NUFFNANG ADS

Wednesday, January 20, 2010

Zahid terima kalau jodoh dengan Nita


KISAH
penyanyi Nita Malaysian Idol 2 menafikan perhubungan cintanya dengan penyanyi Zahid Akademi Fantasia 2 pernah dilaporkan sebelum ini.

Bagaimana pula reaksi Zahid mengenai gosip yang sedang bertiup seperti angin sepoi-sepoi bahasa ini?.

Walaupun kurang hangat diperkatakan, tetapi Zahid perlu menjawab persoalan ini agar perhubungan mereka tidak disangsi lagi.

"Zahid dengan Nita kawan biasa sahaja. Kami jarang bertemu dan rasanya dah lama Zahid tak jumpa dia.

"Sebelum bulan puasa kami jumpa pun hanya lepak minum bersama kawan-kawan lain. Kami tak pernah keluar berdua-duaan.

"Zahid kenal dia macam-macam tu je. Yang Zahid tahu dia ni mempunyai pemikiran yang bagus. Senang nak borak dan bercerita pasal kerja dengannya," jelas Zahid yang gemar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain futsal di Wangsa Maju.

Jika bukan Nita, siapa yang sedang bertakhta dihati Zahid sekarang?

"Zahid belum jumpa sesiapa lagi. Nak cari isteri bukan mudah. Kalau boleh Zahid nak yang boleh teman Zahid sampai bila-bila dan boleh terima kerja Zahid sekarang," kata pemuda berusia 27 tahun ini.

Namun, Zahid tidak menolak sekiranya mendapat jodoh dengan Nita.

"Mana tahu jodoh Zahid dengan dia. Zahid tak kisah dengan sesiapa pun asalkan kami saling memahami," ujar Zahid yang sesekali tertawa apabila menyebut tentang Nita.

Menyentuh tentang karier Zahid, kini beliau muncul dengan single terbaru bertajuk "Baru" berkonsepkan rock.

HTML clipboard

Zahid sedang menunggu album kedua yang mungkin dipasarkan pada tahun depan memandangkan lagu belum selesai direkod lagi.


Wednesday, January 13, 2010

Halim Othman Akhiri Zaman Bujang Jun Ini


SETELAH meninggalkan Sinar FM pada 18 Januari 2008, Halim Othman seperti menyepi dari arena penyiaran radio.

Namun seperti yang telah disebut-sebut sebelum ini bahawa dia bakal menyertai Suria FM terjawab petang semalam apabila turut diumumkan sebagai tonggak baru stesen radio itu.

Selama dua tahun berehat, Halim berkata banyak aktiviti yang ingin dilakukannya sebelum ini telah terlaksana dan yang lebih menarik ialah dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini.

Jejaka berusia 45 tahun ini mengakui sudah menjumpai pasangan yang sesuai dan bakal mengikat tali pertunangan secara rasmi dalam jangka masa terdekat ini.

"Saya mengaku sedang dalam percintaan dan akan merancang untuk berkahwin pada Jun ini dan itulah yang sedang dalam fikiran saya sekarang ini.

"Sekarang masih lagi diperingkat perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai dan akan mengumumkannya," ujarnya yang memberitahu telah melamar gadis tersebut secara tidak rasmi.

Menurut Halim gadis bertuah yang berjaya menambat hatinya adalah dikalangan wanita biasa yang bukan dari industri hiburan.

"Saya mengenali dia sudah 15 tahun tapi baru enam bulan kami betul-betul menjadikan hubungan tersebut lebih serius.

Dia seorang yang mempunyai pakej yang sempurna sebagai seorang isteri dan kami saling lengkap melengkapi.

"Umurnya sekitar 30an, merupakan seorang ahli perniagaan dan cukuplah saya katakan dia orang Malaysia," ujarnya yang masih merahsiakan identiti sebenar bakal isterinya itu.

Dalam pada itu, Halim yang masih lagi tidak menyangka akan kembali kebidang penyampaian radio memberitahu akan memberikan terbaik dan menampilkan gaya terbaru yang sesuai dengan peredaran zaman.

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/14/mstar_hiburan/20100113221326&sec=mstar_hiburan

Gara-gara Fitnah, Azwan Ali Dipilih Duta Serai Hijau


MUNGKIN ada peminat menganggap selebriti glamor, Azwan Ali mencetuskan propaganda berikutan terjawabnya ‘Majlis Penuh Rahsia’ semalam.

Seperti yang digembar-gemburkan, Azwan sebelum ini memaklumkan majlisnya dihias serba indah bak taman firdausi termasuk sentuhan pelamin berwarna ungu lavender tajaan dan rekaan Rins Suzana.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah terjawab, tanggal 13 Januari bukanlah tarikh perkahwinan Azwan sebaliknya hari pelancaran Losyen Serai Hijau.

Mawi dan Ekin turut hadir dalam majlis itu

Pada 1 Januari lalu, pengacara, pelakon, blogger dan produser sensasi ini telah dilantik sebagai duta produk keluaran Mumbio Cos Manufacturing Sdn Bhd.

“Tiada sebab rasmi yang membuatkan saya merahsiakan perkara ini kerana ia merupakan amanah pihak penaja yang melarang saya menghebahkan kepada semua orang.

“Saya hanya wujudkan debaran untuk peminat dan orang yang saya sayang.



“Siapa sangka dalam usia yang bakal mencecah 44 tahun, saya diterima menjadi jurucakap produk.

“Ini semua rezeki Allah SWT sepulangnya saya dari umrah dan semuanya berpunca gara-gara air mata Azwan Ali dalam siaran Melodi TV3 pada 1 November tahun lalu,” katanya ketika majlis yang berlangsung di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan.

Selain itu, ibunya, Che Tom Yahya turut memeriahkan majlis yang juga dihadiri oleh antaranya Diana Danielle, Aleeza Kassim, Hans Isaac, Betty Banafe, Datuk Aziz Sattar, Datuk A. Rahman Hassan, Aznil Hj Nawawi, Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Amy Search, Chef Wan dan Rozita Che Wan.

Rujukan:
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/14/mstar_hiburan/20100113220701&sec=mstar_hiburan

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2