PASANGAN selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam ini.
Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.55 malam tadi dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.
Sebelum ini, pasangan ini membuat sidang media mengumumkan pertunangan mereka pada 13 November lalu.
Dalam sidang media itu juga, mereka turut memberitahu majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.
Sementara itu, pihak pengurusan Universal Music, turut berkongsi berita gembira dengan pernikahan ini.
“Dengan sukacitanya, kami dari pihak pengurusan Universal Music, ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon / penyanyi / usahawan wanita, Nur Fazura, telah sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin, dengan sekali lafaz,” katanya.
No comments:
Post a Comment