NUFFNANG ADS

Sunday, June 28, 2009

Jamuan Durian 5hb Julai Percuma



Sekarang sudah masuk musim durian gugur di sekitar daerah di negeri Perak - pelbagai jenis durian sekarang sudah berada di pasaran dengan harga sedikit mahal dalam waktu yang terdekat ini (awal musim).

Sempena dengan musim durian kali ini rakan V22 kita 9W2 MPB menjemput semua rakan-rakan Radio Amatur tidak kira berada dimana menghadiri majlis jamuan makan durian secara berkelah pada, masa dan tempat berikut;

Tarikh: 5hb Julai 2009
Jam : 10 pagi (sampai habis buah durian)
Tempat : Di Kediaman Ayahandanya
di kampung Suak Petai, Manong.

Frekuensi perhubungan V.22 (145.275)
HP : 012 544 0454 ( Man )
#sebarang pertanyaan atau pandu arah bolehlah menghubungi kemudahan di atas.

Sunday, June 14, 2009

REKOD TAN SERI P RAMLI



Hanya tinggal kenangan buat peminat Biduan Negara Tan Seri P.Ramli .. walaupun sudah lama dia meninggalkan kita untuk menuju ke alam Berzah.

Namanya seringkali bermain di bibir bagi masyarakat Melayu di Malaysia - Indonesia - Singapura - Brunei DS.

Filemnya terus mendapat perhatian umum bukan sahaja di kalangan Melayu malah menjadi kegemaran yang bukan Melayu.

Misalnya kalau kita ke Indonesia (bagi masyarakat tua) memang tidak begitu mudah melupakan nama P. Ramli malah mereka juga adalah pemiant setia.

Di TV Malaysia sudah menyediakan satu slot khas menayangkan filem-filem arahan maupun yang dilakuni oleh Allahyarham. namun sambutannya tetap sama samasa ada hanyat beliau.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2