NUFFNANG ADS

Monday, July 23, 2012

Nora Danish sudah berpunya?


SUDAH menjadi lumrah buat mana-mana wanita yang bergelar seorang janda pastinya tidak pernah terlepas daripada perhatian ramai, apatah lagi sekiranya bergelar seorang selebriti atau artis.

Begitulah yang turut dialami oleh pelakon cantik yang kini sudah empat tahun bergelar janda, Nora Danish Mohd. Hanif, 30, tidak pernah terlepas daripada berhadapan dengan gosip-gosip yang melanda dirinya.

Pernah digosipkan bercinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu, lebih menarik lagi Nora juga turut dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak Malaysia dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang turut dikenali sebagai Apek sebelum ini.

Bagaimanapun, segala gosip hangat yang melanda ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu seolah-olah tidak cepat melatah dan akhirnya segala kisah yang berkaitan dengan dirinya berlalu begitu sahaja.

Ketika ditanya sama ada dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga semula memandangkan bekas suaminya sendiri sudah berkahwin lain, Nora menjelaskan semuanya terserah kepada jodoh.

"Sebagai seorang wanita sudah tentu keinginan untuk berkahwin itu memang ada, tetapi ia bukan keutamaan buat diri saya kerana sudah selesa dengan kehidupan yang saya jalani sekarang.

"Lagipun saya mahu memberi sepenuh perhatian terhadap anak saya yang semakin membesar, manakala kerjaya seni saya juga semakin berkembang. Jadi, saya jarang terfikir sangat mengenai perkahwinan," ujarnya ketika ditemui semasa rakaman program Irama di Shah Alam, Selangor.

Akui Nora, sepanjang dirinya bergelar janda tidak dinafikan memang ramai lelaki yang cuba untuk mendekati dirinya, malah ada yang menyatakan rasa sanggup untuk menerima status dirinya serta anak tunggalnya itu.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi drama Puteri itu menyatakan tidak mahu terlalu terburu-buru mencari teman hidup agar tidak tersalah dalam membuat pilihan.

"Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.

"Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita," ujarnya yang tidak mahu mendedahkan lelaki yang sedang cuba menambat hatinya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2