NUFFNANG ADS

Thursday, July 12, 2012

Siapa juara Masterchef Selebriti Malaysia?



Sejak memulakan penggambaran pada 27 Mac lalu, kini program realiti, MasterChef Selebriti Malaysia, bakal tiba ke penghujungnya.

Seramai 16 selebriti terkenal tanah air membuka tirai program itu di Astro Ria, dan kini hanya tinggal lima peserta yang akan berentap ke peringkat akhir.

Finalis yang berjaya ke peringkat akhir pada 16 Julai ini ialah, Datuk Fazley, Juliza Adlizan, Farouk Hussein, Soo Wincci dan Angah Raja Lawak.

Setiap peserta yang menyertai Masterchef Selebriti ini mewakili satu badan kebajikan untuk menyumbangkan dana.

Sebagai contoh, Fazley (Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia), Angah (Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil), Juliza (Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia), Soo Wincci (Kiwanis Down Syndrome Foundation) dan Farouk (Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia).

Terdahulu, dalam episod ke 26, Farouk Hussein yang mendapat markah terendah di umum sebagai selebriti terakhir tersingkir, namun dipanggil semula untuk beraksi pada final Masterchef Selebriti Malaysia.

Sementara, Soo Wincci menjadi peserta pertama menempah tempat ke peringkat akhir.

11 peserta lain  yang telah tersingkir adalah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Tomok, Jehan Miskin, Major Dr Faiz, Raja Azmi, Louisa Chong, Thanuja, Karl Shafek, Salamiah Hassan dan Azwan Ali.

Melihat kepada kejayaan juara Masterchef Malaysia, Dr Izani Farhan Md Monoto, tidak hairanlah jika salah seorang daripada lima selebriti itu bakal mencipta sejarah dalam kalangan selebriti.

Jangan lupa saksikan Masterchef Selebriti Malaysia Akhir, Isnin, 16 Julai ini, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2