NUFFNANG ADS

Saturday, November 22, 2014

Zizan Razak jelaskan isu saman

KES saman yang membabitkan pelakon, pengacara dan pelawak popular Zizan Razak dengan bekas pengurus peribadinya, Marina Juki masih berlarutan hingga kemuncaknya melibatkan saman berjumlah RM500,000 pada 6 November lalu. Saman yang dikemukakan oleh Marina kepada Zizan itu merupakan susulan kepada tindakan Zizan yang melanggar kontrak pengurusan artis yang telah ditandatangani ketika bersama syarikat Wirefame Entertainment Sdn. Bhd.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 30, didapati melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain ketika perjanjian bersama Wirefame Entertainment Sdn. Bhd. masih belum tamat yang mana akan berakhir pada 5 Mei 2015.

Kemelut antara mereka tercetus semenjak khabar angin penyingkiran Emma Maembong yang pernah menjadi artis naungan syarikat itu sekitar bulan Februari lalu ekoran sering bermasalah. Tambah parah apabila Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar telah bertindak membekukan akaun bank syarikat hingga menjejaskan pembayaran pendapatan artis lain.

Bertemu pada majlis sidang akhbar pengumuman pengacara dan persembahan Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, Zizan menjelaskan situasi yang sedang berlaku.

"Saya pernah cuba bercakap dengan pihak terbabit, namun diarahkan untuk menyelesaikan perkara yang telah berlaku menerusi peguam masing-masing. Jadi saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana hal ini membabitkan undang-undang. Risau sekiranya saya tersalah beri kenyataan dan hal menjadi lebih teruk. Lebih baik saya serahkan kepada individu yang lebih bijak (peguam) untuk menerangkan perkara ini kelak.

"Bukan saya yang saman orang, tapi saya disaman. Sekiranya ada masalah bersifat peribadi, rasanya tidak perlulah saya menyebarkan kepada orang ramai. Kalau dahulu ketika syarikat itu ditubuhkan tidak kecoh-kecoh, kenapa baru sekarang mahu memperbesarkan hal. Saya berharap niatnya baik dan tidak perlu untuk mengadakan sidang akhbar", tegasnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2