NUFFNANG ADS

Tuesday, July 22, 2014

Ana Raffali syukur dengan kehamilan

SETELAH lebih kurang dua tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu ke-25 (AJL25), Ana Raffali bakal menimang cahaya mata.

Kehamilan itu telah disahkan sendiri oleh Ana menerusi laman Facebook miliknya, kelmarin.

Mengulas lebih lanjut mengenai berita gembira itu, isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim memberitahu dia mula menyedari kehamilannya ketika minggu ke dua Ramadan.

“Sebenarnya saya mula rasa badan tidak selesa sejak awal Ramadan dan disebabkan rasa itu tidak berkurangan, saya cuba buat ujian kehamilan menggunakan alat uji kehamilan di rumah.

“Alhamdulillah, hasilnya positif. Memang pada awalnya kami berdua agak-ragu-ragu namun perasaan itu hilang selepas abang saya yang juga seorang doktor turut mengesahkannya,” katanya.

Tambah Ana, sepanjang tujuh minggu hamil, dia akui tidak mengalami sebarang alahan yang kritikal.

“Dalam waktu kehamilan ini, saya belum ada alahan yang teruk. Cuma sekarang saya tidak boleh menghidu bau yang terlalu kuat sebab ia buat saya rasa tidak selesa.

“Selain itu ada kalanya saya tidak larat untuk berpuasa kerana bila perut kosong saya akan rasa mual.

“Dari segi kesihatan pula, saya sekarang mengalami demam mungkin jangkitan daripada sekeliling, tapi saya memang tidak ambil sebarang ubat-ubatan kerana takut beri kesan pada kandungan,” ujarnya.

Ana dan Naim diijabkabulkan di di Masjid Al-Hidayah, Gombak pada 25 Februari 2012.

Wednesday, July 16, 2014

Dzahira Talita Zahra nama anak kedua Siti Sarah-Shuib Sepahtu

PEMINAT seni tempatan pasti merindui alunan suara pelantun lagu Saat Hilang Cintamu ini.

Selepas melahirkan single terakhirnya bersama suami tercinta, Shuib Sepahtu, Cinta Itu Nyawa dua tahun lalu, penyanyi genit ini lebih selesa berehat daripada bidang seni dan memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga.

Sementelah lagi, empunya nama Siti Sarah Raisuddin ini baru sahaja melahirkan anak keduanya, Dzahira Talita Zahra, tahun lalu. Akuinya, dia hanya berehat sementara bagi memastikan anak-anak yang dalam proses membesar mendapat perhatian daripadanya.

Sebagai ibu, dia tidak mahu kerana terlalu mengejar karier, tumpuan kepada anak-anak terjejas. "Memang masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga terutamanya anak-anak.

"Mereka masih kecil dan selayaknya mereka diutamakan berbanding perkara lain," kata Sarah anak sulungnya,Uwais Alqarni kini  sudah berusia 6 tahun.

Bagaimanapun, bukan bererti Sarah telah melupakan bidang seni, sebaliknya rasa cinta terhadap nyanyian masih menebal.

"Saya tidak pernah kata mahu meninggalkan karier atau berundur daripada bidang seni. "Insya-ALLAH, jika tiada halangan saya akan ke studio tidak lama lagi untuk merakamkan single  terbaharu.

"Saya harap ia dapat dilancarkan tahun ini juga, lagipun ramai yang tanya bila saya akan kembali dengan lagu baharu," katanya berterima kasih kerana peminat sentiasa memberi sokongan  kepadanya.

Sementara itu, mengulas mengenai bentuk badannya yang semakin langsing, jelas penyanyi berusia 31 tahun ini, apa yang dilakukan semata-mata untuk menjaga hati suami.

"Dia memang tidak kisah dengan bentuk badan saya sebelum ni, tetapi saya sendiri yang rasa tidak selesa.

"Jadi saya nekad turunkan berat badan selepas meminta izin dari Shuib.

Alhamdulillah, kini saya berjaya menurunkan berat badan daripada 78 kilogram (kg) kepada 48kg," katanya mengelak makanan berminyak dan mengamalkan buah avokado sebagai makanan tambahan bagi mencapai impiannya itu.

Tuesday, July 8, 2014

Johan dan isteri dapat RM120,100




Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan pengarah serta syarikat penerbitan Juara Filem Production Sdn. Bhd. membayar ganti rugi sebanyak RM120,100 kepada Johan Raja Lawak dan isteri berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran sebuah drama di Negeri Sembilan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dengan kos ganti rugi tersebut ditanggung oleh Mohd. Javerd Mohd. Nizar, 37, dan syarikat penerbitan itu selaku defendan.

Geok Yiam dalam penghakimannya berkata, berdasarkan kecederaan yang dialami oleh Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, merupakan parut yang kekal.

Friday, July 4, 2014

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia


Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara Petaling Jaya, pada 1.26 pagi ini.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Pah, meninggal dunia selepas enam hari dirawat akibat komplikasi paru-paru kronik atau fibrosis.

"Turut berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir adalah anak lelakinya Alif Omar serta ibunya Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas selain ditemani beberapa rakan karib," kata rakan baiknya Aishah Ali ketika dihubungi di hospital berkenaan, awal pagi ini.

Sharifah Aini yang dianugerahkan gelaran Biduanita Negara pada 2006 dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953 hasil perkongsian hidup Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor.

Kak Pah dijaga serta dibesarkan oleh neneknya Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir dan datuknya Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry di Majidee, Johor Bahru sejak berusia lapan bulan.

Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan mendendangkan lagu Tiga Malam.

Beliau menjadi artis rakaman EMI selama 38 tahun hingga dicatatkan Buku Rekod Malaysia (MBR) sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dengan pencapaian 135 album.

Biduanita negara ini popular dengan lagu Dekatlah Padaku, Bunga Tanjung dan Mak Inang Melayu dan pernah berduet dengan ramai penyanyi popular tanah air termasuk Sudirman Haji Arshad.

AL-FATIHAH..

Tuesday, July 1, 2014

Memang Betul Ini Imej Terbaru Saya - Neelofa

Heboh di media sosial akan berita pelakon pengacara cantik, Neelofa yang dikatakan telah bertudung penuh. Berita ini dikuatkan lagi dengan perbualannya bersama jurugambar terkenal, Annas Easkey yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya.

Media Hiburan Online telah menerima kenyataan rasmi daripada Lofa berhubung perkara ini;

"Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.

Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan daripada orang di luar sana, peminat-peminat, keluarga terutamanya mama saya.

"Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya. I feel like it completes me.

"Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan."

Tahniah Media Hiburan Online ucapkan kepada Lofa. Semoga penghijrahan ini akan menjadikan hidup Lofa lebih diberkati, sekali gus boleh menjadi contoh kepada masyarakat.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2