Perang Twitter di antara ipar duai ini bukan lagi perkara baru.
PERANG Twitter di antara ipar duai ini bukan lagi perkara baru. Menjadikan laman sosial ini sebagai medium untuk menghentam antara satu sama lain, tulisan Rita sekali lagi mencuri tumpuan.
Jika sebelum ini, Rita menyelar tindakan adik iparnya, Zaquan Adha dan isteri, Ayu Raudhah, yang sentiasa mencampuri urusan rumah tangganya, kini pelakon yang terkenal menerusi siri Ameera ini kembali 'memanaskan' alam maya apabila isu keguguran yang dialami oleh pelakon Gemersik Kalbu, Ayu Raudhah, menjadi bahan baru pertengkaran mereka.
Menerusi laman sosial itu, Rita menganggap keguguran yang dialami oleh Ayu adalah balasan dari ALLAH SWT kepada pasangan itu kerana sering menjadi 'batu api' dalam keluarganya.
"Sekarang, baru dia rasai bagaimana perasaan orang mengandung yang terganggu. Itulah yang saya rasa sebelum ini.
"Dulu, dia suka 'buat' orang. Sekarang, dia terima balasan dari Tuhan.
"Walaupun ia tidak seteruk apa yang saya alami dulu, namun sebahagiannya tetap dirasai," kata Rita yang sebelum ini pernah membongkar rahsia peribadi Zaquan di Twitter.
Tidak berdiam diri dengan sindiran Rita, suami Ayu, Zaquan mula membalas 'tweet' berkenaan dengan mengatakan Rita 'meroyan'.
Ayu menerusi sebuah akhbar, membuat pengakuan pernah mengalami keguguran pada Oktober tahun lalu ekoran kesibukan melampau.
Kini, Ayu memilih untuk berehat dari menerima sebarang tawaran.
No comments:
Post a Comment