NUFFNANG ADS

Friday, September 28, 2012

Intan tolak cinta Hazama?

Intan Ladyana dan Hazama



Pertemuan pertama antara Hazama dengan Intan Ladyana tahun lalu tanpa disedari membuahkan bibit cinta. Biarpun sedar Intan adalah kekasih kepada Kamal Adli, namun Hazama tidak mampu untuk menepis perasaannya sendiri.

Namun, dia tidak sangka menerima respons yang cukup baik dari Intan. Persahabatan mereka berjalan dengan cukup baik sekali, sehinggalah Hazama mendapat tahu, Intan hanya menggunakannya untuk mendapat bahan berita.

"Pertama kali bergandingan dengan Intan, memang saya agak gementar pada mulanya. Apatah lagi melihat muka Intan yang garang (ketawa). Tapi bila dia mula berborak, dia seorang yang cool sebenarnya.

"Dia juga banyak membantu saya mendapat keserasian, berbincang tentang babak yang melibatkan kami. Lama-kelamaan saya tidak lagi berasa janggal dengannya.

"Dalam filem ini, saya dan Intan berkawan setelah berkenalan menerusi rakan saya dan sepupu Intan. Hubungan kami agak rapat, tapi rupanya Intan hanya sukakan saya kerana mahu mendapatkan bahan berita saja. Tapi bagi yang mahu mengetahui selanjutnya mengenai hubungan kami, kenalah tonton filem ini," katanya.

Bagi Intan pula, pengalamannya berlakon dengan aktor yang berlainan membuatkan dia tidak berasa janggal. Malah, pengalaman sebelum ini banyak membantunya membina keyakinan dan membuang rasa gemuruh.

Katanya, dia merasa lucu melihat Hazama gugup ketika kali pertama berjumpa dan kegugupan itu berakhir sedikit demi sedikit bila mereka kerap bertemu di lokasi.

"Menerusi Ape Celop Toqq, saya pegang watak sebagai Laila, wartawan jenayah yang terpaksa ditukarkan ke meja hiburan. Saya berkenalan dengan Hazama, tapi saya berkawan dengan dia hanya untuk kepentingan sendiri sahaja sebenarnya," katanya.

Intan berkata, tidak sukar untuk bekerja di bawah Ahmad Idham kerana sudah beberapa kali bekerjasama di bawah pengarah prolifik itu.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2