PEMINAT seni tempatan pasti merindui alunan suara pelantun lagu Saat Hilang Cintamu ini.
Selepas melahirkan single terakhirnya bersama suami tercinta, Shuib Sepahtu, Cinta Itu Nyawa dua tahun lalu, penyanyi genit ini lebih selesa berehat daripada bidang seni dan memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga.
Sementelah lagi, empunya nama Siti Sarah Raisuddin ini baru sahaja melahirkan anak keduanya, Dzahira Talita Zahra, tahun lalu. Akuinya, dia hanya berehat sementara bagi memastikan anak-anak yang dalam proses membesar mendapat perhatian daripadanya.
Sebagai ibu, dia tidak mahu kerana terlalu mengejar karier, tumpuan kepada anak-anak terjejas. "Memang masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga terutamanya anak-anak.
"Mereka masih kecil dan selayaknya mereka diutamakan berbanding perkara lain," kata Sarah anak sulungnya,Uwais Alqarni kini sudah berusia 6 tahun.
Bagaimanapun, bukan bererti Sarah telah melupakan bidang seni, sebaliknya rasa cinta terhadap nyanyian masih menebal.
"Saya tidak pernah kata mahu meninggalkan karier atau berundur daripada bidang seni. "Insya-ALLAH, jika tiada halangan saya akan ke studio tidak lama lagi untuk merakamkan single terbaharu.
"Saya harap ia dapat dilancarkan tahun ini juga, lagipun ramai yang tanya bila saya akan kembali dengan lagu baharu," katanya berterima kasih kerana peminat sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Sementara itu, mengulas mengenai bentuk badannya yang semakin langsing, jelas penyanyi berusia 31 tahun ini, apa yang dilakukan semata-mata untuk menjaga hati suami.
"Dia memang tidak kisah dengan bentuk badan saya sebelum ni, tetapi saya sendiri yang rasa tidak selesa.
"Jadi saya nekad turunkan berat badan selepas meminta izin dari Shuib.
Alhamdulillah, kini saya berjaya menurunkan berat badan daripada 78 kilogram (kg) kepada 48kg," katanya mengelak makanan berminyak dan mengamalkan buah avokado sebagai makanan tambahan bagi mencapai impiannya itu.
Wednesday, July 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...
No comments:
Post a Comment