SETELAH meninggalkan Sinar FM pada 18 Januari 2008, Halim Othman seperti menyepi dari arena penyiaran radio.
Namun seperti yang telah disebut-sebut sebelum ini bahawa dia bakal menyertai Suria FM terjawab petang semalam apabila turut diumumkan sebagai tonggak baru stesen radio itu.
Selama dua tahun berehat, Halim berkata banyak aktiviti yang ingin dilakukannya sebelum ini telah terlaksana dan yang lebih menarik ialah dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini.
Jejaka berusia 45 tahun ini mengakui sudah menjumpai pasangan yang sesuai dan bakal mengikat tali pertunangan secara rasmi dalam jangka masa terdekat ini.
"Saya mengaku sedang dalam percintaan dan akan merancang untuk berkahwin pada Jun ini dan itulah yang sedang dalam fikiran saya sekarang ini.
"Sekarang masih lagi diperingkat perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai dan akan mengumumkannya," ujarnya yang memberitahu telah melamar gadis tersebut secara tidak rasmi.
Menurut Halim gadis bertuah yang berjaya menambat hatinya adalah dikalangan wanita biasa yang bukan dari industri hiburan.
"Saya mengenali dia sudah 15 tahun tapi baru enam bulan kami betul-betul menjadikan hubungan tersebut lebih serius.
Dia seorang yang mempunyai pakej yang sempurna sebagai seorang isteri dan kami saling lengkap melengkapi.
"Umurnya sekitar 30an, merupakan seorang ahli perniagaan dan cukuplah saya katakan dia orang Malaysia," ujarnya yang masih merahsiakan identiti sebenar bakal isterinya itu.
Dalam pada itu, Halim yang masih lagi tidak menyangka akan kembali kebidang penyampaian radio memberitahu akan memberikan terbaik dan menampilkan gaya terbaru yang sesuai dengan peredaran zaman.
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/14/mstar_hiburan/20100113221326&sec=mstar_hiburan
1 comment:
Lama juga ya broadcaster kita ini baru bisa married. Selamat berbahagia.
Post a Comment