NUFFNANG ADS

Thursday, December 12, 2013

Kes skandal Adi Putra gugur


PELAKON Adi Putra mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasminya mengklasifikasikan kes skandal membabitkan dirinya digugurkan.

Ini bermaksud tiada sebarang pertuduhan terhadap Adi Putra berkaitan skandal beliau yang dikatakan melibatkan seorang isteri kepada ahli perniagaan di Johor.

“Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan tuduhan yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasi saya adalah salah di sisi undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan,"  katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dalam kenyataan yang sama kepada media, Adi Putra yang ditemani peguamnya pada sidang media itu menegaskan kes itu sudah selesai dan meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya lagi dengan skandal terbabit.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Dalam pada itu, wanita terbabit juga akan mengadakan sidang media pada hari ini pada jam 3 petang di Concorde Kuala Lumpur.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2