NUFFNANG ADS

Saturday, July 21, 2012

OGG lawak poket kosong


PARA peserta yang semuanya terdiri daripada pelawak beraksi dalam satu episod OGG. 

 
Selepas rancangan popular seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan Karoot Komedia X menjadi fenomena, saluran Astro 132  meneruskan rancangan-rancangan komedi yang penuh variasi.

Sebuah rancangan baharu berbentuk gameshow, Onyomat Geset Go (OGG) bakal menemui penonton bermula tanggal 31 Ogos depan bagi menggantikan rancangan Karoot Komedia X yang tamat siarannya baru-baru ini.

Lebih menarik apabila rancangan pertandingan jelajah di beberapa destinasi pelancongan terkenal terpilih sebanyak sepuluh episod itu menampilkan wajah-wajah pelawak keluaran Astro tetapi belum popular.

"Jika rancangan komedi sebelum ini banyak mengangkat nama-nama yang sudah terkenal, rancangan ini memberi peluang kepada pelawak-pelawak lain terutamanya daripada rancangan Raja Lawak seperti Amir, Atu daripada kumpulan Zero, Shahrol, Caca, Ajak (Shiro) dan Man Belon.

"Selain itu nama-nama popular juga turut terlibat dalam rancangan ini," kata Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai.

Antara peserta lain yang mengambil bahagian dalam rancangan yang menyaksikan penyingkiran peserta pada setiap minggu itu ialah Mamat Sepah, Achong, Ropie Cecupak, Radhi Khalid.

Peserta yang sebelum ini sudah terbiasa dengan aksi lawak di pentas mahupun kaca televisyen berdepan dengan cabaran besar apabila ditugaskan melakukan aktiviti fizikal.

Man, Rahim dan Ropie antara pelawak yang berdepan cabaran besar ketika melakukan aktiviti yang memerlukan kerahan tenaga seperti mengayuh beca, mendayung sampan dan mengopek kelapa.

"Kalau lihat kami hebat di pentas, tidak semestinya stamina melakukan aktiviti fizikal kuat. Saya sendiri hampir pitam ketika melakukan tugasan mengayuh basikal saiz kanak-kanak ketika melakukan cabaran yang bermula di Arked Niaga, Pada Besar, Perlis.

"Rancangan ini bukan bersandarkan komedi semata-mata malahan ada sedikit drama," kata Ropie sambil ketawa.

Apa yang membuatkan pertandingan itu menjadi lebih mencabar apabila setiap peserta tidak diberikan sebarang wang tunai sepanjang program.

Para peserta perlu melakukan persembahan pentas untuk mendapatkan wang saku bagi meneruskan perjalanan perlumbaan.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2