NUFFNANG ADS

Saturday, July 25, 2009

2 Studio kelola Online Request

(DJ Lawa)

Penerbit segmen Lagu-lagu permintaan secara online DJ Lawa memberitahu hari ini, segmen tersebut yang ke udara selasa ini 28 Julai akan dikendalikan dari dua studio radiokita sebagai langkah percubaan.

Menurutnya , Studio Radiokita di Kedah (kendaliannya) dan studio radiokita di Negeri Sembilan kendalian Dj Nurfatimahz bersama Dj Zuelaiha akan bersatu tenaga mengelolakan segmen tersebut yang bermula jam 10 pagi dan di ulangsiar pada jam 10 malamnya.

Sebelum ini segmen yang bersiaran setiap selasa itu semakin mendapat perhatian para pendengar radiokita dan dilaksanakan secara bergilir-gilir.

Radiokita didengari oleh para pendengar di Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Jepun, Hong Kong, Mesir serta Amerika Syarikat selain Malaysia.

Mereka adalah terdiri daripada pekerja, penuntut dan suri rumah berasal dari Malaysia dan Indonesia yang berhijrah ke luar negara.

Menurut Dj Lawa lagi, mereka yang ingin mengambil bahagian permintaan lagu online request ini boleh melayari website rasmi radiokita di http://malaysiaexpress.net/
borang penyertaan yang sama boleh diperolehi diblog ini (bawah).

" Kami akan menghubungi melalui email kepada mereka yang terbabit untuk memaklumkan tarikh siaran lagu permintaan mereka" sambungnya.

Friday, July 24, 2009

Michael mati kerana doktor tertidur

CARI BUKTI... anggota keselamatan di depan pejabat Dr Murray
di Houston, Texas, semalam.


LOS ANGELES: Michael Jackson mungkin mati apabila doktor yang menyuntiknya dengan ubat pelali berkeupayaan tinggi tertidur, kata ahli keluarga Raja Pop itu semalam.

Menurut ibu Michael, Katherine, dia yakin penyanyi itu dibiarkan begitu saja selepas menerima suntikan ubat Propofol di bilik tidurnya di Los Angeles.

Pandangan itu dinyatakan Katherine, 79, kepada rakan karib keluarga Jackson, Dr Steven Hoefflin, dan didedahkan kepada media semalam.

Kata Dr Hoefflin, beberapa kakitangan yang bekerja di rumah Michael mendakwa mereka melihat doktor terbabit memberi suntikan supaya penyanyi itu dapat tidur.

Pandangan itu dikeluarkan ketika polis dan pegawai keselamatan menyelongkar pejabat doktor peribadi Michael, Dr Conrad Murray, di Houston, Texas.

Peguam berkata, polis mencari sebarang bukti yang mengaitkan Dr Murray dengan perbuatan membunuh.

Dr Hoefflin berkata, Katherine mengesahkan Michael bebas daripada sebarang dadah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan ketat tiga bulan sebelum kematiannya.

“Tetapi Michael mengalami insomnia dan sakit kaki menjelang konsert yang dijadual diadakan di London.

“Dia kemudian dijaga doktor yang memberinya dadah berlebihan,” katanya.

Keluarga Michael, kata Dr Hoefflin, menuntut supaya polis turut menyiasat semua doktor yang memberikan Propofol serta Demerol kepada penyanyi terbabit.

“Mereka percaya lapan doktor mengawal pengambilan ubat Michael,” katanya.

Di depan pejabat Dr Murray, kelihatan 15 kenderaan polis berbaris di situ serta lebih 20 orang anggota keselamatan, termasuk dari unit siasatan pembunuhan.

Peguam Dr Murray, Ed Chernoff, berkata polis merampas satu cakera keras komputer dan 21 dokumen dari pejabat berkenaan.

(Rujukan : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Global/20090724074515/Article/index_html)

Thursday, July 16, 2009

2 DJ Baru Kelola Online Request

(DJ Zuelaiha)


( DJ Nurfatimahz)

RADIOKITA telah menerima 2 orang baru bertugas sebagai DJ/ Penyiar sejak bulan jun 2009 yang lalu iatu Cik Zuelaiha Dan Cik Nurfatimah.

Mereka mengelolakan Segmen Lagu-lagu Permintaan secara Online di Studio Radiokita Ng. Sembilan Darul Khusus.

Segmen Lagu-Lagu permintaan secara Online Request melalui website rasmi radiokita di http://malaysiaexpress.net/radiokita.html (borang itu juga boleh diperolehi di blog ini).

Siaran kelolaan ke dua-dua dj berkenaan setiap hari selasa jam 10 pagi dan diulangsiar pada jam 10 dimalamnya (waktu Malaysia).

Suara mereka ke udara selama 1 jam dari Studio Radiokita di Nilai, Negeri Sembilan.


Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2