NUFFNANG ADS

Sunday, July 22, 2012

Penangan Ratu Dangdut!

Sheeda



Era 90-an, irama dangdut merupakan salah satu genre muzik yang berjaya mendapat perhatian. Ketika itu industri tanah air diwarnai muzik dangdut, maka tidak hairanlah kebanyakan lagu dangdut sering berkumandang di  radio.

Mana tidaknya, bukan sahaja disertakan suara merdu, malah gelek pinggul mengikut irama membuatkan penonton tidak berganjak.

Seakan mencipta fenomena tersendiri, nama-nama penyanyi dangdut seperti Amelina, Haiza, Mas Idayu dan Sheeda, sentiasa menjadi sebutan bak goreng pisang panas.

Namun, industri kini berubah menyebabkan ada segelintir penyanyi dangdut sukar mempertahankan muziknya sehingga kini.

Dalam pada itu, mungkin ada tidak perasan kelibat penyanyi, Sheeda, yang masih berjaya mempertahankan dirinya dengan genre dangdut.

Lagu seperti Angkat Kaki, tidak jemu didengar hingga ke hari ini dan tidak hairanlah jika dia pernah mendapat anugerah platinum untuk album itu.

Mengakui rezekinya masih ada sehingga kini, Sheeda atau nama sebenarnya, Rashidah Hamid, memberitahu masih ada yang dahagakan genre dangdut yang sukar untuk mendapatkan pelapis.

"Alhamdulillah, diri saya dan genre dangdut masih menjadi pilihan segelintir masyarakat. Walaupun industri kian berubah, namun irama dangdut tidak akan mudah hilang dek zaman.

"Saya akui, memang sukar untuk mendapatkan pelapis irama ini kerana dangdut tidak boleh dibuat-buat. Ia harus lahir dari diri sendiri secara semula jadi. Sukar mencari pengganti, irama dangdut masih dimonopoli orang yang sama.

"Saya tidak pernah rasa bimbang atau khuatir kerana saya yakin, masih ramai yang mahukan irama ini. Tidak mustahil sekiranya, irama dangdut kembali mendapat tempat di hati peminat suatu hari nanti," katanya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2