NUFFNANG ADS

Monday, July 23, 2012

Gandingan mantap Aaron, Nadiya Adam & Hawa

Adam & Hawa lakonan Aaron dan Nadiya





Tidak dinafikan, filem mahupun drama bersiri yang diadaptasi daripada novel-novel terkenal semakin mendapat tempat di hati penonton tempatan, Ini dapat dibuktikan berdasarkan kejayaan yang diperolehi oleh beberapa syarikat produksi yang menerbitkan karya adaptasi seperti Ombak Rindu,
Gemersik Kalbu, Bicara Hati dan banyak lagi.

Mengikut jejak langkah yang sama, Global Station Sdn Bhd bakal menerbitkan sebuah drama 80 episod berjudul Adam Hawa.

Drama tersebut merupakan adaptasi daripada hasil penulisan novelis terkenal, Aisya Sofea, bertajuk Adam & Hawa, terbitan Alaf 21.

Adam Hawa yang dibintangi pelakon hebat, Aaron Aziz dan Nadiya Nisa bakal disiarkan di saluran 134, Astro Mustika HD, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam bermula 27 Ogos ini.

Penerbitnya, Datin Zaiton Muhd Jiwa berkata, Adam Hawa merupakan novel kedua yang diadaptasi oleh syarikat produksinya selepas Gemersik Kalbu yang telah ditayangkan stesen televisyen TV3 beberapa bulan lalu.

"Karya adaptasi bukanlah perkara baru dalam industri hiburan, malah ia mempunyai keistimewaannya dan kelebihannya yang tersendiri.

"Adam Hawa bukanlah karya biasa yang ada dalam pasaran kerana novel ini ramai pengikutnya. Selain dapat mengetengahkan novel yang berkualiti,
kami mahu beri satu peluang buat peminat novel ini untuk menonton cerita yang sama dalam bentuk visual,"katanya.

Mengenai pemilihan barisan pelakon terlibat, Zaiton berkata, pandangan daripada pembaca novel Adam Hawa juga diambil untuk menentukan pelakon yang sesuai membintangi drama ini.

"Pemilihan pelakon adalah berdasarkan kesesuaian watak dan cadangan daripada pembaca, sedikit sebanyak membantu menjayakan drama ini,"katanya.

Selain Aaron dan Nadiya, barisan pelakon lain yang turut menjayakan Adam Hawa adalah Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin
Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2