NUFFNANG ADS

Tuesday, April 24, 2012

Zahida nampak lebih tenang, terus terima sokongan rakan dan peminat



Artis Zahida Rafik, yang terus mendapat perhatian khususnya selepas penafian oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal semalam, kelihatan menerima segala yang berlaku ke atasnya dengan tenang.

Berdasarkan perbualan menerusi ruang mikro Twitter sejak pagi tadi, Zahida nampak tenang berbanding semalam selepas ‘melepaskan’ rasa geram ke atas mesej-mesej kurang menyenangkan

Hari ini dia menerima semua situasi yang telah dilemparkan kepadanya sebelum ini.

Wartawan mendapati, kesemua rakan laman sosial Twitternya kini lebih cenderung kepada kata-kata yang lebih positif dan menyenangkan ramai pihak lain.

Dia menjawab mesej Twitter pertama hari ini, yang diterima daripada @shah_rizal1” dengan antara lain berkata, “hi!! Morning 2 u 2 dear! Tq n have a gud day 2! Cheers!”

Cindyindahouse, salah seorang rakan Twitternya yang memberi kata-kata semangat seperti akan sentiasa menyokongnya dan turut berkata bahawa semua ini pasti akan berlalu juga satu hari nanti. Dia turut meminta supaya Zahida jangan terlalu risau akan hal ini.

Kata-kata seorang lagi peminatnya, yang dikenali sebagai Azrul Abu Hassan, turut memberi sokongan dan nasihat kepada Zahida, dengan antara lain berkata seperti “kamu tahu kebenarannya, dan sesungguhnya Tuhan itu bersama orang yang benar.”

Zahida lebih tenang dalam menjawab semua pertanyaan dari peminat-peminatnya.

Dia meneruskan semangatnya untuk terus menjawab segala persoalan dan pertanyaaan dari mereka.

Bukan itu sahaja, Zahida juga mendapat sokongan daripada peminatnya yang lain seperti memberi kata-kata semangat dan menyuruh supaya Zahida lebih kuat dan tabah, tidak kira apa pun yang terjadi.

Tidak ketinggalan, yang turut menyokongnya juga iaitu Mutalib Hassan yang turut menghantar mesej kepadanya “assalamualaikum… dah tidur ke? Selamat malam, semoga esok ada sinar. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Harap bersabar,” katanya lagi.

Melalui tindak balas ini, Zahida kini nampak lebih berfikiran secara terbuka kerana dia kini sudah boleh menerima segala yang menimpa dirinya.

Zahida turut memberi komen dan tindak balas yang baik terhadap peminatnya yang selalu menyokonganya dari belakang.

Semalam, Zahida menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya.

“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2