NUFFNANG ADS

Sunday, July 8, 2012

Ella 9 tahun menyulam cinta


Kata orang, kalau sudah jodoh, tidak ke mana, mungkin sesuai ditujukan kepada pasangan pengantin baru, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin dan pasangannya, Azhar Husaini Ghazali.

Siapa sangka, sapaan berani Azhar di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah sembilan tahun lalu, menjadi titik tolak perhubungan mereka sehingga disatukan dengan ikatan suci, Sabtu lepas.

Meskipun hubungan mereka ada mengalami pasang surut dan pernah terputus seketika, namun keutuhan cinta mereka serta kuasa ALLAH SWT, meyakinkan mereka untuk hidup bersama.

Justeru, apabila hubungan yang terbina semakin utuh, juruterbang komersial yang berkhidmat di syarikat penerbangan Firefly ini melamar ratu rock negara itu di hadapan ibu Ella, Yang Asmah Long, 83, Februari lepas.

"Pertama kali bertemu Ella, hati saya sudah terpaut dan dia merupakan cinta pertama saya. Sepanjang sembilan tahun, hubungan kami ada pasangan surutnya.

"Ketika itu mungkin kerana masing-masing kurang ilmu dan belum matang. Tapi kami sentiasa berusaha ke arah penyatuan dan kami sudah beberapa kali cuba untuk bersatu namun mungkin baru kini ALLAH SWT merestui perancangan kami," ujar jejaka yang telah menghantar rombongan merisik pada 17 Jun lalu.

Ditanya tentang keistimewaan Ella di matanya, Azhar berkata, kesederhanaan Ella dalam segala aspek menarik mencairkan hatinya.

"Saya akan cuba untuk menjadi suami yang baik, bertanggungjawab dan membimbing Ella kelak, Insya-Allah. Saya juga tidak akan menghalang Ella meneruskan kariernya selepas ini, asalkan dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

"Saya juga sudah bersedia untuk terlibat dengan dunia Ella kerana bagi saya apa yang Ella lalui, gosip, cerita positif negatif adalah perkara normal dan dilalui sesiapa sahaja, cuma bezanya dia selebriti," katanya yang menyukai lagu Rindu dan Hanya Pada Kamu nyanyian isterinya.

Sementara itu, Ella berasa sangat bersyukur kerana akhirnya bertemu jodoh pada usia 46 tahun dan mengakui tidak bimbang untuk menyesuaikan diri dengan status baru itu.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2