Sunday, December 17, 2017
Farid Kamil, Aaron Aziz bergelar Datuk
PEMANGKU Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menyempurnakan pengurniaan darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini.
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan , hari ini.
Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Pada istiadat itu, isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang juga Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Putrajaya, mengetuai senarai 167 penerima, dengan dikurniakan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.
Seramai 20 individu lain turut dianugerahkan SSAP iaitu Penasihat Undang-Undang Pahang Datuk Shamsulbahri Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang Datuk Abu Bakar Harun, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Mohd Johari Hussain.
Penerima lain Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prof Datuk Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim.
Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz, Pengarah Urusan Wirajaya Tuah Sdn Bhd Datuk Azman Ismail, Pengarah Kotamas Development (M) Sdn Bhd. Datuk Wong Haw Ran, Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Urusan Kharisma Wira Sdn Bhd. Datuk Azri Murad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Rail Link Sdn Bhd. Darwis Abd Razak dan Pengurus Singaport Technologies Engineering Pte. Ltd., Lim Seng Hock juga dikurniakan SSAP.
Sementara itu, lima individu menerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk Indera’ iaitu Pengarah Urusan APEX Capacity Sdn Bhd. Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Madya (Maritim) Datuk Mohd Taha Ibrahim, Timbalan CEO (Pengurusan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Mohd Nizom Sairi, Wakil Peribadi Anggota Parlimen Pekan Datuk Zainal Abidin Pa'wan dan Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Mohd Aripin Daud.
Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada 12 individu termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman DCP Datuk Saiful Azly Kamaruddin, Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman DCP Datuk Mohd Roze Shaari, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abd Halim, Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sungai Buloh Datuk Dr Zamyn Zuki Mohd Zuki.
Turut menerima DSAP ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Ab Qahar Osman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dua Hala) Kementerian Luar Raja Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia Kementerian Luar S.Jojie Samuel, Pakar Kardiologi dan Perubatan Hospital Pusrawi Dr Azar Azman Abu Bakar dan Pengarah Ibam Mining Sdn Bhd. Tong Yuw Choy.
Sementara itu, 76 individu pula dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ termasuk Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn Bhd.Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim, CEO Felcra Berhad Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Kastam Kelantan Datuk Mohd Nasir Yusoff, Anggota Dewan Negara Senator Zahari Sarip dan Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Profesor Dr Nasehir Khan E.M Yahya.
Anugerah DIMP turut dikurniakan kepada Pengarah Hubungan Antarabangsa Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Norzuhdy Mohammad Nordin, bekas Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO Mohd Zulkifli Mohammed, Pengarah Urusan Brilliant Star Construction (M) Sdn Bhd. Farah Zarina Johari Faisal Stephen, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang Sawalludin Ahmad dan Pengarah Bahagian Pemindahan Antarabangsa Bantuan, Jabatan Penjara Mohd Zawawi Ab Rahim.
Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Ahli Lembaga Pengarah TESDEC Services Sdn Bhd. Saiful Bahri Baharuddin, Ketua Unit Kardiologi Pusat Jantung dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Profesor Madya Dr Oteh Maskon, Ketua Jabatan Pakar Perunding Kanan Neurosurgeri Hospital Sungai Buloh Dr Azmin Kass Rosman juga dikurniakan DIMP.
Turut menerima DIMP ialah Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Brigedier Jeneral Dr Rushdi Abdullah, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Udara Brigedier Jeneral Md Fauzi Saleh, CEO Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd. Leftenan Kolonel (B) Mohd Fadzar Suhada, Pengarah Eksekutif Kumpulan Gading Leftenan Kolonel (B) Shafiee Mahat dan Ketua Databank DNA Makmal Forensik Bukit Aman SAC Hussein Omar Khan.
Penerima lain ialah Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur SAC Marzuki Kamaruzaman, Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia Ronald Gan Yong Hoe dan Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman SAC Dr Mustafa Khan Abdul Samat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Ekonomi, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Surina Saad, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Amanah Pelaburan Bhd.Sulaiman@Mohamed Helmi Mohd Ilyas dan Ketua Cawangan Agensi Penguatkuasaan Bahagian Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bukit Aman, SAC Fauzi Khan Ismail juga menerima DIMP.
Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman SAC Abdul Aziz Majid,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor SAC Azman Ayob,Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) Jabatan Perhutanan Pahang Mohd Basri Abdul Manaf, CEO MAFA Holdings Sdn Bhd. Dr Mohd Faudzi Musa, CEO Excel Force MSC Bhd. Mohd Fauzi Yaakub dan Setiausaha UMNO Bahagian Paya Besar Salihudin Ishak turut menerima DIMP.
Bendahari UMNO Bahagian Temerloh Mohd Yusop Nong, Pengarah Urusan Kurnia Industries Enterprise Roslan Muhamad, Pengarah Urusan Premium Proaktif Sdn Bhd. Mohd Kamarul Haneff Yusop dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar Safariah Awang Ngah juga dikurniakan DIMP.
Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam individu, Setia Mahkota Pahang (SMP) (8), Ahli Mahkota Pahang (AMP) (20), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) (6) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...
No comments:
Post a Comment