NUFFNANG ADS

Sunday, January 31, 2010

Tom juara Mystarz Lg musim ke-3




Konsert akhir Mystarz Lg musim ke-3 yang berlangsung di dewan Merdeka PWTC malam ini Ternyata persembahan ketiga-tiga finalis Mystarz Lg kali ini memang hebat dan meletop. Apiz, Tom dan Sarah ternyata berbakat, mereka bekerja keras bagi merebut gelaran juara Mystarz Lg musim ke-3 kali ini.. Tetapi keputusan lebih memihak kepada Tom (berasal dari Perak) kini sudahpun bergelar Juara Mystarz Lg musim ke-3.

Ajai, Azmeer dan Mas Idayu yang menjadi juri bagi Grand Finale Mystarz Lg musim ke-3 kali ini turut memeriahkan lagi suasana. Persembahan Tom yang dimulakan dengan lagu Isabella dan diiringi dengan lagu Revolusi yang dipopularkan oleh Bunkface, ditambah pula gandingan Tom dan Mus May yang mendendangkan lagu Senja nan Merah nyata memukau penonton.

Lain-Lain keputuan;kedua = Apiz


ketiga = Sarah

Saturday, January 30, 2010

radiokita-blograkanku


Satu Usaha yang nampaknya cukup baik dan memang berbaloi....blog radiokita-blograkanku dengan usaha mengumpulkan serta menyenaraikan banyak blog yang ada di pesada maya.....susunan senarai yang kemas membuat kita mudah memilih blog yang ingin kita layari.....macam-macam ada....

Jadi aku layari blog tersebut....akhirnya setalah skrol punya skrol aku jumpak blog aku disenaraikan dalam blog ni....bayangkan aku berada disenarai sebanyak tu....jadi yang kat atas tentu banyak....
Jadi sekalong tahniah aku ucapkan kepada blog radiokita-blograkanku dengan usaha murni itu....untuk mengetahui sama ada blog anda tersenarai atau tidak anda boleh layari :


Dari Blog:
http://paklongsifu.blogspot.com/2010/01/radiokita-blograkanku.html

Friday, January 29, 2010

Biodata Aizat




Nama Samaran
AIZAT

Nama Penuh : MUHAMMAD AIZAT BIN AMDAN
Bangsa : MELAYU

Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 21 JANUARI 1989
Tinggi : 176 CM
Berat : 98 KG
Hobi : MENCIPTA LIRIK & LAGU
Penyanyi Idola : ONCE

Deskripsi :
Jejaka gempal ini pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. Seorang yang jujur dan merupakan pendengar yang baik. Sangat teruja apabila melihat mikrofon.

Thursday, January 28, 2010

Linda Onn bersedia ke Mahkamah


Linda Onn yang bakal diheret ke Mahkamah oleh Fahrin Ahmad gara-gara menuduh Fahrin seorang yang panas baran dan kaki pukul nampaknya tidak akan mengalah begitu sahaja.

Tuntutan 7 hari notis untuk meminta maaf secara terbuka mungkin tidak akan diendahkan oleh Linda Onn. Nampaknya, drama kedua-dua artis Malaysia kita ni menjadi semakin panas.

Komen Linda Onn ;

“Semua kenyataan yang keluar daripada mulut saya adalah untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak media. Bukan saya sengaja hendak bercerita. Saya bercakap perkara yang benar".

“Memandangkan perkara ini akan dibawa ke mahkamah, jadi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya. Saya sudah tahu perkara ini beberapa hari lalu dan bermula dari hari itu, saya telah lantik peguam untuk menguruskannya.”

“Memandangkan perkara ini akan dibawa ke mahkamah, jadi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya. Saya sudah tahu perkara ini beberapa hari lalu dan bermula dari hari itu, saya telah lantik peguam untuk menguruskannya.”

Adegan Bugil, Andi Soraya Dibayar Mahal



JAKARTA, KOMPAS.com — Artis Andi Soraya kembali beradegan panas di film terbarunya, Hantu Puncak Datang Bulan. Untuk bisa melakoni adegan itu, dia mengaku memang butuh keberanian.

"Memang di sini (film tersebut) banyak adegan syur, tapi saya kan pilih karena melihat jalan ceritanya juga yang sangat berbeda. Butuh keberanian," ucap Andi Soraya saat ditemui di Planet Hollywood, Jakarta, Kamis (28/1/2010)

Artis yang pernah berseteru dengan Catherine Wilson itu mengaku merasakan ada sesuatu yang berbeda di film ini ketimbang film-film yang dibintangi sebelumnya. "Bisa dibilang, ini film pertama saya yang beda, yang cukup kontroversial."

Maksudnya? "Sebelumnya saya enggak pernah buka baju, tapi itulah totalitas yang saya berikan dalam berakting," katanya. "Apa yang telah saya lakukan itu sebenarnya hal yang biasa sehari-hari, tapi saya ingin penonton melihat dari segi aktingnya," lanjut perempuan yang akrab disapa Aya ini.

Hmm.... Apa tak khawatir aksi beraninya itu akan mendapatkan teguran dari MUI? "Mudah-mudahan artisnya enggak dicekal. Ini filmnya untuk orang dewasa, 17 tahun ke atas. Ada badan sensor yang sangat teliti, jadi enggak perlu ada yang dikhawatirkan," terangnya.

Omong-omong, berapa sih bayaran sampai rela memperlihatkan lekuk tubuh indahmu? "Ya memang harus dibayar mahal, Andi Soraya!" jawab Aya sambil menyebut namanya dengan bangga, tanpa mau menyebut nilai nominal bayarannya.

Tuesday, January 26, 2010

7 hari untuk Linda Onn mohon maaf


Fahrin Ahmad menafikan tuduhan Linda Onn yang beliau seorang yang panas baran dan kaki pukul.

Tuduhan tersebut sedikit sebanyak memburukan imej Fahrin Ahmad dan keluarganya sehingga memaksa Fahrin mengambil tindakan undang-undang.

Tetapi Fahrin tidak la sekejam itu untuk main saman-saman ni, Fahrin melalui peguamnya, Tengku Naufal Tengku Mansor menuntut Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn tampil membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari mulai Jumaat lalu melalui akhbar Sinar Harian dan The Star.

Monday, January 25, 2010

Bung Mokhtar bersama Zizie



Zizie Ezette dan Bung Mokhtar yang pernah mencetuskan kontroversi mengenai perkahwinan rahsianya kini kembali lagi dengan penyebaran gambar mesra Zizie Ezette dan Bung Mokhtar yang sedang berhibur dan bergembira ni... pastinya kami pun tumpang gembira dengan kebahagiaan yang mereka kecapi ni.

Penyebaran luas gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar bermesra ni agak mengejutkan Zizie namun beliau tidak kisah kerana tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi, hubungan mereka telah pun diketahui umum.

Cerita perkahwinan kami sudah diketahui umum dan tiada apa hendak sorok pun, Gambar itu tersebar tanpa pengetahuan atau izin saya atau suami. Mungkin gambar itu diambil oleh peminat atau orang awam. Tapi saya tidak kisah. Tiada apa yang hendak disorokkan lagi."

Akhirnya Fahrin Ahmad saman Linda Onn



Fahrin Ahmad yang dihentam oleh dua bekas teman wanitanya Scha dan Linda Onn melalui media baru-baru ini akhirnya hilang kesabaran apabila kesan daripada dakwaan bekas kekasihnya itu telahpun memberikan kesan negatif kepada kerjayanya...

Menurut Fahrin Ahmad, peguamnya telahpun mengemukakan notis tuntutan kepada Linda Onn dan termasuk beberapa syarikat akhbar, semalam. Scha Al-Yahya nampaknya terselamat.. Fahrin terpaksa membuat tuntutan itu bagi membersihkan namanya gara-gara Linda Onn mendakwa Fahrin Ahmad sebagai kaki pukul!.

Linda Onn yang telah putus cinta dengan Fahrin sejak dua tahun yang lalu masih lagi memburukan Fahrin Ahmad dengan mendakwa fahrin seorang yang panas baran dan cepat naik tangan... Kenyataan tersebut telah memaksa Fahrin Ahmad mengambil tindakan mahkamah melalui Tetuan Naufal & Co bagi membersihkan namanya kerana dakwaan tersebut telah memberikan kesan negatif kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon serta duta Garnier dan Shell.

Sunday, January 24, 2010

Hadiah birthday buat Datuk Siti Nurhaliza



Taniah buat Artis Malaysia paling popular Datuk Siti Nurhaliza yang menyambut hari jadinya yang ke-31 pada 11 januari yang lepas.

Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah dan dihadiri hampir seramai 360 orang tetamu Antaranya ialah keluarga Siti dan Datuk K termasuk rakan selebriti seperti pengacara Aznil Hj Nawawi, pelakon Lisa Surihani, penyanyi Fazli Zainal, Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie dan tunangnya, Dr. Halina Mohd Yunos.

Sudah pasti ramai peminat Siti tertanya-tanya apakah hadiah harijadi kali ini yang diberikan oleh Datuk K ?...

Jika kita imbas kembali hadiah yang diterima siti sebelum ini semuanya meletop, antaranya Siti Nurhaliza menerima hadiah kereta Mercedes Benz bernilai RM800,000 pada tahun 2008 dan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 pada tahun lalu.

Biodata Stacy


Stacy Profile / Biodata:
  • Commercial Name: Stacy
  • Real Name: Stracie Angie Anam
  • Sweet Name (Nama Manja) : Putet
  • Date of Birth: 18 Ogos 1990
  • Place of Birth: Kg Tuavon, Penampang, SABAH
  • Race: Kadazan
  • Status: Single
  • Height: 155 cm
  • Weight: 51kg
  • Highest Education: still study in Limkokwing University of Creative Technology (diploma of music and art)
  • Highest Achievement: Juara AF6
  • Album: Aku Stacy
  • Duta: Intimate, Teh Boh and Canon

Saturday, January 23, 2010

Along - Zila Pasangan Romantis


Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, mengenakan kain lilitan putih pada songkoknya semasa upacara pernikahan dengan pasangannya, penyanyi dan pelakon Nur Azilah Seeron, 21, (Zila AF4) di Masjid Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, kelmarin, 23 Januari 2010. Dengan dua kali lafaz, pasangan yang bertunang selama setahun sebulan ini sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM200 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM17,119.

Dulang hantaran pengantin lelaki termasuk cincin jenama Habib Jewels, al-Quran, sejadah, telekung, sirih junjung, kasut dan beg tangan. Sementara Zila membalas dengan sembilan hantaran seperti al-Quran, set dompet dan tali pinggang, sirih junjung, kemeja, kasut, sejadah, coklat Ferrero Roche dan cincin emas putih. Dulang hantaran kedua-dua belah pengantin disediakan oleh isteri penyanyi Mawi, Ekin dari ME World Collection dengan konsep warna emas (Along) dan perak (Zila).


( Raja sms AF Mawi dan serta isteri turut menghadiri majlis tersebut)

Friday, January 22, 2010

Tanda Merah di buah dada Marsha?



Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah berjaya menangkap gambar Marsha sedang kena make-up untuk acara yang Marsha lakukan.


Namun dalam tidak disangka, di bahagian buah dada Marsha terselit tanda merah yang digembar gembur ramai blogger sebagai 'kiss bite'. Tapi bagi penulis ianya bukan macam yang dimaksudkan, mungkin cuma tanda jerawat di bahagian dada..

Wednesday, January 20, 2010

Aksi Cium cetuskan kontroversi




Kisah 'kemesraan' Mas Idayu dengan protegenya, yang merupakan juara program realiti Mentor, Hanifah Md Hanafiah atau Black memang menjadi bualan ramai tidak lama dulu. Hubungan rapat mereka disalahertikan sehingga ada yang menganggap mereka sebenarnya menjalinkan hubungan cinta. Namun, baik Black mahupun Mas, kedua-duanya menyangkal khabar angin itu dan menegaskan hubungan mereka seperti anak dan ibu. Malah, Black sendiri akui, dia memanggil penyanyi dangdut itu dengan gelaran 'Mummy'.

Belum pun reda sepenuhnya cerita itu, sekali lagi kisah mereka kembali diperkatakan. Semuanya gara-gara tindakan Black yang dilihat mencium pipi penyanyi itu sebaik jejaka berusia 22 tahun itu diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) baru-baru ini.

Ramai yang beranggapan tindakan Black itu kurang sopan, apatah lagi ia disiarkan secara langsung di televisyen dan disaksikan oleh berjuta-juta penonton. Menurut penyanyi yang mempertaruhkan lagu berjudul Aku Rindu Sayang Kamu ciptaan Yuzai pada malam AJL24 itu, dia juga ada 'ditegur' oleh pihak TV3 sendiri kerana aksi 'ciuman pipi' itu.

Zahid terima kalau jodoh dengan Nita


KISAH
penyanyi Nita Malaysian Idol 2 menafikan perhubungan cintanya dengan penyanyi Zahid Akademi Fantasia 2 pernah dilaporkan sebelum ini.

Bagaimana pula reaksi Zahid mengenai gosip yang sedang bertiup seperti angin sepoi-sepoi bahasa ini?.

Walaupun kurang hangat diperkatakan, tetapi Zahid perlu menjawab persoalan ini agar perhubungan mereka tidak disangsi lagi.

"Zahid dengan Nita kawan biasa sahaja. Kami jarang bertemu dan rasanya dah lama Zahid tak jumpa dia.

"Sebelum bulan puasa kami jumpa pun hanya lepak minum bersama kawan-kawan lain. Kami tak pernah keluar berdua-duaan.

"Zahid kenal dia macam-macam tu je. Yang Zahid tahu dia ni mempunyai pemikiran yang bagus. Senang nak borak dan bercerita pasal kerja dengannya," jelas Zahid yang gemar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain futsal di Wangsa Maju.

Jika bukan Nita, siapa yang sedang bertakhta dihati Zahid sekarang?

"Zahid belum jumpa sesiapa lagi. Nak cari isteri bukan mudah. Kalau boleh Zahid nak yang boleh teman Zahid sampai bila-bila dan boleh terima kerja Zahid sekarang," kata pemuda berusia 27 tahun ini.

Namun, Zahid tidak menolak sekiranya mendapat jodoh dengan Nita.

"Mana tahu jodoh Zahid dengan dia. Zahid tak kisah dengan sesiapa pun asalkan kami saling memahami," ujar Zahid yang sesekali tertawa apabila menyebut tentang Nita.

Menyentuh tentang karier Zahid, kini beliau muncul dengan single terbaru bertajuk "Baru" berkonsepkan rock.

HTML clipboard

Zahid sedang menunggu album kedua yang mungkin dipasarkan pada tahun depan memandangkan lagu belum selesai direkod lagi.


Wednesday, January 13, 2010

Halim Othman Akhiri Zaman Bujang Jun Ini


SETELAH meninggalkan Sinar FM pada 18 Januari 2008, Halim Othman seperti menyepi dari arena penyiaran radio.

Namun seperti yang telah disebut-sebut sebelum ini bahawa dia bakal menyertai Suria FM terjawab petang semalam apabila turut diumumkan sebagai tonggak baru stesen radio itu.

Selama dua tahun berehat, Halim berkata banyak aktiviti yang ingin dilakukannya sebelum ini telah terlaksana dan yang lebih menarik ialah dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini.

Jejaka berusia 45 tahun ini mengakui sudah menjumpai pasangan yang sesuai dan bakal mengikat tali pertunangan secara rasmi dalam jangka masa terdekat ini.

"Saya mengaku sedang dalam percintaan dan akan merancang untuk berkahwin pada Jun ini dan itulah yang sedang dalam fikiran saya sekarang ini.

"Sekarang masih lagi diperingkat perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai dan akan mengumumkannya," ujarnya yang memberitahu telah melamar gadis tersebut secara tidak rasmi.

Menurut Halim gadis bertuah yang berjaya menambat hatinya adalah dikalangan wanita biasa yang bukan dari industri hiburan.

"Saya mengenali dia sudah 15 tahun tapi baru enam bulan kami betul-betul menjadikan hubungan tersebut lebih serius.

Dia seorang yang mempunyai pakej yang sempurna sebagai seorang isteri dan kami saling lengkap melengkapi.

"Umurnya sekitar 30an, merupakan seorang ahli perniagaan dan cukuplah saya katakan dia orang Malaysia," ujarnya yang masih merahsiakan identiti sebenar bakal isterinya itu.

Dalam pada itu, Halim yang masih lagi tidak menyangka akan kembali kebidang penyampaian radio memberitahu akan memberikan terbaik dan menampilkan gaya terbaru yang sesuai dengan peredaran zaman.

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/14/mstar_hiburan/20100113221326&sec=mstar_hiburan

Gara-gara Fitnah, Azwan Ali Dipilih Duta Serai Hijau


MUNGKIN ada peminat menganggap selebriti glamor, Azwan Ali mencetuskan propaganda berikutan terjawabnya ‘Majlis Penuh Rahsia’ semalam.

Seperti yang digembar-gemburkan, Azwan sebelum ini memaklumkan majlisnya dihias serba indah bak taman firdausi termasuk sentuhan pelamin berwarna ungu lavender tajaan dan rekaan Rins Suzana.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah terjawab, tanggal 13 Januari bukanlah tarikh perkahwinan Azwan sebaliknya hari pelancaran Losyen Serai Hijau.

Mawi dan Ekin turut hadir dalam majlis itu

Pada 1 Januari lalu, pengacara, pelakon, blogger dan produser sensasi ini telah dilantik sebagai duta produk keluaran Mumbio Cos Manufacturing Sdn Bhd.

“Tiada sebab rasmi yang membuatkan saya merahsiakan perkara ini kerana ia merupakan amanah pihak penaja yang melarang saya menghebahkan kepada semua orang.

“Saya hanya wujudkan debaran untuk peminat dan orang yang saya sayang.



“Siapa sangka dalam usia yang bakal mencecah 44 tahun, saya diterima menjadi jurucakap produk.

“Ini semua rezeki Allah SWT sepulangnya saya dari umrah dan semuanya berpunca gara-gara air mata Azwan Ali dalam siaran Melodi TV3 pada 1 November tahun lalu,” katanya ketika majlis yang berlangsung di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan.

Selain itu, ibunya, Che Tom Yahya turut memeriahkan majlis yang juga dihadiri oleh antaranya Diana Danielle, Aleeza Kassim, Hans Isaac, Betty Banafe, Datuk Aziz Sattar, Datuk A. Rahman Hassan, Aznil Hj Nawawi, Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Amy Search, Chef Wan dan Rozita Che Wan.

Rujukan:
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/14/mstar_hiburan/20100113220701&sec=mstar_hiburan

Monday, January 11, 2010

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 24




Persembahan Terbaik
- Aizat (Kau Aku)

Vokal Terbaik
- Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)
Memang we all dah jangka dari awal. Rasanya dalam AJL24 kali ni, siapa lagi penyanyi dengan vokal paling mantap kalau bukan Black Mentor?

Tempat Ketiga
- Faizal Tahir (Bencinta)
Anak emas Media Prima. Mana boleh tak menang langsung. Apapun tidak dinafikan, Faizal juga sememangnya berbakat cuma kali ini rezeki tidak memihak diri’nya.

Naib Juara Lagu
- Yuna (Dan Sebenarnya)
Takde apa kami di OH! Artis nak cakap. Cuma satu je lah pesanan kami kepada Yuna. Lepas ni mesti semakin meletup seantero malaya jadi pandai-pandai lah bawa diri ya? Dunia mainstream mana sama dengan indie. Jadi masuk kandang harimau kita mengaum. Kandang lembu kita menguak.

Juara Lagu ke 24
- Aizat (Pergi)
Semamangnya keputusan yang dijangka ramai pada AJL24 kali ini. Syabas Aizat. Anda memang layak!!

Rujukan:
http://ohartis.com/2010/01/senarai-pemenang-anugerah-juara-lagu-ke-24-ajl-24/

Friday, January 8, 2010

Janda Aziz M Osman Sudah Berpunya !!


PETALING JAYA - Bekas isteri pengarah terkenal, Aziz M. Osman, Nur Aliah Lee Abdullah, 38, bertemu dengan pilihan hatinya apabila selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Mohammad Zekri Ibrahim, 41, pada pukul 10.20 pagi semalam. Aliah menerima mas kahwin RM300 dan sah menjadi isteri Zekri yang merupakan pemain sukan berkuda polo.

Kami doakan semoga berbahagia sepanjang masa serta kekal keakhir hayat !!

Tuesday, January 5, 2010

Serina Redzuwan sudah menjadi isteri


Pelakun layar lebar dan tv Serina telah selamat dinikahkan dalam satu majlis yang telah berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 11.30 pagi 1 Januari 2010 yang lalu.

Anak perempuan pakar tukang masak terkenal chef wan bersama kaum keluarga hadir pada majlis tersebut dalam suasana meriah.

Suami Serina Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar dengan barangan hantaran tujuh dulang termasuk wang hantaran berjumlah RM30,000 dan membalas kepada Salahudin Ghafar dengan sembilan dulang hantaran.
Diharapkan perkahwinan ini membuahkan silatulrahimi berpanjangan diiringi dengan cahayamata sebagai penyeri rumahtangga.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2