NUFFNANG ADS

Tuesday, October 21, 2014

Emma belum sedia akhiri zaman bujang

“SECARA jujurnya, buat masa ini saya dan Zizan belum pernah berbincang lebih serius mengenai perkahwinan begitu juga dengan keluarga kami,” jelas pelakon cantik, Emma Maembong mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya, Zizan Razak dalam waktu terdekat ini.

Berserah pada takdir dan jodoh, Emma mengakui tidak mahu terburu-buru melangkah ke alam perkahwinan.

“Dalam soal ini, saya tidak boleh komen lebih-lebih sebab semuanya bergantung pada takdir.

“Saya faham perkara yang baik tidak perlu dilengah-lengahkan dan saya juga bersyukur kerana ramai yang mendoakan kebahagiaan kami.

“Tapi perkahwinan bukanlah perkara yang mudah kerana ia melibatkan jangka masa yang panjang dan memerlukan persediaan rapi.

"Jika sudah tiba masanya, saya memang bersedia dan kami umumkannya,” ujarnya yang kini sibuk membantu keluarganya membuat persiapan majlis perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong.

Bercerita lanjut mengenai imej barunya, Emma bersyukur kerana rezeki lakonannya tidak berkurang walaupun sudah bertudung.

“Alhamdulillah, sebenarnya bila saya berniat untuk bertudung, saya sebenarnya sudah bersedia kalau tawaran lakonan berkurangan.

“Tapi saya terkejut kerana ia langsung tidak terjejas malah bertambah. Saya anggap ini semua rezeki yang telah ditentukan oleh tuhan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emma baharu saja terlibat dengan penggambaran telefilem komedi Sopiah Jin terbitan Zeel Production bersama pelakon Shah Iskandar dan Fadhlan.

Monday, October 20, 2014

Bukan Islam bentang sejadah untuk Heliza solat

Laman sosial Instagram milik Heliza

MODEL Muslimah, Heliza Helmi melahirkan rasa kagum terhadap kakitangan Silky White yang memahami dirinya sebagai seorang Muslim.

Heliza berkata, ketika masuk sahaja waktu solat, kakitangan berkenaan yang bukan beragama Islam memberitahunya supaya menunaikan solat terlebih dahulu, kerana sudah masuk waktu Asar ketika itu.

“MasyaAllah.... ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada mereka.

“Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah, Heliza pergi makan dulu, kami akan ‘prepare’ kan untuk ‘you’ solat.

“Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata. 'Okay, kita ‘break’ dahulu, bagi Heliza solat, ‘then' baru makan, ‘then’ baru ‘shoot’ balik.

"Handphone’ Ija, bila azan 'handphone' ni ada suara azan, waktu Asar tadi, Mereka sendiri yang ‘stopkan shooting’, dan mereka kata... 'Okay Heliza you solat dulu ok? ' Sejadah ni pun mereka yang 'prepare',” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Heliza menzahirkan rasa syukur kerana dirinya dapat solat tepat pada waktunya tanpa memberitahu kepada mereka tentang kewajipan tersebut.

"Allahu Akbar.. Ya Rabbi! Ya ALLAH  MasyaAllah. Terima kasih ALLAH... Solat tepat waktu dan Ija tak perlu 'mention' pun tentang solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaALLAH........ Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan ALLAH? ,” tulisnya.

Tuesday, October 14, 2014

"Saya Tak Akan Biarkan Lelaki Lukai Hati Lagi" - Izreen Azminda

Pelakon Izreen Azminda yang sah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Riza yang Jun lalu menjelaskan dirinya belum terfikir untuk mencari pengganti kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya dan anak kesayangannya, Muhammad umar Adrian.

"Buat masa ini, hati saya belum terbuka untuk mencari pasangan. Saya lebih selesa begini dan tidak akan membiarkan lelaki melukai hati saya dalam masa terdekat ini.

"Namun, saya tahu, jodoh itu rahsia Allah SWT dan saya tidak mampu menolak. Bukan sahaja dengan Amar, malah dengan mana-mana lelaki sekalipun, saya terima sekiranya ada jodoh di kemudian hari," ujar Izreen yang kini dikatakan sedang hangat bercinta bersama Amar Baharin.

Dalam pada itu, Izreen turut menjelaskan dia masih berkawan dan tidak mendendami bekas suaminya demi kebaikan anak tunggal mereka.

"Saya mendapat hak jagaan sepenuhnya terhadap anak saya, namun bekas suami dibenarkan melawat. Hak bermalam hanya akan diberikan selepas anak saya berusia empat tahun. Ini kerana saya tahu kesibukan jadualnya.

"Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, bekas suami tidak mengabaikan nafkahnya terhadap anak dan saya hanya meminta nafkah edah sahaja. Saya juga tidak minta lebih kerana saya tahu kemampuannya setakat mana," tambah Izreen.

Sunday, October 12, 2014

Izara Aishah, anak Datuk K bercinta

PELAKON jelita dan berwajah manis, Izara Aishah mengakui sedang bercinta dengan anak Datuk K, Adib Khalid.

"Di awal perhubungan saya akui kami hanya berkawan.  Itu yang saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita.

"Dan bila kami sudah bersama atau lebih tepat bercinta, tidak ada apa yang perlu saya sorokkan.  Tapi tidak bermakna saya perlu bercerita satu dunia akan hal tersebut.

"Bila saya sudah berterus terang, harapnya tidak ada lagi spekulasi yang timbul," luah Izara jujur tentang hubungan cintanya dengan anak tiri kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Untuk cerita lanjut pengakuan daripada Izara sendiri, ada disiarkan di dalam  majalah Media Hiburan terbaharu.

Saturday, October 11, 2014

Farhan AF, Rashadan selamat diijab kabul




Dengan sekali lafaz, bekas pelajar Akademi Fantasia 4, Nur Farhan Azizan, 30, bergelar isteri kepada pasangannya, Ahmad Rashadan Mohd. Suhaimi, 30, di Masjid Al-Hasanah, Bangi tepat pukul 10.15 pagi semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof berwalikan bapa Farhan, Azizan Mohd. Khir dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, set penjagaan wajah, wangian, telekung dan senaskhah al-Quran manakala pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya, sebentuk cincin, ensiklopedia solat, jam tangan, manisan dan sejadah.

Majlis akad nikah pasangan itu hanya dihadiri keluarga dan teman rapat manakala resepsi mempelai pula diadakan pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Saja Yang Tahu itu melahirkan rasa syukur apabila akhirnya mereka berdua disatukan sebagai suami isteri selepas menjalinkan hubungan lebih lapan tahun.

Wednesday, October 8, 2014

Saya risau - Che Ta

MASA pantas berlalu dan siapa sangka kurang dua minggu sahaja lagi pelakon jelita, Rozita Che Wan dijangka melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinan kedua bersama aktor, Zain Saidin.

Bukan sahaja pasangan bahagia ini, malah keterujaan menyambut kelahiran ini turut dirasai seluruh peminat setia mereka.

Berkongsi pengalamannya, aktres yang mesra disapa Che Ta ini mengakui biarpun teruja dia turut merasa berdebar menanti saat melahirkan nanti.

“Walaupun sebelum ini ada pengalaman, tetapi ia berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Mungkin saya juga sudah lupa rasa sakit untuk melahirkan. 

“Perasaan teruja itu memang ada, tambahan pula kali ini kami bakal menimang bayi perempuan dan saya memang tidak sabar menunggu saat itu,” ujarnya.

Menarik mengenai kehamilannya kali ini, pasangan romantis ini telah memberikan kepercayaan kepada pihak Astro merakamkan saat-saat indah menyambut cahaya mata mereka menerusi program Pureen Chak Chak.

“Dalam soal ini kami tidak ada sebarang syarat kerana kami percaya pihak produksi tahu had mereka.

“Kalau diikutkan paparan visual yang akan diambil tidaklah terlalu terperinci, jadi ia tidak beri sebarang masalah kepada kami.

“Walaupun tidak terlalu banyak, tapi inilah peluang kami berkongsi kebahagiaan ini bersama peminat,” tuturnya.

Pada masa yang sama, Che Ta turut mendedahkan dirinya sering mengamalkan membaca surah Mariam dan Yusuf sebagai persediaan dalam proses kelahiran.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2