NUFFNANG ADS

Wednesday, October 20, 2010

Perancangan kahwin tidak menjadi

KEMBALI ke dunia asal kerjayanya, Nasha kini ingin memberi tumouan terhadap bidang peragaan.


SEPATUTNYA, model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz berlepas dari ibu negara menuju ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah pada 10 Mei lalu. Tanpa mampu ditolak, impian untuk memijakkan kaki ke kota Mekah bagaimanapun tidak menjadi kenyataan.

Wanita tinggi lampai berusia 39 tahun itu dijadualkan menunaikan umrah bersama kekasih hati yang merupakan saudara baru, Nur Iman Tang selama dua minggu. Berita menggembirakan itu dikhabarkan sendiri oleh Nasha kepada pihak media beberapa bulan lalu.

Begitupun, dalam nada tenang, anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang ditemui pada majlis Rafflesia menyumbangkan tajaan pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) di Hotel Park Royal, ibu negara Isnin lalu, berkongsi cerita sebenar agar tidak disalah erti.

“Terus terang, kami memang mahu pergi ke Mekah seperti dirancang. Tetapi, apabila hampir tiba masanya, dia (kekasih) berdiam diri tanpa memberi sebarang alasan kepada saya sedangkan sebelum ini keterujaan jelas terpancar untuk mengikut saya menunaikan ibadat di sana.

“Namun, saya tidak sesekali melatah atau melenting tidak tentu fasal dengan tindakannya. Sebagai manusia biasa, saya bersikap terbuka. Saya hanya membiarkan dia berfikir sendiri. Sampai sekarang, kami tidak pernah membincangkan secara langsung hal ini lagi.

“Mungkin saya dilahirkan ke dalam dunia ini untuk memahami manusia. Meskipun hajat menunaikan umrah bersama tidak tercapai, hakikatnya, saya cukup gembira kerana tidak memaksa orang lain membuat keputusan,” terang Nasha yang telah bersedia sepenuhnya untuk bergelar isteri.

Tidak terkilan dengan situasi yang berlaku, Nasha bagaimanapun percaya segala yang terjadi punya hikmah sendiri. Malah, tetap hatinya berkata, itu semua datang daripada Allah. Dan sebagai insan kerdil, dia sekadar pasrah menerima takdir serta ketentuan tersebut.

“Saya hanya boleh memberi galakan dalam soal agama. Cuma, tidak boleh memaksa atau mempersoalkan dilemanya terutama kepada saudara baru macam dia. Biarlah dia bersedia sepenuhnya, dan saya percaya ia akan datang sendiri kepadanya selepas ini,” akui Nasha.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2