NUFFNANG ADS

Tuesday, November 6, 2012

'Saya sudah serik' kata Sharnaaz


SERIK! Demikian reaksi pelakon utama drama Bukan Bidadari, Sharnaaz Ahmad ketika menjawab kontroversi terbaru yang melanda dirinya.

Sehubungan itu, menurut pelakon berusia 27 ini, dia tidak akan bekerjasama dengan syarikat produksi filem Darah Panas, White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. pada masa akan datang.

"Saya serik dengan produksi itu tetapi tidak serik dengan industri," katanya kepada wartawan.

Mengikut laporan media, Sharnaaz meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment pada 5 Oktober lalu semata-mata kerana ingin bertemu penyanyi meningkat naik, Shila Amzah.

Sharnaaz didakwa mencengkam leher penolong pengarah Darah Panas dan meninggalkan lokasi penggambaran filem.

Tindakannya itu dikatakan berpunca daripada menunggu penolong pengarah filem itu, yang pergi mendapatkan pakaian penggambaran, terlalu lama.

Akibat daripada perbuatan itu, penerbit  Darah Panas, S. Baldev dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharnaaz dan meminta pelakon berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu, memohon maaf secara terbuka dalam media.

Ketika dihubungi, Sharnaaz enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.

"Terima kasih pada yang ambil tahu tetapi saya tak nak komen lebih.

"Kalau saya jawab, orang tetap manipulasi juga," katanya.

Dia juga meminta agar Shila, kekasihnya, tidak dikaitkan dengan kontroversi ini.

"Cukuplah hentam saya seorang. Cuba fikir kalau jadi pada ahli keluarga sendiri," katanya dengan nada kesal.

Sebelum ini, nama Shila dikaitkan dengan tindakan luar kawalan Sharnaaz itu.

Ketika ditanya soal sikap panas barannya, Sharnaaz berkata, "saya memang panas baran dan saya tidak pernah menidakkan kenyataan itu."

"Dalam semua hal, saya marah bertempat, takkan saya nak marah sesuka hati," katanya.

Sharnaaz, yang dikatakan merancang untuk berkahwin dengan Shila, juga berkata, akan lebih berhati-hati dalam memilih produksi penerbitan pada masa akan datang.


No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2