Tuesday, February 14, 2012
Ana Raffali: Tema perak putih berserta 9 dulang hantaran
Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali bersyukur persiapan perkahwinannya dibantu seisi keluarga, saudara mara, bakal mentua dan rakan-rakan terdekat.
Hanya menunggu 11 hari sahaja lagi sebelum menamatkan zaman bujang, Ana kini sudah sibuk menyediakan persiapan perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada 25 Februari ini di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Menurut Ana, persiapan untuk majlis tersebut setakat ini sudah siap hampir 75 peratus, malah hantaran turut disediakan sendiri.
“Alhamdulillah. Setakat ini semua persiapan berjalan lancar. Malah, Ana turut berterima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara, bakal suami dan keluarga bakal mentua serta rakan-rakan terdekat yang banyak membantu Ana menyiapkan persediaan perkahwinan.
“Ana sendiri akan menggubah hantaran kerana bagi Ana, adalah lebih manis gubahan itu hasil tangan Ana sendiri dan akan meninggalkan memori buat dia,” katanya yang ditemani bakal suami, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim semasa mengedarkan kad jemputan kahwin di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Memilih warna tema perak putih untuk sembilan dulang hantaran yang akan diberikan kepada bakal suaminya, Ana bakal tampil dengan dua persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail dan Safura Azali.
Di samping itu, anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini juga bakal menggayakan kasut rekaan Neelofa.
Menurut Ana, idea untuk menggunakan khidmat Neelofa sudah lama difikirkan memandangkan mereka sudah lama saling mengenali sebelum ini.
“Ana kenal Neelofa sejak zaman persekolahan lagi memandangkan kakak Neelofa merupakan rakan baik Ana. Jadi, bakat Neelofa dalam mereka bentuk kasut sudah lama Ana tahu dan untuk majlis perkahwinan ini, Ana ingin menggunakan khidmat Neelofa kerana Ana percaya bakat yang ada padanya,” katanya yang memilih baju berwarna kelabu pada majlis tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...
No comments:
Post a Comment