NUFFNANG ADS

Sunday, September 30, 2012

Master Chef bukan kejar glamor

Dari kiri; Chef Adu Amran Hassan, Chef Mohd Johari Edrus dan Chef Zubir Md Zain



HASIL penangan rancangan MasterChef Malaysia yang disiarkan di Astro, semua orang kini ‘gila’ memasak.

Program realiti masakan membabitkan peserta amatur itu berjaya mengubah landskap dunia penyiaran yang selama ini didominasi rancangan berbentuk nyanyian dan hiburan.

Menerusi MasterChef jugalah, kelibat tiga juri berpengalaman, Chef Mohd Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran Hassan semakin mendapat perhatian masyarakat.

Bergelar chef selebriti, ketiga-tiga mereka bagaimanapun menepis dakwaan kemunculan mereka dalam program itu hanya untuk mengejar populariti.

Kesemuanya senada. Bukan limpahan populariti dimahukan, sebaliknya ilmu yang ada ingin dikongsi bersama dalam usaha melahirkan lebih ramai chef pelapis.

Sebagai chef yang paling lama dalam MasterChef, Chef Johari atau Chef Jo sendiri lebih gemar bersikap 'low profile'.

"Saya terlibat dalam MasterChef pun kerana mahu berkongsi ilmu dengan peserta. Ini bukanlah kali pertama saya muncul dalam program masakan di kaca televisyen. Jika mahu glamor, dari dulu lagi saya boleh dapat, tetapi saya bukanlah individu yang gemarkan publisiti," katanya.

Bagi Chef Adu, walaupun sudah ada peminat yang menegurnya ketika terserempak di luar, dia langsung tidak terfikir soal mahu glamor.

“Dari awal pembabitan dengan MasterChef, saya hanya mahu masyarakat menilai hasil kerja saya. Mungkin masyarakat sudah mengenali saya, tetapi bukan itu matlamat utama," katanya.

Sementara itu, Chef Zubir turut mengharapkan peserta MasterChef tidak menjadikan program itu sebagai loncatan untuk mengejar glamor semata-mata.

“Selepas musim pertama, peserta MasterChef mula dikenali masyarakat. Masuk musim kedua, saya lihat ada peserta yang seolah-olah cuba meraih populariti.

“Bagi saya, niat perlu betul. Jika serius hendak berjaya dalam bidang ini, tunjukkan bakat anda. Itu yang akan pergi jauh,” katanya.

Rita Rudaini syukur menang hak penjagaan anak-anak




Hanya rasa syukur yang dapat dipanjatkan aktres Rita Rudaini kepada Illahi, Selalu lalu, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.

Menurut Rita, sehingga kini, dia tidak mempunyai apa-apa perancangan berkaitan rumah tangganya dan akan mengikut sahaja rentak Aidil berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Bagaimanapun katanya, kemenangan itu juga menjadi pendorong buatnya untuk terus memperjuangkan maruah diri dan anak-anak.

"Saya rasa amat bersyukur kepada ALLAH SWT dengan keputusan yang diputuskan mahkamah Selasa lalu. Saya tidak takut kerana saya tidak pernah membuat apa-apa kesalahan dalam rumah tangga. Saya juga yakin,
ALLAH SWT sentiasa bersama saya dan anak-anak.

"Saya berdoa agar ALLAH menolong orang teraniaya seperti saya dan anak-anak. Saya cuma ingin buktikan saya tidak bersalah," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (sms).

Selasa lalu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status pemastautin pemain bola sepak kebangsaan tersebut dan Aidil gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.

Selain itu, Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.

Friday, September 28, 2012

Intan tolak cinta Hazama?

Intan Ladyana dan Hazama



Pertemuan pertama antara Hazama dengan Intan Ladyana tahun lalu tanpa disedari membuahkan bibit cinta. Biarpun sedar Intan adalah kekasih kepada Kamal Adli, namun Hazama tidak mampu untuk menepis perasaannya sendiri.

Namun, dia tidak sangka menerima respons yang cukup baik dari Intan. Persahabatan mereka berjalan dengan cukup baik sekali, sehinggalah Hazama mendapat tahu, Intan hanya menggunakannya untuk mendapat bahan berita.

"Pertama kali bergandingan dengan Intan, memang saya agak gementar pada mulanya. Apatah lagi melihat muka Intan yang garang (ketawa). Tapi bila dia mula berborak, dia seorang yang cool sebenarnya.

"Dia juga banyak membantu saya mendapat keserasian, berbincang tentang babak yang melibatkan kami. Lama-kelamaan saya tidak lagi berasa janggal dengannya.

"Dalam filem ini, saya dan Intan berkawan setelah berkenalan menerusi rakan saya dan sepupu Intan. Hubungan kami agak rapat, tapi rupanya Intan hanya sukakan saya kerana mahu mendapatkan bahan berita saja. Tapi bagi yang mahu mengetahui selanjutnya mengenai hubungan kami, kenalah tonton filem ini," katanya.

Bagi Intan pula, pengalamannya berlakon dengan aktor yang berlainan membuatkan dia tidak berasa janggal. Malah, pengalaman sebelum ini banyak membantunya membina keyakinan dan membuang rasa gemuruh.

Katanya, dia merasa lucu melihat Hazama gugup ketika kali pertama berjumpa dan kegugupan itu berakhir sedikit demi sedikit bila mereka kerap bertemu di lokasi.

"Menerusi Ape Celop Toqq, saya pegang watak sebagai Laila, wartawan jenayah yang terpaksa ditukarkan ke meja hiburan. Saya berkenalan dengan Hazama, tapi saya berkawan dengan dia hanya untuk kepentingan sendiri sahaja sebenarnya," katanya.

Intan berkata, tidak sukar untuk bekerja di bawah Ahmad Idham kerana sudah beberapa kali bekerjasama di bawah pengarah prolifik itu.

Wednesday, September 26, 2012

Neelofa nafi cuti bersama Hans Isaac

NEELOFA mengakui sedikit kesal kerana memuat naik maklumat tentang percutian di Koh Samui, Thailand ke laman Twitter.


NEELOFA tidak henti-henti digosip bercinta dengan aktor kacak tinggi lampai, Hans Isaac biarpun dia pernah menafikannya. Terbaharu, merujuk kepada laman Twitter masing-masing, mereka berdua seolah-olah pergi ke destinasi yang sama iaitu di Koh Samui, Thailand.

Menerusi Twitter mereka, Neelofa dan Hans masing-masing menampilkan foto keindahan Koh Samui, selain tweet Neelofa memberitahu tentang pemergiannya ke sana.

Neelofa atau Lofa yang ditemui pada majlis pratonton filem Hantu Kapcai di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lepas mempunyai jawapan tersendiri yang diluahkan.

Katanya " Jika mahu dikatakan saya bercuti bersama dia (Hans Isaac), dia sebenarnya sudah cuti lama (ke Koh Samui) sejak hari Khamis dan dia juga belum pulang lagi. Sedangkan, saya bersama kawan-kawan saya ingin bercuti selepas tamat penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah. Hans pula pergi ke sana dengan tujuan yang lain tapi apa yang menghairankan, mengapa mereka ini (blog-blog gosip hiburan tempatan) mahu paparkan gambar (yang) saya (rakam) dan jadikan ia isu besar.

"Ini kerana memang saya sendiri yang muatnaik gambar (pemandangan di Koh Samui) tersebut.

"Pelik mengapa mereka paparkan gambar tersebut dan reka cerita lain. Jika Lofa mahu orang tahu bahawa Lofa bercuti bersama Hans, baik Lofa rakam gambar bersama dia sahaja.tegasnya.

Monday, September 24, 2012

Tiz Zaqyah, Remy Ishak berpisah kerana orang ketiga?


Pengakuan aktor Remy Ishak mengenai hubungan cintanya bersama Tiz Zaqyah yang sudah berakhir sejak tiga bulan lalu, pastinya mengejutkan ramai peminatnya.

Menurut Remy, mereka tidak dapat memberi komitmen untuk meneruskan hubungan ke peringkat lebih serius.

Bagaimanapun, Tiz yang dihubungi  enggan mengulas isu tersebut. Mengakui perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan, Tiz berkata, dia lebih selesa membiarkan Remy saja yang mengulas mengenai hubungan mereka.

"Saya bukanlah orang yang suka menjaja kisah peribadi. Perkara ini telah saya tegaskan sejak dahulu lagi.

"Saya tidak mahu peminat rancak memperkatakan mengenai kisah peribadi saya, tetapi kerjaya dan lakonan. Itu adalah tujuan utama saya menceburi bidang seni," kata Tiz.

Ketika diajukan mengenai orang ketiga, Tiz dengan pantasnya mengakui tiada masalah orang ketiga dalam hubungan mereka.

Tegas Tiz, walaupun dia tidak ingin mengambil pusing mengenai perkara itu, namun ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya.

"Memang terasa terganggu namun saya perlu profesional dalam kerja. Saya tidak mahu mencampuradukkan masalah peribadi dengan kerja," katanya yang juga sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi, bersama Remy.

Sunday, September 23, 2012

Pelakon Puteri Sarah tinggalkan dunia lakonan



Pelakon Puteri Sarah yang dikenali menerusi drama bersiri Asmaradana dan bakal muncul menerusi Evolusi KL Drift The Series pada 4 Oktober ini nekad mahu meninggalkan dunia lakonan untuk bekerja dalam bidang perhotelan.

Dia yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Kolej Olympia, Kuala Lumpur dan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dari Kolej Taylor, Kuala Lumpur kini sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang jawatan dalam bidang berkaitan.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 27, atau lebih dikenali Puteri Sarah berkata, dia sudah menghantar resume kepada beberapa buah hotel bertaraf lima bintang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan ijazah yang diraihnya.

Bukan disebabkan merajuk atau kurang menerima tawaran berlakon, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie ini menganggap keputusannya untuk bersara daripada bidang lakonan adalah bagi memenuhi impian kedua-dua ibu bapanya.

“Malah jika fikir balik, baik juga saya bekerja macam orang biasa (bukan artis), ada jaminan masa depan dan kewangan. Sampai bila saya hendak berlakon dengan meraih pendapatan yang tidak tetap,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran Evolusi KL Drift The Series di Kuala Lumpur baru-baru ini

Ayu anggap sengketa dengan Rita selesai

AYU RAUDHAH kini hamil tiga bulan. Untuk ketenangan masa hadapan dia tidak mahu lagi isu lama terus diperkatakan.



Ayu Raudhah Che Wan, 28, menganggap kontroversi dengan birasnya, pelakon Rita Rudaini sudah selesai memandangkan Rita tidak mahu berjumpa dengannya.

Kata Ayu, dia berharap selepas ini tiada lagi timbul isu baharu yang boleh mengeruhkan keadaan berkaitan dirinya dan Rita.

“Saya anggap apabila dia (Rita) tidak mahu jumpa saya untuk berbincang, isu ini selesai, lagipun dia cakap tulisannya di Twitter tiada kaitan dengan saya,” ujarnya kepada ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ayu beranggapan isu yang berlaku antara dia dengan Rita adalah dugaan dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada pihak ketiga yang sengaja melaga-lagakan mereka di laman sosial itu.

Baru-baru ini nama Ayu dikaitkan apabila berlaku ‘perang Twitter’ antara suaminya yang juga bintang bola sepak, Zaquan Adha yang membalas Twitter Rita.

Twitter itu yang berbunyi: “Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant (hamil). Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil.”

Tulisan itu menjadi hangat apabila Zaquan membalas melalui akaun Twitter  yang mengatakan ada orang sedang meroyan.

Sebelum ini, media pernah menyiarkan bahawa Ayu ingin bertemu Rita bagi menjernihkan keadaan dan menjalinkan hubungan baik tetapi Rita menolak usaha berbaik-baik itu.

Tambah Ayu, selepas ini dia berharap tiada lagi kata-kata yang menyalahkan dia dan suaminya berhubung isu yang berbangkit pada masa hadapan.

“Saya hormati pendiriannya untuk tenang bersama anak-anaknya begitu juga saya, harap tiada apa-apa berkait lagi” ujarnya yang sedang hamil tiga bulan.

Saturday, September 22, 2012

RADIOKITA ON AIR JAM 2 PETANG INI


RADIOKITA (Internet Radio) akan kembali keudara jam 2 petang ini.(Waktu Malaysia)

Petang ini anda akan bersama:
*DJ OP@Putera Idris dan
*DJ LAWA@Cikgu Mereni

Diantara lagu yang akan disiarkan:

*Anak kampung versi dialek Kelantan.
*Yuna - Sahabat
*Najiw Latif - Kosong
* Lagu-lagu Minang
* Lagu-lagu populer.. dll.

Info: Tip menjaga kecantikan wajah (muka).

Sebelum anda mendengar siaran Radiokita, pastikan pc/laptop anda sudah diinstall perisian "Flash Player" yang boleh didapati secara percuma di:

http://get.adobe.com/flashplayer/?promoid=BUIGP

'Hiburan perlu ikut acuan Islam' - Aishah


PENDEKATAN yang salah menyebabkan kebudayaan dan hiburan dipandang serong oleh sesetengah masyarakat Islam masa kini.

Penyanyi, Aishah berkata, pelaksanaan yang tidak tepat, menjadikan hiburan satu kerjaya yang tidak baik, sehingga ia jatuh kepada haram.

Menurutnya, sesetengah penghibur tidak menutup aurat dan bergaul secara bebas, merupakan satu perkara yang dilarang.

“Kesenian dan hiburan di dalam jiwa saya, masih utuh meskipun bergiat aktif dalam parti politik.

“Tidak bermakna setelah bergiat dalam parti politik, kita perlu menolak kebudayaan secara menyeluruh,” katanya, selepas majlis Kebudayaan Kesenian Wanita Dewan Undangan Negeri Tendong, Kelantan semalam.

Menurutnya, sekiranya semua pihak dalam industri hiburan bersatu, hiburan Islam, pastinya akan membentuk masyarakat berkasih sayang malah mesej keamanan mudah disebarkan sehingga seluruh dunia.

Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, bermula dari penulis lagu, lirik dan komposer, ia pasti dapat mendekati generasi muda seterusnya mendidik mereka menjadi khalifah yang soleh dan solehah.

Katanya, beliau turut berusaha mendidik masyarakat menukar konsep hiburan, dengan tidak ditonjolkan secara keterlaluan, tetapi berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Friday, September 21, 2012

Shila Amzah terima hadiah RM1 juta


Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta.

Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.

“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan.

Malam kelmarin, Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Penyanyi itu yang juga anak kepada penyanyi ND Lala menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan akhir berkenaan.

Shila yang membuat ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang di pentas Asian Wave itu menegaskan dia bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang dalam kalangan penyanyi hebat lain yang turut bertanding.

“Saya berterima kasih kepada peminat serta pengundi dan pertandingan ini telah memberi peluang untuk menonjolkan bakat yang saya ada,” ujarnya dalam ucapan di laman YouTube.

Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo.

Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke pertandingan akhir yang telah berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan pemilihan akhir seramai lima penyanyi sahaja.

Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.

Shila yang kini berada di Shanghai akan pulang ke tanah air pada 26 September ini. Beliau bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kemenangannya itu.

Thursday, September 20, 2012

Tasha Shilla lakon drama kerjasama RTM-RTB


Pelakon yang juga pemenang anugerah Artis Baru Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular 2011), Tasha Shilla yang mula membabitkan diri dalam bidang ini menerusi drama bersiri, Gemilang yang pernah ditayangkan di TV3 tahun lalu.

Kini, dia dikhabarkan bakal berlakon dalam sebuah telemovie usaha sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB) berjudul Erna Suraya.

“Saya akan berlepas ke Brunei akhir bulan ini untuk meneruskan babak drama yang perlu di ‘shoot’ di sana.  Pengambaran di sini sudah selesai baru-baru ini.

“Selain saya, terdapat juga seorang lagi pelakon Malaysia yang terlibat iaitu Syakilla Khoriri dan selebihnya semua adalah pelakon dari Brunei,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Blockbuster 2011 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Telemovie itu mengisahkan mengenai Erna Suraya lakonan Tasha yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat sehingga dia menjadi ‘mastermind’ kepada penipuan yang melibatkan perniagaan di Internet.

Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak, 25, tercalon dalam kategori Heroin Baru Terhebat melalui filem pertama lakonannya, Ratu The Movie.

Dia antara lain akan bersaing dengan Mia Sara Nasuha (Sekali Lagi), Nadiya Nisa (Cun) dan Kilafairy (Karak).

Sementara itu, Tasha turut berkata, dia juga banyak mendapat tawaran daripada pelbagai pihak untuk menjadi pengacara dan penyampai radio tetapi menurutnya, sekarang dia hanya mahu fokus kepada bidang lakonan terlebih dulu.

“Memang saya banyak dapat tawaran yang ingin mengambil saya sebagai pengacara dan penyampai radio, tetapi buat masa ini, saya hanya mahu fokus kepada satu bidang saja dahulu iaitu  lakonan.

“Walau bagaimanapun, saya tidak menolak tawaran yang diberi pada masa akan datang kerana mungkin pada masa itu pintu hati saya dah terbuka untuk meneroka pelbagai cabang seni lain yang terdapat dalam industri ini,” katanya.

Wednesday, September 19, 2012

Yuna Perjelas Hubungan Dengan Qi


Ekoran khabar angin yang mengatakan penyanyi popular, Yuna sudah pun tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Qi Qushairi.

Kami telah bertanya mengenai kebenaran berita tersebut kepada Yuna saat bersua dengannya di majlis pelancaran 'Yuna Homecoming Concert 2012' di Tropicana Golf & Country Resort petang semalam.

Bagai sudah diketahui bahawa persoalan tersebut akan ditanya pihak media, Yuna dengan relak memberitahu;
     
“Buat masa sekarang, kami tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan istimewa bagi memberi ruang kepada saya dan dia untuk fokus dengan kerjaya masing-masing.
"Saya hormati Qi sebagai seorang pengacara dan pelakon dan begitu juga sebaliknya. Kami masih lagi berkawan baik.

“Malah dua tiga hari lalu kami ada lepak bersama dan hubungan kami cukup baik. Cuma mungkin kerana faktor jarak membuatkan kami mengambil keputusan untuk memberi ruang kepada diri masing-masing.

“Kalau ada jodoh, adalah tetapi buat masa sekarang saya lebih selesa untuk beri tumpuan pada kerjaya seni saya,” ujar Yuna.

Ketika ditanya apakah status Yuna sekarang, Yuna dalam nada seloroh dengan spontan memberitahu;

“Saya ‘single but not available’”.

Apapun, Yuna tetap mengharapkan agar peminat mendoakan yang terbaik perihal hubungan mereka berdua pada ketika ini.

Anak Rina Meninggal Dalam Perut


Selepas Rini kehilangan anak tercinta pada 17 Ogos lalu, semalam, 18 September adik kembar kepada Rini iaitu Rina pula mengalami nasib yang sama apabila anak di dalam kandungannya disahkan meninggal dunia.

Wartawan yang menghubungi Rini mengesahkan perkara tersebut dan sudi berkongsi berita sedih ini.

"Ikutkan semalam Rina pergi untuk mengadakan pemeriksaan seperti biasa di Hospital Kajang, tapi ketika pemeriksaan dijalankan doktor memberitahu anak di dalam kandungan sudah tidak bernyawa.

"Bagaikan tidak percaya, Rina membuat imbasan semula dan hasilnya juga sama. Bagaimanapun Rina reda dan menerima ketentuan Ilahi. Apa yang saya lihat, Rina cukup kuat menerima musibah tersebut," ujar Rini.

Bermula semalam, Rina sudah dimasukkan ke wad dan diberikan ubat bagi memudahkannya bersalin.

Sebelum ini, Rina juga pernah mengalami keguguran di awal perkahwinan sebelum disahkan mengandung kali kedua.

Takziah buat Rina dan keluarga.

Tuesday, September 18, 2012

Kes saman: Rayuan pelakon Nadia Mustafa ditolak

Nadia Mustaf



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan pelakon Nadia Mustafa berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pelakon Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 dalam kes saman fitnahnya terhadap Nadia.

Dalam keputusannya, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menegaskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah betul selepas mendengar keterangan saksi semasa perbicaraan.

"Beliau menggunakan undang-undang yang betul kepada fakta yang dibentang di hadapannya. Tiada sebab bagi mahkamah ini campur tangan dalam keputusan (Mahkamah Sesyen) itu," kata hakim.

Beliau memerintahkan Nadia, atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kos perundangan RM3,000 kepada Lisdawati.

Lisdawati, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir di mahkamah hari ini.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Lisdawati, manakala Nadia diwakili Siti Julaini Mohd Shahar.

Pada 31 Okt tahun lepas, Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia.

Dalam saman yang difailkan pada 21 April, 2010, Lisdawati mendakwa Nadia dengan niat jahat memberi wawancara yang mengandungi perkataan berbaur fitnah kepada wartawan Hanif Abdul Ghani dari majalah 'Media Hiburan'.

Lisdawati mendakwa wawancara itu dibuat pada Januari 2005 dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah itu dalam edisi 8 - 14 Jan, 2005.

Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu bertujuan membawa maksud bahawa beliau meminjam wang daripada Nadia dan gagal membayar balik hutang itu.

Nadia, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 18 Mei, 2010, mendakwa artikel itu tidak berbaur fitnah, sebaliknya bertujuan meminta orang yang berhutang supaya menjelaskan hutangnya.

Monday, September 17, 2012

Tomok muncul dalam Istanbul Aku Datang

TOMOK kini sedang diulit bahagia bersama isteri dan anak sulungnya, Arrian Shah Akid.



Shah Indrawan Ismail atau lebih popular dengan panggilan Tomok yang tampil dengan filem sulung berjudul Mantera pada Mei lalu akan muncul dalam filem baharu.

Penyanyi yang sudah bergelar bapa sejak empat bulan lalu itu bakal tampil pula dengan filem Istanbul Aku Datang yang akan dijadualkan tayangannya di pawagam hujung tahun ini.

Ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Utusan Karya di Bangi, Selangor baru-baru ini, Tomok menyatakan, bidang nyanyian masih menjadi keutamaan biarpun merasakan semakin seronok berlakon.

Pada masa yang sama, juara program One In A Million musim ketiga itu mempunyai keyakinan yang cukup tinggi, filem terbaharunya itu bakal mendapat sambutan yang lebih baik daripada penonton.

Mengenai kehadiran anak sulungnya Tomok berkata:
'Sudah tentu kehadiran Arrian Shah Akid dalam kehidupan saya dan isteri, Siti Rahayu Abas sejak 29 Mei lalu telah menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga.

"Biarpun tanggungjawab saya kini semakin besar apabila menjadi bapa, tetapi ia langsung tidak menjejaskan kerjaya saya. Malah, tawaran membuat persembahan masih lagi banyak terutamanya pada hujung minggu. Jelasnya.

Sunday, September 16, 2012

Selepas berperang: Rita enggan jumpa Ayu

RITA kini hanya mahu meneruskan kelangsungan hidup bersama dua permata hatinya, Airit Rafqa Arjuna (depan) dan Airit Rayyan Rizqin.


“BUAT apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung. Saya harap selepas ini mereka jangan kacau hidup saya dan anak-anak!”

Itu kata-kata tegas pelakon Rita Rudaini yang diluahkan kepada wartawan ketika ditemu bual pada 14 September lalu.

Dia mengulas mengenai kenyataan birasnya, pelakon Ayu Raudhah, sebelum ini yang mahu bersemuka dengannya bagi menjernihkan perselisihan faham antara mereka berdua.

Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, sebelum ini didakwa kononnya menulis kenyataan menempelak Ayu di akaun Twitternya.

Antara tulisan Rita di Twitter adalah seperti berikut: “Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant. Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil.”

Apa yang menjadikan ia hangat adalah apabila suami Ayu yang juga kembar kepada Aidil Zafuan, iaitu bintang bola sepak Zaquan Adha, menulis di akaun Twitternya mengatakan ada orang sedang meroyan.

Biarpun tulisan itu tidak menyebut sebarang nama, tetapi ia seolah-olah suatu respons yang ditujukan kepada Rita.

Apa yang menarik, Rita memberi respons terhadap Zaquan, 25, seolah-olah mengiyakan status kemelut terbaharu dirinya dan Ayu, 28.

Balas Rita menerusi Twitternya: “Sudah-sudahlah, kalau kau orang tidak kacau orang, orang tak kacau kita. Bila kutuk sedikit dah meroyan. Selepas itu tuduh kita pula yang meroyan. Adoii family 69 ni.”

Miera Liyana bangkit!

Miera Liyana


Nama Miera Liyana sekali lagi menarik perhatian ramai ekoran kisah cintanya dengan aktor Shahz Jaszle atau kini lebih dikenali sebagai Shahrizal Jaszle. Baru sahaja menjalinkan hubungan cinta, mereka sudah pantas berbicara soal perkahwinan.

Namun, belum pun sempat mengikat tali pertunangan, hubungan itu terlerai di tengah jalan dan Miera dikatakan mengundur diri membawa hati yang lara.

Namun, kata orang pengalaman lalu, akan mendewasakan kita. Miera bertekad enggan lagi terkait dengan cerita kontroversi yang memalukan. Harapannya, biarlah selepas ini, orang lebih mengenalinya kerana karier seni yang membanggakan.

“Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini saya banyak menerima tawaran yang tak henti-henti. Saya percaya jika kita bersungguh-sungguh, orang akan nampak hasil kerja kita. Saya juga tak mahu lagi dipalit dengan publisiti murahan, saya mahu orang tahu saya juga ada bakat.

“Bagaimanapun saya percaya, setiap kontroversi adalah kontroversi yang baik, selagi kita boleh mengawalnya,” katanya.
Miera berkata, dia teruja dan berdebar apabila masih menanti empat buah filem lakonannya iaitu Pencinta, Pecah, Lebuhraya Ke Neraka dan Dendam Orang Mati yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

Saturday, September 15, 2012

Pengurus nafi Alyah akan lumpuh

ALYAH yang masih lemah menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya, Selangor semalam.


Pengurus kepada Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin.

Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi berusia 31 tahun itu tidak cedera.

"Jadual nyanyian Alyah juga tidak terganggu kerana doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi," katanya kepada di hospital berkenaan semalam.

Friday, September 14, 2012

Alyah cedera terkena 'spotlight' di Sri Pentas



ALYAH, yang terkenal dengan lagu Kisah Hati, dinasihatkan oleh doktor agar mengurangkan aktiviti berat susulan insiden sebuah lampu sorot (spotlight) jatuh terkena bahagian belakang badannya ketika menghadiri satu majlis di Sri Pentas.

Dia berada di Sri Pentas sempena  majlis rumah terbuka stesen radio, Hot FM, pagi tadi.

Menurut pengurusnya, Shuib, Alyah sudah menjalani pemeriksaan sinar-X  dan doktor memaklumkan tiada sebarang kecederaan serius.

“Alyah sudah menjalani pemeriksaan dan mendapati tiada kecederaan dalaman yang serius kecuali tisu ototnya saja tercedera.

“Dia juga dinasihatkan doktor untuk berehat daripada melakukan aktiviti berat,” katanya.

Menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Shuib menjelaskan, “satu lampu spotlight jenis berdiri telah dilanggar seseorang dan secara tidak sengaja ia terjatuh ke badan Alyah," katanya.

“Bagaimanapun, saya mewakili Alyah tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana kita tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku, dan ini merupakan satu kemalangan kecil dan benda dah nak jadi," katanya lagi.

“Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang memberikan kerjasama dan pertolongan dengan sebaiknya selain turut menanggung semua kos perubatan di sini,” katanya.

Menurut Shuib lagi, tidak dapat dipastikan  bila Alyah akan keluar wad.

“Walaupun perlu berehat, Alyah tidak akan mengurangkan atau memperlahankan aktiviti nyanyiannya kerana kecederaannya itu tidak berkaitan dengan suara.  Dia hanya dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja berat saja,” jelas Shuib ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Kejadian yang berlaku pukul 9.30 pagi itu, dipercayai terjadi apabila lampu yang diletakkan di ruang legar stesen penyiaran itu untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar seseorang lantas menyebabkan lampu itu terjatuh ke atas badan Alyah.

Sehubungan insiden itu, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 31, dikatakan mengadu sakit sehingga menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulans untuk membolehkan dia mendapat rawatan lanjut.

Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang ini menghadirkan diri pada majlis berkenaan untuk menghiburkan tetamu. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Yuna, Tomok dan kumpulan Forteen.

Ning Baizura Pula Akui Hamil


Tahniah ucapkan kepada penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura yang mengakui diri telah hamil.

Dipetik daripada portal hiburan Murai, Ning nyata tidak berselindung apabila ditanya tentang berita kehamilannya ini. Namun, Ning masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut tentang perkhabaran ini.

Ning dan suami, Omar Sharif telah diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 31 Januari 2008.

Wednesday, September 12, 2012

Rozita belum ada calon suami





SELAGI Rozita Che Wan tidak berkahwin, selagi itulah isu perkahwinan sering sahaja membelenggu diri pelakon jelita yang mesra disapa Che Ta ini.

Selepas digosipkan bercinta dengan Shahir AF8, Zain Saidin dan Beego, terbaharu dia digosipkan bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan bernama Bob.

Dalam halnya Rozita berkata:
Cerita itu tidak benar. Semuanya adalah fitnah. Mana ada saya hendak berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.

Macam mana gosip tersebut boleh timbul jika ia tidak benar?

Mungkin gosip itu timbul sebab saya masih tidak kahwin-kahwin lagi.

Mengenai jejaka yang dikaitkan itu bernama. Rozita menjelaskan:

Saya langsung tidak kenal dia. Saya juga tidak ada berkawan dengan ahli perniagaan bernama Bob.

" Rasa sedih, kecewa dan kelakar pun ada. Saya takut juga jika lelaki yang digosipkan itu sudah berkahwin. Tak pasal-pasal saya bergaduh pula dengan isterinya.
kata Rozita.

"Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah.

Tuesday, September 11, 2012

Fasha Sandha kongsi saat-saat manis bakal bergelar ibu

Fasha Sandha bahagia bersama suami tercinta Rizal Ashram Ramli atau Jejai


Sebelum ini, ada sahaja cerita kontroversi yang dikaitkan dengan aktres, Fasha Sandha, 28, sehingga sedikit sebanyak menjejaskan nama baiknya. Sedar privasi hidupnya tidak akan sama seperti orang lain, Fasha tekad untuk meredah apa sahaja halangan yang tiba.

Namun kini, segala cerita kontroversi itu bagai berlalu begitu sahaja.  

Lebih manis, dia kini melalui detik-detik bahagia, bukan sahaja bersama suami tercinta, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, bahkan bersama bayi dalam kandungannya.

Syawal tahun ini juga, membuka lembaran baru dalam hidup Fasha apabila berpeluang beraya bersama keluarga mentua, sekali gus menepis segala omongan jahat pihak lain yang mengatakan Fasha dibenci keluarga mentua.

Enggan membicarakan kisah peribadinya, Fasha mengakui semakin bahagia dengan kehidupannya kini. Teruja dengan kehamilan pertamanya yang sudah mencecah usia tiga bulan, pelakon kelahiran Pulau Mutiara ini banyak berkongsi pengalaman manisnya berbadan dua.

"Kalau muntah pagi-pagi itu dah perkara biasa. Tetapi sekarang saya alah pada ubat gigi.

"Memang tak tahan rasanya, tetapi saya terpaksa bertahan. Kalau tidak, saya rasa tak selesa tak gosok gigi,” ujarnya yang kelihatan semakin berseri-seri. Jika sesetengah wanita hamil ada kisah mengidam, namun berbeza pula dengan aktres cantik ini. Jelas Fasha, sepanjang kehamilan, suaminya pula yang mengidam pelik-pelik.

“Saya rasa lucu pula bila suami yang mengidam nak makan macam-macam. Rasa macam dia pula yang hamil," kata Fasha sambil ketawa kecil.

Zizan bakal sertai stesen radio Era FM

Selepas pelakon filem Ombak Rindu, Aaron Aziz menyertai radio Era FM untuk segmen Doktor Cinta, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak (gambar) pula bakal menghangatkan lagi radio nombor satu negara itu.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran semalam, namun perbincangan dengan Zizan masih berjalan dan pihaknya masih mencari slot yang sesuai supaya tidak bertindih dengan waktu kerja pelakon filem Mael Lambong itu.

"Perancangan untuk ambil Zizan sebagai penyampai jemputan seperti Aaron memang ada tetapi masih dalam perbincangan. Kami belum putuskan dia akan masuk mana-mana slot lagi," ujarnya.

Menurut Nazri, apa yang pasti Zizan tidak akan digandingkan dengan Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz yang ketika ini merupakan salah seorang penyampai Era FM.

"Zizan tidak akan bergabung dengan Johan sebagai Jozan tetapi akan bersama mana-mana penyampai lain untuk satu slot yang berbeza," ujarnya.

Bermula Jumaat ini, Aaron akan ke udara di Era FM setiap minggu bermula pukul 9 malam hingga 11 malam di slot Meletop 40 Era bersama DJ Shac.

Pada slot tersebut, Aaron akan menjadi doktor cinta untuk menyelesaikan masalah cinta pendengar radio berkenaan.

Johan pula akan ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi bersama dua lagi penyampai lain iaitu Ray dan Haniff.

Sementara itu, Zizan ketika ditanya mengenai penyertaannya bersama radio Era menganggap perkara itu sebagai peluang baru bagi mengembangkan kerjayanya.

Monday, September 10, 2012

Esma Daniel Sambut Anak Ketujuh


Pelakon yang juga pengarah filem, Zaiton Ceritaku, Esma Daniel dikurniakan cahaya mata apabila isterinya, Nitra Sari Omar selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 2.30 pagi, Jumaat lalu.

Bayi seberat 3.3 kilogram itu telah dinamakan sebagai Mahathir Daniel dan ia merupakan ‘tribute’ kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu disanjunginya.

Hasil perkahwinan Esma dengan Nitra Sari, 33, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata bernama Hadif Daniel, Damia Sari, Dalea Sari, Maya Sari dan Mahathir Daniel.  Apa yang uniknya Mahathir dilahirkan sama tarikh dengan abangnya, Hadif Daniel.

Sebelum ini, Esma turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu dengan dramatis Sheris Merlis iaitu Harith Daniel dan Habib Daniel.

Ana Raffali pertaruh single ketuhanan


SETELAH mendirikan rumah tangga, jarang sekali berita mengenai penyanyi berbakat, Ana Raffali disiarkan.

Bagaimanapun, penyanyi yang mesra disapa Ana ini dilaporkan baru sahaja mengeluarkan single terbarunya yang berjudul Jauh Ke Syurga hasil ciptaannya sendiri.

Istimewanya lagu ini, Ana mengetengahkan konsep ketuhanan dan khabarnya, Ana akan mengekalkan konsep tersebut untuk lagu-lagu yang seterusnya.

Menurut penyanyi berusia 26 tahun ini, pendekatan ini adalah lebih mudah diterima pendengar.

Sunday, September 9, 2012

Abby dituduh jual badan dan muka


KUALA LUMPUR - MASIH teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi.

Abby bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan juga semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya.

Selepas isunya mempertikaikan kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai hukum hudud, Abby kembali memanaskan 'alam maya' apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti.

Abby menerusi Twitternya bagaimanapun pantas mempertahankan dirinya; "Saya tidak pernah terlintas untuk berbuat sedemikian. Fitnah bertebaran, dosa berpanjangan," katanya ringkas.

Saturday, September 8, 2012

Perang, Perang belum berakhir!

Perang Twitter di antara ipar duai ini bukan lagi perkara baru.




PERANG Twitter di antara ipar duai ini bukan lagi perkara baru. Menjadikan laman sosial ini sebagai medium untuk menghentam antara satu sama lain, tulisan Rita sekali lagi mencuri tumpuan.

Jika sebelum ini, Rita menyelar tindakan adik iparnya, Zaquan Adha dan isteri, Ayu Raudhah, yang sentiasa mencampuri urusan rumah tangganya, kini pelakon yang terkenal menerusi siri Ameera ini kembali 'memanaskan' alam maya apabila isu keguguran yang dialami oleh pelakon Gemersik Kalbu, Ayu Raudhah, menjadi bahan baru pertengkaran mereka.

Menerusi laman sosial itu, Rita menganggap keguguran yang dialami oleh Ayu adalah balasan dari ALLAH SWT kepada pasangan itu kerana sering menjadi 'batu api' dalam keluarganya.

"Sekarang, baru dia rasai bagaimana perasaan orang mengandung yang terganggu. Itulah yang saya rasa sebelum ini.

"Dulu, dia suka 'buat' orang. Sekarang, dia terima balasan dari Tuhan.

"Walaupun ia tidak seteruk apa yang saya alami dulu, namun sebahagiannya tetap dirasai," kata Rita yang sebelum ini pernah membongkar rahsia peribadi Zaquan di Twitter.

Tidak berdiam diri dengan sindiran Rita, suami Ayu, Zaquan mula membalas 'tweet' berkenaan dengan mengatakan Rita 'meroyan'.

Ayu menerusi sebuah akhbar, membuat pengakuan pernah mengalami keguguran pada Oktober tahun lalu ekoran kesibukan melampau.

Kini, Ayu memilih untuk berehat dari menerima sebarang tawaran.

Friday, September 7, 2012

Azza Elite Keguguran


Berita baru yang kami terima bahawa penyanyi dan pelakon, Azza Elite telah keguguran ketika kandungannya baru mencecah usia enam minggu.

Difahamkan situasi Azza ketika ini sedang bersedih dan tidak mahu diganggu.

Azza belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan kepada media.

Sama-samalah kita berharap agar Azza dan Azlan tabah menghadapi dugaan ini.

Thursday, September 6, 2012

Hamil kali kedua: Natasha Hudson idam anak lelaki

Natasha Hudson - Carleed Khaza





TIADA apa yang lebih membahagiakan pasangan ini setelah si isteri disahkan hamil sebulan pada 30 Ogos lalu.

Baik pelakon jelita, Natasha Hudson, mahupun suami, Carleed Khaza, masing-masing teruja untuk menyambut kehadiran cahaya mata mereka.

Tidak menyangka akan menerima berita baik ini dalam masa terdekat, Natasha dan suami melahirkan keinginan untuk mendapatkan anak lelaki.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur apabila disahkan hamil lagi. Mula-mula, saya buat pemeriksaan sendiri di rumah. Untuk mengesahkannya, saya terus membuat pemeriksaan lanjut di klinik.

“Kalau boleh, saya dan suami mahukan anak lelaki sebab saya dah ada anak perempuan, Nessa Helena, 4. Tapi, kalau dapat perempuan lagi, saya tidak kisah dan terima seadanya.

“Suami saya sangat gembira apabila diberitahu yang saya sudah hamil. Namun, kami tidak mahu terlalu berharap, takut apa-apa terjadi dalam masa terdekat. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga,” katanya yang akan mengurangkan aktiviti seninya selepas ini.

Menurut Natasha, dia harus menyelesaikan beberapa episod untuk program bual bicara, Santai Bersama Cikgu Sidek di saluran TV Al-Hijrah. Natasha yang sebelum ini pernah berkahwin dua kali sah bergelar isteri Carleed pada April lalu.

Wednesday, September 5, 2012

Farid Kamil & Diana Danielle Bertunang


Farid Kamil & Diana Danielle



Tahniah ucapkan kepada pasangan selebriti popular, Diana Danielle dan Farid Kamil yang telah mengikat tali pertunangan di kediaman aktres itu di Damansara pada Ahad lalu.

Pada majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang, Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia.

"Harap-harap pertunangan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik," ujar ibu Diana, Norsiah Ramli yang sudahpun merancang majlis ini sejak sebulan yang lalu.

Dalam majlis itu, Diana yang mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dan dirias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.

Difahamkan, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

Tuesday, September 4, 2012

Gosip, fitnah lumrah kehidupan selebriti


Gosip, fitnah dan kontroversi. Itulah lumrah dalam kehidupan selebriti. Sebanyak mana populariti mereka, sebanyak itulah gosip dan kontroversi akan mengekori mereka.

Fouziah Gous, 30, bukanlah nama baru yang perlu diperkenalkan. Meskipun belum pernah meraih gelaran pelakon popular mahupun yang terbaik, namun bakatnya bukan calang-calang dalam industri.

Sudah membintangi puluhan drama dan filem, aktres yang terkenal dengan rambut cantik mengurai ini juga tidak dapat lari dari gosip dan kontroversi. Hampir 10 tahun berkecimpung sebagai anak seni, Fouziah kini sudah semakin kalis dengan sebarang gosip yang menimpa dirinya. Namun, tipulah sekiranya jauh di sudut hatinya tidak rasa terkilan mahupun kesal dengan dugaan yang melanda dirinya.

"Saya anggap ini semua 'permainan' dalam industri. Saya tidak kisah media menulis berita mengenai saya, Tetapi biarlah cerita itu datangnya dari mulut saya sendiri," tegas Fouziah.

Mula menyusun bicara, Fouziah berkata, dia kesal dengan penyebaran berita tentang perkahwinannya dengan VIP. Jelas Fouziah, berita itu disebarkan tanpa kesahihan dari dirinya sendiri.

"Saya tak pernah buat pengakuan mengenai hal ini. Memang saya ada mengenali seseorang, namun saya tak pernah dedahkan status sebenarnya.

"Bila berita ini tersebar, ia secara tidak langsung menjejaskan hubungan kami yang baru bermula. Saya juga tidak mahu peminat salah sangka mengenai diri saya.

"Secara jujurnya, saya bukannya jenis yang suka bersosial. Saya seorang yang suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga. Terpulang pada persepsi masing-masing, tetapi inilah Fouziah Gous," jelasnya.

Irma - Redza: Teruja bakal menimang cahaya mata


Sudah tertulis di loh mahfuz pengacara dan pelakon popular, Irma Hasmie Ibrahim, 30, bertemu jodoh dengan ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31.

Mengikat tali pernikahan 29 Jun lalu, pasangan sama cantik sama padan ini semakin bahagia melayari alam rumah tangga.

Seperti pasangan lain, tentunya mahligai dibina akan bertambah sempurna sekiranya diserikan dengan kehadiran cahaya mata.

Bagi Irma dan Redza yang sememangnya menyukai kanak-kanak, impian mereka untuk bergelar ibu bapa bakal tercapai sedikit masa lagi.

Saat ini, kandungan Irma sudah hampir memasuki usia lapan minggu.

Hanya rasa syukur yang tidak henti-henti dipanjatkan Irma kepada Ilahi kerana mengurniakan rezeki itu dalam tempoh yang cepat.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kurniaan ini dan berharap semuanya berjalan lancar,” ringkas kata Irma mengenai kandungannya.

Monday, September 3, 2012

Sham Kamikaze persoal 'Gangnam Style'

Sham Kamikaze

Masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara kita.

Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai.

Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali gus mengangkat nama PSY sebagai superstar.

Tarian pelik seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai.

Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul.

Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud, 'Saya Ingin Menjadi Yahudi'.

Sebetulnya, masih banyak perkara tersurat yang tidak kita ketahui menerusi lagu ini.

Walaupun gaya muzik Korea Selatan ini mencetus fenomena hebat di negara kita, namun ia masih mendapat tentangan beberapa pihak. Penceramah bebas, Sham Kamikaze, menerusi Twitternya, berkata, umat Islam tidak sepatutnya terikut dengan budaya luar.

"Saya sendiri tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ada jutaan yang menonton termasuk umat Islam.

"Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan?

"Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT," katanya.

Isteri Sham Kamikaze Mohon Cerai





Selepas cerita pernikahan kali keduanya reda daripada diperkatakan, industri hiburan dikejutkan dengan berita isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham Kamikaze, Farazila Abdul Jabar yang memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Dipetik daripada portal berita Mstar Online, Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu untuk memulihkan rumah tangganya tidak berjaya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia.

Selain itu, Farazila juga turut menjelaskan kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu bukanlah faktor utama yang membawa kepada perceraian ini.

"Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya.

"Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini," katanya lagi.

Sebelum ini Sham menafikan dia sudah bernikah pada 16 Januari di Pulau Pinang sambil menganggap gosip itu sebagai fitnah yang merosakkan reputasinya sebagai pendakwah baru.

Rita Rudaini mahu Jue Aziz buat permohonan maaf

Rita Rudaini
kisah percintaan di antara pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan Jue Aziz mula bertebaran.

Menerusi kenyataan Jue yang sebelum ini menyelar tindakan individu yang menyebarkan gosip tidak berasas itu, dia turut mengaitkan dengan pelakon drama Ameera ini.

Lalu, tanpa menunggu lama untuk mengeluarkan kenyataan balas, Rita telah mencabar Jue untuk mengemukakan bukti sekiranya dia terlibat dalam penyebaran berita itu.

"Kenyataan Jue amat jelas menuduh saya adalah individu itu sedangkan saya tidak pernah menyebarkan kisah tersebut walaupun saya sudah tahu sejak Mac lalu.

"Sehinggalah ada wartawan yang bertanya kepada saya mengenai perkara ini. Saya tiada masalah dengan hal itu asalkan ia tidak menyusahkan saya. Saya bertanya kepada Aidil, tetapi dia beritahu yang dia tidak mengenali Jue.

"Jika dia (Jue) tidak tampil dengan sebarang bukti, saya akan menuntut permohonan maaf secara terbuka kerana menuduh tanpa usul periksa," kata ibu kepada dua anak ini.

Sunday, September 2, 2012

Anzalna fobia! takut ambil lesen memandu

Anzalna Nasir



SIAPA sangka aktres jelita yang kini giat mencipta nama dalam pentas lakonan tempatan, Anzalna Nasir sebenarnya masih lagi belum memiliki lesen memandu walaupun usianya kini telah mencecah 24 tahun.

Anzalna mengakui punca sehingga kini dirinya tidak memiliki lesen kerana fobia dan tidak yakin untuk memandu sendiri.

Maka tidak hairanlah Anzalna sering dilihat bersama kekasih, Mohd Hanif Mohd Zaki, 24, mahupun keluarga yang sentiasa menemaninya ke mana sahaja termasuklah ke lokasi penggambaran.

"Sebelum ini ketika berumur 22 tahun saya ada cuba belajar memandu, tetapi kerana tidak yakin, saya pernah melanggar rumah sendiri. Sejak daripada itulah keberanian saya untuk memandu semakin berkurangan.

"Mujurlah ada keluarga dan teman lelaki yang memahami situasi saya. Merekalah yang akan menemani ke mana jua saya pergi," katanya.

Walaupun begitu, Anzalna mengakui agak sukar baginya untuk menjalani aktiviti lakonan sehingga dia terpaksa membatasi kariernya sebagai seorang pelakon.

"Oleh kerana tidak ada lesen, saya terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan yang menjalankan penggambaran di luar Kuala lumpur.

"Oleh sebab itu, baru-baru ini saya mengambil keputusan berdaftar untuk mengambil kelas memandu untuk memudahkan segala urusan yang akan datang," jelasnya.

Saturday, September 1, 2012

Eira hamil, Azad alami alahan, mengidam

Pasangan romantis, Azad Jazmin dan Eira Syazira.

Kata orang, apabila si suami terlalu sayangkan isteri, dia yang akan mengalami alahan dan mengidam apabila isteri mengandung. Begitulah yang dialami pasangan romantis, Azad Jazmin, 37, dan Eira Syazira, 28.

Menurut Eira, semenjak disahkan hamil, dia hanya mengalami alahan ketika awal kehamilannya. Namun, semenjak Ramadan lalu, dia tidak lagi mengalami sebarang alahan mahu pun mengidam.

Sebaliknya, Azad yang mengalami alahan teruk iaitu muntah terutamanya pada awal pagi dan turut mengidam makanan seperti laksa.

"Dulu orang tua-tua selalu kata, kalau isteri mengandung, suami pun boleh alami alahan dan mengidam macam-macam. Dulu memang saya tidak percaya tapi bila kami sudah alami sendiri, baru kami tahu.

"Lucunya saya tidak lagi mengalami sebarang alahan, tapi Azad pula yang mengalami alahan teruk sekarang. Sehinggakan, ketika sedang berbual sambil memandu, tiba-tiba sahaja Azad termuntah.

"Malah, pernah sekali, Azad mengidam memakan laksa dan sanggup mencari sehingga jumpa sedangkan sebelum ini dia tidak suka laksa. Manakala nasi kandar yang selama ini jadi makanan kesukaannya tidak lagi digemarinya," jelas Eira sambil ketawa.

Eira berkata, selain alahan dan mengidam, Azad juga berubah sikap menjadi seorang yang lebih lucu dan romantik.

"Bayangkan, boleh dikatakan setiap hari dia akan menyorok dan saya perlu mencari dia. Pernah kami sedang membeli-belah mencari pakaian bayi, tiba-tiba dia hilang. Mula-mula dulu saya cari juga, bila dah lama-lama saya buat tak tahu sahaja.

"Malah Azad juga selalu buat lawak sehinggakan saya ketawa tidak henti-henti. Kadangkala bila kenangkan umurnya, tidak seiring pula dengan karakternya," katanya.

Ila Sabri nafi menjanda


“SAYA masih belum berkahwin, jauh sekali sudah bergelar janda, saya jadi macam ini sebab kuat makan sahaja bukan ada sebab lain.” Itu pengakuan tegas daripada penyanyi Ila Sabry mengenai bentuk badannya sekarang ini berbanding ketika dia popular suatu ketika dahulu dengan lagu Keranamu Kekasih.

Hampir 14 tahun menyepi daripada bidang nyanyian setelah terkenal dengan lagu Keranamu Kekasih, Ila, 33, kini mahu membuat penampilan semula dengan imej yang lebih segar. Dia yang mahu diingati kembali dan diterima oleh peminatnya berharap dengan lagu Keranamu Kekasih yang diberi nafas baharu oleh pengubah lagu terkenal Mac Chew dapat diterima ramai.

“Lagu itu yang akan diterbitkan dalam single terbaharu saya lepas hari raya nanti adalah secara orkestra mini. Ia satu kelainan dengan nyanyian saya 14 tahun lalu,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengakui sandaran lagu Keranamu Kekasih versi terbaharu itu tidak cukup untuk menjulang balik namanya setelah lama menyepi, Ila mengakui dia perlu membuat sesuatu dengan bentuk badannya yang agak berisi sekarang ini.

“Saya tahu persaingan agak sengit sekarang dengan muncul banyak penyanyi baharu yang lebih muda, jadi saya akan berusaha untuk menurunkan berat badan agar lebih ideal dengan ketinggian saya,” jelasnya.

Soal berat badannya kini yang kini mencecah 63 kilogram (kg) berbanding awal kemunculannya dahulu iaitu 47 kg, Ila mengakui perkara itu turut ditegur oleh guru vokalnya yang juga bekas guru vokal program realiti TV Akademi Fantasia, Cikgu Shafi atau nama sebenarnya, Syafizawati Sharif.

“Cikgu Shafi juga suruh saya turunkan berat badan sebab apabila menyanyi saya cepat semput, jadi apabila sudah ditegur begitu, saya perlu mula berdiet,” ujarnya yang menyasarkan untuk memiliki berat badan sebanyak 55 kg apabila melancarkan albumnya itu nanti.

Sungguh pun nekad untuk menurunkan berat badan, Ila tidak percaya dan tidak akan menggunakan produk atau ubat-ubatan yang terdapat di pasaran sebagai jalan pintas untuknya kelihatan kurus.

“Saya akan cuba cara semulajadi seperti bersenam dan amalan pemakanan yang sihat, saya tidak akan sekali-kali akan guna jalan pintas itu, nanti akan tambah mudarat pula,” ujarnya yang berasal dari Perlis.

Bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dalam jurusan pengajian perniagaan ini, berkata selepas mengundur diri dalam karier seninya dahulu, dia menumpukan perhatian terhadap pelajaran atas nasihat keluarganya.

“Ketika itu keluarga suruh saya tumpu belajar dulu, jika sudah ada kelulusan baru mereka benarkan saya aktif dalam nyanyian, sebab itu saya menyepi,” ujarnya yang yang turut mengusahakan sebuah restoran di Danau Kota, Kuala Lumpur dinamakan Kafe Kerisik.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2