NUFFNANG ADS

Tuesday, January 30, 2018

DATIN ZIZIE DAPAT ANAK KEMBAR


SELEPAS sebulan satu hari, akhirnya pelakon Datin Zizie Izette berkongsi wajah anak kembar lelakinya dengan pengikutnya di Instagram.

Comel kedua putera Zizie ini diberi nama Aadam Zac Izette (atas) dan Aaleph Zeke Izette (bawah) ini.

“Sebut Alif bukan Alip eh,” seloroh Zizie.

Tambah Zizie, kedua bayi kembar ini berusia 20 hari ketika foto ini dirakamkan. 

“Ribuan terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen-komen sebelum ini,” tulisnya lagi.

Zizie mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat, Nayla Nurjenna yang kini berusia tiga tahun.

Sunday, January 7, 2018

Gelar ‘Bapuk Tua’ jadi punca dia hentam saya - Ifa Raziah

BEBERAPA hari lalu penyanyi, pelakon dan pengacara, Ifa Raziah telah memuat naik beberapa status yang mengundang tanda tanya pengikutnya di laman sosial berhubung rasa tidak puas hatinya terhadap seseorang yang dipercayai juga merupakan seorang selebriti.

Tanpa menyebut nama atau memberi gambaran yang lebih jelas, Ifa beberapa kali meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku di antara dia dan selebriti terbabit menerusi ayat-ayat yang berbaur sindiran di laman Facebook miliknya.

Bagaimanapun petang semalam, pengikut Ifa di laman  Facebook dan Instagram miliknya dikejutkan dengan luahan rasa panjang lebar daripada penyanyi ini yang mejelaskan tentang apa yang berlaku dan selebriti yang dimaksudkan dalam status sebelum ini.

Menamakan selebriti tersebut dengan panggilan RS, Ifa cuba menjawab beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh selebriti tersebut menerusi FB Live yang didakwa sebagai tidak benar dan cuba menjatuhkan dirinya.

“Semua yang berlaku tercetus susulan kes sumpah laknat SA, yang juga akibat perbuatan RS. Saya begitu terkilan dengan perbuatan RS yang suka melaga-lagakan rakan artis, memaki hamun dan mengata orang terutama artis-artis, dengan nama-nama yang menjengkilkan. Saya sendiri pernah digelarkan Artis Propa dan Artis Plastik beberapa kali oleh RS.

“Bagaimanapun saya tidak pernah menyimpan dendam dengannya kerana secara realitinya dengan RS, kita kena tahan bergurau kasar. Itulah perangai sebenar dia dan kita sebagai kawan harus menerima watak RS. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah rapat dengan RS, mereka tentu akan setuju dengan saya.

“Kembali kepada kes SA-RS tadi, Apa pun Saya tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh RS. Dia langsung tidak mengaku bersalah dan berbangga dengan perbuatannya di live facebook. Jadi saya telah komen beberapa ayat di facebook kak SA dan mengelar RS ‘Bapuk Tua’.

“Saya ‘tidak sebut nama dia’, namun susulan kenyataan saya itu, dia telah mula membuat video live dengan menghentam saya. Pada mulanya saya hanya berdiam diri, tetapi apabila saya tidak respons pada kata-kata caciannya, dia mula mengugut untuk mendedahkan kisah silam saya,” jelas Ifa menerusi sebuah status panjang di laman Facebooknya semalam.

Difahamkan Ifa dan dan selebriti terbabit sebelum ini merupakan sahabat baik yang telah saling mengenali lebih 20 tahun.

Namun apa yang lebih dikesalkan Ifa, selebriti terbabit dikatakan bukan hanya melemparkan fitnah kepadanya sahaja, tetapi turut mengeluarkan kata-kata yang negatif terhadap anak lelakinya.

“Sebenarnya apa yang dikatakan oleh RS kebanyakkannya adalah fitnah. Saya tidak terkesan pun, cuma saya pelik memikirkan apa motif RS untuk membuka kisah-kisah lama sebelum saya kenal dengan suami saya.

“Suami saya kenal RS sejak dia mula ingin menapak di Malaysia. RS pula mengenali anak-anak saya, kakak sejak umur dua tahun dan anak kedua, Aqili sejak dilahirkan lagi. Tergamak dia mengatakan ‘Aqili pun dah macam pondan aku tengok’, dan ‘aku doakan Aqili jadi pondan bila besar nanti’.

“Itulah kata-kata yang lebih berbisa dari tuduhan yang dilemparkan pada saya. Aqili dan kakak sangat terkilan dan sangat sedih dengan tindakan RS yang mereka kenal dan hormat sejak lahir.”

Bagaimana kata Ifa, tindakan selebriti tersebut sedikit pun tidak menggoncang rumah tangganya dan suami, malah mereka sekeluarga menjadi lebih rapat dalam menghadapi segala dugaan dan kata-kata yang dilemparkan oleh RS.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2