Nama Miera Liyana sekali lagi menarik perhatian ramai ekoran kisah cintanya dengan aktor Shahz Jaszle atau kini lebih dikenali sebagai Shahrizal Jaszle. Baru sahaja menjalinkan hubungan cinta, mereka sudah pantas berbicara soal perkahwinan.
Namun, belum pun sempat mengikat tali pertunangan, hubungan itu terlerai di tengah jalan dan Miera dikatakan mengundur diri membawa hati yang lara.
Namun, kata orang pengalaman lalu, akan mendewasakan kita. Miera bertekad enggan lagi terkait dengan cerita kontroversi yang memalukan. Harapannya, biarlah selepas ini, orang lebih mengenalinya kerana karier seni yang membanggakan.
“Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini saya banyak menerima tawaran yang tak henti-henti. Saya percaya jika kita bersungguh-sungguh, orang akan nampak hasil kerja kita. Saya juga tak mahu lagi dipalit dengan publisiti murahan, saya mahu orang tahu saya juga ada bakat.
“Bagaimanapun saya percaya, setiap kontroversi adalah kontroversi yang baik, selagi kita boleh mengawalnya,” katanya.
Miera berkata, dia teruja dan berdebar apabila masih menanti empat buah filem lakonannya iaitu Pencinta, Pecah, Lebuhraya Ke Neraka dan Dendam Orang Mati yang bakal ditayangkan tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment