Wajah Wann atau Wan Rashidah kini
Nama Wan Rashidah, 42, atau lebih dikenali sebagai Wann sememangnya mendapat perhatian ramai.
Namun, selepas membuat keputusan mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Thazah Hamzah, 49, dunia seninya berubah dan utamakan keluarga.
Walaupun ketika itu namanya berada di puncak, namun dia harus mengorbankan satu daripadanya untuk memenuhi tuntutan sebagai isteri.
Namun, kecintaan terhadap dunia seni tidak pernah pudar. Lama menyepi dalam dunia nyanyian, tidak bermakna Wann melupakan industri yang pernah menjadi periuk nasinya satu ketika dulu.
Malah, akui Wann, dia masih mengikuti perkembangan industri muzik yang lama ditinggalkan.
“Menyanyi adalah minat saya sejak dahulu lagi. Walaupun saya sudah lama menyepi, tidak bermaksud saya melupakan bidang ini, malah sering ikuti perkembangan terkini dunia hiburan.
“Apa yang saya lihat sekarang, zaman sudah berubah dan industri sudah berkembang pesat dengan kehadiran muka-muka baru yang berbakat.
“Ia satu perkembangan yang baik kerana masing-masing bersaing secara sihat untuk mengukuhkan karier mereka. Cuma, mereka harus bekerja keras untuk mencipta kelainan dan berpegang pada identiti sendiri,” katanya yang memiliki lebih 10 album solo sepanjang penglibatannya.
No comments:
Post a Comment