NUFFNANG ADS

Tuesday, September 7, 2010

Faizal Ramly Dedah perkara sebenar

NUR ALIA DAMIA, lapan bulan menjadi penyeri hidup Faizal dan Asyikin.



MEMEGANG gelaran sebagai juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4) membuatkan dirinya tidak dapat lari daripada gosip-gosip liar yang cuba untuk menjatuhkan namanya.

Kira-kira setahun yang lalu pemilik nama Mohd. Faizal Ramly ini telah dihambat dengan pelbagai gosip angkara berkahwin dengan tidak memberitahu pihak media dan peminat-peminat.

Pendek kata perkahwinan anak kelahiran Terengganu itu secara senyap-senyap dan sudah tentu menimbulkan misteri, khususnya buat pihak media – misteri yang harus dibongkar! Itu menjadi pencetus Faizal sering menjadi berita hangat yang malangnya bukan berunsur positif, sekali gus menenggelamkan publisiti tentang karier seninya.

Mengimbas semula pernikahan kontroversinya itu, menurut Faizal, dia dan isterinya Nur Asyikin Mansor, 24, telah diijabkabulkan pada 12 Februari 2009 di Temerloh, Pahang.

Katanya, dia dan Nur Asyikin sebenarnya sudah lama berkenalan tetapi selepas berlakon bersama dalam filem Momok The Movie, barulah mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Mungkin saya pun silap juga sebab tidak memberitahu media saya hendak berkahwin. Saya ingat nak buat majlis kecil-kecilan sahaja. Masa itu saya fikir nak buat benda baik, jadi buat apa nak tunggu-tunggu lalu kami pun terus berkahwin,” ucapnya ketika hadir pada sesi fotografi di Studio Utusan, baru baru ini.

Dalam pada itu, Faizal menegaskan dia ingin membetulkan fakta tentang berita yang ditulis sebelum ini yang mendakwa keluarganya di Terengganu tidak mengetahui tentang perkahwinannya itu.

Bukan untuk menegakkan benang yang basah tetapi Faizal hanya mahu memberitahu perkara sebenar kepada umum demi keberkatan hidupnya bersama keluarga di hari-hari yang mendatang kelak.

“Ketika (dihujani pertanyaan media) itu, keluarga saya sebenarnya panik kerana tiba-tiba sahaja wartawan datang dan menghubungi mereka di rumah. Keadaan itu membuatkan mereka panik dan secara tidak langsung keluar kenyataan bahawa mereka tidak tahu bahawa saya sudah berkahwin,” ujarnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2