NUFFNANG ADS

Thursday, September 20, 2012

Tasha Shilla lakon drama kerjasama RTM-RTB


Pelakon yang juga pemenang anugerah Artis Baru Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular 2011), Tasha Shilla yang mula membabitkan diri dalam bidang ini menerusi drama bersiri, Gemilang yang pernah ditayangkan di TV3 tahun lalu.

Kini, dia dikhabarkan bakal berlakon dalam sebuah telemovie usaha sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB) berjudul Erna Suraya.

“Saya akan berlepas ke Brunei akhir bulan ini untuk meneruskan babak drama yang perlu di ‘shoot’ di sana.  Pengambaran di sini sudah selesai baru-baru ini.

“Selain saya, terdapat juga seorang lagi pelakon Malaysia yang terlibat iaitu Syakilla Khoriri dan selebihnya semua adalah pelakon dari Brunei,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Blockbuster 2011 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Telemovie itu mengisahkan mengenai Erna Suraya lakonan Tasha yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat sehingga dia menjadi ‘mastermind’ kepada penipuan yang melibatkan perniagaan di Internet.

Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak, 25, tercalon dalam kategori Heroin Baru Terhebat melalui filem pertama lakonannya, Ratu The Movie.

Dia antara lain akan bersaing dengan Mia Sara Nasuha (Sekali Lagi), Nadiya Nisa (Cun) dan Kilafairy (Karak).

Sementara itu, Tasha turut berkata, dia juga banyak mendapat tawaran daripada pelbagai pihak untuk menjadi pengacara dan penyampai radio tetapi menurutnya, sekarang dia hanya mahu fokus kepada bidang lakonan terlebih dulu.

“Memang saya banyak dapat tawaran yang ingin mengambil saya sebagai pengacara dan penyampai radio, tetapi buat masa ini, saya hanya mahu fokus kepada satu bidang saja dahulu iaitu  lakonan.

“Walau bagaimanapun, saya tidak menolak tawaran yang diberi pada masa akan datang kerana mungkin pada masa itu pintu hati saya dah terbuka untuk meneroka pelbagai cabang seni lain yang terdapat dalam industri ini,” katanya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2