NUFFNANG ADS

Tuesday, July 24, 2012

Suzana impi bergelar penerbit berkaliber

Suzana


Baru sahaja menamatkan pendidikan dalam jurusan penyiaran di Universiti Lim Kok Wing, Disember tahun lalu, gadis manis ini sungguh bernasib baik kerana berjaya mendapat tempat dalam bidang yang diminati.

Tidak pernah menduga dirinya mampu bergelar penerbit eksekutif di Rumah Karya Citra Sdn Bhd dalam usia yang masih muda, gadis kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini menganggap kerjayanya itu sebagai rezeki.

Menurut Suzana Ahmad, 26, diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut merupakan kenangan termanis dalam hidupnya.

"Alhamdulillah, biar pun pengalaman dalam bidang ini masih cetek tetapi masih ada pihak yang sanggup memberikan ruang kepada saya untuk memegang jawatan ini.

"Saya anggap semua ini sebagai satu cabaran untuk menjadi penerbit yang berkaliber satu masa nanti," katanya yang bernaung di syarikat milik pengarah, penerbit dan pelakon terkenal, Erma Fatima.

Berkongsi mengenai pembabitannya dalam bidang ini, Suzana berkata, ia bermula ketika dia terlibat sebagai petugas sambilan dalam program realiti terbitan Suhan Movies Production, Pilih Kasih.

"Masa tu memang saya banyak terlibat dengan pelbagai kerja sambilan. Bagaimana pun, saya tidak lupa untuk mencari kerja tetap. Beberapa bulan selepas itu, saya akhirnya diterima bekerja di sebuah syarikat.

"Jika diikutkan, kerjaya saya di syarikat itu sudah memadai namun kerana minat dan tawaran yang diberikan oleh kak Erma sangat menarik, saya menerima jawatan ini," katanya.

Jelasnya, dia mengambil masa yang panjang membuat keputusan untuk bekerja di bawah Karya Citra.

"Sebenarnya saya sayang nak tinggalkan kerja lama, tetapi ini adalah apa yang saya inginkan, jadi saya tidak boleh melepaskan peluang yang ada," ujarnya yang pernah bertugas di 8TV sebelum ini.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2