NUFFNANG ADS

Friday, September 14, 2012

Alyah cedera terkena 'spotlight' di Sri Pentas



ALYAH, yang terkenal dengan lagu Kisah Hati, dinasihatkan oleh doktor agar mengurangkan aktiviti berat susulan insiden sebuah lampu sorot (spotlight) jatuh terkena bahagian belakang badannya ketika menghadiri satu majlis di Sri Pentas.

Dia berada di Sri Pentas sempena  majlis rumah terbuka stesen radio, Hot FM, pagi tadi.

Menurut pengurusnya, Shuib, Alyah sudah menjalani pemeriksaan sinar-X  dan doktor memaklumkan tiada sebarang kecederaan serius.

“Alyah sudah menjalani pemeriksaan dan mendapati tiada kecederaan dalaman yang serius kecuali tisu ototnya saja tercedera.

“Dia juga dinasihatkan doktor untuk berehat daripada melakukan aktiviti berat,” katanya.

Menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Shuib menjelaskan, “satu lampu spotlight jenis berdiri telah dilanggar seseorang dan secara tidak sengaja ia terjatuh ke badan Alyah," katanya.

“Bagaimanapun, saya mewakili Alyah tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana kita tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku, dan ini merupakan satu kemalangan kecil dan benda dah nak jadi," katanya lagi.

“Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang memberikan kerjasama dan pertolongan dengan sebaiknya selain turut menanggung semua kos perubatan di sini,” katanya.

Menurut Shuib lagi, tidak dapat dipastikan  bila Alyah akan keluar wad.

“Walaupun perlu berehat, Alyah tidak akan mengurangkan atau memperlahankan aktiviti nyanyiannya kerana kecederaannya itu tidak berkaitan dengan suara.  Dia hanya dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja berat saja,” jelas Shuib ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Kejadian yang berlaku pukul 9.30 pagi itu, dipercayai terjadi apabila lampu yang diletakkan di ruang legar stesen penyiaran itu untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar seseorang lantas menyebabkan lampu itu terjatuh ke atas badan Alyah.

Sehubungan insiden itu, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 31, dikatakan mengadu sakit sehingga menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulans untuk membolehkan dia mendapat rawatan lanjut.

Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang ini menghadirkan diri pada majlis berkenaan untuk menghiburkan tetamu. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Yuna, Tomok dan kumpulan Forteen.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2