NUFFNANG ADS

Saturday, November 27, 2010

Jimmy dan isteri ke mahkamah ??

JIMMY (kanan) dan Nursuhaila.


BARU sahaja beberapa minggu lalu, Diva terima khabar gembira tentang bekas pengacara Trek Selebriti yang terkenal dengan ucapan 'yezzaa'nya, siapa lagi kalau bukan Jimmy Shanley yang baru dapat berita bahawa isterinya, sudah berbadan dua.

Macam-macam juga berita si Jimmy yang masuk telinga Diva, belum habis dengan kisah rumah tangganya yang dikatakan bergolak. Isterinya Nursuhaila Shuhaimy pernah lari dari rumah, dua tiga hari lepas keluar pula cerita baru.

Kali ini lebih panas. Sama ada sahih atau tidak sahih, itu Diva tak berani komen, dah sumber yang rapat dengan kaki perisik di mahkamah sendiri yang khabarkan, Diva kongsilah pula kepada semua.

Kata sumber itu, masalah Jimmy dan Suhaila tak tamat lagi. Memanglah isteri Jimmy sedang mengandung tetapi dalam senyap-senyap, mereka sudah sampai ke mahkamah dan berjumpa pakar kaunseling di sana. Keluarga Shuhaila pula dah naik pening dan khabarnya mereka terbang bercuti ke luar negara.

Friday, November 26, 2010

Raja Farah, Megat diijab kabul



BUKIT JELUTONG: Pelakon dan peragawati, Raja Farah Raja Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria dengan sekali lafaz, di sini, semalam.

Raja Farah, 22, dan Megat Bashirun, 25, dinikahkan bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah sambil disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Rosly Mohd Arus dengan mas kahwin RM888 pada jam 11.10 pagi.

Kedua-dua pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih tajaan dan rekaan Syahmir Nur Din pada majlis akad nikah yang dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan artis dan kenalan.

Sebelum ini, timbul gosip mengenai kehidupan pelakon yang popular menerusi drama bersiri, Mertua VS Menantu yang disiarkan di Astro Prima. Majlis merisik pada 9 Oktober lalu di kediaman keluarga perempuan bertukar menjadi majlis pertunangan. Perkenalan pada awal tahun membuatkan pasangan ini membulatkan tekad untuk mengakhiri zaman solo masing-masing.

Menurut Raja Farah, dia bersyukur kerana majlis akad nikah yang dirancang berjalan lancar walaupun ada sesetengah pihak cuba membuat pelbagai spekulasi berhubung majlis berkenaan. Bagi dirinya, apa yang lebih penting dia mengambil keputusan berkahwin tanpa sebarang paksaan atau dipengaruhi mana-mana pihak.

“Insya-Allah saya melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin walaupun tidak bersedia 100 peratus. Saya akui masih banyak perkara perlu saya pelajari. Buat masa ini, saya banyak bertanya serta belajar daripada ibu dan ibu mentua.

“Memang kami sudah merancang untuk majlis bernikah pada hari ini (semalam). Walaupun berlangsung pada hari Jumaat dengan masa yang agak terhad saya bersyukur kerana apa yang dirancang berjalan lancar,” katanya.

Sikap memahami dan mengambil berat menjadi salah satu keistimewaan yang ada pada suami. Sementara cepat serasi dan berkongsi minat sama iaitu menyelam di dasar laut menjadi antara alasan Megat Bashirun menjadikan Raja Farah sebagai isteri.

Raja Farah memulakan kerjaya dalam bidang seni sekitar 2001. Gadis kelahiran Kuala Lumpur, anak ketiga daripada empat beradik. Dia mula bergiat aktif dalam iklan televisyen ketika berusia 13 tahun.

Thursday, November 25, 2010

Perkahwinan direstui bekas kekasih

AYU tidak pernah berniat untuk merahsiakan pertunangannya.


"APA yang ingin saya tegaskan, segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya itu semuanya tidak benar sama sekali.

"Saya bukannya punca terhadap masalah keretakan rumah tangga mereka seperti yang didakwa!"

Jika sekali dengar ucapan bernada tegas itu seperti dilontarkan daripada individu yang dituduh mengganggu rumah tangga orang lain, yang pada kebiasaannya dikatakan ada hubungan dengan salah seorang daripada pasangan suami isteri yang mengalami keretakan rumah tangga tersebut.

Namun, dalam kes pelakon jelita, Ayu Raudah yang melontarkan kenyataan itu kepada media ketika ditemui pada majlis pelancaran program-program Astro Warna di Cathay Cineplex, The Curve, Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini, ia ternyata agak unik.

Dia sebelum ini didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak - suami kepada aktres Rita Rudaini.

Sedangkan pada masa yang sama, Ayu ketika itu serius menjalinkan percintaan dengan adik kembar Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak.

Sebenarnya, Ayu bukan dituduh sebagai perampas suami Rita, tetapi gosip sebelum ini bertiup kencang mendakwa Ayu menjadi penyebar fitnah tentang rumah tangga Aidil dan Rita.

Malah, sebuah akhbar sebelum ini pernah melaporkan kenyataan yang agak 'menggegarkan' daripada Rita yang berbunyi: "Saya tidak pernah mengenalinya secara rapat. Saya hanya bertemunya hanya sekali, ketika Ayu (Raudah) menjadi pelakon tambahan dalam drama Rafflesia.

"Itupun bekas kekasihnya, Pekin yang memperkenalkannya. Saya tidak tahu apa yang menyebabkannya cemburu, sakit hati dan sanggup menyebarkan fitnah. Kalau pasal saya ada hubungan dengan bakal suaminya, Mohd Zaquan Adha, itu cerita lama."

Tidak mahu memanjangkan sengketa mulut antaranya dengan bakal kakak iparnya itu, Ayu enggan memberi sebarang komen mengenai Rita kerana bimbang akan disalah erti oleh pihak yang lain.

"Kalau boleh saya memang tidak mahu dan akan elak untuk memberi sebarang komen mengenainya. Saya tidak mahu apa yang dinyatakan nanti akan disalahertikan oleh pihak lain," ujarnya.

Pada majlis yang sama Ayu juga memberitahu, dia sah menjadi tunangan Zaquan pada 17 Oktober yang lalu.

Awas logo halal bukan milik restoran

SEORANG pekerja menutup logo halal yang tertera di papan tanda sebuah restoran selepas diarahkan Jakim dalam serbuan di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Sebuah restoran bukan Islam di Jalan Gasing di sini diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam setelah mendapati logo halal pada papan tanda yang dipasang bukan milik restoran tersebut.

Restoran yang sentiasa mendapat sambutan ramai diserbu lapan penguat kuasa Bahagian Hub Halal Jakim dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri semalam.

"Serbuan dibuat setelah kami menerima aduan daripada orang ramai yang meragui status halal restoran tersebut..

"Bila ditanya kenapa letak logo halal pada papan tanda, mereka mengatakan logo tersebut adalah milik produk yang menaja papan tanda tersebut," kata Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah.

Suami dakwa pelakon ingkar

Che Zambil (kanan) bersama Hafiz di Mahkamah Syariah, semalam.


KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Che Zambil Ahmad memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya yang juga pelakon drama bersiri Cinta Antara Benua, Asdayanti Daut di Mahkamah Syariah di sini, semalam.

Che Zambil, 36, yang juga bekas pemain pasukan Kedah mengemukakan permohonan itu selepas mendakwa Asdayanti, 36, enggan mematuhi permohonan perintah kembali taat yang difailkan pada 1 November lalu.

Dia hadir bersama peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan di mahkamah pada jam 3.30 petang dan terus memasuki kaunter mahkamah untuk memfailkan permohonan berkenaan.

Hafiz ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, Che Zambil dan isterinya sebelum ini pernah menjalani proses sulh (perbincangan) berhubung masalah rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, usaha itu menemui jalan buntu kerana Asdayanti didakwa masih ingkar dan sering ke luar negara bersama lelaki lain.

Menurutnya, dalam permohonan semalam, Che Zambil selaku plaintif menamakan Asdayanti sebagai defendan mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan kali pertama permohonan berkenaan.

Che Zambil mendirikan rumah tangga dengan pelakon berkenaan pada 21 April 1998 di Kubang Pasu, Kedah dan dikurniakan dua anak berusia setahun dan 11 tahun.

Ibu diperkosa demi anak..

( Foto hiasan )



KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Rumah terbang dipukul ribut

Abu Bakar menunjukkan rumahnya yang ranap dipukul ribut.


KANGAR: Seorang petani, Abu Bakar Ahmad, 40, hanya mampu melihat keseluruhan rumahnya diterbangkan angin dalam kejadian ribut yang merosakkan kira-kira 16 rumah di sekitar Tambun Tulang, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Abu Bakar dan keluarganya yang menetap di Kampung Kepala 20, bernasib baik kerana berada di rumah kakaknya di Kampung Kepala 10 kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

“Saya bergegas pulang dari rumah kakak ketika angin ribut dan terkejut apabila mendapati rumah sudah tiada...yang tinggal hanya pelapik tiang konkrit.

“Sebahagian bumbung diterbangkan angin kira-kira 50 meter jatuh ke dalam petak sawah manakala dinding rumah bertaburan di tanah.

“Ini musibah kedua melanda diri saya selepas kawasan rumah ditenggelami air dalam kejadian banjir baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim, hadir melawat mangsa ribut itu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Abdullah Ali.

Abu Bakar berkata, dia bersama isteri serta dua anak berusia dua dan lima tahun menetap di rumah kayu yang dibeli daripada seorang rakan dengan harga RM5,000 sejak dua tahun lalu.

“Keseluruhan rumah kayu ini rosak teruk, termasuk tiang dan alangnya patah. Ia sukar untuk diperbaiki dan memerlukan kos tinggi untuk membinanya semula. Saya kini terpaksa menumpang di rumah kakak,” katanya.

Ribut terbabit menyebabkan 16 rumah di beberapa kampung sekitar Tambun Tulang rosak dan semua mangsa berkenaan baru menghadapi banjir besar.

Berdasarkan maklumat, daripada 16 rumah yang terjejas, tujuh dilaporkan membabitkan kediaman sekitar kawasan Long Boh, termasuk Kampung Kepala 20, selain lima di Kampung Baru, tiga di Tambun Tulang dan satu di Sungai Bakung.

Seorang mangsa, Rosnah Hamid, 47, ketika ditemui mengaku kehidupannya terjejas akibat kejadian ribut petang kelmarin apatah lagi kesan kerugian dan kerosakan akibat banjir besar baru-baru ini, masih belum pulih.

“Baru-baru ini, banyak barang terutama peralatan dalam rumah rosak selepas kediaman kami dinaiki air sehingga paras pinggang. Kini, belum selesai masalah itu, datang pula ribut memusnahkan bumbung dan dinding rumah kami,” katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata, pihaknya menerusi Yayasan Pok dan Kassim (YPK) akan menyalurkan bantuan segera membina semula rumah untuk Abu Bakar yang musnah dalam kejadian ribut terbabit.

Beli telefon bimbit mainan RM300??

MOHD. JASMI menunjukkan telefon bimbit mainan yang dibeli pada harga RM300 di Tanah Merah semalam.


TANAH MERAH - Seorang mekanik kerugian RM300 apabila terbeli sebuah telefon bimbit mainan yang menggunakan jenama terkenal daripada seorang lelaki di Kampung Bukit Panau di sini kelmarin.

Menurut mangsa, Mohd. Jasmi Jusuh, 35, pada hari kejadian dia dikunjungi seorang lelaki ketika menjalankan kerja di bengkel di hadapan rumahnya pada pukul 10 pagi.

Katanya, seorang lagi lelaki berada di dalam kereta jenis Nissan Sunny yang diletakkan kira-kira 100 meter dari bengkelnya.

"Lelaki terbabit menawarkan sebuah telefon bimbit berjenama terkenal yang berharga ribuan ringgit di pasaran.

"Dia menawarkan telefon bimbit tersebut dengan harga RM300 sahaja tanpa pengecas bateri dengan alasan memerlukan wang segera," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Curi wang isteri bayar hutang kahwin

CHOON GUAN (kiri) menunjukkan wang tunai dan barang kemas yang dirampas daripada seorang lelaki untuk membayar hutang kahwin di Muar semalam.


MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.

Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.

“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.

“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam.

Wajib ambil insurans kesihatan

MAJIKAN terpaksa menanggung kos yang terus meningkat setiap tahun jika mahu mengambil pekerja asing.


PUTRAJAYA - Semua pekerja asing di negara ini akan diwajibkan mempunyai insurans kesihatan bernilai RM120 setahun mulai 1 Januari 2011.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu berikutan tunggakan bil di hospital kerajaan yang tinggi setakat ini iaitu berjumlah RM18 juta.

Beliau berkata, jumlah tersebut dijangka meningkat berikutan jumlah pekerja asing yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

"Ini melibatkan pekerja asing kerana ekspatriat, mereka bayar. Ada yang bayar separuh, ada yang tidak bayar langsung tetapi kebanyakannya tidak bayar.

"Kita memandang serius perkara ini dan sebab itu kita melaksanakan langkah ini," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Wednesday, November 24, 2010

Kolaborasi sulung Apek, Nabil, Johan

SAIFUL tidak berhenti berharap filem sulung arahannya, Shh...Dia Datang menjengah pawagam.


SEMUA manusia yang bernafas di dunia ini pasti melakukan kekhilafan. Namun, yang membezakan situasi itu adalah sama ada kesalahan itu disedari serta diinsafi atau sebaliknya.

Sebagai individu yang pernah melakukan kesilapan, Saiful Apek menyedari dia telah tersilap langkah. Justeru, kini cuba merenung jauh ke dalam impak daripada kesilapan yang telah dilakukannya itu yang kini menerjah perjalanan hidupnya.

Jelas, insiden dirinya ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah pada bulan Jun lalu telah memberi hikmah tersendiri buat dirinya.

Ibarat bayi yang baru dilahirkan, pemilik nama sebenar Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff yang kini mencecah usia 41 tahun itu bangkit semula dengan bertongkatkan sokongan dan penghormatan yang diberikan oleh rakan-rakan dan para peminatnya yang sentiasa bertindak penyuntik semangat buatnya untuk terus berkarya.

Bagi Saiful Apek, bakat melawak yang telah dijadikan karier seninya sejak 16 tahun lalu itu merupakan punca rezeki dan kehidupannya kini.

Sehubungan itu, dia akan terus membawa anugerah Tuhan itu selagi ada hayat dikandung badan.

Dari lubuk hatinya juga, dia masih bersyukur kerana masih diterima walau pernah dihimpit dengan peristiwa hitam yang boleh membuatkan namanya jatuh, malah mungkin terus dilupakan.

Katanya dalam nada penuh kesyukuran, rezeki yang diterima sekarang juga amat menggalakkan dan memberikan dirinya semangat untuk bangkit semula dan menyemarakkan dunia seni lawak tanah air.

“Terima kasih peminat. Saya bersyukur kerana peminat-peminat masih menyokong saya untuk terus berada dalam industri ini.

“Apa yang membuatkan saya terharu sangat kerana masih ada golongan ibu dan bapa yang menyuruh anak mereka bersalaman dengan saya biarpun selepas ‘tragedi’ yang menimpa saya itu.

“Penghormatan yang diberikan itu merupakan trofi buat diri dan semangat untuk saya terus bangun,” luahnya ketika ditemui di pengambaran filem Bujang Terlajak di Restoran Anta Batura, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Tuesday, November 23, 2010

Mesra Yuna, Qi



TEMPOH perkenalan antara pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi, baru menjangkau sebulan.

Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.

Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya.

Apabila diminta penjelasan mengenai status hubungannya dengan Qi, Yuna yang dihubungi Kosmo! semalam dalam tawa tidak menafikan Qi kini merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya, namun, dia enggan menggunakan perkataan bercinta sebagai tafsiran hubungannya itu.

“Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain.

“Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal,” ucap Yuna penuh jujur.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu, perkenalan antara mereka terjadi apabila masing-masing terlibat dalam program terbitan TV9, Kawanku Bintang Coca-Cola.

Hubungan mereka terbina selepas Qi berpisah dengan pelakon dan pengacara, Julie Woon yang pernah bergandingan dengan Qi menerusi drama bersiri, Blogger Boy.

“Dalam program Kawanku Bintang, Qi bertindak sebagai pengacara dan saya pula sebagai juri bersama beberapa teman artis yang lain. Perkenalan kami terjalin selepas Qi berpisah dengan Julie, jadi tidak ada sebarang isu di situ,” jelas Yuna.

Pemenang Ultimate Shout! 2010 itu juga tidak menafikan ibu bapanya telah berkenalan dengan Qi dan dalam masa yang sama menegaskan hubungan mereka masih terlalu jauh untuk mencecah ke jenjang pelamin.

“Saya tidak nafikan ibu bapa saya kenal dengan Qi kerana mereka selalu berada bersama saya. Jadi, tidak secara langsung mereka kenal semua kawan saya termasuk Qi.

Sunday, November 21, 2010

Roslan Shah ditaja RM80,000

DRAMA Sejambak Bukan Serumpun memberi peluang buat Roslan untuk melakonkan watak lelaki maskulin.


MABUK ESTROGEN, sebuah telefilem yang mengundang angin kontroversi dalam kehidupan seni Roslan Shah suatu ketika dulu. Babak Vee, lakonannya yang diberi bantuan kecemasan pernafasan mulut ke mulut (CPR) oleh Awang lakonan Fizz Fairuz di tepi kolam renang menjadi perbualan khalayak ketika itu.

Kemudian, dia muncul pula dengan watak Mami menerusi filem pendek, Chukang arahan Suhaimi Lua Abdullah. Lakonan serta jalan cerita filem tersebut, turut mengundang kontroversi di dada akhbar.

Mahu keluar dari kepompong watak stereotaip, Roslan Shah kali ini akan muncul dengan sesuatu yang berbeza. Menjalani penggambaran selama 40 hari, drama bersiri Sejambak Bukan Serumpun arahan Mat London memberi peluang Roslan Shah memainkan peranan maskulin.

“Saya dikenali dengan watak-watak gay dan lembut dan kali ini, watak Rahim memberi cabaran kepada saya dalam bidang lakonan.

“Kali ini saya membawa watak yang lebih serius tetapi masih lagi terdapat elemen komedi dalam drama ini.

“Suhaimi Lua Abdullah, pengurus produksi drama ini menawarkan saya untuk melakonkan watak Rahim.

“Selepas berbincang dan melihatkan komitmen saya dalam menghidupkan sesuatu watak melalui kajian, Mat London bersetuju mengambil saya,” ujar Roslan yang hadir ke studio Utusan baru-baru ini lengkap berpakaian pengawal keselamatan.

Bagi merealisasikan watak Rahim yang merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, Roslan meresap ke dalam perjalanan seorang lelaki yang mempunyai banyak sifat negatif.

Malas bekerja, gemar curi tulang, suka mengendap dan tidur ketika bertugas merupakan karakter yang dibawanya serta sebuah cerminan sikap segelintir rakyat Malaysia.

Demi menjayakan watak itu, Roslan mengambil alternatif dan membuat kajian mengenai kehidupan pengawal keselamatan selama dua minggu.

Thursday, November 18, 2010

Budak Aids dakwa anak gitaris May

Yus (kiri) dalam poster kumpulan May.


TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu berusia sembilan tahun dan menghidap Aids mencetuskan misteri apabila mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, sedangkan pemuzik itu masih hidup dan langsung tidak mengenalinya.

Kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai S mendakwa, ayah, ibu serta adiknya yang berusia empat tahun semuanya meninggal dunia akibat Aids dan dia dijangkiti penyakit berbahaya itu daripada ibu dan bapanya.

“Ayah saya seorang pemain gitar, dia meninggal dunia lima tahun lalu kerana Aids. Ibu juga meninggal dunia kerana penyakit sama pada Jun lalu manakala adik meninggal dunia tahun lalu,” katanya.

Ketika ditanya lebih lanjut siapa ayahnya, S mengeluarkan poster kumpulan May dan menunjukkan gambar pemain gitar bass, Yus sebagai ayahnya.

Bagaimanapun, S memberitahu nama ayahnya adalah Md Nor sedangkan nama sebenar Yus adalah Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.

Ibu saudara S yang enggan identitinya didedahkan mengiakan dakwaan murid darjah tiga itu bahawa Yus ayah kanak-kanak itu.

Menurutnya, S kini terpaksa bergantung hidup dan mengharap belas kasihnya dan besar kemungkinan hanya menanti detik ajal seperti dilalui ahli keluarganya lain.

Katanya, dia bersimpati terhadap nasib dilalui anak saudaranya itu dan menjaganya selepas adik perempuannya meninggal dunia pada Jun lalu.

“Adik saya sebelum ini berkahwin dengan artis kumpulan rock terkenal berkenaan sebelum dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan sembilan tahun.

“Namun segalanya penuh misteri apabila suami adik saya itu yang berusia 38 tahun mati mendadak kira-kira lima tahun lalu tanpa diketahui punca kematiannya, manakala anak lelaki mereka yang berusia empat tahun menghembuskan nafas terakhir tahun lalu sebelum adik perempuan saya itu mati mengejut pada Jun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Wanita itu mendakwa, arwah adiknya tidak pernah mendedahkan penyakit dialami dan dia hanya mengetahui punca kematian itu selepas dimaklumkan pihak hospital.

“Adik saya tidak pernah berterus-terang dan memberitahu menghidap Aids sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Mungkin dia malu atau mahu menjaga nama baik keluarga.

“Kini, saya perlu membawa anak saudara saya (S) ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah dan mengambil ubat bagi merawat penyakitnya,” katanya.

Katanya, biarpun mengalami demam dan batuk yang berterusan, S aktif dan lincah seperti kanak-kanak lain seusianya, malah memasang impian menjadi doktor haiwan apabila besar.

Menurutnya, pihak sekolah sudah mengetahui penyakit S dan mereka sudah maklum mengenai langkah yang perlu dilakukan sepanjang anak saudaranya itu berada di sekolah termasuk ketika makan dan menyertai aktiviti sukan.

Ketika ditemubual, S tidak putus-putus menahan batuk dan setiap kali batuk dia akan menutup mulutnya dengan tangan.

Tuesday, November 16, 2010

Tidak sorok majlis pertunangan



MEJ vokalis kumpulan Hujan, Noh, sebagai lelaki nakal, yang kerap bertukar kekasih nampaknya bakal berubah apabila dia sendiri mengumumkan secara rasmi telah menjadi tunangan kepada Mizz Nina yang juga seorang penyanyi pada 6 November lalu.

Majlis yang berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Nina di Ampang, Kuala Lumpur itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Disoal mengapa menyembunyikan majlis pertunangan mereka, Nina menjawab: “Sebenarnya kami tidak ada sebarang benda yang ingin disorokkan cuma, kami menghormati permintaan kedua ibu bapa kami yang mahukan sebuah majlis kecil, sederhana serta diadakan penuh dengan privasi.

“Sebagai anak kami mahukan mereka gembira dan menuruti permintaan mereka. Dalam majlis pertunangan itu, lebih 50 keluarga terdekat yang hadir termasuk ibu bapa serta keluarga Noh yang datang dari Miri, Sarawak.”

Nina yang ditemui pada sidang akhbar khas di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur semalam juga memberitahu, majlis pertunangan diadakan sedikit tergesa-gesa kerana kedua-dua ibu bapa mereka mempunyai jadual yang agak padat

“Selepas majlis pertunangan ibu Noh pergi mengerjakan haji dan bapa saya pula pergi ke Jepun atas urusan kerja. Sebab itulah kami mengadakan majlis pertunangan dalam keadaan kecil dan privasi,” ujar Nina yang secara terbuka meminta maaf kerana menyembunyikan pertunangan mereka.

Tidak mahu bertunang dalam tempoh yang lama, mereka menetapkan 1 Julai tahun depan sebagai tarikh pernikahan sempena dengan tarikh hari lahir Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman.

Majlis tersebut akan berlangsung di kediaman keluarga Nina dan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media.

Tarikh 1 Julai 2011 dipilih sebagai tarikh pengikat kasih antara Nina dan Noh kerana tarikh tersebut dirasakan sesuai, memandangkan kini kedua-dua mereka sibuk dengan album baru.

“Kalau diikutkan, kami mahu bernikah dalam tahun ini juga tetapi jadual pula tidak mengizinkan.

“Hujan akan muncul dengan album baru hujung bulan ini, begitu juga dengan saya yang akan keluar dengan album baru tahun hadapan,” ucap Nina yang akan mengadakan dua majlis resepsi selepas majlis pernikahan itu.

Bakal bernikah dengan anak Tan Sri Azman Hashim iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad memberi sedikit tekanan kepada Noh. Dia mengakui agak gugup saat pertama kali bersua dengan bakal bapa mertuanya itu.



Monday, November 15, 2010

Kes Khalwat Artis Malaysia..



PUTRAJAYA: Selepas mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Syariah pada 3 November lalu, penyanyi dan pelakon Aman Shah yang dituduh berkhalwat dengan janda beranak dua di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, pada 26 September lalu, bakal dibicarakan pada 12 Januari depan.

Sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata, beliau yakin pihak pendakwaan bersedia mengemukakan fakta berkaitan pertuduhan yang dikenakan terhadap artis lingkungan 50-an terbabit.

Menurutnya, artis terbabit mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan mengikut Seksyen 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dibacakan terhadapnya.

“Mahkamah menetapkan 12 Januari bagi membolehkan perbicaraan dilakukan dan sudah pasti artis terbabit diminta membawa peguam untuk mewakilinya nanti,” katanya, semalam.

Muka depan Harian Metro 27 September lalu melaporkan mengenai penahanan seorang penyanyi veteran era 1980 dan awal 1990-an di rumah ‘kekasih gelapnya’ di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, selepas didapati berdua-duaan di rumah terbabit.


Artis terbabit dikatakan memasuki rumah kekasihnya yang juga kakitangan kerajaan kira-kira jam 10 malam sebelum sepasukan anggota penguat kuasa Jawi menyerbu rumah terbabit selepas mendapat aduan berlakunya perbuatan khalwat.

Walaupun memberikan alasan mengunjungi wanita beranak dua itu sempena Aidilfitri, alasan berkenaan tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi, malah artis terbabit mengakui dia bukan mahram dengan wanita terbabit.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, tidak wujud sikap pilih kasih terhadap artis terbabit walaupun hanya dihadapkan ke mahkamah selepas hampir 40 hari dicekup berkhalwat dengan janda terbabit.

Beliau berkata, pendakwaan terhadap mereka yang menghadapi pertuduhan syariah dijalankan tanpa mengambil kira latar belakang tertuduh.

Menurutnya, ia termasuk artis terbabit yang tetap dihadapkan ke mahkamah walaupun mengambil sedikit masa bagi membawanya ke mahkamah.

“Sebenarnya, masalah pilih kasih tidak berbangkit walaupun kes itu mengambil masa untuk dibawa ke mahkamah dan ia mungkin disebabkan beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan, terutama apabila ia membabitkan pertuduhan jenayah syariah.

“Apa yang pasti, artis terbabit sudah dituduh di mahkamah syariah atas pertuduhan khalwat dengan janda beranak dua,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sama ada artis terbabit mengaku salah atau tidak, ia adalah haknya mempertahankan diri di mahkamah.

Menurutnya, apabila mengaku tidak bersalah mahkamah akan menetapkan tarikh bagi membolehkan artis terbabit membawa peguam bagi menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Artis terbabit didakwa mengikut Seksyen 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Saturday, November 13, 2010

HEBOH: 3 Gambar HOT mirip Nabil Tersebar...




KUALA LUMPUR: Belumpun reda kontroversi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, selain kemunculan gadis belasan tahun didakwa orang ketiga, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, terus dihimpit derita apabila tersebar tiga gambar aksi panas mirip dirinya dengan gadis sunti berkenaan di kalangan media massa awal minggu ini.

Sekeping daripada gambar itu memperlihatkan gelagat dua individu mirip wajah Nabil dan teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.

Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya. Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.
Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, menafikan ketiga-tiga gambar aksi panas itu miliknya dan Qasha.

Malah dia mendakwa penghasilan foto berkenaan menggunakan teknologi superimpose.

Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan, katanya sedikit emosi.

Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan.
Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.

Friday, November 12, 2010

Raja Farah, Megat diijab kabul



BUKIT JELUTONG: Pelakon dan peragawati, Raja Farah Raja Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria dengan sekali lafaz, di sini, semalam.

Raja Farah, 22, dan Megat Bashirun, 25, dinikahkan bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah sambil disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Rosly Mohd Arus dengan mas kahwin RM888 pada jam 11.10 pagi.

Kedua-dua pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih tajaan dan rekaan Syahmir Nur Din pada majlis akad nikah yang dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan artis dan kenalan.

Sebelum ini, timbul gosip mengenai kehidupan pelakon yang popular menerusi drama bersiri, Mertua VS Menantu yang disiarkan di Astro Prima. Majlis merisik pada 9 Oktober lalu di kediaman keluarga perempuan bertukar menjadi majlis pertunangan. Perkenalan pada awal tahun membuatkan pasangan ini membulatkan tekad untuk mengakhiri zaman solo masing-masing.

Menurut Raja Farah, dia bersyukur kerana majlis akad nikah yang dirancang berjalan lancar walaupun ada sesetengah pihak cuba membuat pelbagai spekulasi berhubung majlis berkenaan. Bagi dirinya, apa yang lebih penting dia mengambil keputusan berkahwin tanpa sebarang paksaan atau dipengaruhi mana-mana pihak.

“Insya-Allah saya melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin walaupun tidak bersedia 100 peratus. Saya akui masih banyak perkara perlu saya pelajari. Buat masa ini, saya banyak bertanya serta belajar daripada ibu dan ibu mentua.

“Memang kami sudah merancang untuk majlis bernikah pada hari ini (semalam). Walaupun berlangsung pada hari Jumaat dengan masa yang agak terhad saya bersyukur kerana apa yang dirancang berjalan lancar,” katanya.

Sikap memahami dan mengambil berat menjadi salah satu keistimewaan yang ada pada suami. Sementara cepat serasi dan berkongsi minat sama iaitu menyelam di dasar laut menjadi antara alasan Megat Bashirun menjadikan Raja Farah sebagai isteri. Raja Farah memulakan kerjaya dalam bidang seni sekitar 2001. Gadis kelahiran Kuala Lumpur, anak ketiga daripada empat beradik. Dia mula bergiat aktif dalam iklan televisyen ketika berusia 13 tahun.

Dia turut membuat kemunculan di layar perak menerusi filem seperti Anak Halal, Apa Kata Hati, Maut dan terbaru Haq yang bakal menerjah pawagam tidak lama lagi.

Bagi Megat Bashirun pula, walaupun sedar perkenalan dengan isteri agak singkat, namun dia percaya jodoh di antara mereka cukup kuat sehingga mendorong untuk mendirikan rumah tangga.

Thursday, November 11, 2010

Shamrin Fotograf meninggal dunia

SHAMRIN mati selepas bermain bola sepak di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

Tuesday, November 9, 2010

C Mizal dakwa diugut



AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.

“Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.

Antara ugutan itu ialah ‘elok sembelih je kot’ dan ‘AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk ‘jail’ ke apa?’ dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.

Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.

“Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

Monday, November 8, 2010

Ezlynn pilih Tarikh kahwin 11.11.11



PUAS dipujuk, dia tetap berkeras dengan pendiriannya. Utuh. Ezlynn masih tidak mahu mendedahkan siapa calon suami yang bakal dikahwini tahun hadapan.

“Calon suami saya, biarlah saya rahsiakan dulu, belum waktunya saya mendedahkan secara terperinci mengenai dirinya,” tutur Ezlynn lembut.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jejaka berusia 30-an yang juga seorang ahli perniagaan adalah ‘teman’ yang cukup rapat dengannya.

Cuma Ezlynn menegaskan, jejaka pilihannya itu bukanlah seorang kenamaan atau yang berharta tetapi cukup sekadar tidak mengongkongnya daripada melakukan aktiviti seni serta tidak cemburu buta. “Selain itu, saya juga inginkan seorang suami yang beriman supaya dapat memimpin diri ini kelak dalam soal agama,” tuturnya.

Dalam pada itu, Ezlynn mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup memandangkan hatinya pernah parah terluka suatu masa dahulu.

“Sememangnya putus cinta sesuatu yang sangat menyedihkan, sebab itu apabila kembali bercinta, saya cukup hati-hati, bimbang saya terluka lagi,” ujarnya.

Tatkala berbicara pula mengenai perancangan untuk berkahwin, gadis bersuara serak-serak basah itu bagaimanapun mengesahkan sememangnya benar sama sekali dia ingin menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan.

“Saya memang merancang ingin berkahwin apabila umur saya mencapai 30. Saya belum bersedia mendedahkan bakal suami kepada umum. Bila tiba masa akan diberitahu,” kata Ezlynn, 29, ketika ditemui pada majlis pelancaran Peek-A-Boo Restyled Party, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengikut perancangannya, Ezlynn bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan November 2011 setelah membuat perbincangan serius bersama ibunya.

Jika pada tahun ini, ramai yang merancang untuk berkahwin pada ‘tarikh keramat’ 10.10.10, pada tahun depan juga muncul satu tarikh keramat iaitu 11.11.11 dan khabarnya Ezlynn telah memilih tarikh tersebut untuk melangsungkan perkahwinan,

Apabila diajukan soalan mengenai tarikh bertuah 11 November, 2011 yang dipilih ibunya untuk dirinya bergelar isteri, sambil mengukir senyuman di wajah, Ezlynn menyatakan jikalau tiada aral yang melintang pastinya tarikh tersebut dipilih.

Sunday, November 7, 2010

Rita Rudaini nekad 'lawan' suami di mahkamah



KUALA LUMPUR:---- Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas'.

Ini berikutan pelakon itu akhirnya mengetahui secara sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, ada membuat dua tuntutan mahkamah terhadapnya pada awal Oktober lalu.

Pelakon terkenal itu pergi sendiri ke Mahkamah Syariah Seremban dan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 2 November lalu, bagi mengambil notis berkenaan.

Menurut Rita, pemain bola sepak negara dan Negeri Sembilan itu telah membuat tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin, 15 bulan.

Satu lagi tuntutan yang dibuat oleh Aidil adalah perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

"Sebelum ini saya hanya mengetahui mengenai tuntutan itu melalui akhbar dan saya fikir ia tidak serius kerana suami tidak pernah memberitahu atau berbincang mengenai hal ini.

"Walaupun selalu ada di rumah, suami tidak pernah buka mulut tentang tuntutan yang telah dibuat ini dan saya juga tidak pernah menerima sebarang surat daripada mahkamah kerana diberitahu notis tuntutan berkenaan dihantar ke kampung kelahiran saya di Perlis.

"Hanya setelah datang sendiri ke mahkamah pada Selasa lalu, saya begitu terkejut apabila mengetahui bahawa ada dua tuntutan sekali gus dibuat oleh suami terhadap saya," beritahu Rita kepada Mingguan Malaysia.

Dia berasa begitu kecewa apabila membaca notis tuntutan berkenaan memandangkan sebelum ini hubungan mereka sudah pulih dan Aidil juga selalu pulang ke rumah kelamin mereka di Damansara dekat sini.

"Sekarang nampaknya suami memang serius dalam membuat tuntutan itu dan ia bukan 'main-main' lagi.

"Jadi, saya perlu melantik peguam untuk membuat pembelaan. Oleh kerana suami saya sendiri nekad untuk membawa kes ini ke mahkamah, saya juga perlu mempertahankan hak walau dengan apa cara sekali pun," katanya.

Justeru menurut Rita, dia secara mental sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang timbul dalam rumah tangga mereka selepas ini, termasuk berhadapan dengan suami sendiri di mahkamah.

"Bila kes sudah dibawa ke mahkamah, maknanya dia memang bermaksud untuk memanjangkan permasalahan.

"Meskipun sebelum ini Aidil telah berjanji untuk sama-sama menjaga rumah tangga dengan baik, sementelah kami bakal menerima anak kedua tahun depan, ia tidak lebih sekadar janji.

"Saya menganggap, bila suami sanggup bawa kisah 'dalam kain sendiri' ke mahkamah, maknanya dia sudah tidak sayang kepada saya, rumah tangga, anak sulung kami dan anak yang bakal lahir ini.

"Jadi, saya kena kuat. Saya perlu hadapi semua ini sendirian dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah mengikut undang-undang yang ada," katanya yang kini hamil anak kedua.

Mengenai tuntutan balas terhadap suaminya itu, Rita juga sedang berbincang lebih lanjut dengan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain.

"Sebagai isteri, saya juga ada hak untuk membuat tuntutan terhadap apa yang saya tak puas hati selama ini.

"Kalau dia memilih untuk menyelesaikan masalah di mahkamah, saya juga tidak teragak-agak untuk mengikut apa yang dia lakukan terhadap saya dan menuntut apa juga hak yang selayaknya sebagai seorang isteri daripada suami," katanya.

Mengenai campur tangan keluarga mertuanya dalam kemelut rumah tangga yang tidak berkesudahan itu, Rita tidak berhasrat untuk mengulas panjang.

"Bagaimanapun bagi saya, Aidil sepatutnya perlu lebih bijak menangani segala permasalahan memandangkan dia sudah mempunyai keluarga sendiri.

"Dalam banyak keadaan, kita tidak boleh terlalu mengikut telunjuk pihak lain, kalau kita mahu bahagia dengan kehidupan berumah tangga yang baru dibina," katanya dalam nada serius.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008, setelah hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki.

Rita Rudaini nekad 'lawan' suami di mahkamah




KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas'.

Ini berikutan pelakon itu akhirnya mengetahui secara sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, ada membuat dua tuntutan mahkamah terhadapnya pada awal Oktober lalu.

Pelakon terkenal itu pergi sendiri ke Mahkamah Syariah Seremban dan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 2 November lalu, bagi mengambil notis berkenaan.

Menurut Rita, pemain bola sepak negara dan Negeri Sembilan itu telah membuat tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin, 15 bulan.

Satu lagi tuntutan yang dibuat oleh Aidil adalah perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

"Sebelum ini saya hanya mengetahui mengenai tuntutan itu melalui akhbar dan saya fikir ia tidak serius kerana suami tidak pernah memberitahu atau berbincang mengenai hal ini.

"Walaupun selalu ada di rumah, suami tidak pernah buka mulut tentang tuntutan yang telah dibuat ini dan saya juga tidak pernah menerima sebarang surat daripada mahkamah kerana diberitahu notis tuntutan berkenaan dihantar ke kampung kelahiran saya di Perlis.

"Hanya setelah datang sendiri ke mahkamah pada Selasa lalu, saya begitu terkejut apabila mengetahui bahawa ada dua tuntutan sekali gus dibuat oleh suami terhadap saya," beritahu Rita kepada Mingguan Malaysia.

Dia berasa begitu kecewa apabila membaca notis tuntutan berkenaan memandangkan sebelum ini hubungan mereka sudah pulih dan Aidil juga selalu pulang ke rumah kelamin mereka di Damansara dekat sini.

"Sekarang nampaknya suami memang serius dalam membuat tuntutan itu dan ia bukan 'main-main' lagi.

"Jadi, saya perlu melantik peguam untuk membuat pembelaan. Oleh kerana suami saya sendiri nekad untuk membawa kes ini ke mahkamah, saya juga perlu mempertahankan hak walau dengan apa cara sekali pun," katanya.

Justeru menurut Rita, dia secara mental sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang timbul dalam rumah tangga mereka selepas ini, termasuk berhadapan dengan suami sendiri di mahkamah.

"Bila kes sudah dibawa ke mahkamah, maknanya dia memang bermaksud untuk memanjangkan permasalahan.

"Meskipun sebelum ini Aidil telah berjanji untuk sama-sama menjaga rumah tangga dengan baik, sementelah kami bakal menerima anak kedua tahun depan, ia tidak lebih sekadar janji.

"Saya menganggap, bila suami sanggup bawa kisah 'dalam kain sendiri' ke mahkamah, maknanya dia sudah tidak sayang kepada saya, rumah tangga, anak sulung kami dan anak yang bakal lahir ini.

"Jadi, saya kena kuat. Saya perlu hadapi semua ini sendirian dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah mengikut undang-undang yang ada," katanya yang kini hamil anak kedua.

Mengenai tuntutan balas terhadap suaminya itu, Rita juga sedang berbincang lebih lanjut dengan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain.

"Sebagai isteri, saya juga ada hak untuk membuat tuntutan terhadap apa yang saya tak puas hati selama ini.

"Kalau dia memilih untuk menyelesaikan masalah di mahkamah, saya juga tidak teragak-agak untuk mengikut apa yang dia lakukan terhadap saya dan menuntut apa juga hak yang selayaknya sebagai seorang isteri daripada suami," katanya.

Mengenai campur tangan keluarga mertuanya dalam kemelut rumah tangga yang tidak berkesudahan itu, Rita tidak berhasrat untuk mengulas panjang.

"Bagaimanapun bagi saya, Aidil sepatutnya perlu lebih bijak menangani segala permasalahan memandangkan dia sudah mempunyai keluarga sendiri.

"Dalam banyak keadaan, kita tidak boleh terlalu mengikut telunjuk pihak lain, kalau kita mahu bahagia dengan kehidupan berumah tangga yang baru dibina," katanya dalam nada serius.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008, setelah hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki.

Saturday, November 6, 2010

Maya tolak persepsi 'Janda panas'



“HARAP-HARAPLAH jangan sampai digelar ‘janda panas’. Rasanya apa yang diperkatakan tentang saya ketika ini sudah sampai satu kemuncak yang maksimum.”

Itulah ekspresi jelitawan popular, Maya Karin apabila seorang lagi lelaki popular, Yusry Abdul Halim dikaitkan dengannya selepas pelakon Remy Ishak.

Empat bulan menyandang status janda, Maya menyedari ada suatu kelainan yang berlaku terhadapnya.

Sesuatu yang pelik tetapi tidak ketara berbanding dua fasa hidupnya sebelum ini: Ketika masih bujang dan ketika menjadi isteri orang.

“Saya cuma keluar makan malam dan menonton wayang, tiba-tiba ia menjadi berita yang sensasi. Saya masih pelik sebabnya bertahun-tahun sebelum ini tiada kisah sebegitu.

“Selepas cerai sahaja, tiba-tiba mata orang luar menjadi semakin tajam. Itu yang terdetik dalam fikiran, rasa risau pun ada juga,” Maya berdesis seraya tergelak kecil.

Melalui matanya, terbit satu sinar. Mahu tidak mahu, ‘si janda panas’ itu harus sedar bahawa terjunjungnya status itu di atas batu jemala, ia seperti magnet yang menarik segala perca dan puin sensasi untuk datang ‘berumah dan berkongsi makan’ di tepi kainnya.

Ia melarutkan bekas isteri Steven David Shorthose itu dengan sebuah persoalan tentang harga dan permintaan kewanitaannya ketika ini.

Pada mulanya Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 itu sedikit kabur. Penulis permudahkan.

Tersedarkah dia terhadap perbezaan rasa yang menyelinap, atau situasi kendirinya sekadar biasa, tiada ubah seperti hari-hari semalam yang telah mencorakkan warna kematangan ke atas namanya.

Maya ialah seorang wanita yang menjengah satu lagi fasa kematangan, daripada era solo kepada dunia perkahwinan dan sekarang sedang mendepani zaman menjanda.

Wednesday, November 3, 2010

TRAGEDI NATRAH: Kelayar Kaca..

NATRAH versi layar kaca menampilkan gandingan Juliana Evans bersama Fikree Bakar.


TRAGEDI tragis Natrah serta liku-liku kehidupan gadis Belanda ini bukan lagi perkara baru bagi masyarakat Malaysia. Kisah hidup Natrah atau Huberdina Maria Hertogh ini telah dipentaskan di Istana Budaya di bawah arahan Erma Fatima untuk tatapan masyarakat.

Jika menerusi versi teater, watak itu dilakonkan oleh Maya Karin, kini drama bersirinya pula diterajui oleh gadis manis berwajah kacukan Inggeris-Melayu, Juliana Evans.

Selain Juliana, dua lagi aktres yang turut ditampilkan menerusi drama yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra menerusi slot Suatu Ketika itu ialah Sherie Merlis dan Natasha Hudson.

Sherie menggalas tanggungjawab untuk menghidupakn watak ibu angkat Natrah, Che Aminah, manakala karakter ibu kandung Natrah, Adeline Hertogh diserahkan kepada Natasha Hudson.

Drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang dijadualkan untuk tayangan menjelang Januari tahun depan itu turut dibintangi Fikree Bakar sebagai suami Natrah, Mansor Adabi.

Memikul tanggungjawab paling berat sudah tentulah pemilik nama penuh Juliana Sophie Johari Evans.

Sebagai pelakon yang diberi kepercayaan melakonkan watak teraju drama bersiri itu, Juliana mengakui karakter Natrah adalah cabaran terbesar yang pernah dibawanya berbanding lakonan sebelumnya.

Ia juga dianggap Juliana sebagai watak yang sangat berat untuk dipikulnya sebagai pelakon yang masih setahun jagung dalam industri hiburan tempatan.

"Walaupun diberi tanggungjawab yang berat untuk melakonkan watak Natrah, pada masa yang sama saya berasa gembira menerima tawaran oleh Wan Haslilza kepada saya," ujar aktres yang pernah popular menerusi drama bersiri Kami itu.

Sepanjang menceburi bidang lakonan, sehingga kini, jelitawan berumur 21 tahun itu mengakui watak Natrah adalah karakter yang pertama kalinya menguji kewibawaannya sebagai pelakon sepanjang empat tahun berkecimpung dalam bidang ini.

"Watak ini memerlukan saya menangis dan menjadi seorang gadis berumur 13 tahun sedangkan pada hakikatnya saya sudah berusia 26 yahun. Ia memang berbeza daripada apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini, kerana ia bukan di dalam situasi moden," jelasnya lagi.

Selain itu, babak yang sedikit mencabar dirinya adalah semasa penggambaran yang mana Natrah dihadapkan ke mahkamah dan dipisahkan daripada ibu angkatnya Che Aminah serta semasa rusuhan berlaku.

Penghayatan Juliana bagi watak tersebut dimulakan dengan penyelidikan melalui buku mengenai Natrah untuk mengkaji tentang kisah hidupnya. Melalui pengkajian itu telah mendorong Juliana untuk lakonkan watak ini dengan lebih berkesan.

Monday, November 1, 2010

Faith tak pernah perasan cantik



INDUSTRI hiburan sekarang diwarnai kemunculan ramai artis baru yang silih berganti. Kalau dilihat dari satu segi, perkembangan ini bagus untuk melahirkan bakat baru, tetapi apa yang berlaku kebanyakannya hanya bersandarkan tubuh langsing dan wajah cantik.

Itu kemestian utama hingga peluang lebih terbuka untuk mereka memiliki ciri-ciri berkenaan. Namun, bagaimana dengan bakat kerana ada yang berbakat, tetapi tidak mendapat perhatian?

Malah, tidak dinafikan kebanyakan artis baru kini lebih cenderung memilih karier sebagai artis demi mengejar populariti dan glamor. Termasuk segelintir daripadanya terarah mendampingi golongan kenamaan (VIP) untuk hidup mewah.
Apakah niat yang sama turut tersemat di hati pelakon baru, Nur Faith Ahmad Zakie, 25, atau mesra dengan panggilan Faith?

Gadis kelahiran ibu kota ini menegaskan pembabitannya dalam seni kerana minat mendalam dalam lakonan.

“Jujur, saya akui tak pernah perasan diri ini cantik. Apatah lagi, menyimpan hasrat mendampingi lelaki kaya demi hidup mewah. Tujuan saya hanya satu, iaitu mengharapkan ruang dan peluang daripada penonton untuk menilai bakat lakonan.

“Oleh itu, saya sangat berharap tuah akan mengiringi perjalanan karier ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan kemunculan saya diterima. Terus terang, saya akui tidak mahu dikenali masyarakat dengan bersandarkan gosip atau kisah sensasi.

“Justeru, saya berusaha sedaya-upaya menonjolkan bakat diri. Ini kerana saya bertanggungjawab menjaga nama baik dan kepercayaan keluarga. Memandangkan masih baru bergelar pelakon, sukar untuk saya berbicara mengenai gosip,” katanya.

Ditanya apakah komennya mengenai lelaki berusia yang kini menjadi pilihan kebanyakan gadis, Faith berkata, dia sama sekali kurang berminat. Katanya, jika ingin bercinta, dia memilih lelaki bijak, mudah mesra dan paling penting boleh membimbing.

“Saya bukan gadis yang memandang kekayaan semata-mata. Bagi saya, sekiranya lelaki itu boleh menerima diri ini seadanya dan keluarga, sudah memadai. Apa yang saya sangat titik beratkan ialah ‘si dia’ dan setia pada cinta serta menyayangi.

“Bagaimanapun, jodoh adalah ketentuan Tuhan. Jadi, siapa jodoh saya diserahkan kepada-Nya. Buat masa ini, saya hanya mahu memberi tumpuan kepada karier dibina. Lagipun, masih banyak pengalaman perlu dikumpul untuk meraih kejayaan.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2