NUFFNANG ADS

Saturday, February 25, 2017

Jep sah jadi suami Sari Yanti


SETELAH sekian lama berteka teki dalam perhubungan, status dua selebriti tanah air, Jep Sepahtu dan Sari Yanti akhirnya terjawab.

Persoalan mengenai hubungan kedua artis ini terlebur menerusi perkongsian terbaharu daripada akaun Instagram rasmi Sari Yanti yang menunjukkan gambar Jep Sepahtu sedang melafazkan akad nikah.

Foto tersebut juga mengesahkan khabar angin yang pasangan ini merancang untuk mendirikan mahligai bahagia.


"Hidupku. Matiku. Cintaku. Yang aku mahu lihat, dia. Aku mahu dilihat, dia, yang mahu aku dengar, dia. Aku mahu didengar, dia. Yang mahu aku tahu, dia. Dan aku mahu dia tahu.. Dalam banyak banyak hati, dia punya hati yang paling cantik.

"Dalam banyak banyak rasa, pada dia ada rasa yang termahal. Datanglah yang hebat-hebat, dialah yang paling dasyat. Tiada tanding tiada banding. Yang paling teristimewa.. Suami,si pemilik hati, sang cinta. Assalamualaikum  @jepsepahtu.  25 .2. 2017," kata Sari Yanti menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, hari ini.

Difahamkan, cinta kedua mempelai ini disatukan di Dewan Mercu Mustapha Kamal sekitar 11.50 pagi tadi dan diakadkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Datuk Mohamad Nazari.

Pasangan ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat tanpa kehadiran media.

Sementara itu, tinjauan Sinar Online di Instagram rasmi milik Jep Sepahtu juga memaparkan foto sama dengan kapsyen mengucapkan syukur dan penghargaan di atas doa semua pihak.

"Alhamdulillah, terima kasih di atas doa kalian semua," kata Jep Sepahtu pula.

Perkongsian kedua mempelai ini mendapat reaksi positif daripada seluruh peminat tanah air dan rata-ratanya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah ke atas kedua selebriti tersebut.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2