NUFFNANG ADS

Tuesday, September 11, 2012

Zizan bakal sertai stesen radio Era FM

Selepas pelakon filem Ombak Rindu, Aaron Aziz menyertai radio Era FM untuk segmen Doktor Cinta, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak (gambar) pula bakal menghangatkan lagi radio nombor satu negara itu.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran semalam, namun perbincangan dengan Zizan masih berjalan dan pihaknya masih mencari slot yang sesuai supaya tidak bertindih dengan waktu kerja pelakon filem Mael Lambong itu.

"Perancangan untuk ambil Zizan sebagai penyampai jemputan seperti Aaron memang ada tetapi masih dalam perbincangan. Kami belum putuskan dia akan masuk mana-mana slot lagi," ujarnya.

Menurut Nazri, apa yang pasti Zizan tidak akan digandingkan dengan Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz yang ketika ini merupakan salah seorang penyampai Era FM.

"Zizan tidak akan bergabung dengan Johan sebagai Jozan tetapi akan bersama mana-mana penyampai lain untuk satu slot yang berbeza," ujarnya.

Bermula Jumaat ini, Aaron akan ke udara di Era FM setiap minggu bermula pukul 9 malam hingga 11 malam di slot Meletop 40 Era bersama DJ Shac.

Pada slot tersebut, Aaron akan menjadi doktor cinta untuk menyelesaikan masalah cinta pendengar radio berkenaan.

Johan pula akan ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi bersama dua lagi penyampai lain iaitu Ray dan Haniff.

Sementara itu, Zizan ketika ditanya mengenai penyertaannya bersama radio Era menganggap perkara itu sebagai peluang baru bagi mengembangkan kerjayanya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2