Tuesday, February 27, 2018
Mufti Wilayah Persekutuan beri nasihat kepada Neelofa
Mufti Wilayah Persekutuan memberi Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, tiga nasihat berikutan tindakannya melancarkan koleksi tudung terbarunya, BeLofa di Zouk, malam kelmarin.
Muftinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, perkara pertama adalah tanyalah ulama sebelum bertindak; kedua, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan ketiga, carilah rezeki diberkati ALLAH SWT.
Menurutnya, di dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara kerana fitnah dan tohmahan perlu sentiasa dielakkan, selain bimbang tindakan Neelofa membawa satu fenomena normalisasi, iaitu apa sahaja boleh dan dibenarkan, asalkan bertudung.
"Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat murni, namun kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasil keberkatan.
"Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah sebenarnya membebaskan wanita dari penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan bersyariat," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, pada hari ini sebenarnya sangat sukar bertudung sambil memelihara perilaku dan adab kesopanan, sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit.
"Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi hendak kita cari di dunia ini?," katanya.
Sementara itu, Dr Zulkifli turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak membesarkan isu itu sehingga memalukan, mengaibkan dan memberi fitnah.
"Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
"Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai 'wanita besi' dan 'gergasi' dalam perniagaan dan kerjaya," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...
No comments:
Post a Comment