Sheila tidak menafikan begitu teruja dan tidak sabar untuk menggegarkan ruang pelosok JCC.

Ini kerana kelunakan suaranya itu akan bertambah agresif apabila dua pemuzik, Jenny Chin dan Mac Chew yang cukup sinonim dengan kejayaan kerjayanya sebelum ini turut dibawa bersama.

Selain itu, konsert berkenaan turut dijayakan oleh suaminya sendiri iaitu Acis yang menggalas tugas sebagai Pengarah Muzik.

Dengan tawa riang dan usikan Sheila setelah selesai mengadakan latihan di Studio Akarkarya baru-baru ini, jelas terpancar bahawa penghibur itu begitu senang bekerjasama dengan tiga pemuzik profesional tersebut.

"Bayangkan peminat kali ini bukan dihiburkan oleh saya sahaja bahkan mereka dapat menyaksikan kehebatan tiga pemuzik profesional berada di atas satu pentas.

"Inilah saat yang dinanti-nantikan kerana masing-masing begitu bermakna dalam dunia kerjaya seni saya," jelasnya yang berlepas ke Jakarta dua hari lalu.

Saturday, February 12, 2011

Norlia Ghani kena ragut RM8,000

Norlia Ghani



KUALA LUMPUR: “Saya tergamam dan tak sempat melakukan apa-apa,” kata pelakon veteran, Norlia Ghani, 63, menceritakan detik cemas dia menjadi mangsa ragut dua lelaki menunggang motosikal di pusat beli-belah Ampang Park, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia ditolak hingga tersandar di dinding oleh dua lelaki terbabit yang kemudian meragut beg tangannya ketika dalam perjalanan ke hentian teksi berhampiran untuk pulang ke rumahnya di Jalan Gurney.

“Saya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, namun kejadian ini benar-benar meninggalkan trauma. Saya tergaman dan hanya berdiam diri.

“Saya tidak terfikir langsung untuk menjerit atau mencatat nombor pendaftaran motosikal yang digunakan mereka kerana kejadian terlalu pantas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Norlia baru saja mengeluarkan wang RM8,000 di bank berhampiran pusat beli-belah berkenaan dan dalam perjalanan ke hentian teksi berhampiran untuk pulang.

Difahamkan, wang terbabit diterimanya sebagai pendahuluan untuk sebuah drama bersiri yang dilakonkannya dan setakat ini sudah menjalani penggambaran 10 episod.

Norlia berkata, wang itu untuk membayar sewa rumah dan diletakkan dalam sampul surat sebelum dimasukkan ke dalam beg tangan.

“Mungkin mereka memerhatikan gerak-geri saya dan menunggu masa sesuai untuk meragut... kebetulan pula ketika itu tiada orang lain di hentian teksi berkenaan.

“Mereka juga hanya mengambil sampul surat yang berisi wang manakala beg tangan saya pula dicampakkan kembali,” katanya.

Dia berkata, mujur peragut terbabit tidak melarikan beg tangannya kerana ada pelbagai dokumen penting serta telefon bimbit di dalamnya.

“Apapun, saya reda dan menganggap ini semua ujian Allah SWT dan berharap orang lain berhati-hati jika mahu mengeluarkan wang dalam jumlah banyak daripada bank,” katanya.

Berikutan itu, Norlia membuat laporan di pondok polis berhampiran pusat beli-belah berkenaan.

Ally Iskandar sudah sah bertunang



Pengacara TV3, Ally Iskandar sudah sah bertunang dengan Nur Aisy’ah Zainal, semalam.
Nur Aisy’ah, merupakan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama berjaya dipikat oleh Ally Iskandar.

Mungkin sudah arif dengan selok belok dunia media, Ally bijak menepis berita yang berunsurkan peribadi ini. Sangat hebat Ally ni. Diam - diam ubi katakan.
Apa - apa pun , diucapkan selamat Bertunang Ally dan Nur Aisyiah.

Friday, February 11, 2011

Ahmad Dhani cetus kontroversi

Ahmad Dhani



JAKARTA:-- Penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani mencetuskan kontroversi apabila dia membuat pengumuman mengejutkan buat semua peminat hiburan di Indonesia baru-baru ini.

Ahmad Dhani yang diuar-uarkan sebagai bakal pengetua Akademi Fantasia Ke-9 (AF9) terbitan Astro itu mencetuskan seribu pertanyaan kerana dia menyatakan isterinya sedang hamil dalam program muzik, Dahsyat.

Menurut akhbar dalam talian KOMPAS.com, Ahmad Dhani, 38, membuat kenyataan itu semasa dia belum menyanyi dalam program tersebut di Studio 1, RCT1, Kebon jeruk, Jakarta Barat.

Akhbar itu membuat spekulasi bahawa isteri Ahmad Dhani itu ialah Mulan Jameela yang juga seorang penyanyi kini sedang hamil tanpa diketahui siapa bapanya yang sah.

"Ya, untuk isteri saya yang lagi hamil, semoga diberikan kelancaran hamilnya," ujar Ahmad Dhani yang juga seorang produser.

Komedi muzikal yang kurang mantap

DUA hos Raja Lawak musim kelima (dari kiri) Zizan dan Johan bersama tiga peserta tercorot kali ini, kumpulan Balas, kumpulan Pukau dan Man.


TEMA komedi muzikal yang dibawa oleh lapan peserta pada minggu kelima Gelanggang Raja Lawak musim kelima seolah-olah kurang menjadi apabila mereka gagal memikat hati ketiga-tiga pengkritik tetap.

Persembahan yang berlangsung pada minggu lepas itu sepatutnya lebih gamat dengan iringan muzik daripada band jemputan kerana ia dilihat mampu meningkatkan kualiti jenaka yang mungkin di luar jangkaan penonton.

Bukan itu sahaja, kesinambungan dari penceritaan kepada lagu dilihat menjadi masalah utama kepada kebanyakan peserta.

Mungkin disebabkan oleh beberapa kemahiran yang perlu diambil perhatian sehingga menyebabkan mereka kurang fokus pada persembahan.

Salah seorang juri tetap Raja Lawak musim ini, Afdlin Shauki berkata, ramai antara peserta tidak memahami komedi muzikal dan dia turut mengakui ia satu tema yang sukar dibawa.

"Perkara penting apabila berhadapan dengan komedi muzikal ini bukan terletak pada lagu yang perlu dinyanyi dengan best (bagus) tetapi sebuah penceritaan yang nak dilihat penonton.

"Genre ini sebenarnya senang dengan bantuan muzik tetapi mungkin mereka baru sehingga menyebabkan ianya susah," katanya ketika ditemui selepas siaran langsung rancangan itu yang berlangsung di studio Finas, Hulu Kelang.

Bagaimanapun, Afdlin berkata, walaupun persembahan yang ditunjukkan oleh kelapan-lapan peserta sedikit menghampakan, namun terdapat peningkatan daripada aspek penceritaan.

Sementara itu, seorang lagi juri tetap, Sathiya juga sependapat dengan Afdlin mengenai kesukaran komedi muzikal.

Katanya, jika komedi dalam lagu sukar dibawa, namun jika lirik sesebuah lagu itu ditukar kepada bahasa lain mungkin lebih berkesan.

"Idea komedi muzikal ini bagus juga kerana ia juga boleh melahirkan pelakon yang mahir menyanyi memandangkan sekarang ini sudah ramai penyanyi bertukar karier sebagai pelakon," katanya.

Undian khidmat pesanan ringkas (SMS) pada minggu lepas menyaksikan Leman mendapat SMS tertinggi sebanyak 18 peratus, Nazmi (14 peratus), R2 (13 peratus) Lucky dan Epy (12 peratus), Man dan Balas (11 peratus) dan Pukaw (10 peratus).

Pada Gelanggang Raja Lawak kali ini, pengkritik David Teo mengumumkan tiada penyingkiran lantaran melegakan lapan peserta terutamanya Pukaw, Balas dan Man yang berada pada kedudukan tiga tercorot.

Thursday, February 10, 2011

Aizat : Rossa Pilih Penyanyi Muda Malaysia

Rossa


HAMPIR dua tahun bergelar ibu tunggal, status itu tidak pernah menggugat saham Sri Rossa Roslaina Handayani, 32, atau Rossa. Malah, dia terus popular dan kini berada dalam kelompok teratas artis 'ngetop' (popular) Indonesia.

Tidak dinafikan bekas isteri kepada pemuzik terkenal, Yoyo dari kumpulan Padi dan juga ibu kepada kepada Rizky Langit Ramadhan, 4, ini punya aura tersendiri.

Popular dengan lagu Ayat-Ayat Cinta, Pudar dan Terlanjur Cinta duet bersama Pasha Ungu ini juga semakin kerap 'terbang' ke Malaysia bagi memenuhi undangan konsert dan persembahan eksklusif. Bagi Rossa, Malaysia bagaikan rumah keduanya.

Terbaru Rossa menjadi pilihan promoter bagi menjayakan persembahan Makan Malam Tahun Baru Cina 2011 yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur malam kelmarin.

Dalam pertemuan khas dengannya sempena kunjungannya itu itu, Rossa turut mengumumkan berita gembira buat peminatnya di sini.

Seperti kebanyakan artis dari negara jiran, gandingan lagu bersama artis tempatan bagaikan satu jalinan dalam mengukuhkan lagi jambatan silaturahim sesama dua negara serumpun itu.

Justeru, Rossa yang pernah merakamkan enam album studio, kini mahu bekerjasama dengan penyanyi remaja Malaysia Aizat Amdan untuk mengindahkan sebuah lagu duet mereka.

"Memang saya sedang memikirkan kerjasama ini sudah sekian lama. Sebelum ini ada beberapa kolaborasi saya membabitkan artis Indonesia seperti Kris Dayanti dan artis Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Namun, belum ada artis lelaki Malaysia.

"Selepas meninjau dan membuat kajian, saya begitu tertarik dengan kemampuan Aizat. Kami sudah pun mengadakan perbincangan ke arah itu. Soal lagu masih dalam peringkat pemilihan dan mungkin lagu bergenre pop. Kalau tiada aral, rakaman lagu ini akan siap penghujung tahun ini," katanya.

Penyanyi genit kelahiran Sumedang, Indonesia ini turut meluahkan rasa kagumnya kepada bakat bekas bintang realiti Akademi Fantasia (AF) itu. Bukan setakat berbakat dalam penulis lagu dan lirik, malah Aizat juga ada vokal yang lunak kata Rossa.

Rossa akui dia makin kerap membuat kunjungan ke Malaysia. Boleh dikatakan hampir dua atau tiga kali dalam sebulan dia datang untuk memenuhi undangan persembahan mahupun urusan perniagaan. Tahun lalu dia pernah menjayakan persembahan mega, Konsert Melodi Cinta Rossa, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gagal damai: Mahkamah nasihat suami Zakiah lafaz talak





PETALING JAYA:-- Mahkamah Rendah Syariah di sini akan menasihatkan suami pengacara TV3, Zakiah Anas supaya melafazkan talak ke atas wanita itu selepas Jawatankuasa Pendamai yang dilantik telah gagal memujuk pasangan tersebut untuk meneruskan perhubungan sebagai suami isteri.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad menyatakan demikian selepas meneliti laporan yang diserahkan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang merupakan pengerusi jawatankuasa tersebut.

Terdahulu, peguam syarie, Abdullah Anuar Sahri yang mewakili Zakiah memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya hadir hari ini namun defendan, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib, 49, gagal hadir tanpa sebarang alasan.

"Sekiranya Mohamad Yusof hadir hari ini, mahkamah akan menasihatkan beliau supaya melafazkan talak terhadap Zakiah (plaintif) mengikut Seksyen 47(14) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003," ujar Ghazali.

Ghazali kemudian turut membenarkan permohonan Abdullah supaya defendan yang tidak diwakili peguam syarie dikenakan waran tangkap dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mac ini.

Zakiah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya pada Januari tahun lalu mengikut Seksyen 47(14) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan Jawatankuasa Pendamai yang dilantik daripada kalangan keluarga terdekat pasangan itu ditubuhkan untuk berbincang sekali gus mencari jalan penyelesaian berhubung kes tersebut.

Sebelum ini, Zakiah pernah memfailkan permohonan cerai secara fasakh sebelum menukarnya kepada pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Syariah Shah Alam tetapi menarik balik kes itu pada 1 September dua tahun lalu.

Wednesday, February 9, 2011

Fasha carian tertinggi Google Malaysia

Fasha Sandha


KUALA LUMPUR:-- Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu.

Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.

"Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan disini semalam.

Tuesday, February 8, 2011

Nana manjakan Althea




JIWA seorang wanita pastinya begitu tersentuh saat zuriat pertama hasil perkongsian hidup bersama insan dikasihi selamat dilahirkan dengan sempurna.

Debaran ketika menahan kesakitan terus lenyap sebaik sahaja tangisan cahaya mata milik pasangan Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali dengan panggilan Nana dan suami tercinta, Mohd. Raqeem Brian memecah kesunyian wad bersalin Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 21 Oktober tahun lepas.

Lantas, titisan air mata membasahi pipi pasangan yang mula mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009 itu di kediaman keluarga Nana di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor.

Ketika itu masing-masing terpandang sesama sendiri bagaikan tidak percaya sudah bergelar seorang ayah dan ibu serta perlu memikul tanggungjawab membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang.

“Susah untuk gambarkan perasaan waktu itu, Nana rasa sayu, sebak dan gembira. Barulah dapat tahu betapa hebatnya ibu yang telah berjaya melahirkan kita ke dunia,” jelas Nana.

Dengan nada sungguh gembira apabila diminta untuk menceritakan kemanisan hidup apabila diserikan dengan kehadiran orang baru, pasangan itu telah sepakat memberikan nama yang ringkas untuk cahaya mata mereka.

Jadi dengan persetujuan bersama, anak sulung mereka yang dilahirkan seberat 2.71 kilogram (kg) itu telah diberikan nama Althea.

“Kami memang bercadang untuk dapatkan nama yang ringkas tetapi manis apabila disebut. Althea merupakan perkataan dalam bahasa Greek yang memberi makna amat sempurna,” beritahunya lagi.

Tanda aras baru Aizat

AIZAT menerima kejutan daripada keluarganya apabila mereka membawa kek bagi meraikan hari lahirnya yang ke-22 pada 21 Januari lalu.


MEMANG tidak keterlaluan dikatakan, penyanyi dan komposer muda popular, Aizat merupakan bakat kelahiran Akademi Fantasia (AF) yang paling berjaya setakat ini.

Biarpun tersingkir di minggu ketujuh pada AF musim kelima, nampaknya itu bukan satu halangan buat Aizat untuk meneruskan kesinambungan seninya.

Kejayaan yang dimilikinya hari ini telah berjaya meletakkan Aizat sebagai anak seni generasi baru yang mampu bertahan lama dalam industri.

Bakat besar Aizat tidak hanya terletak kepada kemampuannya menyanyi dengan baik tetapi dia juga cemerlang sebagai komposer dan penulis lirik.

Di awal kemunculannya ketika dia masih memiliki bentuk badan yang comel, dia pernah dikritik hebat oleh sesetengah pihak.

Namun, kini semuanya berubah apabila mereka kini dapat menerima kehadiran Aizat hanya selepas dia mula meraih perhatian yang cukup meluas dan meledak dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu.

Lempar apa sahaja kata-kata nista kepada Aizat, namun, sebagai anak muda yang memiliki aspirasi dan cita-cita yang tinggi, itu bukan satu kudis untuknya meneruskan kariernya sebagai seorang artis.

Apabila Aizat mengumumkan mahu menganjurkan konsert mininya sendiri di bawah syarikat milik keluarga, Kasi Gegar Entertainment (KGE), ramai juga yang mencebik dan memandang sinis kepada Aizat.

Kata mereka, Aizat pastinya tidak mempunyai sebarang masalah terutama dari segi kewangan untuk merealisasikan konsertnya sendiri.

Apatah lagi, kata mereka, persembahan Aizat tempoh hari bukanlah persembahan yang berada dalam skala sebuah konsert.

Di sebalik kata-kata sinis itu persembahannya menerusi Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara tempoh hari telah membuktikan bahawa pengaruh pemilik nama penuh Muhammad Aizat Amdan itu memang cukup kuat ketika ini.

Sesak Auditorium Bentley di Wisma Bentley, Damansara dengan kehadiran lebih daripada 700 peminat Aizat yang mahu menikmati persembahannya pada malam itu.

Tepat pukul 8.45 malam, Aizat memulakan konsert mininya dengan lagu Years From Now dan diikuti tiga lagu lain iaitu Mana Oh Mana, Senyum dan Erti Hari Ini yang merupakan lagu-lagu ciptaan Aizat bersama abangnya, Anas yang terkandung dalam album keduanya, Urusan Aizat Amdan.

Menariknya, untuk lagu Erti Hari Ini, Aizat telah mengundang tiga orang anak saudaranya iaitu Nur Nadia Roslynna, Nur Arysa Qistina dan Nuris Aqilah untuk mengiringi persembahan.

Sunday, February 6, 2011

Pelakon Kamal masih mahu membujang

AKSI terbaru Kamal dapat disaksikan menerusi drama Gemilang yang kini sedang bersiaran setiap Isnin di TV3.


DIKENALI sebagai pasangan pelakon yang sedang hangat menjalin hubungan cinta, tetapi nama Kamal Adli dan Intan Ladyana juga semakin bertapak kukuh dalam bidang lakonan dengan rezeki tawaran berlakon yang mencurah-curah.

Bagaimanapun, apabila membicarakan soal perkahwinan, Kamal merasakan buat masa ini belum tiba masanya untuk dia memikirkan perkara berkenaan meskipun mengakui sangat mencintai kekasihnya itu.

Ujarnya, menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami sangat besar dan dia hanya akan mendirikan rumah tangga sekiranya merasakan sudah benar-benar bersedia untuk menempuh alam perkahwinan.

"Hubungan kami selama ini cukup baik dan saya gembira memiliki seorang kekasih yang begitu memahami. Sepanjang perhubungan kami, Intan sendiri tidak pernah membangkitkan soal kahwin.

"Lagipun saya lihat sekarang dia begitu mencintai dunia lakonan dan namanya semakin menjadi sebutan. Jadi saya tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepadanya termasuk mengenai perkahwinan," ujarnya.

Tambah Kamal, apa yang lebih penting buat dirinya ketika ini adalah mahu memberi sepenuh tumpuan kepada kerjayanya dan menerima seberapa banyak tawaran yang diperoleh.

Menurutnya, inilah saat dan peluang untuk dirinya mengumpul seberapa banyak harta dan menyimpan wang sebelum menempuh alam perkahwinan dan menggalas tanggungjawab sebagai suami.

"Tidak bermakna harta dan wang ringgit adalah jaminan kebahagiaan sesebuah perkahwinan, tetapi itu adalah suatu yang menjadi keperluan hidup untuk memelihara anak orang.

"Disebabkan itu saya ingin mengukuhkan kedudukan kewangan terlebih dahulu dan memiliki aset seperti rumah. Sudah tentu saya mahukan kehidupan sebuah kehidupan yang selesa selepas berumah tangga nanti," ujarnya.

Menurutnya, dia dan Intan juga tidak akan menyorokkan tentang hubungan mereka dan berjanji akan memberitahu kepada peminat sekiranya masing-masing sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Artis lama dan baru dihargai dengan anugerah Seri Temasek

Pelakon, Aaron Aziz (paling kiri)dan pelakon, pelawak serta penulis skrip, Husin Saaban (paling kanan); diiktiraf dengan Anugerah Harapan Seri Temasek sementara pelawak veteran, Wahid Satay diberikan Anugerah Seri Temasek dalam acara Malam Gala Seri Temasek yang julung-julung kali diadakan.



SINGAPURA:-- SEBELUM ini, beliau pernah menerima anugerah bagi hasil kerjanya dalam bidang lakonan dan berlawak.

Tetapi, semalam, pelakon, pelawak dan penulis skrip, Husin Saaban, menerima Anugerah Harapan Seri Temasek bagi hasil kerjanya dalam bidang penulisan pula.

'Ia sesuatu yang tidak saya jangka. Ini adalah kali pertama hasil kerja saya sebagai penulis skrip diiktiraf dan ia mendorong saya untuk melakukan lebih baik lagi pada masa hadapan,' ujarnya.

Husin merupakan salah seorang daripada tiga penerima Anugerah Harapan Seri Temasek yang diberikan dalam acara Malam Gala Seri Temasek 2011 di Hotel Fairmont semalam.

Selain Husin, pelakon Aaron Aziz dan pelakon-pengarah dari Malaysia, Syamsul Yusof, turut diberikan pengiktirafan itu.

Bagi Aaron pula, beliau menganggap anugerah itu juga sebagai satu tanggungjawab yang besar.

'Saya berharap dengan adanya acara Malam Gala Seri Temasek ini, lebih ramai penaja akan melihat pentingnya acara seperti ini diadakan dan ia dapat diadakan lagi pada tahun-tahun mendatang.

'Semoga acara sebegini juga dapat menjadi pencetus lebih banyak aktiviti kesenian dan semoga industri perfileman Melayu Singapura akan mekar semula,' ujarnya.

Sementara itu, penghibur tersohor, Anita Sarawak, yang menerima Anugerah Legenda Seri Temasek bagi pihak ibunya, Allahyarhamha Siput Sarawak, menyifatkan anugerah yang diberikan bagi mengiktiraf sumbangan arwah ibunya dalam bidang perfileman sebagai amat bermakna.

'Ia merupakan penghormatan yang cukup besar bagi saya menerima anugerah ini bagi pihak Allahyarhamha ibu saya. Saya ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada pihak-pihak yang mengingati dan mengiktiraf sumbangan beliau,' ujarnya.

Sumbangan Anita Sarawak dalam bidang seni juga diiktiraf dengan pemberian Anugerah Pencapaian Seri Temasek.

Kesemuanya, 33 artis baru dan lama, dalam lapan kategori, telah diberikan anugerah.

Antara kategori anugerah yang disampaikan termasuk Anugerah Legenda Seri Temasek, Anugerah Gemilang Seri Temasek, Anugerah Seri Temasek, Anugerah Pencapaian Seri Temasek, Anugerah Harapan Seri Temasek dan Anugerah Tinta Seri Temasek.

Selain acara penyampaian anugerah, acara tersebut turut mengiktiraf sumbangan dan memberi penghormatan kepada seniman agung, Allahyarham P. Ramlee.

Para hadirin dalam acara makan malam dan penyampaian anugerah itu telah dihiburkan oleh persembahan artis-artis seperti Ning Baizura, Fredo, Sarah Aqilah, Didicazli dan Syamsul Yusof.

Acara dihoskan personaliti radio, A.B. Shaik, serta pelakon, penyanyi dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud.

Acara di Hotel Fairmont, Raffles City, itu dianjurkan Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura dan Hann's Entertainment, serta disokong Perbadanan Filem Nasional (Finas) Malaysia.

Saturday, February 5, 2011

Kak Engku berpegangan tangan dengan bekas suami

RAJA AZURA ditemui berpegang-pegangan tangan dengan bekas suaminya minggu lalu.


Laporan menyebut, sewaktu berjalan-jalan di sebuah kompleks beli-belah di tengah kota, ternampak kelibat penyampai Sinar FM, Raja Azura atau Kak Engku sedang berpegangan tangan dengan seorang lelaki.

"Walaupun kedua-duanya memakai kaca mata hitam, pasti itu Kak Engku dan lelaki yang memegang tangannya adalah bekas suaminya, si Adzmin, kata laporan itu.

"Mereka nampak mesra dan tidak kelihatan seperti pasangan yang sudah berpisah.

Kalau benarlah kemesraan itu seperti yang diperkatakan, kita tumpang bahagia.

Moga-moga ada ruang untuk mereka berbaik-baik semula dan memulihkan keadaan. Bukan sahaja demi anak-anak tetapi untuk diri mereka juga.

Friday, February 4, 2011

Rosyam bengang dengan pengkritik

ROSYAM NOOR serius mahu melahirkan golongan pelakon berbakat yang mampu membawa kebaikan kepada masa depan dunia sinema Melayu.


MALAM Pentas Pilih Kasih musim kedua minggu kelapan pada malam Sabtu lepas kecoh dengan komen hangat yang disifatkan agak melampau daripada pengkritik tetap program itu iaitu Prof. Madya Dr. Abu Hassan yang seakan-akan berada dalam dunianya sendiri.

Abu Hassan dilihat seringkali mengeluarkan komen-komen yang agak keras dan penuh puitis sehingga sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan olehnya seperti: "Kamu seperti tiang lampu yang hanya tahu melakukan tiga reaksi sahaja" atau "Anda seperti bot yang akan karam bila-bila masa sahaja."

Komen pedas daripada Abu Hassan itu dilihat kurang membina dan dikhuatiri akan menjatuhkan lagi semangat para artis Pilih Kasih yang masih mentah dan memerlukan bimbingan.

Paling terbaru, dia dilihat seringkali membandingkan antara peserta Pilih Kasih sebagai contohnya: "Jay, monolog awak ini jika diberikan kepada Raffamie Karama sudah pasti beliau dapat melakukannya dengan lebih baik."

Sebelum ini Abu Hassan juga pernah membandingkan Jay dengan Sofian Bujang, peserta Pilih Kasih dari musim pertama mengenai watak yang dibawakannya sebagai penagih dadah dalam teater pada minggu lalu.

Ini sedikit sebanyak telah menyebabkan Rosyam Nor bangun untuk menegur Abu Hassan pada malam Sabtu lalu atas komennya yang agak tidak diperlukan itu.

Wajah tidak puas hati jelas terpancar di wajah Rosyam Nor semasa menegur beliau menandakan tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat Abu Hassan itu.

Namun begitu setelah seketika, isu tersebut berjaya diselesaikan dan persembahan diteruskan pula dengan teater yang menghiburkan dari kesemua peserta Pilih Kasih yang berjudul, Dilema Hantu.

Menurut Rosyam, dia melihat komen Abu Hassan tersebut sebagai pembakar semangat para peserta Pilih Kasih musim kali ini, tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu mereka sering diberikan komen yang terlalu pedas dan bersifat menghentam dan bukan membina, kerana dikhuatiri ia boleh menyebabkan bakat dan semangat mereka akan terpadam begitu sahaja.

Hormati Yusry sebagai pengarah

SERING menjadikan ibunya sebagai rujukan, Kilafairy tidak mudah melatah apabila menjadi mangsa gosip dalam dunia hiburan.



KILAFAIRY kekasih terbaru Yusry Abdul Halim? Apa sudah jadi, bukankah Yusry sedang intim dengan aktres jelita, Maya Karin? Dan siapakah pula gerangan Kilafairy?

Itu persoalan yang timbul apabila heboh diperkatakan menerusi portal gosip tempatan, Kilafairy didakwa sebenarnya kekasih terbaru Yusry.

Kelibat Kilafairy atau nama sebenarnya Shakila Nisha Jahangir Khan sememangnya selalu kelihatan pada majlis yang menggabungkan selebriti dan fesyen sejak akhir-akhir ini, khususnya yang membabitkan jenama terkenal Rafflesia.

Malah, dia juga pernah mengiringi aktor Shahz Jazle pada acara karpet merah sempena majlis Anugerah Skrin 2010 awal tahun ini.

Selepas diselidiki, Kilafairy rupa-rupanya anak kepada penyanyi popular era 1990-an, Rohana Jalil

Mewarisi bakat seni yang dimiliki ibunya itu, namun anak bongsu daripada tiga beradik ini mengambil keputusan untuk terjun ke dunia lakonan biarpun turut memiliki kebolehan menyanyi.

Pernah membintangi drama rantaian Hotel Mania tidak lama dahulu, tuah ternyata berpihak kepadanya selepas itu apabila dia semakin banyak mendapat tawaran berlakon drama-drama tempatan.

Lantaran bakat serta kebolehan yang dimilikinya itu, dia telah dilamar adik Yusry, Edry Abdul Halim untuk menjadi artis di bawah naungan KRU Studio dan telah mengikat kontrak dengan syarikat tersebut sejak bulan Jun 2010.

Thursday, February 3, 2011

Artis leka berhibur ditahan

DI kelab malam di tingkat atas bangunan inilah seorang artis bersama beberapa rakannya ditahan ketika sedang leka berhibur di Bukit Bintang semalam.



KUALA LUMPUR:-- Tindakan seorang pelakon lelaki yang turut merayakan malam sambutan Tahun Baru Cina dengan berpesta di kelab malam memakan diri apabila dia merupakan antara 200 pengunjung yang ditahan selepas polis menyerbu lima buah premis di Bukit Bintang dan Jalan Doraisamy di sini semalam.

Difahamkan, pelakon tambahan lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu pergi ke situ bersama beberapa rakannya untuk berhibur. Dia dikatakan berlakon dalam sebuah drama yang pernah ditayangkan di sebuah stesen televisyen swasta.

Ketika serbuan serentak di lima buah premis hiburan pada pukul 2 pagi itu, artis itu dan rakannya bagaimanapun dibebaskan selepas didapati mereka tidak mengambil sebarang dadah. Mereka dipercayai ditahan ketika sedang asyik menari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pihaknya membuat serbuan selepas menerima maklumat mengatakan terdapat remaja bawah umur memasuki premis berkenaan tanpa sebarang sekatan.

Memey pernah cuba berbaik dengan Abby



PELAKON Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey mengaku, segala kontroversi yang melanda dirinya tidak menjejaskan karier lakonan yang diceburinya sejak beberapa tahun lalu. Dia sendiri bagai sudah lali dengan segala cerita kurang enak yang melanda diri.

Jika diberikan pilihan, tentu sekali Memey enggan mencampur adukkan soal peribadi dengan kerjaya seni, namun sebagai artis dia cukup mengerti onak duri yang harus ditempuh. Ketika yang sama dia amat bersyukur apabila semua kontroversi yang melingkari dirinya, tidak meninggalkan kesan buruk terhadap kerjaya yang sangat disayanginya itu.

Dia melahirkan kesyukuran kerana rezeki dalam bidang itu terus datang bertali-arus, membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk bergelar anak seni. "Saya bersyukur apabila cerita berkaitan peribadi saya tidak memberi kesan kepada kerjaya. Begitu juga barisan pengarah yang menawarkan watak kepada saya, mereka amat memahami apa yang saya lalui.

"Malah gosip dan kontroversi ini membuatkan saya terus maju dan bertambah kuat. Saya seperti sudah biasa dengan gosip yang dilemparkan kepada saya dan apabila bekerja, saya tidak mencampur adukkan soal kerjaya dan peribadi. Saya tidak tahu sampai bila orang ramai mahu mempersoalkan mengenai peribadi saya. Sedangkan, seboleh-bolehnya saya sendiri mahu senyap daripada segala cerita kurang enak itu.

"Saya memang tidak mahu memperbesarkan cerita yang sedia ada. Kalau boleh saya tidak mahu orang melihat kemunculan saya di dalam industri seni berlandaskan kontroversi. Saya mempertaruhkan bakat dan saya ingin melebarkan lagi sayap di dalam dunia lakonan ini," kata Memey yang ditemui di lokasi penggambaran Bola Cinta baru-baru ini.

Pelakon ini terjebak dalam kontroversi yang agak panjang apabila dia dan pelakon Norman Hakim ditangkap khalwat pada Oktober 2008. Selepas beberapa ketika menepis wujudnya hubungan intim antara mereka, kedua-dua pelakon ini akhirnya mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.

Wednesday, February 2, 2011

Tuntutan RM1.38 juta kepada Nash akan diteruskan




SHAH ALAM: Anak Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya berkemungkinan besar akan meneruskan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan ibu mereka terhadap bekas suami, Nash atau Jamaludin Elias, 52.

Bagaimanapun, peguam ahli perniagaan itu, Datuk Zaidi Zain ketika ditemui di luar mahkamah, berkata pihaknya masih menunggu kata putus daripada anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yulian atau Rita, 26.

Beliau berkata, melalui satu pertemuan pada 9 Januari lalu, Rita memberitahunya akan mengadakan perbincangan rasmi dengan adik-beradik lain berhubung hal itu.

“Berkemungkinan besar kita akan teruskan. Tapi, belum dimuktamadkan,” katanya selepas prosiding kes tuntutan harta Sosilawati terhadap Nash di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Pada 26 Ogos tahun lalu atau lima hari sebelum Sosilawati dilaporkan hilang, mahkamah menetapkan semalam, bagi menyambung perbicaraan kes tuntutan itu.

Zaidi yang pernah mengendalikan kes perceraian Sosilawati dan Nash berkata, Rita kini dalam dilema untuk meneruskan kes itu disebabkan hubungan baik ahli keluarganya dengan Nash.

Namun, katanya, pada masa sama ketika hayatnya bersungguh-sungguh untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan.

“Ini menyebabkan Rita tidak boleh sewenang-wenangnya untuk melepaskan perkara ini begitu saja. Ini bukan soal wang,” katanya.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Zaidi memberitahu mahkamah, permohonan untuk meneruskan kes itu menerusi waris jutawan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 22, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No 4, 2003.

Namun, katanya, pihaknya memohon supaya kes itu ditangguhkan dua bulan sementara menunggu pihak berkuasa mengumumkan laporan DNA mangsa pembunuhan itu.

Peguam Amli Embong yang mewakili Nash pula berkata, ada beberapa pindaan termasuk memasukkan dokumen penting salinan surat mati perlu dibuat jika permohonan itu mahu diteruskan.

David Teo beri bonus RM4.5 juta

HAMPIR semua individu yang terlibat dalam produk terbitan MIG diberi habuan setimpal tenaga yang dicurahkan mereka.


SAMA seperti tahun-tahun sebelumnya, Metrowealth International Group (MIG ) sekali lagi meneruskan tradisi pemberian bonus kepada pelakon dan kakitangan MIG yang menjayakan filem-filem terbitan MIG

Tahun ini pada acar Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus, 1 Dekad, 49 Filem MIG yang diadakan di Hotel One World, Damansara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo telah berhabis sebanyak RM4.5 juta untuk pemberian bonus kepada 200 orang.

Katanya, tahun 2010 merupakan tahun paling gemilang MIG sejak penubuhannya pada tahun 2000 apabila 29 filem yang ditayangkan 11 daripadanya merupakan filem terbitan MIG dan berjaya mengutip RM42 juta.

Justeru, pihaknya mengagih-agihkan bonus berbentuk wang ringgit, rumah, kereta dan beberapa hadiah lain kepada pelakon, pengarah, kru produksi, kakitangan syarikatnya dan pihak media sebagai tanda penghargaan serta setiap rezeki harus dikongsi bersama.

"Setiap rezeki yang saya dapat, saya harus kongsi bersama mereka yang menjayakannya, lebih banyak yang saya kongsi, maka, lebih banyak rezeki yang akan saya perolehi pada masa depan.

"Lagipun bonus ini merupakan satu motivasi kepada mereka untuk memberikan khidmat dan karya yang lebih cemerlang. Sebagai sebuah syarikat, kejayaan tidak akan diperolehi tanpa kerjasama dan sokongan daripada ramai pihak terutama kakitangan dan pekerja produksi," tuturnya.

Mendahului penerima bonus terbanyak malam itu, aktor Shaheizy Sam yang membawa banyak keuntungan kepada MIG apabila dua filem lakonannya Adnan Sempit dan Ngangkung mencatat sejarah sebagai filem paling laris.

Adnan Sempit berjaya mengutip RM7.8 juta, manakala Ngangkung pula berjaya dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records 2011 sebagai filem dengan kutipan pecah panggung paling tinggi iaitu RM8.4 juta.

Setimpal dengan kejayaannya itu, Sam telah diberikan sebuah rumah Semi-D dua tingkat di Saujana Putra, Puchong dan pakej mengerjakan umrah untuk tiga orang sebanyak RM30,000.

Sam yang terkejut dengan pemberian bonus itu mengucapkan kesyukurannya atas limpahan rezeki yang diberikan dan segala kejayaannya itu akan dikongsi bersama keluarga terutama bersama kedua ibu bapanya.

"Saya memang sudah lama bercadang mahu mengerjakan umrah bersama ibu dan bapa saya, pakej umrah yang saya terima ini satu yang amat bermakna. Jika tidak ada aral melintang, lagi cepat lagi bagus tetapi saya belum tahu mahu pergi bila," ujarnya sambil tersenyum.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2