RITA kini hanya mahu meneruskan kelangsungan hidup bersama dua permata hatinya, Airit Rafqa Arjuna (depan) dan Airit Rayyan Rizqin.
“BUAT apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung. Saya harap selepas ini mereka jangan kacau hidup saya dan anak-anak!”
Itu kata-kata tegas pelakon Rita Rudaini yang diluahkan kepada wartawan ketika ditemu bual pada 14 September lalu.
Dia mengulas mengenai kenyataan birasnya, pelakon Ayu Raudhah, sebelum ini yang mahu bersemuka dengannya bagi menjernihkan perselisihan faham antara mereka berdua.
Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, sebelum ini didakwa kononnya menulis kenyataan menempelak Ayu di akaun Twitternya.
Antara tulisan Rita di Twitter adalah seperti berikut: “Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant. Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil.”
Apa yang menjadikan ia hangat adalah apabila suami Ayu yang juga kembar kepada Aidil Zafuan, iaitu bintang bola sepak Zaquan Adha, menulis di akaun Twitternya mengatakan ada orang sedang meroyan.
Biarpun tulisan itu tidak menyebut sebarang nama, tetapi ia seolah-olah suatu respons yang ditujukan kepada Rita.
Apa yang menarik, Rita memberi respons terhadap Zaquan, 25, seolah-olah mengiyakan status kemelut terbaharu dirinya dan Ayu, 28.
Balas Rita menerusi Twitternya: “Sudah-sudahlah, kalau kau orang tidak kacau orang, orang tak kacau kita. Bila kutuk sedikit dah meroyan. Selepas itu tuduh kita pula yang meroyan. Adoii family 69 ni.”
No comments:
Post a Comment