NUFFNANG ADS

Tuesday, September 11, 2012

Fasha Sandha kongsi saat-saat manis bakal bergelar ibu

Fasha Sandha bahagia bersama suami tercinta Rizal Ashram Ramli atau Jejai


Sebelum ini, ada sahaja cerita kontroversi yang dikaitkan dengan aktres, Fasha Sandha, 28, sehingga sedikit sebanyak menjejaskan nama baiknya. Sedar privasi hidupnya tidak akan sama seperti orang lain, Fasha tekad untuk meredah apa sahaja halangan yang tiba.

Namun kini, segala cerita kontroversi itu bagai berlalu begitu sahaja.  

Lebih manis, dia kini melalui detik-detik bahagia, bukan sahaja bersama suami tercinta, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, bahkan bersama bayi dalam kandungannya.

Syawal tahun ini juga, membuka lembaran baru dalam hidup Fasha apabila berpeluang beraya bersama keluarga mentua, sekali gus menepis segala omongan jahat pihak lain yang mengatakan Fasha dibenci keluarga mentua.

Enggan membicarakan kisah peribadinya, Fasha mengakui semakin bahagia dengan kehidupannya kini. Teruja dengan kehamilan pertamanya yang sudah mencecah usia tiga bulan, pelakon kelahiran Pulau Mutiara ini banyak berkongsi pengalaman manisnya berbadan dua.

"Kalau muntah pagi-pagi itu dah perkara biasa. Tetapi sekarang saya alah pada ubat gigi.

"Memang tak tahan rasanya, tetapi saya terpaksa bertahan. Kalau tidak, saya rasa tak selesa tak gosok gigi,” ujarnya yang kelihatan semakin berseri-seri. Jika sesetengah wanita hamil ada kisah mengidam, namun berbeza pula dengan aktres cantik ini. Jelas Fasha, sepanjang kehamilan, suaminya pula yang mengidam pelik-pelik.

“Saya rasa lucu pula bila suami yang mengidam nak makan macam-macam. Rasa macam dia pula yang hamil," kata Fasha sambil ketawa kecil.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2