Siti ditemani suaminya di sebuah pusat perubatan di ibu negara, hari ini
Pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, Siti melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan pada kira-kira jam 8.17 pagi tadi.
Menurutnya, penyanyi itu dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya kaum keluarga terdekat dibenarkan untuk melawat.
Katanya, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur kerana segalanya telah selamat.
"Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.
"Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.
Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya
No comments:
Post a Comment