NUFFNANG ADS

Friday, June 27, 2014

Pernikahan Sham Kamikaze terbatal

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, di Rawang memutuskan pernikahan bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham dengan isterinya Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memutuskan bahawa pernikahan Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, itu dibubarkan serta merta mulai hari ini.

Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah selain urusan pernikahan itu yang diuruskan pihak ketiga adalah tidak bertauliah.

"Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai mengesahkan bahawa sijil pernikahan Sham bersama pasangannya adalah palsu," katanya.

Selain itu, Kamarulzaman turut memutuskan anak pasangan terbabit yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf.

Monday, June 23, 2014

Nur Liyana tarik balik tuntutan fasakh

KEPUTUSAN Nur Liyana Abdul Manan menarik balik tuntutan fasakh ke atas suaminya, Romie Razin Adilha yang juga teman lelaki aktres terkenal, Hanez Suraya mencetuskan semula kontroversi.

Mengambil langkah untuk bercerai secara baik, tindakan Nur Liyana itu juga mendapat sokongan daripada pengikutnya menerusi akaun Facebook ‘Kami Sokong Liyana Manan’.

Malah menerusi akaun tersebut, ada pihak yang mendakwa Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz bakal didakwa kerana menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, Hanez bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Jangan libatkan saya lagi. Saya dah tak nak campur masalah mereka lagi," katanya.

Tetap dengan pendiriannya, Hanez juga enggan lagi berkongsi mengenai Romie yang baru sahaja kehilangan bapanya.

"Saya pun tak nak komen tentang dia (Romie) lagi. Lagipun, ketika perbicaraan itu berlangsung, saya tiada di sini (Malaysia) kerana bercuti ke luar negara dan baru saja pulang tiga hari lalu," katanya.

Jika sebelum ini, pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant ini bersikap lebih terbuka dalam soal percintaannya, namun kini aktres itu dilihat semakin berahsia.

"Saya tak nak memperbesarkan lagi isu ini. Biarkanlah saya dengan kehidupan saya sekarang," katanya.

Sebelum ini, Hanez ini dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga Liyana apabila pelakon itu mengakui bercinta dan bakal berkahwin dengan Romie. Malah tiket percutian mereka pernah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Thursday, June 19, 2014

Amy Search kecewa dengan Nabila

BAPA merupakan ketua dan pemimpin yang berdepan dengan tanggungjawab berat dalam memastikan kesejahteraan keluarga.

Namun, apabila setiap kali nasihatnya itu dipandang sepi, sudah pasti ia memberi kesan buat dirinya sendiri.

Begitulah situasi yang dialami oleh legenda rock terkenal, Amy Search, dalam menggalas tugasnya sebagai bapa.

Sebelum ini, dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya yang juga pelakon, Nabila Huda, namun kali ini dia enggan.

Walaupun ramai mula berbicara mengenai anaknya itu, namun Amy mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen dan nasihat lagi.

Menurut Amy, berita mengenai anaknya yang diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui pada hari ini (semalam).

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,' kata Amy lagi.

Mendengar butir bicara Amy, jelas menunjukkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini.

Ini bukanlah kali pertama Nabila dilanda kontroversi malah, kebanyakan daripada pengikut laman sosial pelakon ini sentiasa meninggalkan pesanan dan komen yang kurang enak di setiap foto yang dimuat naik.

Terbaru, melihat kepada kehidupan peribadi Abil yang gemar bersosial dan bercuti bersama kekasih, seorang pengikut laman Instagramnya, bernama, Darian Christ telah meninggalkan komen berbaur sinis kepada pelakon drama, Masih Ada Cinta, ini.

Sunday, June 15, 2014

Abby nafi dakwaan cederakan bekas suami

ABBY Abadi, dalam laman Twitternya semalam, menafikan dia mencederakan bekas suaminya itu dengan menggunakan kunci motosikal.

"Pegang kunci motosikal pun tidak pernah...kenapa macam tu?," katanya.

Abby berkata, luka di muka Farhan sengaja dilakukan menggunakan pisau cukur.

"Nampak sangat menipunya...Dalam gambar misai berdarah-darah, tapi dalam gambar pegang report ada pulak misai," katanya.

Terdahulu, ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, Abby, 37, berkata, dia reda.

“Saya tidak trauma. Bukan saya minta penceraian ini. Saya kuat hadapi ujian ini kerana yakin ALLAH bersama saya,” katanya.

Abby memberitahu, dia telah berusaha dan berdoa, namun tidak nampak jalan untuk menyelamatkan perkahwinan keduanya itu.

Katanya, dia tidak serik untuk kahwin demi anak-anak.

"Saya mahu hidup ada lelaki kerana tidak semua benda boleh buat sendiri,” katanya.

Tuesday, June 3, 2014

Bade Kahwin lagi: 'Saya restu dan izinkan'- Erma Fatima

RAMAI yang menantikan reaksi penerbit drama, Erma Fatima apabila mendengar khabar suaminya berkahwin lain di negara jiran.

Dalam kenyataan Erma Fatima menjelaskan yang dia tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagiaan insan tersayang.

“Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu ‘kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri”

“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia”

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” jelas Erma Fatima.

Bade telah bernikah beberapa bulan lalu dengan Aida Abdul di negara jiran.

Majlis persandingan telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor.

Sunday, June 1, 2014

Permohonan Pengesahan Cerai Abby Abadi Ditangguh 11 Jun

Abby bersama suami semasa bahagia.

Susulan berita perceraian pelakon Abby Abadi bersama suaminya, Mohd Nor Farhan Che Bakar, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menangguhkan permohonan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang difailkan Abby.

Menurut Abby, suaminya melafazkan cerai itu pada kira-kira jam 10.15 pagi, 9 Mei lalu.

Dalam pada itu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin telah menangguhkan pengesahan lafaz cerai tersebut selepas Abby memaklumkan terdapat satu lagi lafaz yang dibuat suaminya, sebelum ini.

Abby memberitahu, pada Januari lalu, Farhan pernah memberitahu seorang rakan bahawa mereka telah bercerai.

Dengan itu, mahkamah mengambil keputusan agar kes didengar semula pada 11 Jun depan.

Untuk rekod, Abby dan Farhan telah disatukan pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.


Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2