NUFFNANG ADS

Saturday, March 5, 2011

30 Cent kumpulan tiga kupang


GRUP 30 Cent dari kanan, Hilmi, Seri, Farid dan Azfa. Mereka bergabung atas kecintaan terhadap muzik sehingga melahirkan dua buah single, Aiman dan Mat Rempit.




BAND 30 Cent agak baru dalam industri seni tempatan, namun pengalaman mereka dalam bidang muzik melebihi usia band itu sendiri.

Empat orang ahli yang melengkapkan band itu terdiri daripada Seri Ismail, 33, atau Seri selaku penyanyi, Hilmi Sulaiman, 32, (Helmi/gitar), Azfa Samsudin, 30, (Affa/dram) dan Mohd. Farid Hamdan, 37, (Farid/bass).

Mereka merupakan ahli daripada beberapa buah band lain sebelum bergabung membentuk 30 Cent.

Diketuai oleh Farid, band ini sebenarnya ditubuhkan ketika mereka menyertai TM Got Talent 2010.

Selepas menjuarai pertandingan itu, mereka memilih untuk lebih serius, tambahan bakat mereka juga mendapat perhatian oleh majikan sendiri, Telekom Malaysia Bhd. (TM).

"Awalnya 30 Cent bermula tanpa Seri. Setelah menang pertandingan TM Got Talent, kami perlukan seorang vokalis yang mempunyai suara yang bagus.

"Saya sudah lama mengenali Seri kerana kami menyanyi di kelab Shah Alam bersama-sama, dan semua merupakan kakitangan TM," ujar Farid lagi.

Menceritakan bagaimana mendapat nama 30 Cent, jelas Farid, ia sebagai simbolik kepada usia mereka yang masing-masing dalam lingkungan 30-an.

Sedikit berusia tetapi itu tidak menggentarkan mereka untuk bersaing dengan band-band yang ahlinya lebih muda dan lincah.

"Persaingan tetap ada tetapi orang tetap akan meminati sesebuah lagu jika sedap didengar dan menyentuh hati mereka," ucap Helmi.

Band 30 Cent kini telah mengeluarkan dua lagu single ciptaan Farid sepenuhnya yang berjudul Aiman dan Mat Rempit.

Lagu Mat Rempit yang berkisar kepada nasihat dan kehidupan penunggang motosikal dipilih sebagai lagu kempen program Ride It Right anjuran Penzoil dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Disember lalu.

Bagaimanapun, lagu berkenaan tidak dinyanyikan Seri sebaliknya oleh Black Mentor manakala tajuk lagunya diubah kepada Tunggang Jangan Tunggang-Langgang.

Friday, March 4, 2011

Lisdawati menang saman fitnah

Lisdawati bersama surat penghakiman menang kes saman fitnah.



KUALA LUMPUR: “Ini harga yang dia harus bayar atas apa yang berlaku pada saya selama ini,” kata pelakon Lisdawati selepas menang kes saman fitnah terhadap pelakon Siti Naziyah Sheikh Mustafar atau Nadia Mustafar yang difailkan sejak awal 2005.

Merujuk surat Penghakiman Ingkar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bertarikh 29 Julai 2010 dan diterima Lisdawati pada 15 Disember lalu, Nadia diperintahkan membayarnya ganti rugi RM250,000 bersama faedah lapan peratus setahun.

Lisdawati, 32, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin sambil ditemani suami, Fauzi Nawawi mengadakan sidang media menjelaskan keputusan mahkamah itu semalam selepas Nadia tidak memberi maklum balas terhadap perintah dikeluarkan.

“Saya mahu mempertahankan maruah diri dan keputusan ini membuktikan apa yang dikatakannya ke atas saya dulu adalah fitnah,” katanya.

Menurutnya, fitnah terhadapnya itu berlaku penghujung 2003 dengan dakwaan kononnya dia meminjam sejumlah wang Nadia tanpa membayar semula dan mempunyai hubungan sulit dengan produser atau pengarah untuk mendapat tawaran berlakon.

Atas tekanan fitnah yang dihadapi selama setahun, Lisdawati mengambil tindakan mahkamah menerusi peguam, Karpal Singh.

“Fitnah ini menjejaskan maruah, pendapatan dan kepercayaan orang lain pada saya hingga ketika itu saya terpaksa ditamatkan kontrak awal sebagai duta satu jenama pakaian terkenal dan digugur selepas menjalani uji bakat berlakon.

“Selama ini saya berdiam diri tetapi dengan keputusan mahkamah ini saya perlu bersuara untuk membersihkan nama saya.

“Saya tidak pernah pinjam satu sen pun daripadanya. “Saya harap dia berjumpa dengan peguam saya untuk selesaikan perkara ini,” katanya.

Malah, Lisdawati menyatakan dia pernah melakukan ujian pengesahan dara sebanyak dua kali di hospital swasta untuk membuktikan dirinya menjadi mangsa fitnah.

“Saya menunjukkan surat doktor itu sebagai bukti kepada peguam saya. Sebelum memfailkan saman, saya terlebih dulu membuat laporan polis pada pertengahan 2004.

“Pada awal 2005, saya mengambil tindakan mahkamah selepas nama saya disebut menerusi media. Bukan saya yang meletakkan harga tuntutan ini tetapi peguam yang tentukan.

“Apapun, saya tidak mempunyai masalah dengannya dan apa yang saya lakukan adalah mahu mempertahankan maruah diri,” katanya.

Thursday, March 3, 2011

Fazura tidak membesarkan payu dara melalui pembedahan.




KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fazura menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah menjalani pembedahan untuk membesarkan payu dara.

"Ia cerita bodoh tidak masuk akal," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang akhbar pelancaran pewangi Herve Leger keluaran produk kecantikan Avon di sini semalam.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 27, dituduh melakukan pembedahan tersebut oleh sebuah laman portal hiburan di Malaysia.

Portal tersebut mendakwa, silikon di dalam payu dara pelakon itu pecah menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan di Hospital Serdang dekat sini pada 1 Mac lalu.

Fazura yang kini menunggu kelulusan visa untuk ke Mekah bagi menjalani penggambaran drama Tahajud Cinta menegaskan, fitnah itu cukup mengaibkan namun dia memaafkan orang yang telah memfitnahnya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2