Suriana Ab Wahab atau Keena
“Saya menderita dua bulan hingga terlantar di atas katil sampai mata bernanah dan mengeluarkan darah. Kemudian satu benjol sebesar telur ayam timbul di pipi kanan,” kata bekas peserta Mentor musim ketiga, Suriana Ab Wahab atau Keena ketika menceritakan pengalaman hitamnya dipercayai disantau tiga kali sepanjang tiga tahun bergelar artis.
Penyanyi berusia 25 tahun itu menyatakan pertama kali dia terkena buatan orang dua minggu selepas program realiti TV itu berakhir menyebabkan berat badannya turun secara mendadak dan hilang selera makan.
Keadaan kesihatan dirinya bertambah teruk selepas mengalami muntah-muntah, termasuk muntah jarum berkarat hingga terlantar di atas katil selama dua bulan.
Enam bulan selepas itu, dia sekali lagi terkena santau yang turut mempunyai tanda perubahan diri seperti demam dan datang bulan berpanjangan.
“Pernah masa itu ketika saya memandu kereta, fikiran melayang dan hampir terbabit dengan kemalangan. Selepas berubat dengan pakar perubatan Islam, saya sihat semula.
“Namun, saya tidak sangka ia kembali berulang dua bulan lalu, tetapi kali ini saya tanpa sedar bercakap dalam bahasa Jawa. Ketika itu, badan saya begitu lemah dan sering keletihan.
No comments:
Post a Comment